The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers

    Monday, April 6, 2015

    Restoran Rebung Chef Ismail

    Date: 03.04.2015
    Time: 12.30pm-2pm
    Venue: Bangsar

    Hari ni nak bagi review untuk makan-makan hari jumaat last week. Biasala, bagi wanita-wanita diluar sana yang bekerja macam Nik ni kan, hari jumaat masa umat lelaki pergi solat jumaat ni la masa untuk kami berjimba. Lunch hour panjang, jadi mesti nak plan makan jauh-jauh sikit dari ofis kita orang kat Bangsar South ni.

    Jadi minggu ni, kami makan di Restoran Rebung di Bangsar Kuala Lumpur. Sebelum ni pernah dengar orang bercakap pasal restoren ni, tapi tak pernah pulak jejak kaki ke sini. Ada peluang bolehla cuba.

    Mula-mula sampai agak jakun jugak, sebab tak perasan mane restorannya. Sebab di kawasan depan kedai makan tu dipenuhi dengan pokok rebung..hmm..memang betol-betol rebung lah! Ehhh...pokok rebung apanya, pokok buluh daa...haha

    Rebung details...kalau nak buat reservation dulu before datang lagi bagus. Amek no tu.

    On the way dari jalan ke pintu masuk restoran rebung...

    Haa...unik tak? pengalaman pelik kat kedai makan area KL, tapi macam kampung.

    Psst...sebenarnya Nik bayangkan restoran ni besar dan mewah, sekali memang terkejut besar! Rupanya restoran ala-ala tradisional. Dan memang menjadi betol tema tradisional dia tu. Dari tempat parking kereta (kat tepi jalan raya), menuju ke restoran tu mesti kene lalu ratusan pokok buluh. Menghijau macam kat kampung kan? hehe

    Ok, jom tengok antara deco restoran rebung ni yang sempat nik snap. (Ni pon curi-curi amik gambar je sebab segan haha)

    Tempat letak sambal terung dan segala ikan masin

    Lampu klasik

    Rendang tok dan kuah kacang - nasi impit

    tempat sudu dan garfu

    Pinggan Klasik
     Ha...yang deco-deco dia memang superb klasik. Seriusly masa nik dalam restoran ni, terimbau kenangan bersama nenek dulu (nik banyak membesar dengan nenek kt kampung). Jadi, bila tengok deco tu, especially pinggan yang bersusun display kat rak tu. Memang teringat pinggan mangkuk nenek dulu-dulu. Memang sebijik macam ni. Tapi nenek punya lagi variety la..banyak warna. hehe

    Rojak buah

    Pelbagai jenis kerabu
     Ok..cukup untuk review mata memandang..hehe boleh camtu? So itu deco-deco kat rebung ni. Disebabkan terlalu ramai harini, kami pulak datang sini main terjah je, jadi kami tak dapat tempat duduk. Nego punya nego kami kene duduk kat atas stage. Nasib baik kami bertiga saja. So muatlah. Stage pon bolehlaa...hahah

    Kat atas stage pon boleh!

    Kawasan ber-ekon

    Kawasan luar - area amik makanan
    Dalam restoran ni ada dua kawasan makan, tempat ber-ekon dan kawasan luar maybe untuk smoking area as well. Counter pembayaran semua kat dalam bilik ekon tu. Masa mula-mula sampai, kita boleh decide samada nak bufet (rm40 per person) or ala cart je. Kami decide untuk ala cart sahaja. Amik lauk pauk sendiri dan duduk kat meja. Nanti akan ade orang datang tanya air apa dan kira apa yang kita makan. Bil akan dapat bila kita siap makan dan nak dibayar kat kaunter.

    Untuk review makanan, nik amik masak lemak daging salai. Okey, bagi yang tak suka pedas macam kite..memang superb lah! lemak! sedap!Tapi kalau sesiapa yang suka pedas, dan membesar dengan masak lemak cili api mesti akan rasa tak puas hati sebab dah biasa pedas kan.

    Kalau nak makan kuih muih tu memang banyak dan pelbagai. Tapi sebab kebetulan perot tak berapa lapar sangat, jadi kami makan nasi je. Jadi, kuih muih tu nik tak dapat komen pape. huhu..sori ya.

    Total bill
    So ini total bil kami bertiga. Kami tak amik air ye sebab diorang dah sediakan air kosong satu jug kat atas meja. Free! Tapi, untuk makanan kat malaysia ni kan, rasanya nasi kosong berharga rm3.50 tu agak cekik darah kan? uwaaa! Owh ya, ulam tu kami amik sikit je, tapi diorang kira satu set rm5.50. Next time, kalau makan kat sini make sure kalau nak makan ulam tu amik dalam pinggan asing sebab nanti harga tetap rm5.50 jugak. Psst... cuba korang tengok part receipt tu betol-betol. Bahagian charging fee tu. Rebung ni kenekan service charge 10% dan GST 6%. Eh eh eh..mane buleh. Kan kerajaan dah maklumkan, kalau kenekan GST, automatically semua charge lain kene drop. Mane buleh dua2 charge camni...Buleh report nih hahaha.

     

    No comments: