The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers

    Friday, May 7, 2010

    Mee Udang Banjir Kuala Sepetang

    Masa jalan-jalan di Taiping perak, kami teringat ade satu tempat namanya Kuala Sepetang yang terletak tak jauh dari bandar taiping. Terus menuju ke situ, ternyata tempat tu sangat glemer ngan mee udang banjir kuala sepetang. 
    Iklan kat information board

    Ade lagi satu tempat yang buleh kata best jugak iaitu kat Matang. Orang cakap rasa mee banjir kat kuala sepetang ngan matang ni lebih kurang sama je.
    Mee udang Mak Jah

    Kadang-kadang kalau salah pilih kedai tu, mungkin rasa mee udang banjir tu takde la sesedap mane kan. Tapi kalau jmpa tempat yang betul dan kena...memang best la.
    KueTiaw goreng udang

    Tapi yang uniknya, udang kat sini besar-besar dan sangat fresh..ok...highlight sikit kt situ..SANGAT FRESH. hehe.
    Mee udang biasa

    Tapi, untuk datang sini memang la jauh, kene guna highway, ade tol la cket exit ke Changkat Jering. Ada je jalan kampung yg tak perlu guna tol..tp kami xtau~ haha
    Meja makan kedai mee udang mak jah

    Tapikan, kalo sape-sape yang tinggal kat area tronoh ni, jangan risau. Ada je satu kedai kat bandar Tronoh tu yang nama kedai tu "Mee Udang Banjir Selera Matang". Kat kedai pakcik ni memang best habis sgt2. Tak payah nak pergi jauh-jauh. Untuk kenal tempat asal usul mee banjir ni, boleh la gi ke kuala sepetang or matang tu. Dua bandar ni dekat2 je.
    Suasana dalam kedai makan - kedai sgt menarik dengan xde dinding, penuh rekaan kelasik dan kampung.

    Parking space dia luas, so jgn risau untuk park ur car k.


    Bye~

    Wednesday, May 5, 2010

    Zoo Taiping & Night Safari

    Pada minggu ni, kami merancang untuk menjelajah sekitar Taiping. Dengan sedikit research pasal Taiping, kami bercadang untuk pergi ke Zoo Taiping dan Night Safari. 

    Bertolak dari utp dalam jam 12 tghri, kami terus ke Taiping. Setibanya di sana, alhamdulilah cuaca nya mendung dan redup namun bahang panas nya tetap terasa. Maklumla, sekarang ni dunia di landa kepanasan melampau.

    Ok...ape yang menarik dalam zoo ni? Mula-mula masuk kt pintu masuk, kami guna tren untuk ronda seluruh zoo. Ni bertujuan untuk mendapatkan gambaran secara kasar dan cuba bayangkan keluasan taman ni dengan ape yg ade kt sini.

    Kemudian baru kami mula berjalan untuk melihat haiwan-haiwan yang ade kt zoo ni secara dekat. Ternyata pengalaman kat zoo Taiping ni sangat berbeza dengan pengalaman menjelajah zoo negara Kuala Lumpur. Seperti yang dijangka Zoo Taiping sedikit besar berbanding zoo negara KL. 

    Selain itu, antara haiwan yang ternyata berjaya mencuri perhatian kami adalah :


    Orang itu memang lucu, siap wat adegan lagi bila kite tengok dia..
     Ungka Tangan Putih

    Ungka tangan putih ni tengah bergayut kat atas batang pokok tu, perasan tak? Kami xamik banyak sangat gambar dia sebab kami lebih suka rakam semua gelagat dia. Sangat entertained. Dia sgt pandai bergayut dengan aksi yang mengagumkan. Kami fikir mungkin gimnas2 kite boleh belajar dari derang..mungkin? hehe

    Badak Air

    Masa kami sampai kat area badak air ni atau juga dikenali sebagai Hippo ni, dia tengah berenang2 kat dalam air tau. Badan dia langsung kami tak nampak, yang nampak nyer hanyalah lobang idungnya saja! hahaha..Sangat kelakar. Bila tuan dia datang bawak makanan, yg elok tgh main air tu terus naik ke tepi darat dan baru lah kami nampak badan dia sgt besar! Tak sangka badan besar macam tu bleh berenang macam ikan. hehe

    Burung Unta

    Burung Unta ni sangat baik. Mulanya nik takot2 dengan burung unta ni igtkan dia garang. Kebetulan masa kami datang kat sarang burung unta ni, ade sorang kakak tu seronok je dok layan si burung unta nik. Siap bagi satu plastik kacang rebus lagi. Dah la tu, bukan dia nak baling je terus kt burung unta, tp sengaja tarik perhatian burung unta ni suh amik kacang tu kat tangan dia. Seronok pulak kami jadi tukang tengok.haha


    Setelah berehat kat pondok sambil perhatikan gelagat swan yg brenang2 kat tasik, kami teruskan perjalanan kami ke kandang Beruang pulak. Kat sini pon kami terhibur dengan gelagat beruang-beruang kat sini. Semua jinak belaka.
    Perjalanan seterusnya pula ialah kt kandang badak sumbu. Ok, sini ade satu benda kelakar iaitu ade satu tagging kt board tu berbunyi "Badak Sumbu ini ditaja oleh Petronas". hik3..bagus betol petronas ni, taja haiwan paling besar terus! haha

    Next is Seladang. Owh ye, seladang ni ade sejarah yang menarik kt Taiping ni. Mase zoo ni bukak, derang ade bela satu couple seladang ni. One day seladang tu beranak kat dalam zoo ni. So itu merupakan seladang pertama yang lahir kat zoo taiping ni. Untuk memperingati nya, derang namakan anak seladang tu dengan gelaran Zabu yang bermaksud zaman baru, alaf baru sebab lahir thun 2000. hee..comel~


    Banyak pulak haiwan yang nk di ceritakan kat sini..nnti la sambung..hehehhe..
    Ade mase nnti sy update..haha

    Daaa~

    Saturday, May 1, 2010

    Marina Wing Waterfront

    Semalam kami (Saya, Doyah dan Nije) gi jalan-jalan ke lumut. Lumut ni kalo tak silap saya la, tmpat paling ujung la kot kt perak ni. Kat area2 laut. So kat sini terdapat pelbagai tempat menarik seperti pulau pangkor dan juga lumut waterfront. Di waterfront ni, terdapat satu tmpt yg comel untuk peminat2 camera digital iaitu Marina Wing. 

     Bersama Doyah

    Antara tempat-tempat yang boleh kite amik gambar semestinya kt bot-bot yg cute mute tu kan. Tapi waktu kami datang ni dh sangat gelap, xsempat pulak nk godek2 kat kapal2 tu.

    Kapal-kapal yang menarik.

    Kat belakang tu ade banyak kapal kan? sepatotnye kami bergambar kt kapal2 tu tp xsempat la.

    Kami bertiga je la..

    Ni tempat mula-mula masuk marina wing ni.

    Saya dan kapal-kapal..

    Kami pon tak pasti apekah ini, sbb menarik..kami bertenggek aje..hehe


    Owh ye, lupa nk cerita. Doyah datang dari KL lagi ni tau dan nije pulak dari Labuan. Saje derang datang utp (nk settlekan hal ckt). Lame pulak xjumpa kwn2..rindu pulak rasanya...

    Kawan-kawan..kalo mau datang perak roger2 tau..akan ku usaha kan untuk ketemu kamu semua!!! daaa~