The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers
    Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts
    Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts

    Sunday, April 12, 2015

    Food : Tree Steak House Sg. Buloh

    Date: 12.04.2015
    Time: 5.30pm
    Venue: Tree Steak House - Sungai Buloh

    First time datang kedai ni. Memang sebelum ni kami tak tau pulak ada kedai western food yang sedap kat sini. Member kelab Wish kitorang yang suggest makan kat sini lepas melawat salah sorang ahli kelab kami dapat baby baru kat Subang. 

    Mulanya, bila encek husband cakap nak makan kat sungai buloh, terjojol bijik mata ingat jauh. Tapi kema cakap 5 minit je lah! Then baru nik "hmm okey good.." psst...tapi sebenarnya takde 5 minit pong. 15 minit jugak. hehe

     Kat area depan kedai ni agak padat, jalan sibuk dan kereta memang teramat banyak. Nasib baik parking space ada kosong lagi kat belakang kedai. Tapi yang tak best sebab masa ni hujan renyai-renyai. Terpaksa angkut anak-anak masuk kedai.

    Masa pilih menu pula, pening tak tau nak makan apa. So..nik amik Piazola Chicken Chop dan Kema pula order Lamb Chop Blackpepper.

    Perindu Roasted Chiken

    Palm Lamb Chop Black Pepper Sauce





    Piazola Chicken Chop

    Ni dia menu makanan yang kita boleh order kat sini. Nama-nama dia semua canggih manggih wei! Masa nik baca menu ni kan, seriusly otak nik terbayangkan hutan hujan khatulistiwa. hahaha. Mau tak nya???


    Menu page 1

    Menu page 2
    Jadi, nak bagi review sikitla ye. Kami ke sini seramai 10 orang dewasa dan tak hengat berapa ramai kanak-kanak. Rombongan 5 bijik kereta. So, pelbagai jenis menu yang kami order. Termasuklah cactus steak la..pastu nama-nama pokok tu la. Ade la try sikit-sikit rasa makanan member sebelah.

    Untuk rasa, memang terbaik. Sedap sangat-sangat. Tak tipu! Serius! Kami memang suka western, so kalau tak sedap sikit pon kami telan je. Tapi, ni memang betol sedap. Harga??? Cer jenguk menu tu. Murah weh! Contoh lamb chop tu kan, rm 18.90. Tapi portion dia besar dan banyak. Memang kenyang satu hari! Ciken cop tu pon baru 13.90. Banyak kot.. Service pulak memang laju zasss! Walaupon kami order ramai, tapi cepat je siappp. Kebetulan kami datang, meja xbanyak kosong. Kedai ni memang sentiasa penuh. Walaupon orang ramai tapi jangan risau, tak lama tunggu..

    Next time, memang kami akan datang lagi. Wajib!


    Love,

    Saturday, September 6, 2014

    Garden Wedding dan Basikal Baru

    Date: 6.09.2014 (Saturday)
    Time: 2.30pm - 6.30pm
    Venue: Taman Botani dan MPH Alamanda

    Hari ni banyak betol kejadian yang "First Time" berlaku. Dari pagi sampailah malam, semua kejadian yang berlaku merupakan pengalaman pertama. Seronok, ingat...kite hidup kat dunia ni sekejap sahaja. Jadi, nikmatilah nikmat yang Allah bagi ni dengan penuh kesyukuran. Lupakan yang pahit, jadikan pengajaran sekiranya jatuh. 

    Jom kita jelajah pengalaman baru hari ni satu-satu ye:


    Garden Wedding di Taman Botani

    First time masuk Taman Botani Putrajay. Seriusly, dah beratus kali dah datang kat Putrajaya ni. Tak pernah pulak kitorang tau pasal garden wedding boleh dibuat kat sini. Sehingga lah hari ni. Ini pon nasib baik jugak ofismate Nik invite wedding anak lelaki dia kat sini. Rupa-rupanya taman botani ni memang cantek! Masa kami berjalan area sini menuju ke tempat kerja kawen tu, nampak ramai mat salleh dok amik gambar pakai tripod bagai. Ala-ala taman bunga camtu. Cantek sangat. Macam-macam bunga pon ada.

    Rupanya kan, kalau kite masuk kat website putrajaya tu : http://www.putrajaya.gov.my/tourist/attractions/parks_landscapes/taman_botani. Boleh tengok pelbagai jenis activities pon kite boleh buat kat situ. Kalau bawak rombongan memang berbaloi. Tapi kalau setakat satu keluarga macam kita-kita ni, maybe boleh amik activiti berbasikal tu. InsyaAllah, bila ZnZ dah besar sikit kite mula activiti outdoor ni ye.

    So cuci mata sikit sekitar garden wedding.

    Keluarga saya

    Hey si gadis...yang cantek! hehehe


    Papa borek baby rintik...

    Ngam betol INZ dengan abang aliff zidane ni (anak auntie min)


    MPH di Alamanda Putrajaya

    First time jugak masuk MPH bawak anak-anak. Buat masa ni, alhamdulillah kakak zara masih lagi ulat buku tegar. Pantang tengok kedai buku mula tergedik-gedik nak masuk. Selama ni kami tak bagi sangat kakak masuk sini sebab ingat ada buku untuk budak besar je. Rupanya memang banyak buku education untuk infant! Jakun sangat mak nya. Ni pon nasib baik kedai buku MPH ni dok sebelah toilet. Sementara nik gi toilet, papa diorang bawak masuk situ. Seronok kakak. Rambang mata macam hape!





    kat toysRus.admire sangat ngan sylvian family ni. One day nanti mama papa beli ye.

    Semua buku dia nak! Mickey Mouse ade, Princess, Frozen, eh...semua kartun kegemaran dia lah! Nik berkenan satu bedtime storybook tu. Murah je, RM29. Ingat nak beli, bila dok melayan kerenah puteri putera ni daah terlupa. Keluar macam tu je tangan kosong..Sayang sangat. Anyway, macam la tak boleh datang next time kan? Nanti beli je lah! Invest untuk anak...takde ruginye.

    Basikal Baru Zara

    First time beli basikal untuk anak! Kami memang dah lama nak beli basikal sebenarnya. Tiap kali tengok orang main basikal, kakak zara pon merengek-rengek nak basikal. Kesian sangat. Tapi selalu jumpa basikal yang xckup secure. Banyak benda yang kurang di mata papa-nya. Hari ni, tekad masuk alamanda, masuk toyRus nak beli bicycle yang kami aimed sejak minggu lepas. Tapi frust sangat sebab basikal tu dah takde. Dah transfer ke cawangan Summit katanya. Sedihhhh. Keluar alamanda dengan rasa tak puas hati.

    On the way balik rumah, walaupon hari dah gelap tapi kami gagahi jugak gi kedai basikal kat seksyen 25 Shah Alam. Nama kedai "Giant". Memang depan giant kota kemuning tu pon. 

    Masa on the way ke kedai ni, punya lah berdoa si papanya. "Mintak-mintak laaa kedai tu bukak Ya Allah". Lebih kurang camtu lah. Bila sampai, tengok kedai bukak, berbunga-bunga encek husband! Jarang sangat tengok dia excited macam tu sekali. Suka sangat. Masuk kedai, nah! beratus bijik basikal! Tapi yang kat atas rak nun jauh di sana tu mencuri tumpuan kami. Sebabnya...basikal idaman! Yang kami aimed nak beli kat toysRus tu. Basikal tu la! Yahuuuu!!

    Yeay..yeay...inz cakap..

    Juling mata banyak giler basikal

    Suka kakak tengok basikal banyak-banyak

    Dua-dua excited!

    Kakak cakap, nak wat balik basikal ni. Comel kakak...

    Inilah yang 'idamaku' tu. Memang sebijik kaler ni. Confirmed amik nih!

    Dan atlast, kami berjaya belikan zara sebuah basikal idaman papa, diulang...idaman papa zara ye..bukan idaman zara. hahaha. Nasib kami untung sikit, minggu ni ada sale untuk basikal idaman tu. Dapat RM228, kalo kat toysRus tu dalam rm269 kot. Percuma loceng satu. Kesahnya, basikal tu takde loceng. Tapi kakak zara nak ding (loceng), so papa dia haruslah beli sebijik loceng dengan harga rm8. Tapi tuan kedai tu bagi percuma je. Ok lah. Muraah rezeki. Alhamdulillah.

    Esok, kita keluar gi taman ye kakak. Rasmikan basikal baru kakak tu.heheh (Tak sabar rasanya nak tengok anak kayuh basikal). Nanti lepas ni kami beli untuk adik zariff pulak ye. Kalau tengok basikal kakak tu, memang takde harapan la nak share ngan adik kan? gigirl sangat! sanggup ke adik naik basikal ni nanti?? hehehe.

    Encek husband cakap, takyah nak beli unisex sangatlah! Amik je yang ala gigirl tuh. Sebab tu memang basikal kakak. Basikal adik nanti kite beli boboy punya style. Sebab palang basikal girl ngan boy tak sama. So tak boleh share..Hmmm... okey fine!


    Coretan mama Iman;
     

    Tuesday, May 15, 2012

    Survey-survey camera

    Date: 12/05/2012
    Time: sepanjang hari
    Venue: Alamanda Putrajaya

    The family at KLIA
    Hari ni plan nak berjalan-jalan bawak ciksu. Mulanya nik masih tak pasti lagi mane nak pergi. Pagi tadi,lepas siapkan mandi makan pakai zara, papa kol paktok tanya paktok kat mana sebab tengahari ni paktok naik flight balik kelantan. Bila paktok cakap yang dia baru nak gerak dari hotel nak ke KLIA, kami cepat-cepat siap menuju ke KLIA. So sempatla jumpa paktok kejap kat sana.

    Bersama ciksu
    Dah alang-alang kat area KLIA, kami ke alamanda je la sebab dekat-dekat situ kan. Bila sampai je alamanda..kami dah tak nampak ape dah. Memang nampak nasik je.Lapa gile! Disebabkan ciksu nak makan nasi yang style tomyam2 gitu, mama suggest Black Canyon la. Sebab situ je la kalo ade tomyam kat area alamanda. Lain2 tempat memang kami tak tau dah. Lepas park kereta..direct ke restaurant Black Canyon. Kat sini, iman nur zahra merengek time mula2 sampai. Lapa..sementara tunggu order sampai, sempatla siapkan susu zara..alhamdulillah..kenyang je, zara rilek2..Time kami la pulak nk penuhkan perot.So..inilah antara menu tengahari tu...
    Zara atas meja

    Food at Black Canyon
    Lepas makan, barulah nampak sikit jalan..kedai-kedai kat dalam alamanda tu. Cerah mata sikit.hehehe. Pusing-pusing kat dalam alamanda cari apa yang menarik. Temankan ciksu cari kasut..baju..tapi takde yang menarik. Beli beberapa helai baju je untuk Muaz kat Butik Anakku. Then, kami jalan-jalan survey kedai camera yang ada kat situ..Dalam banyak kedai, pilihan kami hanya Nikon dan Canon sahaja. Dah survey..barang dan harga, then kami decided ciksu amik Canon 90D dan kami mungkin amik Nikon D5100. InsyaAllah, dalam minggu depan kami gi lagi sana untuk dapatkan kamera tu. Amin2.

    
    Zara lena dalam stroller sementara mama nye tengah survey dslr
     Masa dalam kedai Nikon, lama sangat dok belek kamera kat situ, hinggakan cik puteri zara tertido..comel sangat...nik letak zara dalam stroller...zara tido lena sangat..

    Dekat nak balik, kema pulak teringat kat Big Apple kegemaran dia. Hari ni, memandangkan perot masih kenyang lagi, so beli 6 bijik je. Keluar dari alamanda, kema drive pulang rumah..tanpa singgah mana-mana...hari ni, langsung takde belikan ape2 pon untuk zara, tapi takpe..semalam kan dah beli...kat midValley.

    Tuesday, November 18, 2008

    The Garden Kuala Lumpur

    Me and Maz in the garden
    Peace...
    its us
    Rileks jap
    Menarik...
    h
    Sumbat2 je..

    Berbaris semua...

    Mak dan anak??haha
    Smua tak ready lagi..


    Senyum...

    Rileks n makan2 kt laksa shake