The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers

    Wednesday, August 14, 2013

    2nd Pregnancy : Checkup 36 weeks

    Date : 14.08.2013
    Time : 12.00pm
    Venue : Ofis at Bangsar South


    Hari ni dah masuk hari kedua nik masuk ofis lepas raya. Email masih jugak tak kunjung tiba. Testing pulak semuanya onhold. Heaven betol hidup. Kalau hari-hari keje macam ni kan best! hahaha. Ni kalau company bapak sendiri boleh la nak rilek goyang kaki macam ni ye tak? So sementara keje tak banyak, atau boleh dikategory kan sebagai takde kerja langsung, rajin-rajinkan la jari jemari anda untuk mengupdate blog yang memang berabad dah bersawang ni ye! hahaha.

    Semalam nik ade update satu post, hari ni update lagi. Memang betol-betol ade improvement! hehehe. Semoga mood ni berpanjangan la ye.

    Okeh, sebenarnya nik nak update pasal checkup malam tadi. Macam biasa, tempat checkup memang tak pernah berubah sejak dari pregnant kat Zahra dulu lagi. Memang setia kat Poliklinik Umra Seksyen 13 Shah Alam. Nik memang suka klinik ni sebab nurse-nurse dia memang peramah. Yela, ramai orang cakap tempat berbayar memang la macam tu. Tu sebabla kita gi situ ye dak? Tapi satu lagi yang nik suka kt klinik ni, kos rawatan tu agak berpatutan berbanding dengan klinik-klinik lain. Ni pon berdasarkan comparison harga dengan member-member nik yang checkup kat tempat lain. So far ok la. Nak kata banyak sangat duit sampai chekup kat private tu memang tak la kan. Tapi disebabkan kekangan-kekangan kerja (chewaahhh!), kami terpaksa...ulang lagi sekali...kami terpaksa.. checkup kat sini.

    Semalam, genap 36 minggu pregnant. Seronok tu memang seronok la kan. Mana tak nya nak dapat baby baru ni...boboi lagi. InsyaAllah..!! So far, berat baby dh 2.5kg. Bagi nik berat tu dah normal macam nik pregnant kat Zahra dlu la. Tapi doctor cakap baby tak besar mana sebab 2.5kg je. Hmm..terfikir jugak, bukan ke ade lagi sebulan ke, takkan 36minggu pon nk suruh berat baby 3kg kan? Bila doctor tnya first baby dulu bersalin berapa kg, nik jawab 3.3kg..then baru doctor cakap OK. Doctor suspect baby ni pon berat lebih kurang sama jugak masa bersalin nanti.

    Malam tadi, nik kene inject untuk kancing gigi, pastu kene start dengan amik bacaan jantung baby. Doctor cakap, lepas ni checkup kene buat sminggu sekali dan tiap kali chekup kene amik bacaan jantung baby. Tak paham jugak ape purpose kan. Sebab dulu masa pregnant kat Zahra takde pulak kene amik bacaan jantung tiap2 minggu macam tu. Process tak sama kot. Ikotkan aje..

    So far..baby semua sihat. Jantung baby pon oke..Semuanya oke. Alhamdulillah...

    Next chekup selasa depan pulak. See you on next tuesday baby!!!

    Tuesday, August 13, 2013

    Pregnant dan Anak

    Date : 13.08.2013
    Time: 12.30 pm
    Venue : Bangsar South


    2nd Pregnancy Diary : 36 Weeks 1 Day

    Nampaknya tinggal sebulan lagi sebelum due date bersalin mama, 9.09.13. Lebih kurang 4minggu lagi. Nik plan untuk habiskan rutin kerja nik di ofis sehingga hujung bulan August ni saja. Pastu dah nak start bercuti. Nik juga plan nak bersalin di kota bharu, so haruslah ambil cuti lebih awal iaitu 2 minggu sebelum due. Ni bermakna Nik boleh kerja untuk 2minggu saje lagi, lagi 2minggu dah start rehat-rehat kat kampung tunggu masa nak bersalin.

    Perasaan? Bercampur baur, tapi yang pastinya Nik memang tersangatlah excited nak menerima ahli baru dalam keluarga. Boboi Nik yang makin membesar dalam perot ni. Tapi pada masa yang sama jugak, Nik rasa takot...takot nak menghadapi suasana dan merasai keadaan dalam labor room. Dulu masa bersalinkan kakak zara, memang takot nak bersalin, tapi perasaan sakit tu Nik tak pernah rasa so mama tak boleh nak imagine macam mana sakitnya nak bersalin. Tapi untuk bersalin kali ke-dua ni, disebabkan dah pernah melalui saat perit getir sakit bersalin tu, tiba-tiba pulak rasa takot..takot nk menempuh rasa sakit yang amat tu sekali lagi.

    Nik berdoa sangat-sangat, supaya baby keluar dengan baik. Senangkan process bersalin ni. Mudah-mudahan kelahiran kali kedua ni berjalan dengan lancar dan mudah. Amin ya Rabbal Alamin. Korang pon sama-sama doa jugak ye.

