The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers

    Tuesday, July 31, 2012

    Makan dan minum sendiri

    Date : 30 July 2012
    Time : 7.16pagi
    Venue : Home

    Pagi ni, masih lagi nak cerita pasal perkembangan puteri kesayangan saya tu..Puteri kembang semangkuk Iman Nur Zahra. Nik percaya setiap bayi or kanan-kanak berbeza dan tak sama dengan tahap perkembangan masing-masing. Walaupon lahir sama tarikh or bulan..tapi still beza tahap kebolehan diorang. Macam anak nik, Zara tu..sekarang dah 8bulan lebih nak masuk 9 bulan dah..baru boleh merangkak je. Ade baby lain dah boleh panjat2..zara tak boleh..penakot sangat. Zara kalau setakat panjat sikit2 rendah2 tu bolehla tapi kalau panjat sampai boleh berdiri sendiri tu memang tak la. Sebok nak duduk. Tapi takpe, nik tak paksa dia buat apa yang dia xmampu..nik percaya..hanya dia sendiri je tau bila dia ready.
    Cuba memanjat tiang besi buaian
    Macam sekarang ni kan, masuk umur 8bulan baru nik bagi zara minum air pakai botol air sendiri. Tu pon sebab nik nampak dia dah pandai amik botol dari lantai dan suapkan ke mulut tanpa bantuan. Anyway..6bulan pon sebenarnye dah boleh bagi botol air tu. Tapi tula..zara masa 6 bulan mungkin tak ready lagi kot..nik takot tersedak air tu nanti.

    Dah pandai minum air masak sendiri tanpa bantuan ma&pa
    Untuk memperkenalkan botol air yang sesuai untuk zara ni adalah bukan satu perkara mudah bg nik hoccay...susah sangat.. Kenapa ssh? ofkosla. Nak cari yang betol2 sesuai dari segi jenis putingnya, dari segi prektikalnya..dan yang penting kualitinya. Lepas googling2 then terpikir untuk pilih AVENT ni. Ni bukan disebabkan nama or brand dia. Tapi ianya menepati ciri2 yang nik nak. Puting getah, tunggang tak tumpah..saiz yg sedang dengan holder yg senang utk zara capai juga material plastiknya yg super tahan. Mula2 bagi zara pakai ofkos la jakun sekejap. Maklumla before ni minum air pakai botol susu sebab senang, water flow tak laju dan zara tak tersedak. Bila guna botol air ni..mula2 masuk mulut sebok dok gigit puting botol tu je. 2 3 kali masuk mulut tu baru zara hisap puting tu then terbatuk2..hihi..kesian pulak. Air dia banyak dan laju ckt kalau nk compare dengan mnum dari botol susu. Tp alhamdulillah..lepas 5 6 kali training..sekarang dah pandai dah. Goodgirl!

    Zara pandai tak makan sendiri ni?
    Selain dari train zara minum air masak pakai bekas air, nik juga dah start nak train zara makan sendiri juge. Tapi ofkos la...bukan makan sendiri 100%..dont expect that much ok..kate nak train kan. Dengan umur dia sekarang, nik rasa dah sesuai sangat untuk nik cuba slow2 train dia suapkan ke mulut sendiri. Tapi selama ni pon memangla dia dah pandai masuk mulut, kertas..toys..itu ini semua kat lantai tuu. Tp tu lain k. ni nik nak train dia makan sendiri. Tapi confirm2 la makan bulan baru nk pandai kan. Takpe..dah kata nak train..training ni memerlukan masa dan mendidik anak ni memerlukan kesabaran yang tinggi! waah! Untuk train zara, nik mulakan dengan bagi dia pegang sendiri sudu..ajar dia cara amik dari mangkuk..bawak susu tu ke mulut. Perlahan lahan la train dia kan, nik pon tak expect dia akn pandai buat tu semua pon..cuma bagi nik, lagi awal lagi bagus..betol x? sudahnya...sudu ntah ke mana..cerelac ntah kemana..tangan je dok cedok cerelec tu masuk mulut. hahaa..but its ok sayang..that's what we call as "experience" and "exploration"..betol tak kawan2?? hehe

    Dah..tu je untuk pagi ni...sehingga bersambung nanti k..macih... :)

    Saturday, July 28, 2012

    Update : INZ at 8months

    Date : 28.07.2012
    Time : 5.31am (tengah sahur)
    Venue: Home

    Pejam celik pejam celik, hari ni dah genap 7  hari puasa. Cepat sangat masa berjalan. Sepanjang 7 hari puasa ni, nik sekalipon tak sempat nak solat terawikh di masjid macam nik ngan hubby buat last year. Time tu pregnantkan Iman Nur Zahra. 7bulan pregnant lagi..Tapi masa tu jiwa kental. Lepas berbuka, terus bersiap ke masjid.

    Tahun ni lain sikit, bila Iman Nur Zahra dah ade kat depan mata, haruslah dok jaga dia je sepanjang masa. Lagipon, kol 6.30 zara dinner dengan nestume, then kol 8 malam tu confirm dah merengek nak tido. Aiyaakk, manela kte tak gemok! Makan kenyang2 terus masuk blik bela lemak.hahaha. Dugaan tahun ni, takpe..tahun depan bila dah agak zara besar sikit, nik plan nak bawak zara gi masjid solat terawikh beramai2. Cam comel je..
    Anak perempuan saya...8bulan sudaa...

    Anyway, post ni takde apa sangat pon. Cuma nak cerita skt sebanyak perkembangan anak perempuan kte sorang tu. Sekarang zara dah berumur 8bulan 2minggu 4hari. Waahh. dah tak lame dah nak burfday. Zara ni dari segi perkembangan jalan ke ape masih negative lg. Meaning zara memang langsung takleh jalan la. Kalau berdirikan dia, sandarkan pada sofa..pon still takot2 nak berdiri lame2 kat situ..Memang agak slow la ckt tang tu. Tapi kalo tang merangkak tu ha..memang laju la. Satu kawasan ruang tamu rumah tu memang dah kne letak border bagai. Takot tak pasal2 dh kat luar rumah.kiki
    Upss..dont skodeng2 montot gigirl i ok.hehe
    Selain dari itu, zara ni goodgirl.(hah..puji anak sendirila pulak kan)..suka sepahkan buku2 bacaan dia yang kte susun elok2 kat rak dia tu. Tapi sepah2 kan sebab nak baca..hihi. Ni mungkin boleh dikatakan hobi dia jugakla kot wat masa ni la. Suka sangat belek2 softbooks. Mungkin pengaruh zaman baby2 ataupon camne xsure. Tpi most of her favourite toy is softbook. Banyak2 toys lain..zara tak berapa gemar. Kalau main pon kejap je then boring...campak. Tapi kalau softbooks ni, dia akan amik masa lama jgk utk belek2 tgk itu ini..then baru campak. hihihi

    Malam-malam pn bc buku tau..ko hade??? hihihi
    Owh ye, dari segi pertuturan...dia dah banyak sebut bunyi bunyian seperti "ta ta ta ta ta..."(ala-ala adik sin chan tu), pastu "pa pa pa pa pa..." then bunyi "ba ba ba ba ba..." juga bunyi "ma ma ma ma ma..." sweet kan? dulu tak terfikir camne perasan bila dpt dgr first word of my own baby. But now...alhamdulillah..suka sgt dgr...suka~~ heheheh..Anyway, zara ni mulut memang xreti dok diam. Selagi dia tak tido..riuh rendah la dengan bunyi bunyian dia..tata la..baba la..macam2. Especially masa menonton tv..boleh dikatakan mulut memang tak tutup la. Siap gelak bagai lagi tau. Owh ye, ms tengok juge kalau dia happy sangat or kartun tu maybe best giler la kot bagi dia..mesti tepok tangan! Biasanya kartun yg dia suka skrg ni Special Agent Oso, Tayo the little bus dan Pororo a little peguin.hihi..Zara pandai sangat tepuk tangan..clap..clap..

    If you happy and you know it clap your hand..clap..clap!
    Ha..lagi satu, sekarang dah mula ade perangai2 lawak or klakar pulak dah. Contohnye tunjuk protes. Hamboi...kecik2 lagi dah mau tunjuk perasaan eyhh..lawak kot.  Let say dia paggil kte dgn nada "aaaahh...ahhhh..." pastu kalo kte wt bodo tak pandang dia. Tau apa dia buat? Dia akan buat macam kte geram tu..dengan muka pnuh perasan..mata tutup rapat..mulut kacip gusi (gigi xde lg)..smbil ckp..."eeeeeeeee!" hahahaa..memang sangat kelakar ok! Cer tgk kt gmbr first tu..tu bukan dia nangis tau..tula dia muka ala2 protes tension org tak layan  tu..

