Date: 14.04.2014
Time: 10am
Venue: Bangsar South - KL
Lately, sejak nik beli mesin jahit singer tu kan (pernah post pasal ni kat sini),
ramai pulak member rapat nik tanya pelbagai soalan berkaitan dengan
mesin jahit. Sebenarnya, nik pon bukan pandai mana nak beli mesin jahit.
Ini pon pertama kali beli setelah berumur 30 tahun ni! uppss...dah tua
dah saya hehe.
Jadi,
nik saja nak share dengan kawan-kawan yang sedang mencari mesin jahit
dan juga beginner macam nik. Sepanjang ni survey, ramai yang nak beli
brothers model NV30. Tapi dengar cerita sekarang ada model lagi baru,
NV35 kot rasanya. Tapi nik tak berapa mahir bab mesin jahit ni. Pernah
nik cerita pasal sebab pemilihan mesin singer di entry sebelum.
Sebelum
buat pilihan, beberapa minggu nik survey. Fikir, tanya orang dan paling
banyak tanya mak mertua. Tukang jahit cadar dan tekelung sembahyang
tegar.
1. Budget
Apa-apa
pon, mesti bermula dengan bajet masing-masing. Lagi kalau kita ni
beginner. Kalau boleh ambil yang biasa-biasa je dengan harga bawah
RM1000 pn dah cukup. Tapi, kalau kita memang ada plan untuk pergi lebih
jauh dengan mesin jahit ni, lebih baik pilih mesin jahit rm1500 - 2000.
Dan, kalau plan untuk sepenuh masa menjahit dan buka butik siap lebih
disarankan beli mesin jahit yang bukan portable tapi yang industri tu
teros. Tepuk dada, tanyalah selera. Bagi nik, memang beginner tapi ada
plan untuk pergi lebih jauh (ambil upah dan buka butik - beginner).
2. Survey dan Review
Sebelum
pilih mana-mana mesin jahit, lebih baik kalau study dulu tentang mesin
jahit tu. Kalau boleh survey apa kata orang ramai yang pernah pakai
mesin tu. Cuba masuk blog-blog atau forum-forum yang banyak bercakap
pasal aktiviti menjahit. Baca apa kata otai-otai tukang jahit tu. Kalau
boleh tanya pendapat diorang pon lagi bagus. Selalunya, ramai tukang
jahit moden ni share pengalaman mereka dengan mesin jahit kesayangan
mereka tu. So...cubalah.
3. Keperluan dan Fungsi mesin jahit
Yang
ni memang kene finalised betol-betol. Kene tau kenapa kita beli mesin
jahit tu. Untuk kegunaan sendiri macam betolkan pakaian koyak ke? Atau
nak cuba baju2 sendiri. Mungkin anda boleh ambil yang murah dan pilihan
corak jahitan yang tak banyak. Psst..harga makin mahal sekiranya mesin
tu boleh jahit macam-macam corak. Tapi, kalau awak rasa macam nak jahit 5
pasang baju sehari tu, eloklaa amik yang mahal sikit macam mesin
industri yang siap dengan meja tu. Seriusly..hehe
4. Rangka Mesin Jahit
Ha..tips
ni nik baru dapat masa pergi kedai singer hari tu. Masa nik tengah
pening dah tengah berkira-kira untuk pilih mesin jahit mana. Salah satu
ciri mesin jahit yang perlu dititik beratkan ialah material mesin jahit
tu. Lebih elok kalau kite ambil mesin jahit yang dibuat dari besi
berbanding plastik. Kebanyakan mesin jahit lagi kalau portable tu memang
banyak dari plastik. So...plastik ni tak tahan lasak tau. Mesin jahit
ni kena lah tahan lasak, baru boleh tahan lama. Betol tak?
5. Berkomputer atau manual
Tip
ni nik dapat dari MIL nik. Berguna sangat untuk nik kecikkan skop
pemilihan mesin jahit tau. hehe. Berdasarkan pengalaman mak mertua nik
kan, dia pernah beli mesin jahit berkomputer. Dengan harapan mesin ni
lagi memudahkan dan menyenangkan dia yang memang sentiasa menjahit tu.
