The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers
    Showing posts with label myclear. Show all posts
    Showing posts with label myclear. Show all posts

    Thursday, December 17, 2015

    OvenComel in the office

    Date: 23/11/2015
    Time: 5.00pm
    Venue: Pantry Office

    Pernah dengar tak OvenComel? Ni kedai kek tau, order online je tak payah walk in gi kedai sebab ovencomel takde kedai sebijik-sebijik.hehe.

    Owner si ovencomel ni working mom with 2 kids lagi. Siang keluar  kerja tapi malam balik baking. Tapi, jangan nak meragui kesedapan food yang ovencomel buat ni tau, memang terbaik!

    Sejak aku belom kawen lagi, sampailah sekarang..segala jenis majlis yang memerlukan kek aku akan order ngan ovencomel nih.

    Harini bos kitorang nak habiskan duit saki baki yang HR bagi untuk department "makan-makan" konon bonding time hari tu. Jadiknya kami sepakat kat team ni order cheese tart dan brownis. Memang tak mengecewakan taau.






     

     

     

    Tu jelah pon nak cite..

    So..sesiapa rasa nak bronis terbaik dari ladang, sila cari ig @ovencomel ni ye.

    Gerenti tak menyesal..

    Bye!!

    Saturday, October 11, 2014

    Staff Trip Part 1 - Colmar Tropicale

    Date: 11.10.2014
    Time: 7.30am-12.30pm
    Venue: Bangsar South - Bukit Tinggi

    Alhamdulillah tahun ni Nik dapat menyertai event company di Bukit Tinggi 2hari 1malam. Kalau tahun lepas event company kat Langkawi selama 2hari 2malam, tapi tahun ni dekat je. Kalau tahun lepas nik tak dapat join sebab masih dalam pantang bersalinkan Iman Zariff. Memang perancangan management macam tu, selang seli tahun lepas jauh sikit, tahun ni dekat, then insyaAllah tahun depan mungkin jauh sikit kot.

    Pagi ni agak mencabar. Nik pulak semalam tak tido disebabkan Zariff malam tadi cirit birit. Jam 5am terpaksa bergegas gi klinik sebab kesian sangat cirit Zariff tak ok. Dah la tu, nak kene tinggal selama 2hari pulak. Rasa tak sanggup sangat nak tinggalkan anak2 dalam keadaan macam ni. Papa diorang pon demam selesema pulak. Balik dari klinik dalam kol 6 camtu, terus bersiap ke ofis. Kami bergerak dari Bangsar South jam 8.30am menuju ke Bukit Tinggi dengan menaiki 3 biji bas Plusliner yang disewa khas. Setiap staff dalam bas ni memang telah dibayar insurance untuk cover segala kemuningkinan kecelakaan sekiranya berlaku. Walaupon gerak kol 8.30, sebenarnye kami dah berkumpul kat depan ofis ni dari jam 7.15 pagi lagi. 

    Dalam bas, committee dah sediakn sandwich ikan bilis, dengan kuah tradisional 2 ketul dan air kotak bunga. Sampai di Bukit Tinggi kat lobi The Chateau 9.45am dan breakfast lagi dengan makanan2 hotel pulak, sambil lah dok borak pasal sport shoes. tak faham kenapa pagi ni topic kasut adalah yang paling hangat. Rupanyas setiap orang ade kisah disebalik sport shoes! Lawak betol.

    Kaki nik yang pakai kasut biru nak2 purple and pink kt atas ni.
     Lepas dapat briefing semua, then explore race kami bermula. Sebenarnya, ini lah explore race pertama seumur hidup nik pernah join. Memang sebelum ni tak pernah. Dan, sepatotnye explore race ni takde lah terok sangat. Tapi disebabkan kami dh menyesat sampai ke Berjaya Hills tu yang buat explore race ni nightmare!!! Arrgghhh. Ada satu clue tu, gambar bola bowling. Ingatkan kat area bowling kat berjaya hill nun jauh disana. Kami meredah badang golf, berjalan kaki naik ke atas sana. Tapi sebenarnya bukan kat situ! Nanges kot! So nak turun balik Berjaya Hills tu untuk ke Colmar Tropicale balik memang kecut perot la. Terpaksa menumpang lori anney india yg bawak kotak2. 



    Selain tu, ade activity yang kene panjat ape benda ntah namaya kat adventure park. Nik memang gayat tinggi. So nik tak naik. Nasib dia nak sorang laki n sorang perempuan je. Shafiq ngan Hong Yi yang panjat.


    Pendekkan cerita, Last activity adalah kat swimming pool. Ni memang kene basah2 baju la. Kene letakkan jari kat lubang-lubang air tu dan sorang kene masukkan air kat dalam balang berlubang tu. Haa first time main game nih. 


    Lepas semua group dah settle buat activity wajib nih, ada pulak activity tambahan penyeri keadaan tu. Selingan sementara menunggu semua nak beredar ke tempat makan kat area colmar tropicale ni. Activity campak mencampak antara satu sama lain. Ramai-ramai berpakat angkat member dan campak ke dalam swimming pool. Kesian betol la sape yang kene tu! hahaha

    Nik mampu tersengih je kat tepi kolam. Badan seriusly penat sangat dah! Dan hari ni kami lunch di satu tempat makan kat tengah-tengah area colmar tu. Seronok! Desert banyak giler tahap rambang mata! Lauk pauk pon best, ada lamb, sotong, udang, ayam. Semua pon sedap!

    Dan...barulah dapat masuk bilik..

    Nak cerita pasal bilik The Chateau ni kat next entry ek sebab panjang giler cerita pasal bilik ni. hahahaha! Jakun hakak jap!

    Love: