Date : 14.12.13
Venue: LCCT Kuala Lumpur
Setelah sekian lama kami sekeluarga menantikan saat kami nak bertolak ke Australia dan akhirnya hari ni, kami bersiap sedia untuk berlepas.
Cerita ni agak panjang, nik akan berusaha untuk post sebanyak mungkin tentang pengalaman kami sekeluarga kat Melbourne.
Date : 13.12.13
Hari ni Jumaat, lepas balik dari kerja nik dan hubby Encek Kema setelkan semua barang2 Zariff sebab barang Kami dan Zahra dah siap packed. Barang Zariff? Ye..kami ke melbourne tanpa Zariff. Kami bercadang untuk hantar Zariff ke rumah kakak ipar (Kakak En Kema) kat Batu Pahat.
Disebabkan Zariff ni masih menyusu badan sepenuhnya, so pengendalian untuk bawak stok susu Zariff cukup untuk 9 hari adalah sangat mencabar. Nik masukkan stok susu Zariff dalam kotak tahan sejuk, tabur dengan ais then tutup rapat2 dengan kain tebal. Sesampai kat Batu pahat, susu masih lagi dalam keadaan beku tanpa sikit pon cair.
Date 14.12.13
Tengahari lepas lunch kami bergerak dari Batu Pahat ke LCCT. Perasaan memang excited sebab nak gi holiday, tapi MasyaAllah, sayu yang amat pulak melanda sebab nak tinggal Zariff. 9 hari kot! Sedih sangat...sayu sangat...pilu...huhuhu.
Kami tak bawak Zariff sama sebab memikirkan demi untuk kebaikan dia. Zariff baru nak masuk 3bulan. It was too early for him to travel 8hours in flight. Then nak hadap cuaca panas terik kat sana lagi. Kesian Zariff. It is oke, i promise to bring him there someday. huuu
Sampai di LCCT lebih kurang kol 6lebih. Flite kol 9malam nanti so lama lagi la kot kami dok melepak kat sini. Sementara tunggu ma, abah dan angah sampai, kami makan dulu kat mcD.
Kakak Iman Nur Zahra |
Kakak dan Mama |
Dalam jam 9malam...kami berlepas ke Melbourne Australia...
No comments:
Post a Comment