    Muka tunjuk protes...tgk pada gmbr pertama..
    Lagi satu, sekarang ni kte perasan dia suka wt muka kelakar tau..contohnye macam wt mulut macam mulut burung tu. Tapi versi lain ckt, dia suka gigit bibir atas camni ha...hahahahahahaa..sangat kelakar!

    Most of the time, kalau zara main dengan toys..dia jarang pukul2 toys tu dengan tapak tangan macam yang selalu baby2 lain dok buat tu kan. Zara ni dia lain ckt..sukaaaa sangat guna jari telunjuk dia. Kalau nak touch ape2 ke..nak main toys mane2 ke..mesti pakai jari telunjuk dia. Memang lawak ok!

    tunjuk...tunjuk..cucu...cucuk..hehehehe
    Adoi..gelagat zara ni  memang kalau teringat..boleh gelak sorang2. Apatah lagi kite mak dia kan. Dok ofis pon, memang ingat dia..pantang jam 5.30..jiwa raga totally out..rushing balik rumah semata-mata nak tengok puteri kesayangan ni. Rinduuu!!! a Allah...lindungilah anakku dari segala bencana..Amin2 ya rabbalalamin!!

    Ok lah korang..setakat ni je yang mampu nik cerita, skrang dah 7.30 pagi dah dan cik zara tu pon dah bunyi siren2 macam dah bangun je. Tapi mata maintain tutup rapat lg. Hehe..Nanti nik update lg k..daa

    Friday, July 27, 2012

    New AVENT set for Zara

    Date : 27.07.12
    Time :Sepanjanng hari
    Venue : Home sweet home

    Setelah agak sebulan lebih nik tak bershopping online, hari ni lepas sahur sementara nak tunggu cerah sikit untuk bersiap-siap nak gi keje..sempat pulak menjengah beberapa blog/website barang-barang baby. Kebetulan pulak baru teringat yang malam tadi nik ade diskas dengan hubby, nak introduce Zara minum air dengan botol air. Sebab sekarang ni zara minum air masak pakai botol susu. Kami sebenarnya takot zara tu tersedak. Tapi agak2 la kan, sekarang zara dah 8 bulan dan dah kuat makan tapi minum air tu kurang. Kadang-kadang zara poo pn macam keras sikit.
    
    Parcel dah sampai! siap letak bunga lagi tau utk amik gmbr..kasi cun..hehe
    
    Dah kebetulan zara ni memang dah pakai botol-botol susu AVENT, nik try google botol air minum AVENT jugak..menepati dengan ciri2 yg nik nak ke idak kan. Untuk memperkenalkan botol air yang sesuai untuk zara ni adalah bukan satu perkara mudah bg nik hoccay...susah sangat.. Kenapa ssh? ofkosla. Nak cari yang betol2 sesuai dari segi jenis putingnya, dari segi prektikalnya..dan yang penting kualitinya. Bagi nik, botol AVENT ni sangat ok..dengan puting getahnya, tunggang tak tumpah..saiz yg sedang2 dengan holdernya yg senang utk zara capai dan juga material plastiknya yg super tahan.

    Satu set pinggan mangkuk, botol air masak dan teat 3hole.

    Lastly..nik beli kat tempat biasa nik jenguk kalau bab2 barang AVENT ni. Nik beli kat Little Kids. Nik memang suka beli barang kat sini sebab sini memang murah berbanding website/blog lain. Lagi satu..sempena bulan ramadhan ni, siap bagi postage free lagi! yahuuu...dah la tu..kalo like fb dia, siap dapat 10% discount lagi..haa..best gilerr kan! Hajat di hati nak beli botol air tu je, tapi tut2 terbeli jugak pinggan mangkuk cik Zara juge sebab muraaahh..dah tu, nik tambah order sekali ngan teat untuk 3 hole. Dari total RM144 dapat lg discount 14hengget dan postage free pulak. I like..like..like..Order hari rabu, jumaat dah sampai umah..memang cpt kan? Service memang lagula. Owh ye, sempena bulan ramadhan ni derang ade wt promosi. Rasa nak je beli macam2 lagi kt situ tp tu la..memikirkan raya is around the corner then persiapan raya pon so so je lg..nnti la dulu, tp cam ruginye..huhuhu

