The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers
    Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
    Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

    Wednesday, January 15, 2014

    Breastfeeding Diary : Stok EBM masih cukup

    Date : 14/01/2014
    Venue : Home - Shah Alam

    Selamat hari maulidur rasul!! Boleh ke macam tu? selamat hari cuti se-malaysia kot. Maulud ni, kita nak raikan hari kelahiran utusan kita Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, walaupon kita tak pernah berjumpa denganya, tapi kita amat mencintainya. Betol x?

    Sempena hari cuti umum semalam, sehari je kan...kami takda plan nak gi memana pon. Totally dok rumah. Hujan pon renyai2 di bumi shah alam ni. Nik macam biasala, hari cuti macam ni la nik gunakan peluang yang ada untuk tambah stok susu. Pump banyak2 untuk zariff, so esok bolehla zariff minum EBM fresh banyak2 dari minum EBM yang beku dicairkan tu.

    Ada terbaca kat majalah pa&ma, doc pakar penyusuan tu bagaitau EBM yang dh dibekukan ni, sesetengah antibodi yang terkandung dlm susu tu dah takda kalau nak dibandingkan dengan fresh EBM. Tapi tula, kita yang bekerja ni, nak supplu semua fresh EBM memang mencabar. Dalam majalah tu jugak ada bagitau, untuk bagi kat babysitter, sebaik-baiknya pecahkan kepada 60% fresh EBM (susu yang dipump, disimpan dalam peti ais pintu bawah), 40% EBM beku yang dicairkan. Nik memang dah lama practice pecahan macam ni. Dulu lepas habis pantang, mula2 naik kerja Zariff agak kuat menyusu. Setiap hari nik prepare 9botol 3oz dimana 5botol fresh EBM dan 4btol beku dicairkan. So totalnya dalam 27oz sehari untuk siang sahaja!

    Lately, sejak zariff masuk umur 3bulan keatas, habit menyusu zariff dah makin berubah sikit. Zarif minum 4oz setiap meal dan hanya 5meals sehari. So sekarang ni, nik prepare 3 botol 4oz untuk fresh EBM dan 2botol 4oz susu beku dicairkan. Total 20oz sehari. Lega, takde la sruggle sangat nak mengepump.

    Lupa nak kira ada berapa pek lagi

    Hari ni, bila bukak freezer atas, tengok stok susu...hmmm..insyaAllah..cukup. Sebab sehari zarif akan pakai 1pek sahaja yang ada 12 oz setiap pek. Tu pon nik pakai 8oz je sehari. lagi 12oz tu nik kene pump untuk provide fresh EBM. 

    Owh ye, untuk dapatkan fresh milk setiap hari pulak jadual nik lebih kurang macam ni. Contohnye esok kerja, malam before tido nik akan pump atleast 4-5oz (botol 1) dan simpan dalam fridge pintu bawah. Esok pagi nik bangun awal dalam kol 6pg untuk pump dan dapatkan dalam 8oz (botol 2 and botol 3), semua letak dalam fridge pintu bawah. So, untuk botol 4 dan botol 5, nik cairkan EBM yang beku td tu masukkan dalam botol siap2. Sekarang total dah jadi 20oz. Kadang2 nik akan lebihkan 1botol yang tak fresh tu. Incase tak cukup, buleh la guna.

    Suasana EBM ku dalam peti ais.
    Lebih kurang macam tu la rutin harian hakak yang bekerja tapi masih tekun nak fully breastfeed anak ni kan. 

    Pernah dulu2, masa dalam pantang ada time susu merudum gilersss. Nik siap bagitau encek husben lagi suruh p beli susu S26 newborn (ikot kakak yang masih minum S26 Step 3). Tapi nasib baik la encek husben tegas tak goyang iman. Siap nasihat nik lagi. Alhamdulillah! hehehe. Kalau tak, tak berjaya la misi fully breastfeeding nik nih..

    InsyaAllah..nik nak fully bg EBM ni sampaila zariff umur 2tahun! Perghh..cita-cita tinggi menggunung! 

    Doakan daku!!!!

    Wednesday, November 27, 2013

    Berbaju Merah

    Date : 27.11.2013
    Time :
    Venue : Office

    Hari ni hakak berbaju merah bertudung merah menyala datang ofis okeh! Sebab tak plan pakai baju ape, then amik je baju yang xpayah nk iron. Ngeh2...(erkk...pasal baju pon nk kecoh. Ikut suka la..ni kan blog hakak) kikiki

    Bos takda, ade meeting sampai tengahari. Then testing pulak hari ni hold sebab a few banks tak ready nk setup environment derang lagi. So heavenly hakak!! hehehehe

    Kebetulan pulak member kt sebelah ni baru beli ipong...test camera sikit..dan ini hasilnye..


    Hah!! merah kan?? Muka bulat..badan masih gemmokss cam biasa. Yela. dah anak dua kan??? Heheheheh. nak salahkan ank dua pulaks. Kalo dah makan tak hengat doniaa..mane nye nak selim molimmm..

    Hmmm..dah seminggu masuk keje, mood pantang rilek2 suasana rumah sambil menetek ank masih lagi malayang2. Best pulak time cuti panjang tu ye. Masa dalam pantang beriya tak sabar nak masuk ofis. Ntah kenapa dah buang tebiat ke apa haku nih kan. Semua orang xmo keje (nk mkn gaji buta je goyang kaki duit masyuuukk), hakak pulak nk masuk keje. Sekali...masuk seminggu je rasa nak cuti balik dah! kah kah kah

    Owh ye, tak cerita pon lagi kan pasal kelahiran putera hakak tu...Nama nya Iman Zariff. Handsome!! (sapa lg nk ckp camtu kalo tak mak dia kan? hehehe).. Btw, perasaan ibu nih memang pelik, smua ibu akan rasa anak dia la paling cute..paling cantek..paling handsome kat dunia ni..hehehehe

    Hari ni takmo cite lagi pasal pengalam bersalin kan Iman Zarif sebabnye...nk gi menyepump susu. Nak wat stok untuk Zariff yang teramatla kuat susu tu. 

    Yee...ye...hakak memang fully breastfeed Zarif. Sejak dia lahir sampai la hari ni memang setitik air pon tak masuk lg dalam badan dia. Memang 100% fully breastfeed exclusive uoolsss!!

    Harap-harap la..dapat bagi susu badan zariff sampai umur 2tahun kan? Amin...Ya Rabbal Alaminnn...

    Sunday, November 3, 2013

    Breastfeeding Diary : Stok EBM untuk Zarif

    Date : 3/11/2013
    Time : 11.00am
    Venue : Home

    Hari ni Zariff berumur 49 hari dan kakak Zara pulak lagi seminggu nak masuk 2tahun. Pengalaman membesarkan anak-anak memang best sangat. Tambahan pulak syukur alhamdulillah nik dapat sepasang. Jadi, pengalaman jaga kakak dan adik tu memang banyak kelainan. Ye, sesetengah orang cakap lain baby lain perangai. Tambah-tambah lagi yang jantina tak sama. Nik pon sama jugak, memang jaga kakak dengan jaga adik ni macam langit dengan bumi bezanya..Seriusly!

    Macam besarkan kakak Zara dulu, dari hari pertama lahir sehingga la sekarang..manja tak menempat. Tak kira masa suka je nangis. Especially dalam pantang dulu. Tuhan saja yang tahu. Memang terpaksa bersabar lebih. Malam-malam memang tak payah nak berangan la  nak tido awal. Memang tak nye. Masuk je jam 12malam, mula la dia nak merengek. hehehe..

    Budak suka tido..

    Si adik Zarif pulak, Ya Allah...baik je..diam je.. Memang jarang sangat-sangat nak dengan dia nangis. Malam-malam tido je manjang. Sampaikan mama terpaksa kejutkan baby untuk bangun nenen. Siang pon tido je. Boleh dikatakan dalam 24jam tu..23jam dia tido..satu jam je dia bukak mata. hahahaha. Nasib baik tak jaundice. Alhamdulillah..dua2 anak nik tak kene jaundice.

    Dulu masa lahirkan kakak, memang pasang niat nak fully breastfeed. Tapi disebabkan pengalaman tu takda, dan orang-orang disekeliling pon tak membantu, jadi nik tak berjaya nak fully breastfeed. Tapi..zara memang nenen sampai ke besar..sehingga pregnnt kan zarif pon dia nenen lagi. Cuma tengahari je la minum susu FM.

    So, dengan pengalaman-pengalaman yang ada ni, nik tekad nak fully breastfeed zariff sehingga 2 tahun. So, dalam masa 6bulan pertama ni memang nik berazam nak bg EBM sahaja...ulang sekali lagi..EBM sahaja..tak masuk setitik air pon kat dalam badan zarif oke! 

    Stok EBM sepanjang pantang

    Setakat ni, sepanjang dalam pantang ni, nik berjaya buat stok untuk bagi zarif bila masuk keje nanti. Tak banyak kan? Memang sikit je sebabnya nik pon tak faham nape dalam pantang susu nik tak berapa banyak sangat. Sekali pump tu paling2 banyak pon dapat 3-4oz je. Agak nebes jugak sebab orang cakap anak lelaki ni kuat minum susu. Dan stok EBM zariff memang tak memberangsangkan lagi. Haruslah kene usaha lebih gigih lagi. Nasib baik jugak berkat sokongan padu dari encek suami, nik masih berjaya lagi bagi EBM sepenuhnya. Satu tip yang boleh mommies2 di luar sana yang baru nak berjinak-jinak dengan breastfeeding ni. Kerapkanlah menge-pump dan simpan EBM yang di pump tu dlm fridge. Jangan pump dan terus bg EBM tu kat baby, nanti stok tak banyak. Ingat tu.. (sebab ni la yg berlaku pd nik, pump2 bgi kt baby. Last2 stok EBM takde, hari pantang dah mkin nk habis) Pengsan!

    Sekarang ni pon nik memang tengah mencari2 maklumat dan tips2 untuk membanyakkan susu badan. Nak makan macam2 pon rasa takot tu ada. Tapi mak mertua nik ada cakap yang buah kurma boleh tambahkan susu badan. Mungkin nik nak cuba makan kurma banyak2 walaupon nik memang tak berapa gemar kurma.

    Kakak yang sangat manja..

    Monday, September 16, 2013

    ImanZariff Day 1 - Satu hari di Wad

    Date : 16/09/2013
    Time : 6.30am
    Venue : Pusat Perubatan Annisa' - KB

    Masih lagi cerita di hari pertama kelahiran Iman Zariff. Sejurus selepas baby keluar dari perot, nik memang dalam process menjahit2 yang kat bawah tu la kan. Lepas settle semua, misi bawak nik  masuk ward untuk berehat. 
    Nik dapat bilik no 1..bilik nama Kasik 1..cer tengok nama2 bilik dia..cinta..kasih..sayang...kerlass!

    Lebih kurang 5 minit kat dalam ward, tiba2 nurse datang bawak baby. Apa lagi, berbunga-bunga riang la nik!! Alhamdulillah..dapat tengok baby. Seronok sangat. Tiba2 je teringat masa lahirkan ImanNurZahra dlu. Nik tak dapat tengok baby lepas lahir tu. Kene tunggu 6jam sebab baby kene masuk ICU untuk special monitoring. Inz dlu terbelit tali pusat dan agak kelemasan jugak time dia keluar. Tu sebab la masuk ICU. Alhamdulillah zarif oke je. Nik dah memang terus boleh breastfeed. Perasaan sonok giler! Tak terkata. 

    First breastfeeding activity with Iman Zariff
    Dari awal2 pregnant lagi nik berdoa sangat2 kat tuhan supaya dapat fully breastfeed untuk 2nd baby ni. So alhamdulillah, awal2 lagi nik dah berjaya tak campur dengan FM.



    Lepas setle bagi susu baby, dalam jam 7pagi camtu nurse datang lagi sekali untuk amik baby dan masukkan kat tempat nusery (derang panggil nursery, sebenarnya tempat derang letak baby tu je) supaya kite buleh rehat. Nurse jugak cakap nak mandikan baby semua dulu la..Comel je..

