The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers

    Wednesday, August 29, 2012

    Menyusur bendul

    Date : 28 August 2012
    Time : Pagi ke malam
    Venue : Home sweet Home

    Masih mood raya walaupon hari ni dah 11th Syawal. Duit raya (uppss..mata duitan btol cakap pasal duit pulak..hihi) Iman Nur Zahra pon nik tak kira lagi..Ada berpuluh2 sampul yang tak tau berapa nilai kat dalamnya lagi. Tak kurang jugak yang takbersampul. Seronok dan teruja sangat tengok duit raya anak sendiri. Nik plan nak simpan dalam bank semua duit-duit raya zara. Dulu, masa dalam pantang, ramai jugak orang dok bagi duit utk zara, seingat nik almost 2k duit zara time pantang). Pastu, lepas pantang pon masih ramai lagi yang tak lokek untuk hulurkan duit untuk zara, hingga before raya hari tu duit zara bertambah almost 2k lagi..waahh! Alhamdulillah rezeki dia murah. Tapi tu duit dia, bukan duit mak bapak dia ok..simpan untuk masa depan. Nanti senang dia nak belajar, nak pakai duit banyak. hehe

    Tak sampai dua minggu lagi anak dara nik nak masuk umur 10 bulan. Perkembangan zara buat masa ni, dah makin kurang merangkak. Zara banyak habiskan masa untuk berdiri..bergerak dari satu tempat ke satu tempat sambil pegang almari, sofa, dinding dan sebagainya. Yang tak tahannye, dah berlagak cuba lepas-lepas tangan sebelah pulak..sambil gerak-gerakkan tangan ala-ala melambai2 tu. hihi..comel btol!

    Senyum simpol bila dapat lepas tangan sebelah macam ni

    Berusaha untuk mengakat kaki ke next step

    kusyuk betol..keke
    Sekarang panjat kat kabinet tv pulak
     Orang tua-tua kat kampung cakap, perkembangan baby macam ni di-bahasakan sebagai "susur bendul". Dari merangkak nak start belajar berjalan ni la susur bendul. Process ni lama jugak kot. Mungkin berbulan-bulan depend pada perkembangan bayi tu masing-masing. Semua baby tak sama..

    Ada satu masa tu, nik nampak zara beriya-riya nak panjat bumbo seat dia. Ingatkan nak bersandar bidiri sambil tongkat tangan kat bumbo tu je, sekali masuk dalam tu rupanya! hehehe..lawak la..mungkin zara nak duduk dalam seat macam nik dan hubby selalu letak dia. Tapi tak tau cara kot..so..masuk camtu pon boleh la..muahaha

    Mama..tengok ni..zara dah pandai duduk dalam bumbo sendiri..
    Sejak zara dah pandai panjat-panjat ni..bukan setakat dinding, sofa atau kabinet je. Sekarang ni dah pandai naik tangga rumah nk ke tingkat atas dah pulak. Aduhai anak dara ku..


    Sori..malas nak rotate picture ni..camni pon boleh la ek.
    Bersungguh-sungguh panjat tangga
    Nampaknya, sekarang ni rumah kami tu kene betol2 selamat. Make sure tangga tu dipagar untuk elakkan zara dari naik tangga. (Nanti kene cari pagar yang pasang kat tangga tu kot baru selamat)
    

    Monday, August 27, 2012

    Selamat Hari Raya 2012 !

    Selamat Hari Raya Aidilfitri


    Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga...

    Selamat Hari Raya Aidilfitri u'ollss..Hijau nye makngah! hehehe..Hari ni nik dah masuk keje, isnin..biasala.."monday blues" + dengan mood raya, memang tak boleh nak focus buat keje langsung! Hari ni raya ke-9, raya kan sebulan jadi hari ni masih tak terlambat untuk ucapkan selamat hari raya. Gambar tu kami amik masa hari raya pertama kat kampung. Memang bertemakan ijau cuma cik zara je tak berapa nak ijau. Memang disengajakan amik kaler putih+bunga pink+dedaun ijau. Kasi contra sikit.

    Wah, hampir terlupa..ini lah kali pertama kami beraya satu family mini. Tahun 2011 tak berapa nak sakan sangat raya sebab time tu tengah pregnantkan iman nur zahra. Almost 8months kot. Tahun 2010 pulak raya single minggle lagi..tahun ni macam best la sikit..raya ada baby, raya bertiga...tahun depan camne? raya berempat kah? hihiihi

    Alamak, dah melalut dah..anyway nik nak mintak maaf banyak-banyak dengan kawa-kawan semua sekiranya nik ade terkasar bahasa tersilap cakap..mintak ampun dari ujung rambut sampaila ke hujung kaki..Maaf zahir dan juga batin..

