The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers

    Wednesday, December 15, 2010

    I'm married!!

    I'm married! hehe..mcm lawak lak wt subjek tuu.. Sedar tak sedar, lame dh rupnya tak update blog. Termasuk hari ni, genaplah sepuluh hari sy bergelar isteri orang (isteri Mohamad Akmal Azim) keke. Nak jugak glemer kan nama suami sendiri..

    So, kt sini nik ucapkan time kasih bebanyak kt kawan2 yang datang wedding nik tu.. Thanks korang...tak sangka sanggup amik cuti, mc lagi...tq!!!

    To jojie n farah...thank you so much datang...jauh2 dtg siap blik ngan flight lagi...waaa~~ terharu sgt2..!! korang, dont worry, kalau perut saya memboyot time wedding korang pon insyaAllah akan ku renangi~ muahaha

    Kepada doyah..meksand...zila..hussaini..aidil..thanks smua kerana datang~ sonok sangat2 tengok korang time tuuu...so0o0o excited!!

    So...untuk pengenalan..ini lah suami saya..(gedik lak rasa..haha)
    Mohamad Akmal Azim
    Bukan baju putih tu tau....yang baju itam legam tuu..hahaha..

    Ni lak gambar time kenduri akad nikah (kami akad nikah kt masjid)...layannnn~~~




    (Gambar ni semua kamera sendiri je..nnti dpt softcopy dri cameraman nik update eaa...)

    Jumpa lagi di post yang akan datang!! cheewahhh!!

    Sunday, November 28, 2010

    Wedding Invitation.

    Setelah sekian lame tidak meng-update blog..Sibok la katakan..haha

    Ok la..kat sini, dengan penuh rasa hormat..rendah diri...segan silu...bangganya..dan macam2 lagi...saya nak ajak kawan2 smua datangla ke majlis kenduri kahwin saya yang xseberapa itu di kampung halamanku

    details:

    Date      : 5 December 2010 -Bride side
                   6 December 2010 - Groom side
    Venue  : Kg. Alor Bakat, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan..

    Nak datang mane2 belah pon boleh...

    Map

    Undangan Raja Sehari..chewaahh!

    InsyaAllah kalau xde ape2 masalah..majlis akan berlangsung pada tarikh dan tempat yang ditetapkan tu. Hopefully kawan2 smua buleh la datang ye..meriahkan lagi majlis kami. Owh ye..bawak sekali pasangan dan keluarga ye..nk bwk kawan2 pon boleh..memang sgt2 di-alu2 kan..

    Friday, October 15, 2010

    garden wedding..

    Hari sabtu last week nik ngan fad gerak satu kete gi umah kak norli untuk attend wedding dia. Tapi disebabkan fad jadi pengapitnye...kami gerak la sehari lbih awal.. 

    Dalam lbih kurang kol 4.15 gerak dari sentul (umah fad), kami sampai di Bidor jam 6.30. Jalan biasa2 je, xde bwk laju2 pon..

    Malam sebelum kahwin tu, ade upacara marhaban anak sedara kak norli yg baru lahir tu. So, dapatla tengok macam mana marhaban kt perak. Juah beza ngan marhaban kt kelantan dimana kelantan disempurkan oleh semua wakil2 lelaki, dan si ayah yang pegang baby manakala kt perak lak, perempuan yg marhaban dan si ibu yg pegang baby.

    Keesokan paginya, tepat jam 10 pg ade majlis akad nikah kak norli..sweet giler. Biasala...kejadian air mata berlangsung..hehe...i pon sama..tangkap leleh!

    Then, kol 12.30 tu majlis persandingan bermula..sgt cantik pelamin nyer...smua digubah dan dipasang sendiri oleh adik kak norli (yg merupakan pemilik bridal di bidor).

    Time ni, jumpa ramai kwan dari utp seperti Kak Eja, Teh, Rai, Chin, Kak nani dan ramai lagi. Lepas kenyang makan2, ade majlis potong kek, then kami terus blik KL ptg tu jgk..Esoknya dh keje...hehe

    Sonok!

