The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers

    Tuesday, April 22, 2014

    Zara ckp 'So excited!'

    Date : 22.04.2014
    Time : 9.40pm
    Venue : Shah Alam

    Iman Nur Zahra : 2y5m1w6d
    Iman Zariff : 7m1w


    Malam tadi masa kami tengah ready nak tidurkan anak-anak, berlaku satu kejadian comel dimana kakak zahra ada sebut ayat baru lagi.

    Ceritanya, nik tengah dodoikan zarif sementara encek akmal pulak tengah main handphone. Adik pulak malam ni susah betol nak tidur sebab dengar kakak main sambil nyanyi lagu abc. At last, nik dudukkan zarif dari baring tadi tu. Kakak zara pulak bila tengok adik bangun, laju je datang nak kacau adik. Sambil lari-lari...debushhh terjun kat area zariff duduk tadi tu. Nasib baik encek akmal sempat amik zariff, kalau tak mahu terhumban kakak kat atas adik.

    So, lepas zara guling-guling kat tengah-tengah antara nik dengan encek akmal, boleh zara cakap..

    "Ooo...so excited!!"

    Hehehehe..so sweet. actually this is the first time kami dengar zara cakap so excited. Sebab bilik dah gelap gulita, tak sempat nak snap gambar zara tengah guling-guling tu. Then esok pagi nya tu baru snap dia tengah tido.

    Selfie bersama zariff.

    Iman Nur Zahra tengah tido

    Lepas ni nik share lagi apa perkataan baru zara sebut. :)

    Bye!

    Wednesday, April 9, 2014

    Disaster Recovery

    Date: 9.04.2014
    Time: 1.04am
    Venue: Cyberjaya

    Tajuk macam gempak je kan. Dulu2 kalau dengar disaster recovery aku sendiri pon tak tau apa kejadahla benda tu. Tapi sejak kat sini baru betol2 paham. Bemnda tu lebih kurang macm ni la, let say ofis terbakar, apa akan berlaku dengan semua data or server kitorang ni. Kerja kami pulak services untuk semua bank kat malaysia ni. Contohnye online payment, direct debit yg tolak duit dr bank tiap bulan, ibg transfer dan sebagainye.

    So kami ni rule regulator untuk bank2, so data dia paham2 la kan. Agak penting dan tak boleh tolerate dengan disaster2 nih. Tu smua duit orang, business orang so kene always available. So letsay ade pape, kami kene make sure connected. 

    DR ni kami buat 2 kali setahun. So malam ni adalah kali pertama untuk 2014. Ujung tahin sekali lg. Dan malam ni.. Camni la kitorang. Bertenggek.. Main tepong. Borak sampai lebam!






    Friday, April 4, 2014

    Hot Air Balloon

    Date : 30/03/2014
    Time : 4.30pm to 6.00pm
    Venue : Putrajay Presint 2

    Weekend hari tu, cam biasa, kami panas bontot tak boleh dok rumah. Tiba-tiba teringat yang ada pertunjukan Hot Air Balloon kat Putrajaya. Oke, dalam bahasa melayu nya Pertunjukan Belon Udara Panas. Hee, betol ke idak entah ye.

    Sesampai kat Putrajaya tu, cuaca memang sangat panas dan hagak2 memang boleh terbakar kulit. Jadi kami dok melepak dulu kan kiosk2 makanan sebelah bangunan Perdana Menteri. Lupa apa nama tempat tu. Sebelum ni memang tak pernah makan pon sini. Lalu lalang je memang nampak ramai orang. Ingat macam mahal ke tak sedap ke.

    So hari ni kami try singgah. Oke la, tak mahal dan rasa pon takde la terok sangat. Oke la.. Kami try western food, amik chicken chop rm 9.90 je. Pastu makan jugak popia goreng ngan rojak pon rm4 hengget je. Air la..mahal sikit. Dalam rm2.20. Kira macam stended la kot ek.