    Nanti kalau ade masa free tu, jemputla datang ke rumah ye. Tak buat openhouse pon (xreti nk masak). Ala...rumah sewa, bukan rumah sendiri pon..bersepah (nanti buat2 xnampak je sepah2 tu k). Nik bukanye reti sangat nak kemas2 nk deco2 bagai cam orang lain..hehehe..datangla ye..


    Assalamualaikum..

    Saturday, August 18, 2012

    Balik Kampung

    Date : 17 August 2012
    Time : 6.08 pagi
    Venue : Rumah tokma (papa), Kelantan

    Hari ke 28 ramadhan..tinggal esok sehari  je lagi nak puasa dan kami tiga beranak dah alhamdulillah dah sampai kg dengan selamat. Gerak dari shah alam semalam lebih kurang jam 4.30 pagi dan sampai kg dalam jam 1.30 tengahari. Perjalanan alhamdulillah, tak de jem terok macam kebiasaan musim cuti. Ni pon sebab kami cabut awal lagi. Sekolah start cuti hari khamis semalam. Kami pagi tu jugak gerak balik sebab memang nik ngan hubby dah jangka, kalau gerak hari ni memang terbaek la jem!

    Bukit yang berkabus
    Kabus lagi..
    Perjalanan semalam sangat lancar. Iman Nur Zahra pon tido je sepanjang jalan sejak dari shah alam lagi sehinggala sampai dekat-dekat area gua musang tu zara bangun tido. Kami sempat berhenti kat masjid gua musang (saje taknak stop kat rnr gua musang tu sebab penoh, nanti nak masuk toilet pon kene queue) untuk mandikan zara and bagi dia makan. Anyway hari ni dah masuk hari ke 3 zara taknak minum susu. Risau pulak jadiknye. Taktau nak kasi makan ape..pisang..biskut..cerelac..tu je le.


    Masa on the way sambung perjalanan, jalan ujan renyai2 pulak dan trafic agak perlahan. Ade yang sampai kereta gerak dalam 10km/h je..tapi still bergerak kira ok la tu. Sampai kampung, singgah rumah nik dulu jumpa ma dan abah pastu terus gi rumah hubby. Plan hari pertama tu stay rumah hubby dulu. Nanti sehari before raya baru balik rumah nik (nak tolong ma buat kuih raya).

    Kat rumah hubby, iman nur zahra kemain seronok..yela..ade kawan! Kawan dia muaz la, her cousin..kecik lagi baru umur 1y5m..sedang elok berkawan la tu. Hari ni jugak, zara pusing satu kawasan rumah, lepak2 dengan papa dia kt depan rumah tu..amik2 angin kampung..seronok!!!

    Wednesday, August 15, 2012

    Kuih raya

    Date : 14 August 2012
    Time : 9.00 malam
    Venue : Ruang tamu rumah

    Raya dah tinggal beberapa hari je lagi korang...Kuih raya u'ollss camne? dah dapat dah? dah setel dah semua? hehe..haruslah setelakan cepat-cepat kan. Nanti kalut di kemudian hari. ye tak? Nik punya, hari ni kebanyakan order biskut raya nik dah dapat dah. Tinggal beberapa jenis je lagi tak collect. Kebanyakan-nya dah amik dari officemate, dari makcik, dari kawan-kawan.

    Cuba panjat atas balang biskut raya
    Sampai kat rumah, semua biskut raya campur dengan kerepek yang nik beli kat batu pahat hari tu dah jadi macam kedai jajan pulak. Masa nik menyusun biskut-biskut raya dalam satu kotak, si cek mek jara a.k.a zara la yang paling excited! Sebok nak naik atas balang biskut tu..isshh..Tak buleh la sayang..itu kan makanan. hehe

    Model biskut raya untuk tahun 2012
    Ni semua nik dah classified kan yang mane nak wat balik umah mak nik, yang mana nak wat balik umah mak hubby dan yang mane nak tinggalkan kat shah alam ni je.

    Owh ye, kerepek dah masuk plastik dan kotak siap-siap..

    Tuesday, August 14, 2012

    kerepek...kerepek...