Tapi tak sampai setahun, tiba-tiba mesin tu meragam. Bila hantar repair,
katanya mesin tu dah rosak terok sebab rosak tang "otak" dia. Kat
komputer box dia la kot. So teros tak boleh pakai. Kalau nak repair
jugak boleh je tapi kos tinggi. Jadi apa yang dia buat, tutup mesin
jahit tu letak tepi dinding dan buat hiasan kat situ hahaha. So nik
pikir panjang part ni tau, at last nik amik yang manual dan bukan
berkomputer.
6. Spare Part yang mudah didapati
Sepanjang
menjahit mesti akan ada part yang rosakla, kalau tak pon hilang
la..anak mainla, lupa letak mana la. Dan pelbagai jenis alasan lagi.
Jadi..sila pastikan yang awak semua pilih mesin jahit jenama yang
terkenal. Bukan apa, nanti spare part tu pon mudah nak cari..merata..
takde lah terkial-kial nak cari spare part. End up beli mesin baru.
haaa...no no no~
7. Bunyi mesin jahit
Hahaha
ni kelakar. Memang awak semua kene amik perhatian. Sila pastikan mesin
jahit awak tu dapat menghasilkan bunyi yang merdu ye. Biasala, tukang
jahit ni kan, mesti akan ada istilah stayback nye. Nak siapkan tempahan
pelanggan, sampai tak tido malam la menjahit kan? Tapi, kalau boleh,
biarlah kita je yang xtido malam..jangan sampai anak-anak tengah lena
pon boleh terbangun dek alunan mesin jahit kita tuh! ahaha
8.Jenis Jahitan
Hmmm
jenis jahitan ni pon boleh jadi tips jugakla. Kadang-kadang kita yang
beginner ni impian tinggi menggunung. Nak start menjahit pon, dah pikir
sampai nak jahit manek bunga sulam bagai ye dak? Yang ni, sila la tepok
dada tanya selera. Orang kata, makin banyak jahitan yang mesin tu boleh
buat lagi bagus. Hmm tak jugak sebenarnya. Setiap model tu mesti ade
kelebihan dan kekurangan kat mana-mana. Consult betol-betol dengan
dealer tu.
9. Kedudukan Skoci
Bagi
yang tak tau, skoci ni adalah benda bulat yang letak benang kedua yang
bila kita jahit, benang ni akan jadi benang bawah. Ni pon salah satu
benda baru yang nik dapat dari MIL. MIL nik cakap, kalau nak beli mesin
jahit, make suka pilih yang kedudukan skoci kat bawah yang bulatan dia
menghadap kite. Bukan kedudukan skoci tu kat bawah tapak kasut mesin
jahit tu. Sebab katanya, kalau skoci menghadap ke atas, dimana betol2
bawah tapak jarum tu, susah nak betolkan kalau benangnya terbelit. Bagus
tips ni. Atleast boleh kecikkan lagi skop pemilihan mesin jahit tu kan?
Oklah,
buat masa ni, tu sajalah tip-tip yang terfikir di kepala nik. Nanti
kalau ada lagi nik tambah ye. Di harap untuk sesiapa yang nak mula
menjahit macam nik ni...jenguklah tips kat atas tu. Diharap berguna
InsyaAllah.
Love,
Nikiey
Nikiey
3 comments:
Salam, tq share tips ni. Sy pun tgh mencari mesin jahit untuk beginner.
Banyak info yg berguna yg sy dpt dari saudari. Terima kasih ;)
https://hayatinopiah.blogspot.my/?m=1
SAYA NAK TANYA YG MANA SESUAI UTK KEGUNAAN DI RUMAH mesin jahit kain nipis-sederhana atau sederhana -tebal?????
Sy pun tgh survey2 mesin.tahun 2013 beli brand toyoto harga 800, guna beberapa tahun pastu rosak.sy xde jahit jeans pun.setakat jahit2 potong kaki seluar gitu je.dh 2x baiki still rosak. Pastu brand baru ni xbyk sparepart mcm singer brother. So better amik singer,brother je la.
Post a Comment