The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers

    Sunday, March 28, 2010

    Ibuku merajuk

    Semalam burfday my mom. Saya pon xtau camne bleh lupa tarikh 27hb. Memang igt 26hb! Malam tadi beriya2 sy tunggu kol 12 untuk wish burfday my mom..Sekali, baru perasan yg tarikh semalam adalah 27hb dah.

    Cepat2 sms my mom wish burfday. Hangin semacam je reply msg nya. Adoila..mati la...Ma cakap

    " Dah setengah hari dah ma tunggu message along, busy sgt ek, sampai lambat wish burfday ma"

    Sedih je baca msg tu...cpt2 ler saya mintak maap..

    Kepada my mom yg sangat ku kasihi dan ku sayangi...along xsengaja wish lambat burfday. Cuma salah tgk kalendar je...Dok igt tarikh 26.. Ampunkan daku~!!!!!

    Tuesday, March 23, 2010

    Miss u'olls bebeh!

    Today, my youngest sister (Adik) is turned 20th or in other word, today is her birthday. I wish i can celebrate for her since i really miss her. 

    Dalam kepala saya sekarang ni, rindu adik...rindu angah...rindu adik...rindu angah...tu je! Adoila..xtau dah nak handle macam mane. Angah dah jadi isteri orang dah sekarang. Adik pulak nun jah di sana. Saya pulak??? macam mane tu, sape nak jawab.

    Meng-edit gambar di kala kesunyian n kerinduan. hehehe

    Last 4th March was my birhtday, hari ni birthday adik, dan 27th March ni pulak birthday my mom. Semua nak bulan March kan.

    Hmmm...terfikir jugak, mungkin ni merupakan homesick? Owhhh...tidak sama sekali...tidaaaaakkkk...Saya bukan seorang yg homesick! Ya.....saya BUKAN HOMESICK OK!! 

    Hari dah masuk minggu ke 3 saya kt utp. Patotkah or perlukah saya pulang?? owh....juga tidak...Keje bertimbun2, Supervisor pon xjumpa2 lg..camne nak balik? Tp....kalo balik pon nak jumpa sape? sape ade kt rumah? Parents? derang busy ngan keje masing2...so...apekah yg perlu ku buat...adoi~

    "Kemelut di muara kasih" hahahha...

    Monday, March 22, 2010

    Doa terbaik utk pasangan...

    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
    Ya Allah…
    Seandainya telah Engkau catatkan…
    Dia milikku tercipta buatku…
    Satukanlah hatinya dengan hatiku…
    Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
    Agar kemesraan itu abadi…
    Ya Allah…
    Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
    Seringkanlah kami melayari hidup ini…
    Ketepian yang sejahtera dan abadi…
    Maka jodohkanlah kami…
    Tetapi Ya Allah…
    Seandainya telah Engkau takdirkan
    Dia bukan milikku…
    Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
    Luputkanlah dia dari ingatanku…
    Dan periharalah aku dari kekecewaan…
    Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
    Berikanlah aku kekuatan…
    Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
    Hilang bersama senja yang merah…
    Agarku sentiasa tenang…
    Walaupun tanpa bersama dengannya…
    Ya Allah yang tercinta…
    Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
    Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
    Adalah yang terbaik untukku…
    Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
    Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
    Ya Allah…
    Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
    Di dunia dan akhirat…
    Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
    Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
    Di dunia ini mahupun di akhirat…
    Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
    Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
    Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
    Ke jalan yang Engkau redhai…
    Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
    Ya Allah…
    Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
    Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
    Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

    Sunday, March 14, 2010

    Tip shopping baju

    Hari ni, teringin pulak nk shoppe baju kt online shopping. Tp..tetiba pulak rasa xconfident dgn pilihan bju sendiri...Antara soalan2 yg sentiasa bermain difikiran,
              Sesuai ke ngan aku?
              Muat tak baju ni, kalo ikot saiz mcm muat, tp...bleh caye ke?
              Nampak gemuk xbaju ni ek..
              Pakai ke tidak baju ni? kang membazir pulak..
    Then, rasa nk wt research cket psl pilih bju ni...terjmpa lak post ni. Agak helpful..
     
    Apa yang bermain di fikiran anda sebelum membeli pakaian,kasut/ aksesori?

    Adakah anda hanya mementingkan jenama atau harga,ataupun potongannya yang sesuai dengan bentuk badan anda? Jika potongan yang bersesuaian dengan bentuk badan yang anda fikirkan,anda seorang yang berfesyen !!

    Bertubuh Rendah
    Perlu berhati2 dengan pakaian yang berjalur-jalur dan tali pingang yang terlalu kecil. Pakaian yang terdiri dari warna-warna kontra dan jalur vertikal dan menyerong boleh membuatkan anda kelihatan lebih langsing. Elakkan pakaian yang bermotif/ corak terlalu banyak. Pilihlah tops yang mempunyai garis pinggang yang lebih tinggi. Hindarilah warna yang terlalu terang,sebaiknya pilihlah warna beige,hitam atau pastel.Jika tidak mahu badan melebar,pilih pakaian yang mempunyai motif kecil. Untuk seluar,pilih yang berpotongan lurus atau wide leg.Skirt pula sebaiknya skirt mini atau maxi.Elakkan memakai kasut dengan tali-temali melingkari betis,anda boleh nampak lagi PENDEK!!

    Bertubuh Tinggi
    Boleh mengenakan tali pinggang lebar,elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat,skirt yang terlalu panjang atau pendek.
    Seluar panjang potongan hipster paling tepat.Jika pinggang berisi, lebih baik kenakan seluar panjang model 'full cut' (pinggang tinggi) dan hindari seluar berpotongan baggy atau yang mengecil di hujung. Untuk top,sebaiknya tops labuh yang melepasi pinggang. Elakkan tali pinggang yang terlalu ketat. Kasut bertumit tinggi melebihi 5 inci juga x digalakkan.

    Bertubuh Gempal
    Warna biru navy,hitam atau merah tua akan membuatkan anda lebih langsing. Untuk tampil 'slim n chic', jangan sesekali memilih baju longgar utk menyembunyikan lemak di badan. Baju berleher V boleh membuatkan anda nampak lebih kurus. Hindari skirt di bawah paras lutut atau skirt midi separas betis. Ia membuatkan anda seperti terpotong dan anda akan kelihatan lebih berisi dan pendek. Untuk pemiliha beg tangan, pilih aksesori berbentuk segiempat agar memberi efek lebih ringan. Kasut platform yang sangat tebal sgt tidak sesuai utk anda. Sebaiknya,pilih kasut bertumit ramping dan selesa.

    Bertubuh Besar di bahagian atas
    Perlu memilih jaket panjang tanpa span bahu untuk menyeimbangkan bahagian atas dan bawah badan. Elakkan blaus/kemeja berpotongan 'ruffles' atau 'detail' yang keterlaluan. Tops berpotongan silang boleh memberi ilusi yang lebih ramping. Jika ingin mengenakan aksesori, skarf boleh merampingkan tubuh bahagian atas. Pakai seluar atau skirt yang mempunyai lipatan atau kedutan supaya pandangan lebih tertumpu ke bahagian bawah badan. Kasut bertapak rata merupakan pilihan yang baik. SOURCE

    Saturday, March 13, 2010

    Picnic, BBQ @ Teluk Batik

    Jumaat bknyer holiday, dan juga bukan juga weekend. Namun kami tetap juga ber-picnic..Tp kenapa pilih hari jumaat?
    - Mungkin tiada istilah weekend bg kami sbb smua hari dalam seminggu adalah weekend bg kami.haha
    - Mungkin terlalu busan hingga keluar picnic
    - Mungkin nk release tension, so..kami ber-picnic? (ini mcm xmungkin kan?)
    - Atau mungkin nk membuang masa2 yg ada dgn activity2 yg merapatkn silaturrahim? (mcm baik je bunyiknyer)

    Namun, walau ape2 pon reason...kami seronok.

     Me, Kak Eja, Kak Ina and Dee..

    Orang kuat disebalik asap2 bbq~

    Menunggu masa untuk makan bersama cik Zati..

    Hasilnya..ayam madu berempah yg sgt mabelesss!

    bersama sosej bakar yg hampir rentung~

    Makan dengan lahapnya...lapaaaa sangaaaattt...
    Ouh ye...xlupa juga kpd tetamu2 yg xdiundang..hehe

    Sbnyer, tempat yg kami nk gi bkn kt telok batik, tp kt Telok Senangin. Tapi ternyata, cuaca sgt mencemburui kami smua..ujaaann je sepanjang hari..Adoila..Tetiba je kami tukar plan time odw menuju ke Telok senangin tu. Plan still kene teruskan, ujan pon ujan ler..

    Tp, alhamdulilah, tiba je kt telok batik ujan dh reda..bleh la nk bakar2..hehe
     P/S: Kepada kwn2, tak sangka yg kita mampu berkemas dgn sekelip mata! sau pencapaian yg sgt menakjubkan!!!

    Monday, March 8, 2010

    Terasa kejauhan

    Update Research Progress:
    Kurang (cket je)
    Banyak main (Farmville)
    tahap rajin kurang...(mungkin sbb penat semalam xhabis lg, clas kol 8-6pm)

    Activiti harian:
    Nak joging - tak jadi (hari panas sgt)
    Nak puasa - tak jadi (xbgun shur)
    Main game
    Berskype ngan adik (terubat rindu cket) hehe

    Owh..bercakap pasal famili ni..terlupa lak nk update event last month (february)..mungkin bleh di summary cket: Antaranya...
    Akad Nikah Angah

    Majlis Khatam Quran
    Persandingan
    Persandingan
    Keberangkatan adik ku ke Aussie
    Bye bebeh!


     Bulan yang sgt penat. February tu bleh dikatakan bulan yg menyedihkan yet menggembirakan. Saya kehilangan 2 adik sekaligus..Bkan la hilang kan...just berjauhan la..Mis u ollls!!!

    Sunday, March 7, 2010

    May be...

    I've got new idea...
    I've got something to do...
    I've got less time to run it...
    I've got everything to finish it...
    What else do i need????

    May be a little spirit should be OK!
    May be a little space should be NICE!
    Then may be a little effort will make it DONE!

    Sooo.....Lets do it BEBEH!!!

    Thursday, March 4, 2010

    Selamat Hari Jadi!

     Bulat..bulat...dan bulat..
    Hari ni umur nik dah masuk 25th..dah tua la agaknye kan? mmm...Banyak pulak azam baru yg tgh Q kt dlm kepala ni..rasa xsempat pulak nk senaraikan smua..bkn xsempat ape...tkot xtercapai..

    Masuk umur 25th ni,

    - Rasa mcm nk acted like women la...xmo dah main2. Nak jadi seorang wanita yg berkaliber. hahahaha

    - Juga nak jadi pelajar yang sgt committed ngan study...nk belajar siang malam sampai xmakan2...(alang2 nk diet kan, badan ku dh gemuuuukkkk gilerrrrrrr)...huhuhu

    - Nik jgk nak jadi sedikit alim...bermaksud nak kurang kan dosa2 yang xsengaja dan juga sengaja..seperti menutup aurat dgn sempurna..bykkan bc quran ke..ape ke..smua la...(InsyaAllah...doa2 kan..amin...)hehe

    - mmm...byk pulak nk list...nnti2 la..haha