    Date : 11th - 12th August 2012
    Time : Tengahari
    Venue : Rumah kakak ipar - Parit Raja, Batu Pahat

    Weekend ni nik dengan hubby dan Iman Nur Zahra menjelajah Parit Raja, kat Batu Pahat. Ni rumah kakak ipar nik a.k.a kakak sulong hubby. Tak, kakak ipar bukan kawin dengan orang parit raja, tapi diorang dah kira akan menetap kat sana kot sebab husband dia lecturer kat UTHM dan kakak ipar pulak mengajar di area parit raja tu juge. Sebenarnya, kami memang tak plan nak gi Batu Pahat pon. Tapi tu la, hubby nik memang suka wat keputusan mengejut2 ni. Pagi sabtu tu tiba-tiba je cakap "jom mama..kite gi batu pahat beli kerepek" hah..nik on je..

    Nak menyelenggara sorang budak kecik tu makan masa jugak jadinye gerak dari shah alam dalam jam 11.30 pagi camtu la dan sampai batu pahat dalam kol 2.30 petang. Ha ah, batu pahat tu dekat je. Kami exit Ayer Hitam sebab dekat sikit dengan rumah kakak ipar. Hari pertama kat batu pahat, kami takde gi mana sangat pon. Cuma lepas asar tu je kami keluar gi bandar batu pahat masuk kedai al-ikhsan, kakak ipar a.k.a kak ina nak carikan kasut raya untuk anak-anak. Sempatla beli 2 pasang puma kids untuk ajwad dengan aufa, along pulak dapat sandle satu.. Nik ngan hubby dah setel dah..so tengok2 cuci mata je la. hehe

    (Fathi Aufa)
    Haa..tu dia..beli kasut terus test ngan baju raya tu! smart kan? Puma kaler biru+merah+putih+kuning..cun!
    Hari kedua, ahad pon sama..takde merewang jauh-jauh pon. Masih kat area batu pahat cuma hari ahad tu kami gi kilang membuat kerepek. Kat sini memang seronok sangat-sangat. Dah nama kilang kerepek kan..mostly kerepek di packed dalam plastik besar sangat2 la. First time nik datang kilang kerepek, tak sangka maju camni sekali.

    Pintu pagar Salleh Food..

    Erk, macam promoter pulak i'ollss...hihi
    Masa on the way ke kilang kerepek kat senggarang ni, jalan rayanya di tepi-tepi sungai dan dipenuhi dengan tanaman pokok pisang dan ubi kayu je sepanjang jalan tu. Dalam perjalanan tu pon dah memang teruja, ape lagi kat dalam kilang. Berbekalkan pesanan kawan-kawan kak ina, kami straight je cari kedai Salleh Food Industries Sdn Bhd.

    Salleh Food Industries Sdn Bhd

    Suasana parking lot pon nak snap..tol x? haha
    Sampai je kat Salleh Food ni, memang parking penuh sangat. Dah nak raya kot kan, ramai datang nk beli kerepek buat raya la kot.

    Ready stok yang bakal masuk pasaran..hehhe
    Kami pon memang borong tak hengat jugak la. Amik banyak giler, sekali bila bayar RM104 je..wa..murah. OK, haruslah masuk sekali lagi..tambah lagi..hehehe

    Cilong yang tengah tunggu umi dan abi nya masih dalam process bayar kerepek.
    Anyway masa dalam kedai kerepek tu siap ade sign "no camera" lagi. Kami pulak memang bawak je camera, nak snap pon tkot-takot..takot kene sound, malu kot! So takde sangat la gambar suasana tengah bershopping kerepek tu. Ni pon sempat curi-curi je..

    kerepek tersusun
    khusyuk susun plastik hasil belian
    Hubby dan Zara tengah tunggu kat luar
    Dah setel, jom gerak...hehe
    Dari kilang kerepek ni, kami gerak ke bandar batu pahat lagi untuk cari jubah raya kak ina..tapi hampeh je sebab hujan lebat. Pergerakan limited then kami balik cam tu je..Nanti mungkin smbung cari kat kelantan pulak kot.

    Friday, August 10, 2012

    Happy 9 months burfday!