    Excited kan dia?
    Mula2 bagi zara pakai ofkos la jakun sekejap. Maklumla before ni minum air pakai botol susu sebab senang, water flow tak laju dan zara tak tersedak. Bila guna botol air ni..mula2 masuk mulut sebok dok gigit puting botol tu je. 2 3 kali masuk mulut tu baru zara hisap puting tu then terbatuk2..hihi..kesian pulak. Air dia banyak dan laju ckt kalau nk compare dengan mnum dari botol susu. Tp alhamdulillah..lepas 5 6 kali training..sekarang dah pandai dah. Goodgirl!
    Cubaan minum pakai botol air dah berjaya
    Selain itu, kan nik order juge pinggan mangkuk AVENT tu. Dalam satu set ade 3 jenis mangkuk berlainan saiz. Nik pakai yang paling kecik untuk zara wt masa ni. Sebab sekarang zara hanya makan bubur nasi dan cerelac saje. Tu pon takde la bnyak sangat. Just nice dengan mangkuk paling kecik tu. Nik train dia pegang sudu sendiri, cedok cerelac dari mangkuk dan suap ke mulut. Tapi..jangan harapla nak betol2 kan..hihi..

    Zara yang training untuk makan sendri..tapi..boleh ke?
    Ha..tengok anak perempuan i tu..pandai betol! kaan..hehehe.

    Okla...tu je update hari ni..bye...

    Wednesday, July 11, 2012

    Family vacation Langkawi day 2

    Date : 7 July 2012
    Time :

    Sambungan dari post lapas, ni masih lagi di hari pertama kami kat langkawi. Dari Beras terbakar, singgah di kedai minyak gamat..dan sekarang ni kami sampai di UnderwaterWorld. Pengalaman nik bila sampai area underwaterworld ni, nik terasa macam pengalaman nik masa kat bali dulu2. Kat pantai ape ntah lupa kat depan Hard Rock Hotel. Memang lebih kurang sebijik la..
    Kat Underwaterworl ni, tiket untuk orang dewasa RM15 manakala untuk kanak-kanak RM5. Owh ye, untuk dapatkan harga ni..anda haruslah tunjuk IC hoccay. Meaning kalo foreigner tak dapetla harga ni..kalo tak silap nik dewasa RM25 kot.

    Masa tengah tunggu turn untuk beli tiket masuk, sempatla kami amik gambar depan pintu masuk tu sebagai kenangan.

    Di hadapan kaunter tiket.
    Bila dah dapat semua tiket, berpusu-pusu la kami dengan penuh gumbira! hihi..Mula2 masuk je kami dah nampak ikan besar kaler kuning2 kat dalam aquarium. Sempat pulak mama suh papa posing ngan baby kat situ.hihi.

    Di pintu masuk Under Water World..process pembayaran tiket masuk

    Hari kedua berada di langkawi.
    Disebabkan semalam kami dah banyak buang masa dengan spend masa terlalu lama di satu tempat, hari ni hopefully kami dah wellplanned. Hopefully hari ni banyak tempat boleh kami lawati.

    Tuesday, July 10, 2012

    Family Vacation - Langkawi

    Date : 10.07.2012
    Time : 8.35pm
    Venue : Depan tv, ruang tamu, home sweet home Shah Alam

    Malam ni walaupon penat sangat-sangat tapi rasa macam rajin pulak nak menaip blog. Hari ni penat tu bukan penat apa, bukan penat sebab baru bali keje ke ape. Tapi sebenarnya beberapa hari ni nik dan keluarga pergi bercuti di langkawi. Rasa macam lama sangat tak bercuti macam ni, seronok pulak. Ye la, before ni selalu round-round satu malaysia. Tapi sejak pregnant yang dekat nak due hari tu, dah mula slow down dan akhirnya lepas bersalin tu memang langsung tak berjalan ke mana-mana. Kalau travel jauh-jauh pon sebab balik kampung (kota bharu..kira jauh la kan?).

    Meh nak cerita pasal family vacation ckt. Rombongan kami ni actually rombongan yang boleh dikatakan sangat besar jugak la. Ok, meh nak kira. Nik dengan hubby dan Zara (3org) + Kakak sulong hubby se-family (6org), abg ngah se-family (3org) + Pak Anjang dengan wife (just married) + Pak muda se-family (3org) + Ciksu dan Abah. So total semua 19orang. Fuyo0o0o.haha..ramai kan? Dah kata family vacation. Ni family vacation belah hubby dan fully sponsored by Abah. Terima kasih banyak2 paktok!

    Kami gerak dari KL-Langkawi hari Jumaat flight kol 9.15PM boarding kat LCCT. Actually family dah sampai KL pagi jumaat lagi. Semua orang berkumpul kat rumah nik kat shah alam. Disebabkan hari jumaat tu nik masih lagi keje, so nik la gerak paling lewat ke LCCT.
    
    Tempat kejadian : LCCT bersama keluarga
     Sampai kat Langkawi kira-kira jam 10.15PM dan terus ke Hotel. Kat langkawi, kami stayed kat Langkawi Sea View Hotel. Kat sini, kami sewa 2bijik transport (Nissan Urvan dan Toyota Unser). Maklumlaa..raamaaii..tak muatla sebijik..keke.
    Dah sampai kat hotel pon dekat kol 12malam. So malam tu kami memang tak nampak ape yang menarik pon lagi kt hotel tu. Sehinggalah bangun pagi esoknye..mmg btol2 seaview. Time breakfast pulak, nik try suapkan bubur nasi kt zara..hmm...selera btol Haruslah nik beli periok yg gojes utk msk bubur nasik lepas ni!
    Suapkan bubur nasi untuk zara

    Untuk hari pertama ni, lepas makan kenyang-kenyang..tempat pertama yang kami lawati ialah kat Beras Terbakar. Kami gerak dari hotel dengan berpandukan GPS..kami gagahi ke Beras terbakar ni. Sesampai kat sini..hujan la pulak..So haruslah kami shopping topi dulu untuk cik puan iman nur zahra kan! haha

    Topi baru (kaler haruslah seakan-akan topi bapak dia..anak bapak!)
    Orang cakap dulu-dulu kat sini memang banyak beras terbakar ni.Tapi masa kami datang tu, dah tinggal sikit je. Tu pon siap pagar lagi sebabnye beras yang banyak dulu tu dah orang amik bawak balik. Adoi..boleh pulak kan. hihi.

    Keluarga kecil kami

    Di perkarangan beras terbakar

    Rumah kecik tiang seribu
    Dalam pagar tu la ade beras terbakar. Kami bergambar kat tepi pagar tu je. Bolehla kan buat kenangan. Gambar kat atas tu pulak..ha..itula dia keluarga besar kami. Yang takde dalam gambar adalah paktok (tengah jalan kat kedai ) dengan Ngoh (selaku jurugambar ini).

    Gerai pakaian dan cenderahati di beras terbakar
    Oke..takde apa yang menarik pon kat sini kecuali gerai-gerai yang sangat banyak. Boleh la rembat beberapa helai baju langkawi wat kenangan dan yang pastinya malam ni kami nak pakai baju langkawi hoccay! hahaa.

    Ha..dah tu..lepas beras terbakar ni, kami plan nak gi Underwaterworld..hehe..best! taksabar! tapi..sementara dalam perjalanan tu..sempat pulak kami singgah di satu gerai jual minyak gamat ni. Sementara semua orang dok serbu minyak gamat..nik rilek je kat dalam urvan ni..sebab? si Zara la..tidoq pulaakk..
    Peach langkawi!

    Dah borong banyak-banyak...kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnye..Underwaterworld!

    Thursday, July 5, 2012

    Tukar blog link

    Date : 06.07.2012
    Time : 10.30 malam
    Venue : Dalam bilik tido (tengah nenenkan zara)

    Fuyooo...lamo giloss tak hapdettt blog ini...OMG..kerinduaan gitu! Hari ni, ditengah-tengah malam menjelma ni tiba-tiba pulaakkss dapat hidayah (hidayah kee???) nak menulis blog nih. Hahaha..kelakar pulak rasanya. Baru ade anak sorang...daahh bersawang dah blog. Hagakknye kalo dah ade anak 3..4..5..langsung tak bukak kot! hihi..owh tidaak..tidaakk..tidaakk (gaya fafau hotfm). InsyaAllah akan nik usahakan jugak untuk menulis di blogku ini.

    Malam ni plan macam nak update cerita-cerita lama..tapi..adoi..malasnye!! Ya Allah..kuatkanlah semangat hambamu ini. Amin! Ok..mulanya nak cerita kenapa nik tukar link blog lame (neequenuurs.blogspot.com) tu kepada link ni (saneiah.blogspot.com). Paaanjaaannggg ceritanya. Nak dipendekkan, sebab pertama ialah link lama tu terrrrlalu panjang dan terrrrlalu susah utk dihafal. kedua..link tu tidak menunjukkan nama sebenar i yg penoh bermakna itu. Nik Nur Saneiah. Saneiah ni bermaksud Yang bersinar, Yang mulia. Hah! hambeekk..terbaekk tu. Rugi kalau tidak diabadikan sebagai blogname..keke (ade kaitan kah? sape nak kesah pon kan? tapi i kisah..hahaha)

    Sebagai selingan, iollss mau jugak nak tempek kat sini gambar keluarga iollss..
    
