The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers

    Tuesday, August 24, 2010

    Sedikit update

    Hari ni, aku masih lg kt umah fadziella..keke...buat macam rumah sendiri pulak. Tak reti-reti nak balik rumah? Bukan ape, ade la keje sikit yang membuatkan aku tak boleh balik lagi.

    Lepas sahur tadi, macam tak ngantuk pulak rasa. Mungkin sebab tido awal sangant malam tadi, kol 11! so pagi ni mata ni memang xbuleh nk tutup la.

    Sementara dok belek2 tenet, teringat pulak kt blog ku yang lama ku pinggirkan. So, pgi ni nk update la ckt ape2 yang patot.

    Ramadhan ni, sangat mencabar bagi aku. Sehari sebelum puasa, mak kene tahan ward sebab kes appendix mak dh pecah. Bukan setakat pecah je, appendix tu dh bernanah dan berjangkit pulak dengan usus perut. Bila usus kene jangkitan kuman tu, usus tu dh jadi infection dan bengkak. So doctor terpaksa operate perut mak (panjang jugak bukaan perut tu, agak2 sejengkal). Doctor potong sikit usus perut tu sebab takot merebak makin panjang ke usus2 lain.

    So bermula malam 1ramdhan tu mak masuk ward...situ la aku sahur, situ la aku berbuka,,,sehingga la ramadhan ke 12..perghhh...lamo jugak tu..sian mak..

    Owh ye, masa x-ray untuk tgk appendix tu, doctor ternampak ade 3biji batu karang sebesar ibu jari kaki kt dalam buah pinggang kanan. So satu lagi masalh terjmpa.. Tapi doctor xleh nk operate dua2 sekaligus sebab pakar lain2 in charge untuk appendix dan buah pinggang. Lagipon, doctor xleh operate sekaligus jgk sbb takot badan kite tak tertanggung nk tahan sakit kt 2 organ berlainan, juga susah nk monitor. huhuhu

    So, pagi ni mak kene gi sekali lagi kat ward 28, Hospital Raja Perempuan Zainab II, KB. untuk buat IUV scan. Doctor ckp, iuv scan ni merupakan scan menggunakan cecair untuk nak pastikan ade berapa biji batu karang kt dlm buah pinggang so that bila operate nnti derang nk make sure smua batu karang dah dikeluarkan.huhu

    Tapi, apsal aku kt umah fad? mak nk masuk ward? sebab ade keje penting sgt2 kt sini, terpaksa korban masa kejap. Ptg ni mungkin aku blik, nak tunggu mak kt ward lagi...untuk 2nd operation...huuuu