    Date : 10 August 2012
    Time : 6.35 pagi
    Venue : Home sweet Home

    My daughter is now 9months! Hahaha..anak sorang, teruja la sikit. Setiap 10hb pon memang teruja. Tunggu anak 5 6 orang nanti gamaknye macam ni jugak ke? InsyaAllah. Sekarang ni pon tengah planning jugak untuk anak ke-2. Baru cik iman nur zahra masuk umur 9 bulan dah fikir untuk bagi adik kan. Ade rezeki..jangan ditolak. Takde nak wat camne, usaha je la.hihihi

    Pagi ni dah 20 hari kte puasa dan hari ni hari ke 21 ramadhan. Kami bangun sahur macam biasa kol 5.00 pagi on time. Setel makan-makan, semayang subuh, on laptop..ehek ehek..budak kecik tu bangun tido. Best je timing bangun. Goodgirl!! Token to you inz! Terfikir yang hari ni zara masuk 9bulan, nik cepat-cepat snap gambar dia baru bangun tido tu then upload kat sini. Owh ye, tak lupa jugak terus timbang berat zara. Sekarang berat zara masih tak naik dengan meriahnya. Bulan ni berat zara 8.7kg je. Naik dalam 100gram je dari last month. Betol cakap orang tua-tua, bila dia besar berat baby takkan naik banyak sebab dia makin active main dari active makan (macam dia kecik-kecik dulu) hehehe.

    Bangun tido terus gigit yasin mama..
    Serabai betol rambut anak dara i kan? kata baru bangun tido..hehe
    Dah bosan dah, nak main benda lain pulakss..
    Telatah inz yang takkan nik bosan!
    Bangun awal pulak cek mek inz tu pagi ni. Macam tau-tau je mama dia nak bercerita pasal burfday yg ke 0.9..hehe..Owh ye kan, dah lama lagi nak menyambut burfday yang ke 1. Haruslah plan dari sekarang! (Sekali lagi mama inz menunjukkan sikap teruja nya..upss)

    Anyway..tu je wat masa ni. Nik nak mandi, nak bersiap dan drive gi keje dengan senyum lebar! Happy 0.9th burfday Iman Nur Zahra!!! Mama and papa love you soo much...infinity..

    Daaa~~

    Wednesday, August 8, 2012

    Unpredictable

    Date : 8 August 2012
    Time : 3.00 petang
    Venue : Home sweet Home

    Hari ni takde idea nak tulis apa. Tapi still nak jugak post. Otak beku kt dalam ofis, keje pending banyak pulak tu. Nak buat takboleh disebabkan ade beberapa limitation. So, belek-belek gambar anak sendiri. Teliti satu-satu..dan terfikir..yang anak perempuan nik membesar diluar jangkaan nik dan hubby. Progress zara memang lambat sikit kalau nak compare dengan orang lain macam yang nik pernah cerita seblum ni la. Kami fikir, zara ni mungkin dah tak merangkat kot. Tapi alih-alih...rata satu rumah dah dia jelajah, merangkak dengan expert nya. (Ni la budak kecik tu...)
    Gaya menonton tv yang sungguh santai
    Kalau dulu, tengok pada ke-chubby-an Zara tu memang langsung tak terfikir yang zara boleh bangun berdiri sendiri sebelum umur setahun. Nik ngan hubby selalu fikir yang anak kami ni lambat kot nak bangun-bangun panjat-panjat macam anak orang lain. Berat..susah kot. Lagipon dia gayat..(camtula kami fikir kononye)
    Suka main dengan bumbo seat
    Kalau dulu, tengok pada size tapak kaki zara tu kecik je. Macam-macam orang cakap kalo tengok size kaki dia. Ada yang cakap lambat berjalan la. Ada yang cakap setahun lebih tu baru boleh bangun la. Banyak lagi la. Tapi sekarang, sangant tidak sangka..masuk zara 8bulan je tiba-tiba tanpa disuruh dia bangun sendiri. Nik memang langsung tak paksa dia bangun sebab tau, sampai masa dia akan bangun sendiri. Tak sangka..sekarang, dah masuk sebulan zara pandai merangkak dan memanjat.