    Berdua je..mane anak??
    Ni la dia...anak iollss..dah besar daa..hehe
     

    Sunday, July 1, 2012

    Pesta Flora Putrajaya

    Date : 01.07.2012
    Time : lebih kurang kol 6.30 petang
    Venue : Presint 2, Putrajaya

    Nik suka bunga..suka sangat dengan bunga-bungaan. Kalau boleh, impian nik nak bina satu taman bunga yang ade beribu-ribu species bunga kt sebelah rumah! hahaha. hebat tak impian i?? Impian tinggal impian..hampir jadi kenyataan dalam imaginasi bila datang kat Pesta Flora kat putrajaya ni tau. 2minggu sebelum kejadian lagi, bila nik dengan pasal pesta bunga ni memang nik dh booking calendar hubby dah. Dah copp dah..jangan nak gi mane-mane sebab nik nak datang sini. Bagi orang yang tak suka bunga, pesta bunga ni apa la sangat kan? Tapi penggemar tegar bunga macam nik, pesta bunga ni adalah lagi best dari konsert rock ke...kpop ke..justin bieber ke! ahaha..kaan.

    Walaupon kami datang sini dah petang, dekat nak maghrib dah pon tapi orang memang sangatla ramai. Especially abang-abang dan kakak-kakak yang pegang camera besar gedabak tu. cameraman and camerawoman la ofkos derang ni kan. kami? bolehlaa...cukupla dengan nikon kecil kecilan ni ha..setakat nak snap gambar kami2 je pon..Especially gambar cik zara la (selaku model blog ini)!

    Gambar ni kami snap kat area pintu gerbang pesta bunga ni. Pintu gerbang tu cantek sangat dengan bunga carnesion kaler kuning. Tapi kami tak sempat nak amik gambar pintu gerbang tu sebab ramai sangat orang tengah posing kt situ. So..kami letak je cik zara kat atas bench ni dan..snap..snap. (pesta bunga ke pesta ape?)
    Zara si comel mama yang suka posing
    Gambar zara kat atas bench merah ni pulak lupa kat booth mane. Tapi yang pastinya, dalam kawasan ni, ade kerusi kaler merah, hijau, kuning dan biru. Kami pilih merah!

    Antara bunga-bungaan yang terdapat di pesta flora
    Kebanyakan gambar yang kami snap tu dengan bunga kertas kan sebabnye tema pesta flora tahun ni adalah Bunga Kertas. So..semua booth memang akan pertandingkan bunga kertas sebagai hiasan booth kebun bunga derang. Cute kan? Bunga kertas ni memang tahan lasak, senang nak tanam..mudah hidup..pandai berdikari..tahan panas..macam-macamla..Mak nik kat kampung tu pon memang suka tanam bunga kertas. Macam-macam warna la..bentuk takyah cakap la kan. Bunga kertas aiskrim la..nama tu nama ni.hehe.

    4 contoh booth taman bunga
    Ha...macam ni la contoh taman mini kebun bunga setiap booth peserta design tu. Yang nik dok cite kat atas tadi tu. Ni adalah di antaranya la..actually sangat-sangat banyak peserta yang join event ni. So memang sangat bnayak booth2 kebun bunga ni. Kami plan nak snap semua booth..tapi...tak larat! banyak sangat!

    Kasih ibu tidak terperi...
    Tapikan...mane gambar hubby??? adeih..terlupa pulak nak upload. Yela..dia kan cameraman of the day. Sebok pegang camera, mane la nak ade gambar dia sangat. Yang ade pon..ni je laa...

    Kami sekeluarga
    Ok daah...dah terlalu banyak rasanya nik uplod gambar ni ha. haahaha..tu nasib baik jugak combine. Kalo sekeping-sekeling mau berderet-deret. Memang bunga-bunga kat sana canteekk sangat. Suka. Ok..ni last gambar nk upload.hehe
    Antara lain yang menarik di sana..
    Eh...taakk..yang ni last..hehehee...(jangan marah)..ni antara bunga feveret iollss...cantek kan?
    Bunga-bungaan
    Daaahh...tu je...daa...jumpa di lain post ya! macihhh...