The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers

    Tuesday, April 26, 2016

    Teacher's Gift Set

    Teacher's Gift Set/ Hadiah Hari Guru

    Bagi parent yang ada anak-anak bersekolah, tiap tahun mesti pening nak bagi hadiah hari guru kan? Cikgu bukan sorang je nak bagi, kene bagi semua cikgu yang ajar. Kalau tahun lepas tu dah bagi tudung, barang hiasan rumah, etc...apa kata bulan ni bagi hadiah bekas tupperware pula? 

    Menarik tak? Tukar angin, sekali sekala...apa salahnya kan? Sebabnya, bulan ni Tupperware offer set bekas dan botol air yang kat bawah ni. Amik satu set penuh macam kat bawah ni, dapat RM85 je, tapi...nik bagi discount lagi..RM75 je!

    Set yang sangat comel dan menarik ni sesuai sangat untuk anda jadikan hadiah sempena hari guru nanti kan?


     RM 70 (4 Bekas + 4 Botol Air)


     RM70


    Boleh bungkus untuk dijadikan hadiah

    Ini antara contoh bekas dan botol air hadiah untuk cikgu nanti




    Boleh whatsapp Nik 0192944606 untuk sape-sape yang berminat ye. 

    Mmmmuuuahhhh!

    Deal Detail:
    Contact No: 019-2944606
    Postage: RM6 (West), RM10 (East)
    COD - Area Shah Alam, Saujana Putra, Putra Height, Bangsar South


    Payment Details:
    Maybank: 153039021099
    CIMB:7029392986
    Name: NIK NUR SANEIAH BT KAMARUZAMAN
    Email:zandz.tup@gmail.com
    SMS/Whatsapp:012-9675107

    Please send me below item:
    1. screenshot bukti pembayaran anda
    2. Detail Postage (Nama penuh, alamat, phone no)

    Terima Kasih !


    Monday, April 4, 2016

    Tupperware Membership

    Date:04.04.16
    Time: 5pm
    Venue: Kuala Lumpur

    Berminat nak join Tupperware Brands tak??? 

    Jom contact kami: 0129675107

    Kepada sesiapa yang berminat untuk join keahlian, baik jangan tunggu lagi. Sebab bulan ni kami ada promosi iaitu kepada yang baru daftar ahli, anda akan dapat semua yang dalam gambar ni!

    Menarik!

    TUuuu...bekas fridge tu.. Dapt 2bijik..bekas ni mahal kot...mahal sikit compared to bekas biasa tu. Baik register skrg. Daftar dengan kami sebab ahli group kami memang active!




    Sebulan dengan Tupperware

    Date: 04.04.2016
    Time: 4.30pm
    Venue: Kuala Lumpur

    Wehhh....sebulan dah join Tupperware!!

    Sekejap je, tak sangka pulak ye.

    Dalam masa sebulan ni, nik ada start beberapa medium pemasaran barang tupperware ni. Hehehe. Kenapa suka buat benda ni? Sebab nik memang minat kumpul barang-barang tupperware kat rumah. Memang suka sangat! 

    Jadi, rasa seronok pulak bila dapat share pengalaman sendiri guna barang yang kita suka kat dapur sendiri. Oh..kita memang jenis tak suka cerita benda yang kita sendiri tak pakai ok. Tupperware ni memang kite suka..suka giler!

    So, dalam bulan pertama..kami dah setup Instagram (maalovennstrade).

     

    Alhamdulillah..sebagai permulaan, bulan pertama..daptlaa 37 followers.
    Kira ok la. Kami pon takde nak expect sampai banyak ni untuk bulan pertama ni. Ingat dapat dalam 10 orang pon dah rasa cukup hebat dh! hehehe. 
    So, kepada sesiapa yang terbaca post ni, jomla...support business kita. Follow ig kita tu, mana tau kot2 la ade jumpa barang yang berkenan dan kene dengan harga yg ditawarkan tu ye..hehe

    Ok..tempat kedua, kami register kat application Shopee ni. Nama kami kedai kami kat sini ialah (Zandz)..sempena nama zahra dan zariff. ZnZ. Dipanjangkan sikit jadi ZandZ. ha...gitu.. Jadi kalau sesiapa yang ada application Shopee tu nanti sila lah follow kedai kami. InsyaAllah kami selalu akan bagi voucher2 promotion kat situ untuk dapat discount.


    Satu lagi, kat Facebook. Kat facebook pon kitorang ada create page jugak. Nama page kami (Zandz Tupperware). Boleh la cuba jenguk-jenguk kat situ ye. Kat page facebook ni kami banyak bukak kutu. Macam-macam jenis kutu. Kutu bekas beras, kutu set blosson (mangkuk hidang). Pastu kan, sape rasa nak join membership pon boleh tengok offer kat sini jugak. Jomlaa kawan-kawan..hehe

    Bulan pertama, ok la...ada 25 yang following dan likes. Kebanyakannya dari kawan-kawan facebook. Terima kasih ye semua!


    Buat masa ni, sini jelah usaha dalam memulakan business kecil-kecilan. 

    Nik sekarang ni tengah timba ilmu nak business. Barang tupperware ni takpe, tak perlu nak promot sebab kebanyakan orang dah kenal. So, dari sini nik plan nak timba pengalaman untuk buat strategi bagi membangunkan business sendiri dengan brand sendiri. 

    InsyaAllah!

    Thursday, March 31, 2016

    Tupperware Kutu Smart Rice Dispenser

    Anda berminat nak join kutu untuk smart rice dari tupperware ni tak? 

    Berbaloi sangat kalau join tau, sebab sekali dengan membership dan segaligus anda dapat smua kelebihan ahli tupperware.

    Tupperware: KUTU Smart Rice

    Group kutu Rise Smart Rm308
    With Membership 
    1. RICE SMART
    2. MEMBERSHIP

    Ahli join:
    1. March - Aszlea (Received item)
    2. April - Nazliah
    3. May - Kak Azah
    4. Jun - Sydia
    5. July - Nisa
    6. August - Nik

    *Rm50 sebulan
    *Bayar pd 25hb shga 2hb
    *sertakan gambar IC depan
    *sila wasap kepada no 019-2944606 untuk details.

    P/s: Boleh cepatkan kepada 3 bulan jika dpt persetujuan ramai (rm100/month)

    Kutu ni boleh mula bila-bila masa sekiranya ahli yang join dh penuh ye...


    Tupperware Kutu Set Blossom!

    Ada sesiapa nak beli set tupperware blossom tak? 

    Jadi kami nak buka kutu untuk pada yang berminat:

    Kutu 2💕Blossom
    1.Set blossom serveware 
    2.Blossom jug,mugs,bowl,plate
    3.Membership Tupperware
    4.Garlic keeper 1pc 3.0 liter
    5.Free pos
    -----------
    Total Rm612
    -----------
    Tapi hanya bayar Rm500 utk kutu ni..sangat jimat!!

    1.
    2.
    3.
    4.
    5.

    *Bayar rm100 sebulan
    *Bayar stp sblm @ pd 2hb 
    *Sertakan gmbr ic depan
    * wassap no 0129675107 untuk details

    Kutu akan mula bila-bila semua ahli dah penih ye..




    Tuesday, March 29, 2016

    Customer from Sarawak

    LDate: 29.03.2016
    Time: 10.30am
    Venue: Bangsar South

    Harini, cukup sebulan nik ceburkan diri dalam business tupperware ni. Harini tak sangka pulak dapat customer dari sarawak. 

    Order kali ini adalah set di bawah ni. Untuk set ni nik jual sayu botol dengan sayu bekas (1 set) rm49.00. Postage untuk sarawak rm10.00. Customer pilih kaler pink. 


    Disebabkan customer order dan buat payment beforw jam 12tengahri, jadi nik post items tu pada hari yang sama. 

    Tapi pastila mintak tolong abam kema post kan. Supaya customer happy bila barang cepat deliver betol tak?



    Set nk takde kotak, risau pulak takot2 barang tu rosak bila sampai kat customer nanti. Jadi abam kema terpaksa wrap tebal-tebal macam ni dan masuk kotak, baru boleh deliver kat customer dengan confident. 


    Hehehe. 

    Perasaan teruja sangat bila dapat jual barang macam ni. Memang kami pon tak expect ade customer sebenarnya. Bulan pertama, langkah kecik-kecik je dulu. Menapak perlahan-lahan. Orang kata kalau nak business,  3 bulan pertama ni memang kene kuat mental fizikal. Jangan expext sales terus meletop. 

    Jomm kite kayuh perlahan-lahan, takpe kalau takde result yang memberangsangkan tapi jangan berhenti. Itu saja. 


    Monday, March 21, 2016

    First zandz tupperware customer!

    Date: 21/03/2016
    Time: 10.00am
    Venue: Bangsar South

    First order dari customer!!

    Perasaan teruja yang amat sangat ok!! Tak sangka ada jugak orang nak beli barang dari zanz tupperware ye hiii. 


    Order dibuat pada 18/03/16, tapi sebab payment pada tengah malam hari jumaat. Sabtu ahad pejabat pos tak bukak. So nik terpaksa hold dulu dan pos item pada isnin pagi. 


    Nebes kot sebab customer pertama kan. Tak biasa lagi post2 barang sebelom ni.

    Pengalaman teruja ni, harap-harap dapat dijadikan permulaan yang baik bagi business kami ni. Amin2!

    Saturday, March 12, 2016

    Bawak Zara beli barang

    Date: 12/03/16
    Time: 5.30pm
    Venue: Alam Avenue 2, Shah Alam

    Harini memang nik dah book jadual en husband siap-siap. Tak nak bagi dia ada agenda lain. Sebab harini ingat nak join kelas kt EMS Tupperware Branch Alam Avenue ni.

    Kat sini, nik bawak zara je. Zariff ada pada en husband. Sorang jaga satu sorang, senang nak handle. Kakak Zara dah besar, senang nak handle dah. Zariff susah sikitla sebab nanti takot dia bosan then dia nanges. Tak boleh nak menambah ilmu di dada hehe

    Kat stokis tu, Zara behave..sebab dapat sticker comel hadiah dari set botol air:





    Nak tau siapa yang ambil gambar Zara tu? hehe..Papa diorang la tu. Park kereta kat luar kedai, kami pon xsedar sebenarnye. Tau-tau dapt wasap gambar ni.



    Ha...itu dia majlis menambah ilmu yang berlangsung kat sana. Ber-empat saja. 
    Dari kiri, nik...Iena, Aini dan kakMira..banyak kot soalan yang nk tnya nih.

    Tapikan, talk ni memang terkesan sangat. Tiba-tiba rasa macam adala jalan macam mana buat business ni. Kalau tidak, asyik dok makan gaji je..bukan kata tak cukup..tp bosan la. Hidup tak de cabaran. Betol tak? hehe

    Dan...lepas setel timba ilmu..kat tingkat atas, turun bawah pulak beli barang yang kawan-kawan order. Haaahhh...ni diaa...



    Hah..ini lah dia barang-barang yang nik dapat dari hasil pembelian di stokis tadi tu. 

    Eh...seriusly sekarang baru dapat rasa nikmat jadi ahli ni, banyak free gift kot dapat! Pastu kan, kalo tak free pon, dapat beli banyak barang dengan harga murah giler yang tak terfikir dek akal. Contohnye kalau kite buat pembelian 520  keatas dalam bulan ni, dapat bekas pink Ruby 3bijik size 1.5L tu dengan harga rm20! 3bijik ok! 3bijikkk...tak ke pitam??

    Monday, March 7, 2016

    Mesin jahit keluar kotak

    Date: 07.03.16
    Time: 8.30pm
    Venue: HOME Shah Alam

    Akhirnya...setelah setahun...sekali lagi mesin jahit ni berjaya keluar dari kotak dia hahahaha...

    Kali ni kami bukak dan pasanglaa smua barang dia..check part2 dia jalan ke tidak. Mesin ni masih idop ke tidak..alhamdulillah..

    Semuanya perfect. Tiada cacat cela..

    Dapat menjahit dengan lajunya...tanpa bunyi bising..



    Tapi...kami hanya test kat kain yang tak nak pakai je, test jahit sebaris camtu je dlu..

    Hihihi

    Tapi..punya laaa susah nk godek wei! maklumlaa beginner kann...

    Tuh..nampak tak youtube terpampang tu. Terpaksa guna khidmat youtube haha.


    Dah..dah..next time nak update..apa yang mampu kami buat dengan mesin jahit yang hebakkk nih hahahahaha


    Sunday, March 6, 2016

    Tupperware: Jom Masak Karnival

    Date: 06.03.2016
    Time: 10.00pm
    Venue: Home Shah Alam

    Weeee!!! seronok tak tengok gambar kat bawah ni?? 

    Meh nak cerita..

    Tengahari tadi kami gi Kedai Tupperware kat Kota Kemuning tu. Dekat sangat dengan Giant. Dah memang nak gi beli barang yang kawan-kawan order pon. 

    Ni haa...meh tengok apa dalam plastik.


    Tada....

    Senget bahu tau nak angkat barang-barang dalam  plastik ni. Hasilnya ni ha..banyak tak? banyak tak? Semua barang dalam gambar kat bawah ni, ofis mate yang order. Tapi ade la a few items yang nik punya.


    Kebetulan harini, beberapa stokis ada kernival jom masak. Jadinya, sape-sape yang join jom karnival tu, dan ade buat belian..dapatla cabutan bertuah yang CONFIRM dapat ok! hahaha..best..

    So nik dapatlaa benda ni...sebagai hadiah cabutan bertuah. Nilai barang ni mahal jugak. Dalam RM65..best!


    Pastu kan..dapat pulak benda ni...ni free gift kepada sesiapa yang datang karnival. 

    Kami dapat dua bijik, nik satu dan encek akma satu. Best!!!! 


    Korang nampak tak??? Nampakk??? banyak kelebihan kalau join ahli ni. Dapat banyak barang free wei! 

    Apa lagi..jomlaahh join..Ehhh....jangan nak join ngan orang lain pulak..join ler dengan hakak!! boleh kite buat business togather-gather ye dak??

    Bye! Lap you ollll~~~


    Thursday, February 25, 2016

    Koleksi bekas tupperware

    Date: 25/02/16
    Time: 8.45am
    Venue: home

    Start awal tahun 2016 ni kan, nik mula jadi giler Tupperware la pulak! Setiap hari laa dok mengadap handphone, dok google barang-barang tupperware ni. 

    Kalau dulu memang dh pernah beli barang tupperware melalui angah nik yang memang dah jadi ahli. Paksa rela beli la kiranya haha. Tapi masa tu nik beli pon, simpan dalam almari then senyap berzaman kat situ. Kalau ada yang pakai pon, bagi kawan wat balik food pastu selamat laaa xpulang2. Hehe

    Tahun ni, datang rasa seronok plak collect ni. Lagi-lagi bila kami suka picnic beramai-ramai bukak party tupperware. Hah!! Lagi rasa nak beli..



    Cuba tengok koleksi yang nik ada kat dapur sekarang, dalam gambar tu..ada a few items yang takde tau. Macam bekas tingkat 4 tingkat 4 warna, pastu bekas bsr kaler purple (satu set dgn pink ngn kuning tu), bekas simpan beras dengan bekas 3beradik bunga2 pink keluaran kempen raya cina awal jan, then a few bekas kecik2, semua ada pada adik n kawan-kawan. Takpelahhh...lupakan je lah. Ade rejeki nanti barang tu balik semula ye dak? Haha

    Hmmm...bila termenung tengok barang ni malam tadi kan, rasa macam rugi pulak dok beli barang dengan orang or online. Bak kata angah...baik ko jadi ahli je long! Dapat jugak discount! Aiyakkk!!

    Betol jugak tu. Nanti kita fikir-fikirkan hmmmm

    Thursday, December 17, 2015

    OvenComel in the office

    Date: 23/11/2015
    Time: 5.00pm
    Venue: Pantry Office

    Pernah dengar tak OvenComel? Ni kedai kek tau, order online je tak payah walk in gi kedai sebab ovencomel takde kedai sebijik-sebijik.hehe.

    Owner si ovencomel ni working mom with 2 kids lagi. Siang keluar  kerja tapi malam balik baking. Tapi, jangan nak meragui kesedapan food yang ovencomel buat ni tau, memang terbaik!

    Sejak aku belom kawen lagi, sampailah sekarang..segala jenis majlis yang memerlukan kek aku akan order ngan ovencomel nih.

    Harini bos kitorang nak habiskan duit saki baki yang HR bagi untuk department "makan-makan" konon bonding time hari tu. Jadiknya kami sepakat kat team ni order cheese tart dan brownis. Memang tak mengecewakan taau.






     

     

     

    Tu jelah pon nak cite..

    So..sesiapa rasa nak bronis terbaik dari ladang, sila cari ig @ovencomel ni ye.

    Gerenti tak menyesal..

    Bye!!

    Friday, April 24, 2015

    Review: Chic and Basic

    Date: 24.04.2015
    Time: 6pm
    Venue: Ofis

    Hari ni datang ofis pakai tudung Naelofar lagi. Seperti kebiasaanlah, memang suka tudung ni. Tapi kite tak jual tudung ye, kite suka beli je. Lagipon memang senang nak dapat stok, officemate kite memang stokis tudung lopar ni. 

    Jadi kalau ada stok baru, kami antara customer yang akan dapat pilih dulu kaler feveret. hehe. Terfikir nak bagi review sikit pasal tudung chic and basic ni, sebab pakai tudung ni harini kan.

    Pernah dengar tak Naelofar Chic and Basic?? Kebanyakan ramai yang confuse dengan babes and basic tu kan? Chic ni kain chiffon, babes tu pulak kain cotton lycra tu. Siapa penggemar tudung chiffon mesti suka chic and basic ni.

    Hee...ini la dia, chic and basic..


    selfie sikit! haha

    Hahahaha...buruk benar kan? Orang tua selfie. Nak buat macam mane. Nak tayang tudung punya pasal. Takpe kalau orang nak mengkeji janji hati puas. hehehe

    Pendapat nik, chic ni kalau mula-mula pakai memang agak renyah sebab kene iron sepuas hati yang mungkin. Jadi, untuk permulaan mesti ramai yang frust sebab susah nak iron. Tapi sebenarnyakan, percayalah..sekali tuuu jee kite kene iron beriya tau. Lepas tu dah tak perlu iron pon takpe. Nik sendiri pon, ada 3 pasang tudung chic ni. Kali pertama je iron beriya macam hape. Lepas tu, basuh pon tak perlu iron dah. Rilek jee...

    Naelofar ni pandai sekarang tau, macam-macam patern tudung dah dia keluarkan. Pening hakak sebagai follower tegar ni. Huhuhu...Lately dia keluarkan pulak Foxy Lady dan Babes Pleated. Aiyoyoyo...

    Jom tengok gambar geng kami masa lunch hour tengahari tadi..

    Semua pakai Naelofar dari pelbagai patern





    Dari depan sekali, nik pakai chic and basic, belakang sikit tu mas bertudung hijau lumut tu. Tu namanya Foxy Lady. Tepi kanan sekali tuan empunya stokis nama Linda. Pakai Babes and Basic pleated. Atas sikit paling kiri tu kay, pakai babes and basic cotton lycra. Dan yang paling belakang sekali tu ratna..Pakai naelofar Denim.. semua cantek dan kemas. Dan yang paling penting..senang nak pakai.

    Tuesday, April 14, 2015

    Tips : Panduan memilih mesin jahit

    Date: 14.04.2014
    Time: 10am
    Venue: Bangsar South - KL

    Lately, sejak nik beli mesin jahit singer tu kan (pernah post pasal ni kat sini), ramai pulak member rapat nik tanya pelbagai soalan berkaitan dengan mesin jahit. Sebenarnya, nik pon bukan pandai mana nak beli mesin jahit. Ini pon pertama kali beli setelah berumur 30 tahun ni! uppss...dah tua dah saya hehe.

    Jadi, nik saja nak share dengan kawan-kawan yang sedang mencari mesin jahit dan juga beginner macam nik. Sepanjang ni survey, ramai yang nak beli brothers model NV30. Tapi dengar cerita sekarang ada model lagi baru, NV35 kot rasanya. Tapi nik tak berapa mahir bab mesin jahit ni. Pernah nik cerita pasal sebab pemilihan mesin singer di entry sebelum.

    Sebelum buat pilihan, beberapa minggu nik survey. Fikir, tanya orang dan paling banyak tanya mak mertua. Tukang jahit cadar dan tekelung sembahyang tegar. 

    1. Budget 

    Apa-apa pon, mesti bermula dengan bajet masing-masing. Lagi kalau kita ni beginner. Kalau boleh ambil yang biasa-biasa je dengan harga bawah RM1000 pn dah cukup. Tapi, kalau kita memang ada plan untuk pergi lebih jauh dengan mesin jahit ni, lebih baik pilih mesin jahit rm1500 - 2000. Dan, kalau plan untuk sepenuh masa menjahit dan buka butik siap lebih disarankan beli mesin jahit yang bukan portable tapi yang industri tu teros. Tepuk dada, tanyalah selera. Bagi nik, memang beginner tapi ada plan untuk pergi lebih jauh (ambil upah dan buka butik - beginner).

    2. Survey dan Review

    Sebelum pilih mana-mana mesin jahit, lebih baik kalau study dulu tentang mesin jahit tu. Kalau boleh survey apa kata orang ramai yang pernah pakai mesin tu. Cuba masuk blog-blog atau forum-forum yang banyak bercakap pasal aktiviti menjahit. Baca apa kata otai-otai tukang jahit tu. Kalau boleh tanya pendapat diorang pon lagi bagus. Selalunya, ramai tukang jahit moden ni share pengalaman mereka dengan mesin jahit kesayangan mereka tu. So...cubalah.

    3. Keperluan dan Fungsi mesin jahit

    Yang ni memang kene finalised betol-betol. Kene tau kenapa kita beli mesin jahit tu. Untuk kegunaan sendiri macam betolkan pakaian koyak ke? Atau nak cuba baju2 sendiri. Mungkin anda boleh ambil yang murah dan pilihan corak jahitan yang tak banyak. Psst..harga makin mahal sekiranya mesin tu boleh jahit macam-macam corak. Tapi, kalau awak rasa macam nak jahit 5 pasang baju sehari tu, eloklaa amik yang mahal sikit macam mesin industri yang siap dengan meja tu. Seriusly..hehe

    4. Rangka Mesin Jahit

    Ha..tips ni nik baru dapat masa pergi kedai singer hari tu. Masa nik tengah pening dah tengah berkira-kira untuk pilih mesin jahit mana. Salah satu ciri mesin jahit yang perlu dititik beratkan ialah material mesin jahit tu. Lebih elok kalau kite ambil mesin jahit yang dibuat dari besi berbanding plastik. Kebanyakan mesin jahit lagi kalau portable tu memang banyak dari plastik. So...plastik ni tak tahan lasak tau. Mesin jahit ni kena lah tahan lasak, baru boleh tahan lama. Betol tak?

    5. Berkomputer atau manual

    Tip ni nik dapat dari  MIL nik. Berguna sangat untuk nik kecikkan skop pemilihan mesin jahit tau. hehe. Berdasarkan pengalaman mak mertua nik kan, dia pernah beli mesin jahit berkomputer. Dengan harapan mesin ni lagi memudahkan dan menyenangkan dia yang memang sentiasa menjahit tu. Tapi tak sampai setahun, tiba-tiba mesin tu meragam. Bila hantar repair, katanya mesin tu dah rosak terok sebab rosak tang "otak" dia. Kat komputer box dia la kot. So teros tak boleh pakai. Kalau nak repair jugak boleh je tapi kos tinggi. Jadi apa yang dia buat, tutup mesin jahit tu letak tepi dinding dan buat hiasan kat situ hahaha. So nik pikir panjang part ni tau, at last nik amik yang manual dan bukan berkomputer.

    6. Spare Part yang mudah didapati

    Sepanjang menjahit mesti akan ada part yang rosakla, kalau tak pon hilang la..anak mainla, lupa letak mana la. Dan pelbagai jenis alasan lagi. Jadi..sila pastikan yang awak semua pilih mesin jahit jenama yang terkenal. Bukan apa, nanti spare part tu pon mudah nak cari..merata.. takde lah terkial-kial nak cari spare part. End up beli mesin baru. haaa...no no no~

    7. Bunyi mesin jahit

    Hahaha ni kelakar. Memang awak semua kene amik perhatian. Sila pastikan mesin jahit awak tu dapat menghasilkan bunyi yang merdu ye. Biasala, tukang jahit ni kan, mesti akan ada istilah stayback nye. Nak siapkan tempahan pelanggan, sampai tak tido malam la menjahit kan? Tapi, kalau boleh, biarlah kita je yang xtido malam..jangan sampai anak-anak tengah lena pon boleh terbangun dek alunan mesin jahit kita tuh! ahaha

    8.Jenis Jahitan

    Hmmm jenis jahitan ni pon boleh jadi tips jugakla. Kadang-kadang kita yang beginner ni impian tinggi menggunung. Nak start menjahit pon, dah pikir sampai nak jahit manek bunga sulam bagai ye dak? Yang ni, sila la tepok dada tanya selera. Orang kata, makin banyak jahitan yang mesin tu boleh buat lagi bagus. Hmm tak jugak sebenarnya. Setiap model tu mesti ade kelebihan dan kekurangan kat mana-mana. Consult betol-betol dengan dealer tu.

    9. Kedudukan Skoci

    Bagi yang tak tau, skoci ni adalah benda bulat yang letak benang kedua yang bila kita jahit, benang ni akan jadi benang bawah. Ni pon salah satu benda baru yang nik dapat dari MIL. MIL nik cakap, kalau nak beli mesin jahit, make suka pilih yang kedudukan skoci kat bawah yang bulatan dia menghadap kite. Bukan kedudukan skoci tu kat bawah tapak kasut mesin jahit tu. Sebab katanya, kalau skoci menghadap ke atas, dimana betol2 bawah tapak jarum tu, susah nak betolkan kalau benangnya terbelit. Bagus tips ni. Atleast boleh kecikkan lagi skop pemilihan mesin jahit tu kan?

    Oklah, buat masa ni, tu sajalah tip-tip yang terfikir di kepala nik. Nanti kalau ada lagi nik tambah ye. Di harap untuk sesiapa yang nak mula menjahit macam nik ni...jenguklah tips kat atas tu. Diharap berguna InsyaAllah.

    Love,
    Nikiey 

    Sunday, April 12, 2015

    Food : Tree Steak House Sg. Buloh

    Date: 12.04.2015
    Time: 5.30pm
    Venue: Tree Steak House - Sungai Buloh

    First time datang kedai ni. Memang sebelum ni kami tak tau pulak ada kedai western food yang sedap kat sini. Member kelab Wish kitorang yang suggest makan kat sini lepas melawat salah sorang ahli kelab kami dapat baby baru kat Subang. 

    Mulanya, bila encek husband cakap nak makan kat sungai buloh, terjojol bijik mata ingat jauh. Tapi kema cakap 5 minit je lah! Then baru nik "hmm okey good.." psst...tapi sebenarnya takde 5 minit pong. 15 minit jugak. hehe

     Kat area depan kedai ni agak padat, jalan sibuk dan kereta memang teramat banyak. Nasib baik parking space ada kosong lagi kat belakang kedai. Tapi yang tak best sebab masa ni hujan renyai-renyai. Terpaksa angkut anak-anak masuk kedai.

    Masa pilih menu pula, pening tak tau nak makan apa. So..nik amik Piazola Chicken Chop dan Kema pula order Lamb Chop Blackpepper.

    Perindu Roasted Chiken

    Palm Lamb Chop Black Pepper Sauce





    Piazola Chicken Chop

    Ni dia menu makanan yang kita boleh order kat sini. Nama-nama dia semua canggih manggih wei! Masa nik baca menu ni kan, seriusly otak nik terbayangkan hutan hujan khatulistiwa. hahaha. Mau tak nya???


    Menu page 1

    Menu page 2
    Jadi, nak bagi review sikitla ye. Kami ke sini seramai 10 orang dewasa dan tak hengat berapa ramai kanak-kanak. Rombongan 5 bijik kereta. So, pelbagai jenis menu yang kami order. Termasuklah cactus steak la..pastu nama-nama pokok tu la. Ade la try sikit-sikit rasa makanan member sebelah.

    Untuk rasa, memang terbaik. Sedap sangat-sangat. Tak tipu! Serius! Kami memang suka western, so kalau tak sedap sikit pon kami telan je. Tapi, ni memang betol sedap. Harga??? Cer jenguk menu tu. Murah weh! Contoh lamb chop tu kan, rm 18.90. Tapi portion dia besar dan banyak. Memang kenyang satu hari! Ciken cop tu pon baru 13.90. Banyak kot.. Service pulak memang laju zasss! Walaupon kami order ramai, tapi cepat je siappp. Kebetulan kami datang, meja xbanyak kosong. Kedai ni memang sentiasa penuh. Walaupon orang ramai tapi jangan risau, tak lama tunggu..

    Next time, memang kami akan datang lagi. Wajib!


    Love,

    Saturday, April 11, 2015

    Review : Babes and Basic Naelofar

    Date: 11.04.2015
    Time: 2pm
    Venue: Home
    Selamat berhujung minggu semua! Hari sabtu kot...apa cerita? Tak keluar mana-mana ke? Hehehe kami ni, kalau waktu pagi mesti niat taknak keluar ke mana-mana. Tapi bila dah tengahari je..mula tak boleh duduk diam, gatal nak keluar. hahaha
    Malam ni encek husband ada TT kelab wish (Wish Anok Kelate - WAK). Selaku jawatan media 1 kat dalam kelab tu, encek husband memang active. Dan kebetulan malam ni pulak TT kat nilai..fuuuhh.. Jauh tu. Nasib baik cikenpox zariff dh ok. Tinggal dua tiga bijik je lagi yang keruping dia masih tak tanggal dari kulit. Hehe.. 
    Okeh, harini tergerak hati nak bagi review pasal tudung Naelofar Hijab. Kenapa tiba-tiba? hehe. Kebetulan pagi tadi kemas pakaian, gantung dan lipat mane patot. Baru perasan yang so far nik dah ada 14 koleksi tudung Naelofar. Hahaha. Menarik kan?
    Sebelum ni, nik memang tak pandai nak pakai shawl. Lagi-lagi kalau tudung takde owning. Nik tahu pakai tudung bentuk  petak bawal tu je. Bila ofismate nik dok cerita pasal Naelofar ni, eh teringin jugak nak try. Cuba amik satu kaler purple. Try..dan eh, macam senang dan not bad. Muka takde la bulat mane (takot nak try tudung canggih-canggih sebab muka nik bulat cam bola! haha)
    So ini tudung Naelofar Babes and Basic pertama yang nik beli. Best kain dia tebal, muka pon tak payah betolkan banyak kali. Menjadi elok je..dan terletak.. 

    Pakai kat ofia, mintak pendapat kawan-kawan. Semua cakap not bad. Haa..ok. Boleh la cuba kaler lain lagi. Best rupanya. hehe. So next tudung babes ni nik amik kaler hijau pulak.

     Kaler emerald green ni satu batch dengan purple tadi tu. Kain dia tebal dan senang nak bentuk kat muka. Memang berpuas hati. Tapi pada peringkat awal cuba tudung ni, jenuh jugak nik nak belit tu. Maklumlah tak biasa. Drastik sangat pulak tuh. haha

    Bila encek husband cakap, tudung ni sesuai ngan nik. Wah rasa best. Atlast ade jugak tudung glemer2 yang sesuai ngan muka bola saya ni haha. Lagi husband cakap, boleh amik lagi tudung ni. hehe..

    Then beli lagi..


    This time amik kaler Electric Blue pulak. Okey, kali ni Nik rasa kain dia lain sikit. Lebih lembut dan lebih ringan. Tak pasti sama ada ini dikira improvement or not. Kelebihan dia, senang nak belit sebab automatic jadi kecik. Tapi yang tak best nye, tang muka tu susah nak bentuk. Huhuhu


    Next amik lagi Frozen Blue ni. Tak pasti pula kaler sebenar diorang panggil kaler apa. Nik panggil frozen blue je. hehe. Kain ni pon sama, sedikit nipis compare dengan first batch yang nik beli tempoh hari. Kat muka tu, berpeluh ketiak nak bagi terletak macam kat atas tu tau. fuuuhhh.
    Suka dengan tagging Naelofar baru tu. Dia buat pakai plate besi pulak. So..nik beli lagi. Warna merah menyala..

    Ok, this time..memang menyayat hati sikit. Kain dia makin nipis! Kat muka tu memang tak boleh blah tahap tak boleh bentuk. Tahap melekat teros kat muka! Lagi sedih bila lepas basuh, kain jadi mengecut..Owh tidaaakk...huhuhu


    Ni satu lagi warna Mustard..Kuning lemak ketam kata orang tua-tua. hehe. Susah sangat nak dapat warna ni sebab ramai yang rembat. Tapi kali ni Nik dapt..happy sangat. Untuk review kain dia, hmm tudung warna ni pon sama macam warna merah tu jugak. Lembek dan nipis. Kat muka sangat susah nak bentuk sebab dah melekat kat muka.


    Ni satu lagi warna pink. Suka sangat dengan warna pink ni, beli satu batch dengan warna mustard tadi tu. Kain dia pon sama jugak. Apa yang nik buat, nik bukak sikit jahitan kat tekak tu bagi dia besar sikit. Baru dapat bentuk kat muka macam dalam gambar atas tu. hehe. Tapi apa yang nik suka pasal tudung batch latest ni, dia lebih ringan dan lembut. Tak panas. Suka..tapi tang muka tu tak suka!
    By the way, bagi pendapat peribadi nik la kan, diorang ni macam tak menjaga quality tudung tu sendiri. Tak pasti sama ada kain makin nipis tu sebenarnya memang derang purposely improved based on comment2 customer sebelum ni pon nik tak pasti. Mane la tau kot2 ramai customer dia orang complain yang tudung ni tebal sangat dan panas, so diorang keluarkan versi nipis sikit? who knows kan? Or may be ada customer yang complaint tudung ni besar sangat, that is why dia orang keluarkan versi baru? Ni sekadar pendapat sahaja. 
    Tudung-tudung warna lain tu nik tak dapat post dalam ni sebab tak snap gambar. Contohnya warna silver, krim, peach, purple lembut dan grey. Owh ya, nanti next time bila rajin sikit nak review pasal Naelofar printed version pulak ye. 
    See ya!

    Love;