Date: 11.10.2014
Time: 7.30am-12.30pm
Venue: Bangsar South - Bukit Tinggi
Alhamdulillah
tahun ni Nik dapat menyertai event company di Bukit Tinggi 2hari
1malam. Kalau tahun lepas event company kat Langkawi selama 2hari
2malam, tapi tahun ni dekat je. Kalau tahun lepas nik tak dapat join
sebab masih dalam pantang bersalinkan Iman Zariff. Memang perancangan
management macam tu, selang seli tahun lepas jauh sikit, tahun ni dekat,
then insyaAllah tahun depan mungkin jauh sikit kot.
Pagi
ni agak mencabar. Nik pulak semalam tak tido disebabkan Zariff malam
tadi cirit birit. Jam 5am terpaksa bergegas gi klinik sebab kesian
sangat cirit Zariff tak ok. Dah la tu, nak kene tinggal selama 2hari
pulak. Rasa tak sanggup sangat nak tinggalkan anak2 dalam keadaan macam
ni. Papa diorang pon demam selesema pulak. Balik dari klinik dalam kol 6
camtu, terus bersiap ke ofis. Kami
bergerak dari Bangsar South jam 8.30am menuju ke Bukit Tinggi dengan
menaiki 3 biji bas Plusliner yang disewa khas. Setiap staff dalam bas ni
memang telah dibayar insurance untuk cover segala kemuningkinan
kecelakaan sekiranya berlaku. Walaupon gerak kol 8.30, sebenarnye kami
dah berkumpul kat depan ofis ni dari jam 7.15 pagi lagi.
Dalam
bas, committee dah sediakn sandwich ikan bilis, dengan kuah tradisional
2 ketul dan air kotak bunga. Sampai di Bukit Tinggi kat lobi The
Chateau 9.45am dan breakfast lagi dengan makanan2 hotel pulak, sambil
lah dok borak pasal sport shoes. tak faham kenapa pagi ni topic kasut
adalah yang paling hangat. Rupanyas setiap orang ade kisah disebalik
sport shoes! Lawak betol.
Kaki nik yang pakai kasut biru nak2 purple and pink kt atas ni. |
Lepas
dapat briefing semua, then explore race kami bermula. Sebenarnya, ini
lah explore race pertama seumur hidup nik pernah join. Memang sebelum ni
tak pernah. Dan, sepatotnye explore race ni takde lah terok sangat.
Tapi disebabkan kami dh menyesat sampai ke Berjaya Hills tu yang buat
explore race ni nightmare!!! Arrgghhh. Ada satu clue tu, gambar bola
bowling. Ingatkan kat area bowling kat berjaya hill nun jauh disana.
Kami meredah badang golf, berjalan kaki naik ke atas sana. Tapi
sebenarnya bukan kat situ! Nanges kot! So nak turun balik Berjaya Hills
tu untuk ke Colmar Tropicale balik memang kecut perot la. Terpaksa
menumpang lori anney india yg bawak kotak2.
Selain
tu, ade activity yang kene panjat ape benda ntah namaya kat adventure
park. Nik memang gayat tinggi. So nik tak naik. Nasib dia nak sorang
laki n sorang perempuan je. Shafiq ngan Hong Yi yang panjat.
Pendekkan
cerita, Last activity adalah kat swimming pool. Ni memang kene basah2
baju la. Kene letakkan jari kat lubang-lubang air tu dan sorang kene
masukkan air kat dalam balang berlubang tu. Haa first time main game
nih.
Lepas
semua group dah settle buat activity wajib nih, ada pulak activity
tambahan penyeri keadaan tu. Selingan sementara menunggu semua nak
beredar ke tempat makan kat area colmar tropicale ni. Activity campak
mencampak antara satu sama lain. Ramai-ramai berpakat angkat member dan
campak ke dalam swimming pool. Kesian betol la sape yang kene tu! hahaha
Nik
mampu tersengih je kat tepi kolam. Badan seriusly penat sangat dah! Dan
hari ni kami lunch di satu tempat makan kat tengah-tengah area colmar
tu. Seronok! Desert banyak giler tahap rambang mata! Lauk pauk pon best,
ada lamb, sotong, udang, ayam. Semua pon sedap!
Dan...barulah dapat masuk bilik..
Nak cerita pasal bilik The Chateau ni kat next entry ek sebab panjang giler cerita pasal bilik ni. hahahaha! Jakun hakak jap!
Love:
No comments:
Post a Comment