    Tertonggek-tonggek nak berdiri..menongkat kt bumbo seat
    Sekarang ni, pantang pandang tempat lain je..alih alih dah berdiri. Merangkak.. bangun.. duduk.. merangkak.. bangun.. duduk. hehe.tu je la dia tau. Sunggoh tak sangka! Itu dari segi progress bergerak la. Kalau dari segi mulut pulak, haa...ini kami rasa tersangat cepat! Mulut pot pet pot pet tak hengat! Menjerit..kuat gilerss hoccay! Nak gelak pon ade. Kalau gi mana-mana..mulut tak dok diam. Semua orang dia tegur.Aiyaaakk! Kadang-kadang tu, dia menjerit sambil menggerak-gerakkan badan ala-ala dia menari tengok fevourite song tu. Kelakar sangat. Nik ngan hubby rasa, may be dia menyanyi kot..tu yang happy semacam tu..cuma takde nada je.hahaha

    Rambut dah cucuk mata..nak raya nanti mama potong k

    Moral of the story, jangan sekali-kali underestimate you child k. Anak-anak ni, akan membesar dengan cepat tanpa diduga, dan di luar jangkaan kita. Jadi, jangan sekai-kali putus asa untuk train anak-anak. Sabar je...hihi.

    Monday, August 6, 2012

    Nutrisi cukup tak?

    Date : 6 August 2012
    Time : 10.20malam
    Venue : Home sweet Home

    Kalau dilihat pada fizikal anak nik tu, Zara..memang nampak berisi, chubby, montel, gemokk, semua ade la. Tapi kadang-kadang nik ada jugak terfikir yang adakah nik dah bagi dia makan makanan yang sepatotnye dengan umur dia sekarang. Adakah cukup nutrisi yang zara consume setiap hari. Adakah tumbesaran anak nik tu kurang normal berbanding dengan anak orang lain. Aduh..kalau difikir-fikir camni setiap hari boleh jadi gila kot. Yela, become a first mom is not as simple as i think before. Susah sangat-sangat, kita seharusnya nak pastikan yang kita dah bagi yang terbaik untuk anak kita. Betol kan?

    Dah besar da anak dara i...ouch!
     Hari ni, sementara ada masa free sempat nik menjelajah beberapa blog dan website yang bercerita pasal nutrisi dan pemakanan untuk bayi berumur seusia anak nik. Takotnya...nik rasa macam semuanya tak cukup. Sangat-sangat banyak kekurangan. Ramai pakar menggalakkan supaya bagi ayam, daging, telor dan macam-macam sumber protin dan zat besi untuk bayi. Serta, banyakkan sayur-sayuran dalam hidangannya. Tapi nik bagi apa je? Cerelac..aiyaakk! Sepatotnye cerelac ni hanya bagi kat baby yang baru-baru nak start solid food je kot. Macam bayi umur 6-7 bulan je. Tapi zara actually lagi 3 hari nak masuk 9bulan. Astaghfirullahalazim..

    Bubur nasi pertama untuk zara (promote periok vision rembat kt HIG langkawi itu hari..haha)
     Hasil carian google, nik jumpa satu artikel dari MOHE tentang garis panduan pemakanan bayi. Sangat detail dan mudah difahami. Rasa macam nak print je. Dalam ni ada cakap;

     "Bayi berumur 6 hingga 8 bulan mesti diberi makanan yang dipuri, dilecek atau makanan separa pepejal. Dalam lingkungan umur 9 hingga 11 bulan, bayi perlu diberi makanan yang dicincang atau dipotong kecil. Makanan jejari (finger food) seperti biskut lembut dan buah-buahan juga boleh diberi.  Pada umur 12 bulan, kanak-kanak  boleh makan makanan keluarga."
    Bubur nasi campur carrot yang hampir masak.
     Masalahnye sekarang, zara takde gigi pon lagi. Boleh ke kalau nak bagi makan makanan dicincang/dipotong kecil tu. Nanti takot tercekik pulak. Lagi satu info; Beri makanan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan tenaga.

    "Sebagai panduan, bayi yang berumur 6 - 8 bulan perlu diberi setengah cawan bubur nasi pekat pada setiap hidangan.  Ia harus ditingkatkan sehingga 1 cawan pada umur bayi 9 - 11 bulan.  Kanak-kanak yang berumur 1-3 tahun seharusnya diberi  setengah cawan nasi pada hidangan utama.  Selain itu, 1 - 2 camca teh minyak perlu ditambahkan dalam hidangan sehari pada setiap peringkat umur."
    Bubur nasi yang dah dicampur dengan ikan bilis blended is now ready to eat.
     Owh ye, lagi satu tentang kekerapan hidangan dalam sehari. Sekarang ni, zara hanya makan cerelac 2 kali sehari je. Pukul 12tengahari dan 6 petang. Tapi bila masuk umur 9 bulan nanti, zara dah kene makan dengan lebih kerap;

    6 – 8 bulan    : 2 - 3 kali sehari dengan 1 - 2 kali snek berkhasiat
    9 – 11 bulan   : 3 - 4 kali sehari dengan 1 - 2 kali snek berkhasiat
    1 – 3 tahun     : 4 - 5 kali sehari dengan 1 - 2 kali snek berkhasiat

     (Prinsip ini adalah berdasarkan teori anggaran jumlah pemberian makanan yang diperlukan, yang dikira daripada saranan keperluan tenaga dan andaian kapasiti gastrik ialah 30 g/kg berat badan/hari serta dengan makanan dengan ketumpatan minimanya 0.8 kkal/g (Dewey and Brown, 2003).