    Perkembangan Iman Nur Zahra : 1 Year 9 Months and 3 Days

    Zara dah jadi kakak. Banyak perubahan dan perkembangan Zara yang kami kagum. Antaranya:

    1. Mengira
    Sehingga sekarang, percaya ke tidak Zara dah pandai mengira dalam bahasa Inggeris dari One - Ten! Alhamdulillah. Tak disangka-sangka anak mama tak masuk umur 2 tahun lagi dah pandai kira sampai sepuluh kan?

    2. Mengenal Haiwan
    Untuk disenaraikan kat sini, agak mustahil dan memang terlalu banyak haiwan Zara dah kenal dan pandai sebut. Tapi Nik cuba untuk tulis sebanyak mungkin yang Nik ingat. 
    Antaranya...Fish, Sheep, Goat, Dog, Cat, Bird, Horse, Frog, flies(Butterfly), Lalat, Cicak, Pig, Chicken, Mut (Semut), Lipas ...

    3. Mengenal Kenderaan
    Zara memang suka naik kereta. Nik tak rasa budak-budak lain tak suka naik kereta kan? Asal dengan orang nak jalan pon mesti excited. Sama la dengan Zara, naik kereta..boleh tengok pemandangan je ok la..Tapi kami tak bawak Zara jalan-jalan dengan otak kosong macam tu je. Mesti nak tunjuk dan ajar Zara something baru. Dalam perjalanan ke mana-mana, kami akan pastikan Zara tau apa yang dia tengok. So setakat ni, dah banyak jugak transport yang Zara kenal. 
    Antaranya: Car, Bus, Tren, Aeroplane, Lorry.

    4. Mengenal Huruf
    Setiap hari Zara memang terdedah dengan pelbagai jenis huruf tak kira la sama ada huruf tu ikut susunan ataupon tulisan-tulisan kat mana2 board ataupon tepi jalan. Setiap kali dia nampak words, zara akan ulang...A...B...C...D...E....tapi sampai situ je..untuk kenal ABC tu belum lagi, tapi untuk menyebut A sampai E tu alhamdulillah Zara dh boleh sebut dengan betol. Tapi lawak jugak la, even word apa-apa sekalipon yang org tampak kat mana-mana tu dia akan cakap..ABCDE...
    Takpe, masih dalam learning process.

    5. Anggota badan
    Zara dah mula mengenal setiap anggota badan dia. Kami pon memang kerap tanya soalan menguji daya ingatan samada Zara ingat ke tidak dengan anggota badan dia. Antara yang Zara ingat: Kaki, Tangan, Mulut, Mata, Hidung, Gigi, Rambut dan Perot. Tu sahaja. Cukuplah untuk masa ni. Lain-lain anggota badan yang agak complicated tu nanti kami sambung lagi.

    6. Panggilan
    Kalau dulu, smua kawan-kawan sebaya atau umur tua sikit Zara panggil "abam". Sekarang ni Zara dah dapat bezakan setiap panggilan dengan betol.
    Antaranya : Uncle, Auntie, Kakak, Abang, Baby, Paktok (Mertua Nik), Omma (tokma mertua ngan mak nik), Bah (tokbah, abah nik), mie (ummie ngah, angah nik). Alhamdulillah..semua dia kenal.

    7. Watak Upin Ipin
    Percaya tak percaya, kat lantai umah nik ade letak satu evamatic map bergambar geng upin ipin. Agak terkejut jugak bila Zara dok tunjuk setiap watak kat gambar tu dengan betol. 
    Contohnye: Mail, Kak Ros, Upin Ipin, Jarjit dan mei mei! Superb!!! Ni memang nik kagum giler. Walaupon tak smua watak Zara kenal, tapi nama-nama kat atas tu memang Zara expert. Alhamdulillah...

    8. Ayat permintaan atau arahan
    Setiap hari dan setiap masa, kami akan cuba bagi zara faham beberapa arahan supaya zara cepat dapat cakap dan dapat bagitau kami ape yang dia nak atau apa yang dia rasa. Contohnye:

    - Iman Nur Zahra, amik remote tu (laju je zara amik remote dan hulur)
    - Nak nasik? zara jwb (nak...or nanak-taknak)


    Masa tak mengizinkan (maklumla dalam ofis), lenkali nik sambung cerita lagi ye.

    Thursday, August 8, 2013

    Selamat Hari Raya 2013 !

    Date : 08.08.2013
    Time : 10.00 am
    Venue : Rumah Mertua - Kota Bharu


    Dengan ini kami sekeluarga 4 beranak ingin mengucapkan...

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

    Maaf Zahir dan Batin

    Semoga raya anda semua dipenuhi bunga-bunga kegembiraan macam kitorang ni! Hahahahahaa


    Selamat Hari Raya Aidilfitri !

    Anak dara kami yang start serabai...



    Ya Allah...tak senonoh dah semua orang











    Begitu susah payah nak amik gambar raya satu keluarga. Penuh dugaan dan cabaran. Iman Nur Zahra ni pon sekarang bukan main active! Memang langsung tak nak posing. Tau main saje! Nak amik gambar raya ni pon berchenta. Memang paksa dia suruh posing sampai nangis-nangis. Bertabah je laa..