    Time ni, nik ngan mak nik memang terbongkang tido. Penar semalaman berjuang untuk melahirkan seorang putera tu. En.Kema pulak lepas nik temankan nik masuk ward pagi td terus balik rumah. Mane tak rushing nya, si puteri sorang lagi dok rumah ngan ciksu. Risau jugak takot2 dia nangis ke apa. Zara memang gitu, tengah2 tido tak kira time mana2 sekalipon memang nk bertenggek kaki tu pangku kat badan kitorang. So, tiap kali kalo dia angkat kaki tengok mama papa takde mula la nk melalak kan. Haruslah encek husband cepat2 balik rumah bila kami kat sini dah stabil.

    Dalam jam 11.30 camtu, dapat panggilan dari tok umi yang dia nak datang. Ish, baby kart nursery, nnti kang kalo derang datang baby takde tak guna lak. So mak nik kol nurse mintak nak baby. Baby masuk blik kitorang dalam 15minit kemudian. Datang dengan siap mekap dah baby iolss...comel!


    I am Boy!!!
    Tu dia...details baby yang nurse tempek kat katil kaca dia..


    Tido lena je baby...
    Sepanjang di ward ni, baby memang tak banyak ragam. Banyak tido je. Memang jarang sangat nak dengar suara dia. Senang giler nak jaga baby ni. Ye la, baru hari pertama kan. Tak kenal dunia pon lagi, baru kenal spital ni. Mood baby pon masih mood dalam perot lagi.hehehe

    Dekat jam 12tghri, tokma ngan tok ummi pulak datang melawat sebagai tetamu pertama. Lepas paktok sampai, tiba masanya yang memang nik nanti2 kan. Zara..zara sampai dengan papa dan ciksu nabilah (adik ipar bongsu nik). Nik memang tak sabar nak tengok reaksi zara camne bila tengok mak dia dengan baby lain.

    Dan memang lawak giler bila zara tengok kami..maksudnye tengok nik dengan baby la kan. Dah la time dia sampai tu, nik tengah menenenkan baby. Memang terkejut berok la dia. Kalo dia tengok kami dok asing2 mungkin dia boleh terima kot. Tapi sebab tengok tgh nenen, tiba2 je suasan tu senyap...blur je. Time ni memang nik sendiri pon rasa sebak, dari rasa lawak dh tukar jadik sebak pulak. Si zara pulak tiba2 taknak dok dengan nik. Sedih kan....

    Takpela, bagi dia masa untuk dia terima kenyataan bahawa sekarang ni dia dh jadik kakak.hehehehe. Lama2, dah terlebih biasa ngan keadaan spital tu..ngan bakul2 baby pon dia nak masuk...hamek!


    Dok dalam ni pon best jugak ye..

    Ni baru hari pertama, kalo dok seminggu kat sini tak tau la macam mana gamaknye ye. kah kah kah..si bapak dia pon sama sengal, layan je anak dok wat camtu..


    Bermulanya makanan orang pantang...ikan bakar..
    Dalam jam 12.30 camtu, makanan tengahari pulak sampai. Perghhh..akhirnya, bermula lah hidupku makan ber-menu-kan makanan orang pantang. Hadapla..nasik camni selama 40 hari..ko mampu?!!! huuuu


    Masih tido...
    Sambil2 santap...jenguk2 la sikit wajah comel baby boy ku..adussss.. tersentuh hati. kiki. Comel giler anugerah allah nih. He is so perfect!! Thank You Allah!

    Hari ni kononnye nak balik je rumah, tapi doctor pesan suruh rehat dulu satu hari supaya badan betol2 sihat. Lagipon, kene tunggu baby wee n poo dulu baru buleh bawak baby balik rumah. Tengahari tu baby memang tak poo lagi. Dekat petang2 tu baru poo..lega..

    So malam tu, berkampung la kami kat ward tu beramai2. Ramai ke? Ramai jugak ler, kema, zara, ciksu, nik and baby. Penuh...Tapi yang herannya, encek husben tido je manjang. Macam dia pulak yang beranak. Hakak yang penat meneran dari malam tadi sampai sekarang masih tak ckup tido, dia lak yang penat..hemo jap!