    Tuesday, September 28, 2010

    Pot Luck!

     Jamuan hari raya di ofisku..
    Lokasi :
    Menara Celcom, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.


    Geng Compudyne September 2010
    Tiada dalam gambar - Ziami.


    Girls Line from left - Naha, Bikah, Nik, Friza, Niza, Nad, Lin, Fara, Ita, Ayus, Jue, Nisa.

     Candid

     Jejaka Compudyne...ahakss.

    Antara activity pada hari tu - Celebrate burfday party Ayus, Kakju and Nisa.
    (Ada orang tu kene kek kat muka..hehe)
    Activity tunjuk kasut ok!!

    Suasana Hari Raya di Ofis

    Note: Thanks to Faiz for the great shots and pictures!

    Sunday, September 19, 2010

    Dikesempatan ini...

    Masih tak terlambat untuk saya nk ucapkan selamat hari raya pada semua kawan2..sedara mara...dan semua2 yang kenal. Lama pulak rasanya tak menulis blog. Masa bulan ramadhan, busy sgt...raya lak apatah lagikan. Makin2 la busy...

    Ni saya nak update la sikit pasal raya..dan apa2 yg dh buat lepas raya tu.

    Saje bertenggek kt famili pakcik sebb nak masuk geng biru..hee

    Hari raya pertama biasanya kami akan beraya di rumah atuk. Memang dah menjadi tradisi...smua akan berkumpul kt rumah atok je lepas blik dri menziarah kubur.

    Angah yang juga bertenggek kt famili cousin sebb nk masuk geng purple..

    Hari raya tahun ni, tak taula kenapa tapi nik rasa agak kurang meriah ckt, mungkin disebabkan umur dh makin meningkat? ataupun memang raya tahun ni tak meriah? hehehe

    Tuesday, August 24, 2010

    Sedikit update

    Hari ni, aku masih lg kt umah fadziella..keke...buat macam rumah sendiri pulak. Tak reti-reti nak balik rumah? Bukan ape, ade la keje sikit yang membuatkan aku tak boleh balik lagi.

    Lepas sahur tadi, macam tak ngantuk pulak rasa. Mungkin sebab tido awal sangant malam tadi, kol 11! so pagi ni mata ni memang xbuleh nk tutup la.

    Sementara dok belek2 tenet, teringat pulak kt blog ku yang lama ku pinggirkan. So, pgi ni nk update la ckt ape2 yang patot.

    Ramadhan ni, sangat mencabar bagi aku. Sehari sebelum puasa, mak kene tahan ward sebab kes appendix mak dh pecah. Bukan setakat pecah je, appendix tu dh bernanah dan berjangkit pulak dengan usus perut. Bila usus kene jangkitan kuman tu, usus tu dh jadi infection dan bengkak. So doctor terpaksa operate perut mak (panjang jugak bukaan perut tu, agak2 sejengkal). Doctor potong sikit usus perut tu sebab takot merebak makin panjang ke usus2 lain.

    So bermula malam 1ramdhan tu mak masuk ward...situ la aku sahur, situ la aku berbuka,,,sehingga la ramadhan ke 12..perghhh...lamo jugak tu..sian mak..

    Owh ye, masa x-ray untuk tgk appendix tu, doctor ternampak ade 3biji batu karang sebesar ibu jari kaki kt dalam buah pinggang kanan. So satu lagi masalh terjmpa.. Tapi doctor xleh nk operate dua2 sekaligus sebab pakar lain2 in charge untuk appendix dan buah pinggang. Lagipon, doctor xleh operate sekaligus jgk sbb takot badan kite tak tertanggung nk tahan sakit kt 2 organ berlainan, juga susah nk monitor. huhuhu

    So, pagi ni mak kene gi sekali lagi kat ward 28, Hospital Raja Perempuan Zainab II, KB. untuk buat IUV scan. Doctor ckp, iuv scan ni merupakan scan menggunakan cecair untuk nak pastikan ade berapa biji batu karang kt dlm buah pinggang so that bila operate nnti derang nk make sure smua batu karang dah dikeluarkan.huhu

    Tapi, apsal aku kt umah fad? mak nk masuk ward? sebab ade keje penting sgt2 kt sini, terpaksa korban masa kejap. Ptg ni mungkin aku blik, nak tunggu mak kt ward lagi...untuk 2nd operation...huuuu

    Tuesday, June 1, 2010

    Gudbye May

    Bulan may dh nak habis..
    Banyak sungguh benda yang aku lalui di bulan may ini..
    Antaranya, 3 orang sepupu ku kahwin bulan ni..
    Kawan baik ku juga kahwin bulan..
    Juga mendapat berita sepupu ku sudah pregnant..
    Aduuuuhhh...
    Apa yang nak jadi padaku????
    Masih macam ni jugak kah??
    Ataupon.....
    Bye bye May~

    Friday, May 7, 2010

    Mee Udang Banjir Kuala Sepetang

    Masa jalan-jalan di Taiping perak, kami teringat ade satu tempat namanya Kuala Sepetang yang terletak tak jauh dari bandar taiping. Terus menuju ke situ, ternyata tempat tu sangat glemer ngan mee udang banjir kuala sepetang. 
    Iklan kat information board

    Ade lagi satu tempat yang buleh kata best jugak iaitu kat Matang. Orang cakap rasa mee banjir kat kuala sepetang ngan matang ni lebih kurang sama je.
    Mee udang Mak Jah

    Kadang-kadang kalau salah pilih kedai tu, mungkin rasa mee udang banjir tu takde la sesedap mane kan. Tapi kalau jmpa tempat yang betul dan kena...memang best la.
    KueTiaw goreng udang

    Tapi yang uniknya, udang kat sini besar-besar dan sangat fresh..ok...highlight sikit kt situ..SANGAT FRESH. hehe.
    Mee udang biasa

    Tapi, untuk datang sini memang la jauh, kene guna highway, ade tol la cket exit ke Changkat Jering. Ada je jalan kampung yg tak perlu guna tol..tp kami xtau~ haha
    Meja makan kedai mee udang mak jah

    Tapikan, kalo sape-sape yang tinggal kat area tronoh ni, jangan risau. Ada je satu kedai kat bandar Tronoh tu yang nama kedai tu "Mee Udang Banjir Selera Matang". Kat kedai pakcik ni memang best habis sgt2. Tak payah nak pergi jauh-jauh. Untuk kenal tempat asal usul mee banjir ni, boleh la gi ke kuala sepetang or matang tu. Dua bandar ni dekat2 je.
    Suasana dalam kedai makan - kedai sgt menarik dengan xde dinding, penuh rekaan kelasik dan kampung.

    Parking space dia luas, so jgn risau untuk park ur car k.


    Bye~

    Wednesday, May 5, 2010

    Zoo Taiping & Night Safari

    Pada minggu ni, kami merancang untuk menjelajah sekitar Taiping. Dengan sedikit research pasal Taiping, kami bercadang untuk pergi ke Zoo Taiping dan Night Safari. 

    Bertolak dari utp dalam jam 12 tghri, kami terus ke Taiping. Setibanya di sana, alhamdulilah cuaca nya mendung dan redup namun bahang panas nya tetap terasa. Maklumla, sekarang ni dunia di landa kepanasan melampau.

    Ok...ape yang menarik dalam zoo ni? Mula-mula masuk kt pintu masuk, kami guna tren untuk ronda seluruh zoo. Ni bertujuan untuk mendapatkan gambaran secara kasar dan cuba bayangkan keluasan taman ni dengan ape yg ade kt sini.

    Kemudian baru kami mula berjalan untuk melihat haiwan-haiwan yang ade kt zoo ni secara dekat. Ternyata pengalaman kat zoo Taiping ni sangat berbeza dengan pengalaman menjelajah zoo negara Kuala Lumpur. Seperti yang dijangka Zoo Taiping sedikit besar berbanding zoo negara KL. 

