The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers

    Monday, December 30, 2013

    Pistol Bubble yang berlampu

    Date : 28/12/2013
    Time : 6.30 PM
    Venue : Padang bola shah alam

    Hari sabtu biasanya memang liat nak keluar gi mana-mana sebab hari ni selalunya banyak benda nak buat. Contohnye mengemas rumah, basuh baju-baju yang dah seminggu dalam washing machine, lipat-lipat semua kain yang bersepah kat dalam bakul dan macam2 kerja rumah tu.
    Tapi bila dah menjelang petang, otak mula dah beku dan badan pon penat. So terpaksa jugaklah keluar amik angin luar. "Terpaksa" okeh!

    Seharian dok menguruskan hal anak-anak ni sekejap je dah petang..Sebagai selingan, nak jugakla tunjuk gambar si kenit ni ha...dah mula pandai main benda2 tergantung..bawak barang mainan masuk mulut..

    Iman Zariff yang dah mula suka benda2 bergantung
    Menyenget muka nak masuk jari dalam mulut punya pasal
    Kebetulan pulak baju sama tema dengan FP Rocker..hehe

    Tengok jam dah pkul 6lbih dah. Kalau nak gi jauh2 pon memang tak sempat sampai rasanya dah gelap. So pusing2 ronda2 area shah alam je la. Berhenti melepak kat taman depan muzium ke apa ntah kat situ. Lupa..(walaupon dh berzaman dok area shah alam ni dan berkurun dah dok lalu jalan tu, tapi masih tak buley ingat) Maklumlah, urat2 putus time bersalin hari tu masih lagi tak bersambung. Hahahaha

    Bila sampai kt taman tu, memang seronok la sebab ramai budak2 yang baru2 pandai jalan tu dak main kat situ. Kebanyakan pulak bawak bola sendiri, mainan sendiri. Kitorang? tengok saja je lah sebab tak bawak pape pon. Manelah tau kan! Dah ade pulak kakak tu jual pistol buble kat situ. Si Zara tu memang tergedik2 la nak kan! Bola tu dia tak berminat pulak (kakak tu pon jual bola jugak). Oke la...beli la satu pistul bubble tu.

    Tembak punya  tembak...habislah 2 botol air sabun tu hah. So boleh la balik rumah.kikiki. Lagipon hari dh nak gelap. Bila sampai rumah, ingatkan zara dah tak main la dengan pistol tu sebab dah takde air sabun, tapi rupanya dok menembak lagi. kah kah kah. Lawak betol. Buleh pulak tu dia dok tala muncung pistol tu kat mulut dia. Lawak...ingatkan kenapa la si zara tu buat camtu, rupanya bila tembak keluar angin kot muncung pistol tu..hehehe. patotla sonok je.

    Tak habis kat situ, di bawaknye pulak pistol tu kat dalam bilik. Main kat atas katil pulak. Kemaruk betol. kiki. Dah nak tido kan, nik tutupla lampu. Dah bernyala2 pulak pistol tu. Sudaahh..takmo tido pulak...sebab nak main pistol lampu2. ahhahhaa.

    At last..tido jugakla lepas dipaksa2 ngan bapak dia..hehe...anak...anak..

    Dengan tekun sekali menembak putih kapas tu..kikiki
    Sekian...




    Thursday, December 26, 2013

    Produksi susu merudum

    Date : 26/12/2013
    Time : 11.00am
    Venue : Ofis - Bangsar South

    Setelah seminggu lebih nik bercuti, makan angin ber-holiday, hari ni baru mama masuk keje. Perasaan memang lemau la sebab nak catch-up banyak benda yang tertinggal.
    Itu pon nasib baik team-mate nik tu cekap menguruskan hal-hal dalam ofis. hehehe.

    Tapi, walau happy2 pon, still nik sedih sebenarnye. 
    Sebab?? sebab production susu memang sangat2 merudum. Contohnye macam pagi tadi, nik berusaha menge-pump susu untuk bekalan zarif hari ni, tapi hasil dapat cenonet je. 2 oz sahaja!!!

    Ya Allah, memang menggugat jiwa raga betol. Rasa nebes yang amat. Nik risau takot2 tak dapat nak supply susu secukupnya untuk zarif.
    Itu pon nasib baik stok susu yang nik usaha mengepump selama ni masih banyak dan masih cukup.
    So sementara nik tengah berusaha untuk mem-banyakkan balik production supaya semeriah macam dulu, zarif minumla susu dalam stok tu dulu ye.

    Pagi tadi, nik mintak tolong cikngoh (mommy muaz) bawak zarif gi klinik untuk checkup dan inject 3bulan. Sedih sangat bila dapat tau berat zarif hanya 6.2kg. Kesian zarif!

    Dah makin besar dah ank mama..
    Dah la tu, dah 3 4 hari zarif cirit birit. Tapi satu je nik puji sangat2 sikap zarif ni. Zarif tak banyak nangis, walaupon dengan keadaan suhu badan tak menentu dan cirit, zarif maintain good2 saja. Senyum je manjang.. comel je.

    Si kakak zara pulak, alhamdulillah takde dah demam2 ke ape ke. Cuma running nose tu still berleluasa. Lubang hidung tu tersumbat je manjang. Penuh dengan mukus2 likat.kikiki.
    Nik memang standby letak wet tissue di merata-rata sudut area rumah tu supaya senang kakak amik je time dia rasa meleleh tahap terok sangat tu.

    Kulit kakak pon dh memang sun burnt sangat-sangat hasil dari berholiday kat melbourne last week. Kesian kakak. Dah lain dah dia nik tengok. Dah tak berapa nk gebu mana dah pon. Hopefully sun burnt tu cepat2 la hilang.

    Minum susu banyak..mama suka!
    Nik? tak yah cakap la. Dah legam agaknye muka ni. Hari masuk ofis pon ramai tegur nampak gelap. Bukan nampak gelap la kan..dah memang gelap gulita. Memang tak bersemangat pon nk mekap2. Buruk je muka nampak..eee...Cepatla2 cerah skt. baru rasa meriah! ahhaha (kulit cerah ke masalahnya? haha)

    Husben memang agak magic jgk. Sebabnye, langsung nik xnampak sun burnt kt kulit dia tu. Degil jugak kulit encek kema ni ye. kiki. Tapi nampak mcm selim molim sikit. Ramai jugak tegur encek kema nampak selim. Bangga!! hahaha


    Owh ye, petang ni mama pump dan hanya dapat 7.5oz saje. Takpela. Rezeki zarif banyak tu je hari ni..nanti nik akan berusaha lebih kuat lg ye..



    Lena tido..

    Oke la..next time sambung lagi update. Cite time kat melben tu nanti pon nik xhapdet jgk lg.nanti2 la..hehehe. Sekarang ni nk check2 email jap. Daaa..

    Saturday, December 14, 2013

    Dari LCCT to Melbourne

    Date : 14.12.13
    Venue: LCCT Kuala Lumpur

    Setelah sekian lama kami sekeluarga menantikan saat kami nak bertolak ke Australia dan akhirnya hari ni, kami bersiap sedia untuk berlepas. 

    Cerita ni agak panjang, nik akan berusaha untuk post sebanyak mungkin tentang pengalaman kami sekeluarga kat Melbourne.

    Date : 13.12.13
    Hari ni Jumaat, lepas balik dari kerja nik dan hubby Encek Kema setelkan semua barang2 Zariff sebab barang Kami dan Zahra dah siap packed. Barang Zariff? Ye..kami ke melbourne tanpa Zariff. Kami bercadang untuk hantar Zariff ke rumah kakak ipar (Kakak En Kema) kat Batu Pahat.
    Disebabkan Zariff ni masih menyusu badan sepenuhnya, so pengendalian untuk bawak stok susu Zariff cukup untuk 9 hari adalah sangat mencabar. Nik masukkan stok susu Zariff dalam kotak tahan sejuk, tabur dengan ais then tutup rapat2 dengan kain tebal. Sesampai kat Batu pahat, susu masih lagi dalam keadaan beku tanpa sikit pon cair.

    Date 14.12.13
    Tengahari lepas lunch kami bergerak dari Batu Pahat ke LCCT. Perasaan memang excited sebab nak gi holiday, tapi MasyaAllah, sayu yang amat pulak melanda sebab nak tinggal Zariff. 9 hari kot! Sedih sangat...sayu sangat...pilu...huhuhu.
    Kami tak bawak Zariff sama sebab memikirkan demi untuk kebaikan dia. Zariff baru nak masuk 3bulan. It was too early for him to travel 8hours in flight. Then nak hadap cuaca panas terik kat sana lagi. Kesian Zariff. It is oke, i promise to bring him there someday. huuu

    Sampai di LCCT lebih kurang kol 6lebih. Flite kol 9malam nanti so lama lagi la kot kami dok melepak kat sini. Sementara tunggu ma, abah dan angah sampai, kami makan dulu kat mcD.

    Kakak Iman Nur Zahra

    Kakak dan Mama

    Dalam jam 9malam...kami berlepas ke Melbourne Australia...


    Tuesday, December 10, 2013

    Family Vacation

    10/12/2013
    Time : 8.00am
    Venue: Ofis

    Selamat pagi dan 1 Malaysia!!! Hakak berjiwa patriotik sikit pagi ni ye uoolllss.. sebab? hari ni datang awal..so terasa macam diri ini bergitu berdisiplin! hehehehe

    Datang awal...ofkos la belek-belek email personal dulu, baru la belek email company kan? korang? sama tak? owh..ye..korang baik sikit dari nik kot. Masuk ofis terus buat keje ye... hehehehe. Maaple, personal is more important than anything hoccay!

    Dalam dok belek-belek email gmail tu, hah! terjumpa email yang dinanti-nanti sejak pagi semalam lagi. iaitu email dari ETA..Apa tu? ETA is "Electronic Travel Authority" aka Visa Electronic gitu. Tak yah nak bawak kertas bagai tuh. Electronic dah semuanya ye. Bawak je passport, bila nak check in nanti dia scan terus keluar details pasal visa kita kat situ.

    Owh ye..lupa lak nak cite..kami anak beranak nak gi Aussie..ala..makan angin la. Lama tak pi makan angin jauh-jauh ni kan. Dah tu kat mesia ni semua tempat pon ujan, apa kata kita keluar dari Malaysia..hehe (ayat macam poyo gilerss) Actually kami plan dah lama nak gi Aussie ni, sementara adik nik ada kat Melbourne, baik kita gi sana cepat. Nanti bila dah balik Malaysia..takde dah la tourist guide free...ye tak?

    Kami bertolak dari KL 14dec kol 10.30 malam dan balik semula ke KL dari Adelaide 22dec 11pagi. Insyaallah...

    So..ini lah rupanya ETA approved by Australia Government tu..

    Ni Nik and husband punya..


    Ni Iman Nur Zahra punya..



    So..apa2 hal, nanti nik cite panjang bila balik nanti ok.


    Wednesday, November 27, 2013

    Berbaju Merah

    Date : 27.11.2013
    Time :
    Venue : Office

    Hari ni hakak berbaju merah bertudung merah menyala datang ofis okeh! Sebab tak plan pakai baju ape, then amik je baju yang xpayah nk iron. Ngeh2...(erkk...pasal baju pon nk kecoh. Ikut suka la..ni kan blog hakak) kikiki

    Bos takda, ade meeting sampai tengahari. Then testing pulak hari ni hold sebab a few banks tak ready nk setup environment derang lagi. So heavenly hakak!! hehehehe

    Kebetulan pulak member kt sebelah ni baru beli ipong...test camera sikit..dan ini hasilnye..


    Hah!! merah kan?? Muka bulat..badan masih gemmokss cam biasa. Yela. dah anak dua kan??? Heheheheh. nak salahkan ank dua pulaks. Kalo dah makan tak hengat doniaa..mane nye nak selim molimmm..

    Hmmm..dah seminggu masuk keje, mood pantang rilek2 suasana rumah sambil menetek ank masih lagi malayang2. Best pulak time cuti panjang tu ye. Masa dalam pantang beriya tak sabar nak masuk ofis. Ntah kenapa dah buang tebiat ke apa haku nih kan. Semua orang xmo keje (nk mkn gaji buta je goyang kaki duit masyuuukk), hakak pulak nk masuk keje. Sekali...masuk seminggu je rasa nak cuti balik dah! kah kah kah

    Owh ye, tak cerita pon lagi kan pasal kelahiran putera hakak tu...Nama nya Iman Zariff. Handsome!! (sapa lg nk ckp camtu kalo tak mak dia kan? hehehe).. Btw, perasaan ibu nih memang pelik, smua ibu akan rasa anak dia la paling cute..paling cantek..paling handsome kat dunia ni..hehehehe

    Hari ni takmo cite lagi pasal pengalam bersalin kan Iman Zarif sebabnye...nk gi menyepump susu. Nak wat stok untuk Zariff yang teramatla kuat susu tu. 

    Yee...ye...hakak memang fully breastfeed Zarif. Sejak dia lahir sampai la hari ni memang setitik air pon tak masuk lg dalam badan dia. Memang 100% fully breastfeed exclusive uoolsss!!

    Harap-harap la..dapat bagi susu badan zariff sampai umur 2tahun kan? Amin...Ya Rabbal Alaminnn...

    Monday, November 25, 2013

    Bergambar dalam ofis + Pump activity

    Date : 25.11.13
    Time : 1.30pm
    Venue : Ofis


    Auntie Yasmin dan Auntie Kay

    Masuk minggu ke dua kerja. Alhamdulillah, seminggu lepas iolss berjaya menge-pump buat stok untuk Zarif. Sehari berjaya pump susu 2 kali je sehari. Dalam 15oz sehari nik wat balik hasil tenusu ye. hihihi

    Zariff pulak memang kuat susu. Setiap hari  pergi kerja memang prepare 9 btol susu memang habis! Agaknya susu tu sedap sangat kot.hehehe. Orang kata, susu ni macam demand and supply. Makin banyak demand zariff makin banyak susu kite kene supply.Seronok!

    Mama dan auntie Yasmin


    So untuk hari ni, mama dapat 14oz je untuk zarif hasil perahan kat ofis. Pagi tadi before datang keje dah pump dapat 9oz. Petang nanti balik rumah nak tambah pump lagi sebab zariff minum susu banyak..i likeee...

    Thursday, November 7, 2013

    Zara&Zarif baju hijau

    Date : 7/11/2013
    Time : 10.00am
    Venue : Parit Raja, Batu Pahat - Johor

    Pagi ni, kami masih lagi berilek-rilek di rumah maklong. Maklong dan paklong dua2 pon takde sebab derang kerja. Kami macam biasala, terbongkang depan tv sambil buat macam rumah sendiri. Breakfast dah tersedia kat atas meja makan, tak taula kol brape maklong masak pagi tadi tapi semangkuk besar mee goreng ready untuk dimakan.

    Sebagai selingan, si kakak yang suka jaga adik..
     


    Sambil memerhatikan gelagat anak2, mak ngan ayah dia opkos la amik gambar buat kenangan. Dan kebetulan pulak zara dan zarif hari ni pakai baju kaler lebih kurang sama, ijau koko..Comel je.

    Si kakak zara tu memang suka kalau mainan orang punya. Kat rumah maklong ada banyak toys Fatimah punya. Semua pon dia nak main especially camera tu. Tak lepas dari tangan. Tapi kalau mainan tu ade kat rumah takde pulak kakak nak main. Lawak sungguh la kan.

    Badmood sikit pagi ni.

    Nik bukan apa, risau tengok kakak zara tu dok tayang2 kamera mainan tu depan muka adik dia. Benda tu dah la berat semacam je. Kang pelepanggg jatuh kat atas muka adik dia sape nak jawab? mak dia jugaklah..jawab kat sapa? jawab kat bapak dia la jugak..yang cerewet banyak mulut tu. ahahaha.

    Risau pulak tengok kamera tu, jatuh kang..pengsan!
    Macam best ye...
    Iman Zarif yang berumur 53 hari

    Husband nik tu memang satu perangai dia. Curiosity melampau dan terlalu berjaga-jaga. Sehinggakan tahap meng-control anak pon ada. Adeih, terpaksa mengumpat kat laki sendiri. Semuanya "NO". Anak nk main apa2 sekalipon semua no! ahahaha..nik? biar jele anak nak main apa pon. Dia nak explore kot...hehe

    Okela...sambil menulis sambil makan mee goreng. Burrpp..sedapnye..
    Daah..bye!