    Sedap tak bubur nasi mama buat? hehehehe
    Hari ni, nik betol-betol tekad nak masakkan bubur nasi terbaik untuk zara. Dulu-dulu pernah try masak bubur nasi yang hanya campur carrot je. Bila nk suap tu, nik bubuh la sikit ikan bilis goreng yang dah diblend. Tapi zara tak suka sangat kot. Tak selera nak makan. Makan pon sikit je, tak macam dia makan cerelac tu. Mungkin masin kot kalau nak bandingkan cerelac yang manis tu. Takpe, kali ni nik takkan berputus asa. Nak google resepi-resepi yang best untuk zara. Nik nak masak bubur nasi dengan penuh kasih sayang kat zara. Bak kata chef kt tv alhijrah tu.."Masak dari hati...masak with Imaaan" hehe

    Jumpa lagi... Daaaa~

    Sunday, August 5, 2012

    Tolong mama buat kuih raya

    Date : 5 August 2012
    Time : 8.00mlm
    Venue : Home sweet Home

    Malam ni sambung lagi aktiviti menyimpul kulit popia sebagai bekal tambahan kuih raya. Nik buat untuk 3 peket tu je, tak taula dapat banyak mana. Malam ni, nik tak menyimpul sorang-sorang tau. Tapi ade pembantu tak bergaji. Sape? Seharusnya la Zara! Tapi tu la, bantula sangat. Pantang nampak nik pegang barang, meluru datan sambil merangkak dengan lajunya..sama-sama nak buat kuih.

    Mama...zara nak tolong!
    Mulanya akmal dah pesan kat nik, tak yah la buat benda tu depan tv..nanti kang tiba2 ade assistance. Hah..memang betol la. Lastly, nik bagi je semua popia yang dah simpul tu kat zara..nah  mainla semua. Sambung next time. Hari ni kasi can kat zara main ngan kulit popia tu. hihi

    Zara dah try..sedap katanya...
    Masa zara mula-mula datang, nik masih lagi wat slumber. Ingatkan nak tengok-tengok saje. Tak sangka pulak..paaap! tangan dalam bekas plastik kuning tu..paaangg terbalik. Tumpah semua popia yang nik dah simpul-simpul tu. Laju sangat-sangat..memang langsung tak sempat nak tahan.

    Dah kosong...
    Alang-alang popia tu dah kat lantai..pasrah je la. Bagi la semua kat zara. Naaahh..zara main je la ek. Mama taknak buatla popia malam ni. Yang kat lantai tu semua zara punya k..hehehe

    Saturday, August 4, 2012

    Popia nestume bergula

    Date : 4 August 2012
    Time : 4.45pm
    Venue : Home Sweet Home

    Happy Saturday u'ollss!! Masih tak terlambat lagi nak wish happy weekend k. Hari ni nik tak gi mane2 pon. Cuti2 ujung minggu ni, tambah2 pulak bulan ramadhan ni memang malas sangat2 nak keluar. Macam minggu lepas, nik keluar ngan hubby gi KLCC..giler pancit! Penat sangat-sangat. Dah rasa macam budak2 puasa pulak, tak sabar nak tunggu buka, dahaga yang hamat sangat. Tu pon sempat rushing balik rumah, singgah beli food untuk berbuka kat bazar ramadhan Seksyen 20 shah alam.

    Owh ye, cer tengok tajuk post hari ni..mcm chef in the house kan? tak buleh blaahh jee. haha..Hari ni, dah takde planning nak gi mane2..nik mula la start menyimpul popia simpul yang nik plan lame giler dah nak buat tapi tak terbuat tu. Dah 4 hari dah kulit popia tu dok dalam peti ais, hari2 keje memang tak nyempat nak buat. Hari ni pon, still malas2 nak buat. Yela..sebok melayan budak kecik sehinggala tengahari tadi masa zara tido. Sempat simpul satu bekas plastik aiskrim tu je pastu dah malas dah. Adoi..memang memerlukan kesabaran tinggi betol la buat benda ni.

    Meh nik cite camne nak buat popia nestume yang nik buat tu. Anyway it was soo simple dimple ok. Cuma leceh ckt je la bila part menyimpul tu. Ok..kepada makcik2 kt luar sana..mula2, nestume+gula+susu tepung ckt, blend semua ni pakai blender kering then letakkan kt tepi dlu. Untuk kulit pulak, pakai kulit popia yang besar tu (kalau perasan kulit popia ni depend pd brand, ade satu size tu bsr ckt). Kulit popia tu potong 32 bahagian. Then simpul la satu2 sampai habis. Takyah letak apa2 isi pon kat dalam kulit tu sebab kalau bubuh serunding ikan tu dah jadi popia simpul. Ok..lepas setel part simpul2 tu, panaskan minyak then goreng. Masa goreng ni, jangan tunggu dia kuning mcm kt bawah ni baru nak tos kan. Tengok agak2 nak kuning tu, angkat terus sebab nanti masa tengah tos mcm kt bwh ni, minyak yg masih melekat tu akan menguningkan kulit popia tu lg. Makin lama jadi makin kuning.

    Toskan sekejap untuk keringkan minyak

    close-up ckt..chewah..nampak x? nampak x??? hehehe
    Ok..dah agak2 kulit popia yang dah digoreng td tu kering dan suam2 kuku je..taburkan dan gaulkan la benda2 yang di blend tadi tu..tadaa...dah siap! bolehla masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan untuk raya nanti.. Senang kan?

    Popia simpul netume - takde inti ok..
    Ngam2 masuk popia ni dalam botol tiba2 dengar suara cik zara bangun tido! haha..pandai betul timing anak dara i tu kan? Haruslah melayan dia pulak sementara menunggu waktu berbuka. Owh ye..anyway..petang ni nik ade IFTAR a.k.a reunion kecil-kecilan dengan budak2 sek menengah dulu kat Flaming Steambot Seksyen 33 Shah Alam. Seronok! sebab dekat sangat dah dengan umah nik. Dah lame giler tak jumpa derang ni. Camne la agak2 nye kan? Ok..pape hal, nanti nik nak update pasal reunion ni pulak ek.

    Zara nanges camni..takde maknanya nak menyimpul lagi ha...kiki
    Owh ye..sebagai selingan...anak i'olss yang meraung tak hengat bila bangun tido..lapa~~ k la..daaa

    Friday, August 3, 2012

    Kangaroo oh Kangaroo

    Date : 3 August 2012
    Time : Tengahari
    Venue : Kejadian di rumah

    Kangaroo oh Kangaroo..melompat tinggi. Hahahaa..tiba-tiba je cakap pasal kangaroo kan? Sebenarnya, ofkos la ade cerita disebalik kagaroo nih. Meh nik nak cite. Hmm..tp camne nak start ek. Ok..semalam kan nik ade post pasal walker-to-wagon yang nik order ngan salah seorang seller kat lelong.com tu. Dah petang jugakla wt payment utk wagon tu, dalam lebih kurang jam 3.45pm kot. Lepas wt payment, nik kol la seller tu tanya camne ngan pastage sebab nik transfer from cimb to maybank. Jadi takot makan masa untuk seller tu dapat payment then akan post lambat. Tapi seller tu ckp, nak pos ptg tu jugak. So nik ok kan je la. Takde nak caye sangat pon. Then, lepas bukak pose semua2..zara pulak tido awal, sempatla nik online jap. Check email..tut2 dapat update dari lelong.com yang seller dah post barang tu dan siap bagi nombor postage lagi, pakai  service kangaroo.

    Kangaroo Tracking System
    Apa lagi..haruslah nik bukak website kangaroo.com.my tu saje nak check kat  mane parcel tu sekarang. Check punya check..waah!! dah ade record dalam system! meaning barang tu kira macam dah queue la kan. Okeh..So..dok berkira2 patotnye maybe dalam hari sabtu la paling cepat barang tu smpai rumah. Tu pon kalau sabtu tu pos bukak. Ok..xpe..rilek2.

    Parcel ku dah sampai..
    Tiba2..hari ni...honk..honk...Kangaroo sampai!! maaakk..lajunye!! Service super marbeles!! Terbaik ah..sepanjang pengalaman nik dok shopping online, ni lah delivery yang paling laju pernah nik dapat tau! hahaha..seronok giler yg hamat! Dan hari ni zara dah dapat main ngan wagon tu daaa..yeay!!

    Jom buka parcel zara!
    
    Tak sabar nak tengok zara main benda ni..tp biasanya...nik pahan sangatla dengan perangai zara ni. Barang mainan baru mesti takkan ade sambutan nye.. Tunggu la beberapa hari lagi. Baru dia suka..hihi
    Fisher Price Walker-To-Wagon for zara
    Cun kan? suka sangat...ni kira hadiah sempena zara nak masuk 9 bulan k. kikiki..nanti buleh la zara masukkan semua toys dia dalam wagon tu sambil2 training bertatih. hehe. Hopefully zara lebih rajin bertatih dari hari-hari sebelum ni dan nik akan snap bnyak2 gambar zara nanti..Macam biasalaa..hehehe

    Nota kaki of the day:
    Wanita memang tidak dapat dipisahkan dengan kegembiraan serupa ini.. seronok beli barang walaupon poket nipis...uhuk2.

    Thursday, August 2, 2012

    She is almost 9months!

    Date : 2 August 2012
    Time : 7.00 am
    Venue : Home sweet Home

    Lagi seminggu Zara dah nak masuk 9 bulan. Untuk tunggu zara masuk 9 bulan, nik ngan hubby dah ready macam-macam dari segi mentality melalui bacaan kat internet dan juga majalah.  Sepanjang bacaan kami tu, untuk baby 9 bulan mereka dah hampir pandai berjalan sepenuhnya. Tapi tula, cik zara tu belum lagi. Pegang-pegang2 perabot tu pon baru je pandai. Tu pon baru je beberapa hari lately, dia pandai bangun berdiri sendiri dari lantai sambil pegang sofa tapi tak pandai duduk sendiri. Kalau dia nak turunkan bontot, main hempap macam tu je. Sekarang ni zara tengah training tu la, camne nak duduk balik ke lantai bila dah berjaya bangun berdiri dengan sendiri. Ada sesetengah baby dah berjaya buka langkah dengan bantuan parents dah pon, tapi zara mungkin lambat kot nak sampai tahap ni.  Biasala kan, macam orang selalu cakap, perkembangan anak ni berbeza dan unik. Semuanya tak sama.

    Banyak website sarankan supaya kite sebagai parent ni untuk train anak kte supaya pandai berjalan. Contohnye dengan melutut di hadapannya sambil memegang kedua-dua tangannya dan membuatkannya berjalan ke arah kite. Selain itu, disarankan jugak untuk parent mendapatkan alat-alat mainan bantuan berjalan untuk baby. Supaya dia seronok dan enjoy dengan learning process tu. Hmm..betol jugak kan. So, nik dan hubby selalu jugak ke toysRus nak survey mainan ape yang sesuai. Kami memang langsung tak bagi dia pakai walker pon. Tak taula, org cakap walker ni ade kebaikan dan keburukannya sendiri. Kami pulak, disebabkan rumah kami tu takde berapa nak luas sangat, so walker is not the best choice for zara.

    Nik ade terbaca kat Babycenter ni, dia cakap better cari alat mainan yang boleh bantu dia bertatih sambil pegang dan tolak, dan cari alat yang stabil dan tapak yang lebar. Then bila survey, terjumpa pulak satu toy dari Fisher Price ni, namanya Fisher Price Brilliant Basics Walker-to-Wagon.


    Sangat menarik. Semuanya menepati ciri2 seperti yang disarankan. Baby boleh pegang dan tolak, stabil, tapak lebar..hehe. Tapi agak mahal jugakla, RM169 nett. Tapi tula, untuk anak sanggup je beli apa saje ye tak? Tapi.....ofkosla kene survey dlu dan jangan putus asa. Berkat kesabaran dan ketekunan menyervey kt online2 shop ni. Akhirnya jumpa sorang seller kt lelong.com nama joeythf, offer murah sangat..hanya RM120+postage RM9 = RM29 je compare ngan RM169, dah la tu..stok ngam2 je tinggal 1. Aaa..rezeki Iman Nur Zahra! order la ofkos! Sekarang dah tak sabar nak tunggu barang sampai. Hopefully sabtu ni kalo pos bukak, sampaila rumah! hehehe..Tak sabar nak train zara bertatih!

    Ececeeee...bukti pembelian yang berbaloi-baloi! hihihi