The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers

    Saturday, October 11, 2014

    Staff Trip Part 2 - The Chateau

    Date: 10.2014
    Time: 2.30pm
    Venue: The Chateau - Bukit Tinggi

    Sejujurnya, ni lah first time Nik masuk hotel macam ni punya banyak stars!! Katanya Spa kat sini 7stars! Semua aspek untuk hotel ni adalah taraf 5 stars. Kalau nak cakap bab services tu memang tiptop! Sepanjang dok kat hotel ni memang rasa macam princess sangat! hehehehe (Alhamdulillah rezeki Allah bagi). Maklumlah saya nik orang kampung. Lahir pon kat Kelantan. Bab-bab hotel ni memang jakun. Maklumla, family bukan orang senang-senang. Sekadar orang kebanyakan yang cukup serba sikit untuk hidup.

    Meh nak cerita pengalaman di hotel ni ye.Sesampainye kat depan hotel, kami dah dihidangkan dengan apple fresh juice untuk detox dulu. Sedap sangat..lain tau rasa juice epal dia.huhu

    Welcome drink from The Chateau
     Mula-mula datang tadi, kalo perasan kami memang tak payah bawak beg. Tinggalkan je semua beg2 besar tu kat dalam bas. Nanti staff Hotel ni akan siap-siap angkat beg masuk bilik masing-masing mengikut nama yang management kite dah set kan. 

    Staff hotel ni serve kami sampai ke pintu bilik. Sejak dari dalam lif semuanya diorang yang buat, tekan lif, buka pintu hulur itu ini, ambil itu ni. Kat ruang menunggu sebelum sampai ke blik tu comel sangat.

    Ruang legar tingkat satu - ruang menunggu
     Nik dok ngan massita, so bila masuk bilik beg tu siap2 dah ada dalam beg.Bila masuk bilik, terperasan satu welcome note from the Hotel:

    Welcome Notes...

    Mari nak cuci mata suasana dan barang-barang yang hotel ni sediakan.

    The room
    Meja mekap
    Meja mekap - selalunye attached sekali kt tv
    Toilet - suka sinki tu kan?






    Tengah melepak-lepak dalam hotel sambil borak dengan mas, tiba-tiba ada bunyi ding dong room service! Rupanya diorang datang bagi puding mango ni. Sedap! 

    The curtain...

    Pandangan dari tingkap
    Antara award The Chateau




    Staff Trip Part 1 - Colmar Tropicale

    Date: 11.10.2014
    Time: 7.30am-12.30pm
    Venue: Bangsar South - Bukit Tinggi

    Alhamdulillah tahun ni Nik dapat menyertai event company di Bukit Tinggi 2hari 1malam. Kalau tahun lepas event company kat Langkawi selama 2hari 2malam, tapi tahun ni dekat je. Kalau tahun lepas nik tak dapat join sebab masih dalam pantang bersalinkan Iman Zariff. Memang perancangan management macam tu, selang seli tahun lepas jauh sikit, tahun ni dekat, then insyaAllah tahun depan mungkin jauh sikit kot.

    Pagi ni agak mencabar. Nik pulak semalam tak tido disebabkan Zariff malam tadi cirit birit. Jam 5am terpaksa bergegas gi klinik sebab kesian sangat cirit Zariff tak ok. Dah la tu, nak kene tinggal selama 2hari pulak. Rasa tak sanggup sangat nak tinggalkan anak2 dalam keadaan macam ni. Papa diorang pon demam selesema pulak. Balik dari klinik dalam kol 6 camtu, terus bersiap ke ofis. Kami bergerak dari Bangsar South jam 8.30am menuju ke Bukit Tinggi dengan menaiki 3 biji bas Plusliner yang disewa khas. Setiap staff dalam bas ni memang telah dibayar insurance untuk cover segala kemuningkinan kecelakaan sekiranya berlaku. Walaupon gerak kol 8.30, sebenarnye kami dah berkumpul kat depan ofis ni dari jam 7.15 pagi lagi. 

    Dalam bas, committee dah sediakn sandwich ikan bilis, dengan kuah tradisional 2 ketul dan air kotak bunga. Sampai di Bukit Tinggi kat lobi The Chateau 9.45am dan breakfast lagi dengan makanan2 hotel pulak, sambil lah dok borak pasal sport shoes. tak faham kenapa pagi ni topic kasut adalah yang paling hangat. Rupanyas setiap orang ade kisah disebalik sport shoes! Lawak betol.

    Kaki nik yang pakai kasut biru nak2 purple and pink kt atas ni.
     Lepas dapat briefing semua, then explore race kami bermula. Sebenarnya, ini lah explore race pertama seumur hidup nik pernah join. Memang sebelum ni tak pernah. Dan, sepatotnye explore race ni takde lah terok sangat. Tapi disebabkan kami dh menyesat sampai ke Berjaya Hills tu yang buat explore race ni nightmare!!! Arrgghhh. Ada satu clue tu, gambar bola bowling. Ingatkan kat area bowling kat berjaya hill nun jauh disana. Kami meredah badang golf, berjalan kaki naik ke atas sana. Tapi sebenarnya bukan kat situ! Nanges kot! So nak turun balik Berjaya Hills tu untuk ke Colmar Tropicale balik memang kecut perot la. Terpaksa menumpang lori anney india yg bawak kotak2. 



    Selain tu, ade activity yang kene panjat ape benda ntah namaya kat adventure park. Nik memang gayat tinggi. So nik tak naik. Nasib dia nak sorang laki n sorang perempuan je. Shafiq ngan Hong Yi yang panjat.


    Pendekkan cerita, Last activity adalah kat swimming pool. Ni memang kene basah2 baju la. Kene letakkan jari kat lubang-lubang air tu dan sorang kene masukkan air kat dalam balang berlubang tu. Haa first time main game nih. 


    Lepas semua group dah settle buat activity wajib nih, ada pulak activity tambahan penyeri keadaan tu. Selingan sementara menunggu semua nak beredar ke tempat makan kat area colmar tropicale ni. Activity campak mencampak antara satu sama lain. Ramai-ramai berpakat angkat member dan campak ke dalam swimming pool. Kesian betol la sape yang kene tu! hahaha

    Nik mampu tersengih je kat tepi kolam. Badan seriusly penat sangat dah! Dan hari ni kami lunch di satu tempat makan kat tengah-tengah area colmar tu. Seronok! Desert banyak giler tahap rambang mata! Lauk pauk pon best, ada lamb, sotong, udang, ayam. Semua pon sedap!

    Dan...barulah dapat masuk bilik..

    Nak cerita pasal bilik The Chateau ni kat next entry ek sebab panjang giler cerita pasal bilik ni. hahahaha! Jakun hakak jap!

    Love:

    Monday, October 6, 2014

    E-Day Ciksu Wany

    Date: 06.10.2014
    Time: 11am - 6pm
    Venue: Home at Kota Bharu

    Selamat Bertunang Ciksu Wany!!!

    Happy Engagement Day!

     Pertama sekali, tahniah buat ciksu wany adik bongsu nik yang telah menjadi tunangan orang. Alhamdulilah. Budak yang kami rasa sentiasa kecik ni dah menjangkau umur 24 tahun dah pon. Dah bakal mendirikan rumah tangga. 

    Ini merupakan majlis pertunangan terakhir bagi pihak kami. Nik dan angah dah selamat jadi mak orang. Dah anak dua dah pon. Angah pulak walaupon dia kawen dulu tapi sekarang anak dah pon nak masuk dua jugak. Tinggal lah sorang si puteri bongsu kami nih.

    Tak sangka, cepat pulak masa berlalu. Kami adik beradik berusaha sedaya upaya untuk menjadikan majlis pertunangan adik bongsu kami ni yang terbaik dan yang paling dikenang dalam usianya. InsyaAllah, untuk majlis kahwin nanti kami usaha lebih baik lagi!

    Hasil dari perbincangan pertunangan hari ni, tarikh bakal berlangsungnya perkahwinan tu masih belum diputuskan. Kedua-dua belah pihak pon bersetuju untuk menyerahkan hal-hal tarikh tu pada kedua-dua mempelai ni. hehe. InyaAllah tahun depan tapi tak confirm lagi tarikh. Bila nik dapat khabar berita nanti akan diwar-warkan ye! 

    So hari ni upload gambar-gambar ni je dulu sebab tak sempat. Kebanyakan gambar ada dalam camera yang masih tak transfer lagi. Nanti nik upload banyak-banyak lagi ye.

    Angah, Ciksu dan Nik
    Ciksu Wany
    Free and easy
    Selfie pakai monopod amir (paling belakang sekali),jakun jp - Syok jgk sbb ade remote controller
    Anak dara kami - Aimy dan Zara
    Bersama tokma, makmuda(tudung hijau), maktih (tudung merah)
    Pinjam kek tunang kejap wat bergambar - alang2 besday cikngoh (pegang kek)
    Anak-anak dara makmuda
    Selfie lagi
    Sesi menguji monopod lagi









    Bye!

    Love: