Date: 6.09.2014 (Saturday)
Time: 2.30pm - 6.30pm
Venue: Taman Botani dan MPH Alamanda
Hari
ni banyak betol kejadian yang "First Time" berlaku. Dari pagi sampailah
malam, semua kejadian yang berlaku merupakan pengalaman pertama.
Seronok, ingat...kite hidup kat dunia ni sekejap sahaja. Jadi,
nikmatilah nikmat yang Allah bagi ni dengan penuh kesyukuran. Lupakan
yang pahit, jadikan pengajaran sekiranya jatuh.
Jom kita jelajah pengalaman baru hari ni satu-satu ye:
Garden Wedding di Taman Botani
First
time masuk Taman Botani Putrajay. Seriusly, dah beratus kali dah datang
kat Putrajaya ni. Tak pernah pulak kitorang tau pasal garden wedding
boleh dibuat kat sini. Sehingga lah hari ni. Ini pon nasib baik jugak
ofismate Nik invite wedding anak lelaki dia kat sini. Rupa-rupanya taman
botani ni memang cantek! Masa kami berjalan area sini menuju ke tempat
kerja kawen tu, nampak ramai mat salleh dok amik gambar pakai tripod
bagai. Ala-ala taman bunga camtu. Cantek sangat. Macam-macam bunga pon
ada.
Rupanya
kan, kalau kite masuk kat website putrajaya tu :
http://www.putrajaya.gov.my/tourist/attractions/parks_landscapes/taman_botani.
Boleh tengok pelbagai jenis activities pon kite boleh buat kat situ.
Kalau bawak rombongan memang berbaloi. Tapi kalau setakat satu keluarga
macam kita-kita ni, maybe boleh amik activiti berbasikal tu. InsyaAllah,
bila ZnZ dah besar sikit kite mula activiti outdoor ni ye.
So cuci mata sikit sekitar garden wedding.
Keluarga saya |
Hey si gadis...yang cantek! hehehe |
Papa borek baby rintik... |
Ngam betol INZ dengan abang aliff zidane ni (anak auntie min) |
MPH di Alamanda Putrajaya
First
time jugak masuk MPH bawak anak-anak. Buat masa ni, alhamdulillah kakak
zara masih lagi ulat buku tegar. Pantang tengok kedai buku mula
tergedik-gedik nak masuk. Selama ni kami tak bagi sangat kakak masuk
sini sebab ingat ada buku untuk budak besar je. Rupanya memang banyak
buku education untuk infant! Jakun sangat mak nya. Ni pon nasib baik
kedai buku MPH ni dok sebelah toilet. Sementara nik gi toilet, papa
diorang bawak masuk situ. Seronok kakak. Rambang mata macam hape!
kat toysRus.admire sangat ngan sylvian family ni. One day nanti mama papa beli ye. |
Semua
buku dia nak! Mickey Mouse ade, Princess, Frozen, eh...semua kartun
kegemaran dia lah! Nik berkenan satu bedtime storybook tu. Murah je,
RM29. Ingat nak beli, bila dok melayan kerenah puteri putera ni daah
terlupa. Keluar macam tu je tangan kosong..Sayang sangat. Anyway, macam
la tak boleh datang next time kan? Nanti beli je lah! Invest untuk
anak...takde ruginye.
Basikal Baru Zara
First
time beli basikal untuk anak! Kami memang dah lama nak beli basikal
sebenarnya. Tiap kali tengok orang main basikal, kakak zara pon
merengek-rengek nak basikal. Kesian sangat. Tapi selalu jumpa basikal
yang xckup secure. Banyak benda yang kurang di mata papa-nya. Hari ni,
tekad masuk alamanda, masuk toyRus nak beli bicycle yang kami aimed
sejak minggu lepas. Tapi frust sangat sebab basikal tu dah takde. Dah
transfer ke cawangan Summit katanya. Sedihhhh. Keluar alamanda dengan
rasa tak puas hati.
On
the way balik rumah, walaupon hari dah gelap tapi kami gagahi jugak gi
kedai basikal kat seksyen 25 Shah Alam. Nama kedai "Giant". Memang depan
giant kota kemuning tu pon.
Masa
on the way ke kedai ni, punya lah berdoa si papanya. "Mintak-mintak
laaa kedai tu bukak Ya Allah". Lebih kurang camtu lah. Bila sampai,
tengok kedai bukak, berbunga-bunga encek husband! Jarang sangat tengok
dia excited macam tu sekali. Suka sangat. Masuk kedai, nah! beratus
bijik basikal! Tapi yang kat atas rak nun jauh di sana tu mencuri
tumpuan kami. Sebabnya...basikal idaman! Yang kami aimed nak beli kat
toysRus tu. Basikal tu la! Yahuuuu!!
Yeay..yeay...inz cakap.. |
Juling mata banyak giler basikal |
Suka kakak tengok basikal banyak-banyak |
Dua-dua excited! |
Kakak cakap, nak wat balik basikal ni. Comel kakak... |
Inilah yang 'idamaku' tu. Memang sebijik kaler ni. Confirmed amik nih! |
Dan
atlast, kami berjaya belikan zara sebuah basikal idaman papa,
diulang...idaman papa zara ye..bukan idaman zara. hahaha. Nasib kami
untung sikit, minggu ni ada sale untuk basikal idaman tu. Dapat RM228,
kalo kat toysRus tu dalam rm269 kot. Percuma loceng satu. Kesahnya,
basikal tu takde loceng. Tapi kakak zara nak ding (loceng), so papa dia
haruslah beli sebijik loceng dengan harga rm8. Tapi tuan kedai tu bagi
percuma je. Ok lah. Muraah rezeki. Alhamdulillah.
Esok,
kita keluar gi taman ye kakak. Rasmikan basikal baru kakak tu.heheh
(Tak sabar rasanya nak tengok anak kayuh basikal). Nanti lepas ni kami
beli untuk adik zariff pulak ye. Kalau tengok basikal kakak tu, memang
takde harapan la nak share ngan adik kan? gigirl sangat! sanggup ke adik
naik basikal ni nanti?? hehehe.
Encek
husband cakap, takyah nak beli unisex sangatlah! Amik je yang ala
gigirl tuh. Sebab tu memang basikal kakak. Basikal adik nanti kite beli
boboy punya style. Sebab palang basikal girl ngan boy tak sama. So tak
boleh share..Hmmm... okey fine!
Coretan mama Iman;
No comments:
Post a Comment