    Selain itu, antara haiwan yang ternyata berjaya mencuri perhatian kami adalah :


    Orang itu memang lucu, siap wat adegan lagi bila kite tengok dia..
     Ungka Tangan Putih

    Ungka tangan putih ni tengah bergayut kat atas batang pokok tu, perasan tak? Kami xamik banyak sangat gambar dia sebab kami lebih suka rakam semua gelagat dia. Sangat entertained. Dia sgt pandai bergayut dengan aksi yang mengagumkan. Kami fikir mungkin gimnas2 kite boleh belajar dari derang..mungkin? hehe

    Badak Air

    Masa kami sampai kat area badak air ni atau juga dikenali sebagai Hippo ni, dia tengah berenang2 kat dalam air tau. Badan dia langsung kami tak nampak, yang nampak nyer hanyalah lobang idungnya saja! hahaha..Sangat kelakar. Bila tuan dia datang bawak makanan, yg elok tgh main air tu terus naik ke tepi darat dan baru lah kami nampak badan dia sgt besar! Tak sangka badan besar macam tu bleh berenang macam ikan. hehe

    Burung Unta

    Burung Unta ni sangat baik. Mulanya nik takot2 dengan burung unta ni igtkan dia garang. Kebetulan masa kami datang kat sarang burung unta ni, ade sorang kakak tu seronok je dok layan si burung unta nik. Siap bagi satu plastik kacang rebus lagi. Dah la tu, bukan dia nak baling je terus kt burung unta, tp sengaja tarik perhatian burung unta ni suh amik kacang tu kat tangan dia. Seronok pulak kami jadi tukang tengok.haha


    Setelah berehat kat pondok sambil perhatikan gelagat swan yg brenang2 kat tasik, kami teruskan perjalanan kami ke kandang Beruang pulak. Kat sini pon kami terhibur dengan gelagat beruang-beruang kat sini. Semua jinak belaka.
    Perjalanan seterusnya pula ialah kt kandang badak sumbu. Ok, sini ade satu benda kelakar iaitu ade satu tagging kt board tu berbunyi "Badak Sumbu ini ditaja oleh Petronas". hik3..bagus betol petronas ni, taja haiwan paling besar terus! haha

    Next is Seladang. Owh ye, seladang ni ade sejarah yang menarik kt Taiping ni. Mase zoo ni bukak, derang ade bela satu couple seladang ni. One day seladang tu beranak kat dalam zoo ni. So itu merupakan seladang pertama yang lahir kat zoo taiping ni. Untuk memperingati nya, derang namakan anak seladang tu dengan gelaran Zabu yang bermaksud zaman baru, alaf baru sebab lahir thun 2000. hee..comel~


    Banyak pulak haiwan yang nk di ceritakan kat sini..nnti la sambung..hehehhe..
    Ade mase nnti sy update..haha

    Daaa~

    Saturday, May 1, 2010

    Marina Wing Waterfront

    Semalam kami (Saya, Doyah dan Nije) gi jalan-jalan ke lumut. Lumut ni kalo tak silap saya la, tmpat paling ujung la kot kt perak ni. Kat area2 laut. So kat sini terdapat pelbagai tempat menarik seperti pulau pangkor dan juga lumut waterfront. Di waterfront ni, terdapat satu tmpt yg comel untuk peminat2 camera digital iaitu Marina Wing. 

     Bersama Doyah

    Antara tempat-tempat yang boleh kite amik gambar semestinya kt bot-bot yg cute mute tu kan. Tapi waktu kami datang ni dh sangat gelap, xsempat pulak nk godek2 kat kapal2 tu.

    Kapal-kapal yang menarik.

    Kat belakang tu ade banyak kapal kan? sepatotnye kami bergambar kt kapal2 tu tp xsempat la.

    Kami bertiga je la..

    Ni tempat mula-mula masuk marina wing ni.

    Saya dan kapal-kapal..

    Kami pon tak pasti apekah ini, sbb menarik..kami bertenggek aje..hehe


    Owh ye, lupa nk cerita. Doyah datang dari KL lagi ni tau dan nije pulak dari Labuan. Saje derang datang utp (nk settlekan hal ckt). Lame pulak xjumpa kwn2..rindu pulak rasanya...

    Kawan-kawan..kalo mau datang perak roger2 tau..akan ku usaha kan untuk ketemu kamu semua!!! daaa~

    Wednesday, April 28, 2010

    Nak Jadi macam buluh la~

    One day I decided to quit.....
    I quit my job....
    My relationship....
    My spirituality....

    I wanted to quit my life.
    I went to the woods to have one last talk with GOD.

    "GOD", I said..
    "Can you give me one good reason not to quit?"

    "Look around", GOD said.

    "Do you see the fern and the bamboo?"

    "Yes", I replied.

    "When I planted the fern and the bamboo seeds, I took very good care of them.
    I gave them light..
    I gave them water...
    The fern quickly grew from the earth.
    Its brilliant green covered the floor.

    Yet nothing came from the bamboo seed. But i did not quit on the bamboo.

    In the second year, the fern grew more vibrant and plentiful. And again, nothing came from the bamboo seed. But i did not quit on the bamboo." GOD said.

    Then in the fifth year a tiny sprout emerged from the earth. Compared to the fern it was seemingly small and significant...But just 6 months later the bamboo rose to over 100 feet tall.

    It had spent the 5 years growing roots. Those roots made it strong and gave it what it needed to survive. I would not give any of my creations a challenge it could not handle." GOD said to me.

    "Did you know that all this time you have been struggling, you have actually been growing roots?"

    "I would not quit on the bamboo. I will never quit on you."

    "Don't compare yourself to others." said GOD.

    "The bamboo had a different purpose than the fern. Yet they both make the forest beautiful."

    "Your time will come." GOD said to me.

    "You will rise high"..
    "How high should I rise? " I asked.
    "How high will the bamboo rise? " GOD asked in return.
    "As high as it can? I questioned.
    "Yes." GOD said, "Give me glory by rising as high as you can."

    I left the forest and bring back this story.
    I hope these words can help you see that...

    GOD will never give up on you..
    GOD will never give up on you...

    "Life is not a problem to be solved, But a give to be enjoyed"

    Tuesday, April 13, 2010

    Jusco Kinta City

    Hang out, release tension during weekdays ni adalah benda normal bagi kami yang memang always free ni. Macam biasala, ade keje...banyak pulak tu, tapi boleh buat2 xde keje. Heeee...

    Mulanya gi ipoh untuk service kete kat perodua Falim tu je, bertenggek lame pulak kat Jusco Ipoh. Ok..kat sini nik nak cerita 2 benda interesting iaitu..

    "Chunky Loaded Pizza Hut"


    Terpaksa amik gambar chunky loaded ni kat dalam website pizza hut, sbbnye xsempat nak amik gmbr live time makan tu..Kenapa ye? sebabnyer kami lapaaaa sangat2. Makan tak hingat dunia..sampaikan boleh terlupa nk kluarkan camera. (camera mesti sentiasa bawak ok! hahaha).

    Some people kata chunky loaded ni xbest (bg taste derang la), tp for me...its mabeles! i loiiikeeee~!!! Siap amik extra cheese lagi. Saya memang sgt suka cheese..hehehe. So, chunky loaded ni cheesy cket so my feveret laa...hehe

    Ok...yang kedua nya movie ni..
    "Clash of The Titans"


    Lepas makan piza tu, kami tgk wayang. Kebetulan cite ni memang nik tak tgk lgi..lambat sungguh..orang lain dh lame dh tgk.muahahaha...

    Clash of the titans...sangat best! Tapi cerita dia berdasarkan para dewa dewi la. Pemahaman dari cerita ni memang menyimpang la dari agama islam. Itu memang saya tak amik pot pn...sebab kte yakin dgn pemahaman dan agama kita kan..tp yg best nyer ialah the battles! I like la cite perang2 yang impossible ni.  Style ala2 The Lord of The Ring gitu...Yang khayalan2 ni memang my feveret la. Every moment in the movie is precious! xbleh toleh2 tempat lain dh..nnti terlepas pandang..xpaham..rugiiiii~~~ hehehehe

    Itu saje sharing session kite pada hari ini ye kawan2..jumpa lagi!

    Monday, April 12, 2010

    Theater Bangsawan Tronoh

    Theater di tronoh? Satu benda baru kan? actually last year pon dah ade cuma nik je xjoin. Theater bangsawan ni bertajuk

    "Tuah Hang Jebat"


    Menceritakan kisah Hang Tuah dan Hang Jebat. Antara pelakon2 cerita ni semuanya terdiri daripada student utp undergraduate. Macam xpercaya je budak2 ni semua pandai berlakon theater.. Feel habis lah! hehehe


    Xsempat nik nak amik gambar byk2, sebabnye derang xbagi amik gmbr ade flash. Pastu keadaan hall pon gelap, tambah pulak khusyuk sgt tgk derang ber-theater tu..sampai terlupa nk amik gmbr. Tp sempat gak la snap sekeping gbr hall ni. Dah last dah ni, smua org dh blik pon.

    Tiket theater? macam biasala...rm5 sekepala..igtkan xde sambutan sangat la kan...theater kot..sape la suka..sekali pegi..sampai tiket hbs tp ramai lg kt luar yg xdpt masuk..nsib baik dah booked tiket awal2. 

    Overall comment, theater ni sangat bagusla as student yg berlakon kan. Sangat bagus la lakonan derang as engineering student (not art student). Very-very good..i give 5 bintang! cheeeewahh..macam di-interview kt tv plak.hahaha

    Owh ye, coming soon..theater ni akan di lakonkan di Taman Budaya Kuala Lumpur lak. Mungkin dalam bulan june ni. Jangan lupa join tau..suppot utp theater! hehehe

    Bye~~

    Sunday, April 4, 2010

    Genting Highlands

    Last Wednesday (31 March) kami bergerak ke puncak gunung yg merupakan puncak gunung keriangan. Hehe suka suki je nk panggil nama macam tu kan? Ok..nak cerita sikit, nik gi sana bersama 6 orang lagi. Semuanya family and friends la. (parents xjoint..xmo ikot..huhu)


    Antara yang gi genting : Nik, akmal (my bf), angah (adik nik), zamani (husband angah), Zakuan (adik ipar angah), Alias (jiran sebelah rumah) dan paling kecik Aiman (Anak sedara belah hubby angah). Kami gerak ngan 2 biji kete (kete nik ngan kete hubby angah). Tp kami xdrive sampai ke puncak, just parked kt stesen keta kabel tu je.

    Berada selama 2 hari 1 malam merupakan pengalaman yg sgt seronok. Sempat main2 kt indoor dan juga outdoor. Kami stay kat First World Hotel dengan booking 3 bilik. Keadaan bilik di hotel ni ok sgt2 untuk standard room. Facilities yg diperlukan tu cukupla..

    Hari pertama kami pusing-pusing kat dlm first world plaza tu je. 
     Pasangan bahagia
     Bersama angah

    Breakfast pon sgt best. Pilihan makanan yg banyak. Boleh dikatakan smua makanan ade la kan..Dari jenis roti2, malay food, chinese food and also western. Kalo nk goreng2 tu, memang ade service untuk goreng2 on the spot. suka...hehe
    Breakfast

    Untuk hari ke dua ni..terpaksa la kami check out dah..huhu..Berat pulak rasanya..hehe.
    Menuju ke luar hotel. Masa untuk gi outdoor theme park lak.hehehe.
    Having fun together...