    Area sini kan ade kolam air kecik, so si kakak memang suka la. Tapi yang bahaya nya, zara ni asyik nak masuk air tu je. Tau la panas, tapi tak hagak-hagak anak aku! Setiap masa nak makan pon tak senang. Memang kene berjaga-jaga takot zara masuk kolam tu. Pengsan!

    Sementara tunggu cuaca agak redup sikit sempatla kami selfie gambar keluarga. 

    Dah lama tak amik gambar kami ber-empat. Selalu mesti bertiga dan short sorang (selaku fotografer).

    Keluarga bahagia
    Yang ni gambar tak ready
    Berpeluh-paluh kot kakak zara, cuaca panas pastu dia pulak suka lari ke sana ke mari. Badan je chubby tapi active dan sihat. Alhamdulillah, anak-anak smua active. Membesar dengan sihat katanya! hihihi

    Zarif dan papanya
    Zarif ni masa kecik muka obvious sangat sama muka kakak dan mama. Tapi sejak dua menjak dia membesar ni, muka dah nampak lain sikit. Iras muka dah macam muka husband pon ada kan? Chubby tu memamg ye la. Tak dinafikan, tapi bentuk muka dah makin melonjong macam papa. Sekarang ni nik rasa zariff ni more tu papajunior!

    Slurrrppp kata zariff
    Gambar tanpa kakak memang banyak. Sebab budak dah besar, mana nak la dok menempek kat mama papa kan. Tak macam dulu lagi dah. Dah dapat kaki sendiri, mula lupa kami. Sadis. Ini lah kehidupan, masa kecik2 bertenggek je kat mak bapak, macam adik tu ha. Tapi bila besar buat hal sendiri. (Haku ni dah kenapa tetiba emosi terlbih)

    Macho dan serius
    Sejak zariff dah boleh duduk dalam babyseat, dunia kami dah makin cerah dan bahagia! haahaha. Legaaa... senang sikit la kami nak makan. Kalau tak, kene la dukung si kenit ni makan gilir-gilir. Macam masa kakak kecik dulu. Kalau pi kedai, memang kene angkut seat senang nak letak baby. Tu pon tak lama sebab panas. Baby tak selesa tak kene angin.

    Eh...zariff  dah makan?
     Zariff ni baru je start makan solid food last week. Itu pon beras putih cerelac tu je. Campur dengan susu badan. Taknak bagi dia rasa lain. Hari ni kami bagi fries lenyek2 yang ada dalam chicken chop tu. Alah, sikit je. Bukan bagi banyak takot tercekik.

    Gaya dah macam bapak dia. kekeke
    Ada gaya macam papa dia tak? Muka pon dah lebih kurang sama nik rasa. Sweet. Inilah hero-hero ku..

    Lepas makan, bila nampak cuaca agak redup sikit, jam dah dekat pukul 6. So kami gerak la ke presint 2. Tapi masih panas lagi sebenarnye. Hadoi. Kesian si kakak la sebab kene jalan sendiri. Kadang-kadang je bila dia penat dia mintak dokong. Adik pulak memang husband dokong. Nik sekarang dah tak mampu nak dokong adik. Berat dah cecah 8kilo lebih. 

    Masa kat area presint 2 ni, tunggu punya lama tapi satu belon pon tak nampak. Yang ada, 4 5 orang kakitangan derang kat tengah2 padang dok sebok amik gambar. Amik gambar apa entah. So kami ni cam orang bodoh lak dok tengok orang amik gambar. Dengar orang sebelah cakap, hot balloon tu nak dinaikkan kol 6.30 petang. Whaat!!! lagi setengah jam! Memang tak la kami tunggu! Anak-anak dah macam udang kene bakar dah. Merah padam! So...jom balik!

    Snap la sikit sebelum balik, sebagai bukti kami sampai kat sini.,
    Kesian tak tengok muka anak-anak? Especially si kakak tu. Kesian...

    So, jom balik..


    Zariff macam biasa..behave je dalam kereta. Lama-lama nanti dia tido je sendiri..

    Dah tu je..bye!