    Wednesday, November 6, 2013

    Berbasikal dengan ciksu

    Date : 6/11/2013
    Time : 5.30pm
    Venue : Parit Raja, Batu Pahat, Johor

    Seperti biasa, pantang ada cuti panjang sikit kami memang akan datang ke Parit Raja ni. Memang boleh dikatakan tiap kali datang johor, kami sampai kat sini je la. Tak pernah nak pergi mana2. Malas sebenarnya, bukan apa. Tak tau la, asal datang rumah maklong je rasa macam nak dok menepek je kat dalam rumah, malas nak keluar. Even nak gi BP Mall pon malas tau. hahaha.

    Iman Zarif yang banyak masa dihabiskan dengan tido.

    Setiap hari tu bukan kami buat apa pon. Dok borak2, tengok tv, main ngan anak2 buah belah husband. Tu je. Tapi seronok. pejam celik pejam celik, dah pon gelap. Petang2 pulak selalunya nik suka memerhatikan gelagat anak2 buah main basikal kat depan rumah tu. Zara pon turut sama la. Dia memang suka sangat main ngan kazen2 dia tu. Zarif? no no...tak boleh main lagi. Jadi pemerhati tegar saja lah.
    Mula-mula bukak mata..

    pastu sambung tido balik..

    Kebetulan trip ke batu pahat kali ni kami bawak sekali ciksu nabilah. Seronok la semua orang ade ciksu yang melayan semua kerenah tu. Termasuklah zara yang nak naik basikal. Ciksu la yang susah payah dokong bawak zara round2 pusing2 basikal. Kalo ikotkan papa dia? memang tak lah! ahahahaha

    canggih ciksu...bawak kakak zara naik basikal pakai harnes! hahaha
    Layankan aje la ciksu ye. Dah nama pon budak2. hahahahaha. Harnes merah yang ciksu pegang tu, nik beli sejak zara kecik lagi. Murah je, memang tak sampai RM50 pon. Lupa exact price tp memang murah. Beli kat kedai2 baby camtu. Tapi memang harnes tu kuat giler. Masuk budak besar cam zara tu pon boleh tahan lagi. Sekarang ni nik pakai harnes tu untuk dokong zarif pulak. Walaupon murah tapi memang berbaloi-baloi kan? Ada satu jenis harnes tu, dia mengeras kat belakang baby. Memang bagus untuk support baby yang masih tak boleh duduk tegak. Tapi masalahnye, harness tu boleh pakai sekejap je, tak lama sebab bila bb tu makin besar, dia dh tak nak duduk dalam harnes tu. Baby macam kita jugakla, nak tengok luar, nak tengok semua apa yang kita tengok. Kalo harnes camni (merah kt atas tu), kite buleh terbalikkan muka baby mengadap ke depan. So senang la, baby tak merengek!

    Walaupon penat melayan kerenah anak saudara, maintain senyum lagi tu.
    Ha..mengadap depan2 cam ni la. So baby boleh tengok apa yang kita tengok. Baby tak bosan, dia tak nangis la. Kakak zara yang besar gabak tu pon muat lagi.hamekkk..hahahaha

    Suasan depan rumah maklong
    Macam tu la keadaan depan rumah maklong. Ujung jalan tu end lot. So budak2 main kat depan tu pon memang tak bahaya. Tak risau pasal kereta2 yang lalu lalang, memang tak de kereta. Kereta orang rumah tu je la. hihi. Owh, kereta biru tu? itula encek wish kesayangan husband nik. Suka sangat benda kaler biru, sampaikan kereta pon nak kaler ala2 sparkling blue gitu. kikiki

    Maklong baru sampai rumah
    Ha...encek stream kaler kelabu tu pulak kesayangan maklong. Kaler ni baru nik suka. hahaha. Hari ni maklong ade jaga budak2 exam upsr kalo tak silap. Hahaha..sori la hakakkk lopaaa..dari pagi, sampai kol 6petang baru balik. Penat jugak jadi seorang tenaga pengajar ni ye. Nampak macam rilek, tapi adakalanya busy mengalahkan Manager! hehehe

    Anak-anak sedara husband ku
    Tu dia si kenit2 sekalian. Semuanya 5 beradik. Yang sulung baju belang2 kat ujung tu, kami panggil along, yang no 2, gigirl tinggi lampai tu.kami paggil iffah, no 3 ajwad pakai bju kaler putih tu. no 4, bju kaler kuning, aufa namanya. Bongsu...si kenit comel dalam walker tu..Fatimah Azzahra..kami paggil mah2. hihihi


    Ibu dan 2 anak
    Dan..ini lah dia si penulis blog yang baru habis pantang tapi tak selim2 tu..hahahaha

    Dah..tu je..hingga berjumpa lagi di lain update ye uollss..

    bye!


    Monday, November 4, 2013

    Anak2 di KL International Hotel

    Date : 4/11/2013
    Time : 2.30 pm
    Venue : Hotel KL International Hotel
    Hari ni pAktok datang KL dan seperti biasa paktok akan menginap di hotel kegemaran dia di KL ni iaitu di KL International Hotel Kg Baru. Tau apa istimewanya hotel tu, tapi tiap kali datang KL mesti hotel tu la tempatnya. Dan untuk pengetahuan, paktok akan datang sini 2 kali seminggu. Hah...ko mampu? tak kan? hehehehe

    Iman Zariff
    Hari ni sementara nik masih lagi dalam maternity leave, boleh la nik bawak anak2 jumpa paktok. Lepak2 kat hotel tu. Nak gi jalan2 pon malas sebab paktok selalu nya datang KL untuk urusan business nya. Kalau nk gi jalan2 pon, ngan kami2 sendiri2 je la. Ngan paktok aktiviti macam biasa la.  Makan...makan..dan makan..seronok!

    Iman Nur Zahra dan lampu ajaib

    Kat KLIH tu, adik oke2 aje. Yang mama risau nye si kakak ni ha. Tak duduk diam walau sekejap. Zarif guling2 pastu tido..tu je la. Zahra?? lompat sana..lari sini..terjun katil. Main masak2 dan seangkatan dengannya. Yang tak tahannya, nak suruh mama buatkan air kopi 3 in 1 indocafe yang hotel bagi tu. Zara memang suka sangat dengan kopi, macam mama dan papa dia la.hahhaa

    Seorang ibu yang tekun mengajar anaknya main game!
    Sementara menunggu papa keluar entah ke mana2 ngan paktok tu kan, kami habiskanlah masa kat dalam bilik guling2 sambil main game phone. Owh ye, time ni ciksu nabilah ade sekali tau, tapi tengah terbongkang kat atas katil, tak tersnap plak gambar dia. hehehe.

    Mak dan anak..copy paste
    Nik suka tengok zara pakai baju belang ni. Ceria sebab kalerful. Baju ni sebenarnya paklong yang hadiahkan untuk zara sempena dia gi Cardiff UK hari tu. Paklong memang selalu gi sana sebab tengah further study amik PHD. Sekarang ni dalam process menyiapkan thesis nye. Seronok kan further study jauh2? Nik dulu2 pon pernah jugak niat nak sambung phd..tp..hampeh...master pon separuh jalan. Apa cite???!! hahaha.. Baik ku kuburkanlah hasrat ku itu..sebabnya..M.A.L.A.S! dah..

    Selipar mama pon boleh!
    Tu dia, main selipar pon boleh! lawak betol. Kat belakang tu antara background KLIH ni. Paktok dulu bekas askar. So, husband nik cakap dapat murah kalo pesara.. Tak tau lak brapa, nanti nik survey.

    Sunday, November 3, 2013

    Breastfeeding Diary : Stok EBM untuk Zarif

    Date : 3/11/2013
    Time : 11.00am
    Venue : Home

    Hari ni Zariff berumur 49 hari dan kakak Zara pulak lagi seminggu nak masuk 2tahun. Pengalaman membesarkan anak-anak memang best sangat. Tambahan pulak syukur alhamdulillah nik dapat sepasang. Jadi, pengalaman jaga kakak dan adik tu memang banyak kelainan. Ye, sesetengah orang cakap lain baby lain perangai. Tambah-tambah lagi yang jantina tak sama. Nik pon sama jugak, memang jaga kakak dengan jaga adik ni macam langit dengan bumi bezanya..Seriusly!

    Macam besarkan kakak Zara dulu, dari hari pertama lahir sehingga la sekarang..manja tak menempat. Tak kira masa suka je nangis. Especially dalam pantang dulu. Tuhan saja yang tahu. Memang terpaksa bersabar lebih. Malam-malam memang tak payah nak berangan la  nak tido awal. Memang tak nye. Masuk je jam 12malam, mula la dia nak merengek. hehehe..

    Budak suka tido..

    Si adik Zarif pulak, Ya Allah...baik je..diam je.. Memang jarang sangat-sangat nak dengan dia nangis. Malam-malam tido je manjang. Sampaikan mama terpaksa kejutkan baby untuk bangun nenen. Siang pon tido je. Boleh dikatakan dalam 24jam tu..23jam dia tido..satu jam je dia bukak mata. hahahaha. Nasib baik tak jaundice. Alhamdulillah..dua2 anak nik tak kene jaundice.

    Dulu masa lahirkan kakak, memang pasang niat nak fully breastfeed. Tapi disebabkan pengalaman tu takda, dan orang-orang disekeliling pon tak membantu, jadi nik tak berjaya nak fully breastfeed. Tapi..zara memang nenen sampai ke besar..sehingga pregnnt kan zarif pon dia nenen lagi. Cuma tengahari je la minum susu FM.

    So, dengan pengalaman-pengalaman yang ada ni, nik tekad nak fully breastfeed zariff sehingga 2 tahun. So, dalam masa 6bulan pertama ni memang nik berazam nak bg EBM sahaja...ulang sekali lagi..EBM sahaja..tak masuk setitik air pon kat dalam badan zarif oke! 

    Stok EBM sepanjang pantang

    Setakat ni, sepanjang dalam pantang ni, nik berjaya buat stok untuk bagi zarif bila masuk keje nanti. Tak banyak kan? Memang sikit je sebabnya nik pon tak faham nape dalam pantang susu nik tak berapa banyak sangat. Sekali pump tu paling2 banyak pon dapat 3-4oz je. Agak nebes jugak sebab orang cakap anak lelaki ni kuat minum susu. Dan stok EBM zariff memang tak memberangsangkan lagi. Haruslah kene usaha lebih gigih lagi. Nasib baik jugak berkat sokongan padu dari encek suami, nik masih berjaya lagi bagi EBM sepenuhnya. Satu tip yang boleh mommies2 di luar sana yang baru nak berjinak-jinak dengan breastfeeding ni. Kerapkanlah menge-pump dan simpan EBM yang di pump tu dlm fridge. Jangan pump dan terus bg EBM tu kat baby, nanti stok tak banyak. Ingat tu.. (sebab ni la yg berlaku pd nik, pump2 bgi kt baby. Last2 stok EBM takde, hari pantang dah mkin nk habis) Pengsan!

    Sekarang ni pon nik memang tengah mencari2 maklumat dan tips2 untuk membanyakkan susu badan. Nak makan macam2 pon rasa takot tu ada. Tapi mak mertua nik ada cakap yang buah kurma boleh tambahkan susu badan. Mungkin nik nak cuba makan kurma banyak2 walaupon nik memang tak berapa gemar kurma.

    Kakak yang sangat manja..

    Friday, November 1, 2013

    Zara riba Zarif dlm bunga

    Date : 1/11/2013
    Time : 11.35am
    Venue : Home

    Siapa cakap si kakak atau si abang kalau rapat sangat jarak umur tu tak ngam or suka buli adik? Mana ada!! hehehe

    Cer tengok anak-anak iollss tu. Baik je kakak dengan si adik nye yee..

    Zara ni satu je nik nak puji. Dia dengan adik dia memang penyayang. Mungkin anak pertama perempuan macam tu kot. Penyayang ala-ala gitu. Kalau kite dok cium2 si adik, dia pon sama jugak la nak cium2. Dapat cium tangan ke, perot ke tak kesah la. Tapi selalunya husband nik xsuka si kakak ni dok nyendeng2 kat adik dia. Bukan apa, takot di cubitnye adik dia tu. Budak-budak, mana tau benda betol ke salah kan.

    Sama jugak kalau tengok nik dok riba adik dia ke, nenen ke. Zara pon sibuk jugaklah cakap "meh..meehh.." sambil angkat2 tangan nak riba zarif. So sweet...

    Sudahnya,  nik letak si zarif tu kat atas riba zara..

    hameek...sweet kan anak2 nih..






     Tapi..rajin si kakak ni bukannya lama tau. Kejap je nih, nanti kang tolak je adik dia camtu je bila dah tak mau riba. hahahaha. So memang kene berjaga-jaga.