    Lebih2 lak dia penat...encek suami
    Camni la keadaan ward tu..sardin! hehehe
    Malam tu, memang horror giler. Bukan sebab baby zariff yang nanges sampai tak boleh tido tapi zara!! hadoi. Tak tau kenapa..buang tebiat ke hape! tp memang sepanjang malam melalak macam hape. Kuat giler. Agaknye orang kat blik sebelah pon hangin ngan kitorang. Maap la ye..kami tak dapat nak elak. Puas dah pujuk ngan macam2 cara hinggakan encek husband pon dh naik hantu marah kat si kakak..sabor je le...Aku ni pon, nasib tak meroyan kat situ. Baby jugak dapat markah penoh! senyap je..


    Ok..maka...berakhirlah hari pertama pengalaman bersalin nik. Panjang giler cite. Sabar ye kawan2. Bye...

    Wednesday, December 28, 2011

    EBM mama utk INZ

    Hari ni satu hari suntuk nik tinggal INZ kt tokma..kluar jalan2 pusing kota bharu. Hmm..xde apa yg menarik pon kt KB ni..cuma nik kluar cari kain utk jahit bju kurung je. Jalan..jalan jugak, tp hati ni dok pkir kt baby kt umh je..ok ke tidak..nanges ke tak..boleh tido ke..mcm2 la..boleh kata setiap jam la dok kol tokma tnye keadaan baby.

    Bila ptg,,blik rumah..cpt2 perah susu...huu..bengkak susu punya pasal..perah, dptla 6oz..tiba2 baby nanges..hehehe..terus bg susu kt baby.

    Rasanya smua org mmg tau yg susu ibu ni mmg terbaeekk..Sbb tu la nik tekad serta berusaha sungguh2 utk wt stok susu ibu sebanyak mungkin utk INZ..puteri tercinta.

    Hari ni nak share pasal ebm lak rasa..utk INZ ni, memang from beginning lg nik bg ebm. Sejurus lepas bersalin tu, kt labor room lepas INZ diazankan oleh husband..nurse terus bg kt nik dan nik cuba utk bg susu walaupon xde. Hanya kluar susu kaler kuning2 cair tu je. Tp dengan kuasa allah..baby buleh kenyang walaupon susu sgt2 ckt. Sepanjang berada dalam ward..sampai esoknye..memang nik bg susu ori. Langsung tak curi2 bg susu tepung (FM) ataupon air suam. Alhamdulilah..

    Tapi, bila kt rumah..baby dh macam perlukan susu lebih dan nik pulak masa tu memang xde susu sgt. Kilang susu xlaunching lg katakan! hee..so terpaksa la jugak bg FM. Dengan mendengar nasihat dari org2 berpengalaman, nik cuba dengan susu S-26..huu..jenama agak kureng glemer..tp xpe, ramai org ckp susu ni ok..insyaAllah baby xmasalh..nik cuba..then alhamdulillah..smpai skrg baby mmg ok sgt2 ngan susu tu..dan sampai skrg jgk nik guna susu tu..mmg xtukar.

    Ok..back to the topic..disebabkan susu ebm ni kurang.mcm2 cara la nik buat termasuklah panggil bidan kampung utk urut urat2 susu..utk lancarkan susu..Alhamdulillah..susu makin ade..dan masuk hari ke 5,nik try perah susu..then ini lah hasil pertama kalinye susu perahan...

    Dapatla dalam 3oz lebih dkt2 4oz. Suka sgt2!!!

    Disebabkan nik memang train baby, siang2 bg susu pakai botol..mlm2 je bagi breastfeed. So..susu yg nik perah tu nik masukkan dlm botol dan bg kt baby..Semakin hari, hasil perahan semakin memberangsangkan..dari 4oz..ke 5 oz.. 

    5oz

    dan sekarang sekali perah dpt dalam 8oz!! Alhamdulilah


    8oz

    Friday, November 4, 2011

    Autumz Breastmilk Bagku dh smpai

    Ingt tak post breastfeed preparation ni..Kat sini nik ade cite pasal nik mencarik breastmilk storage bags kan. Haa...dh selamat pon sampai kt rumah semalam..Petang by GDEX service. Sangat teruja nak tengok barang2 tu kan..of kos la...hehe


    Haa...ini la rupanya breastmilk storage bag tu. Kat dalam setiap kotak tu ade 25keping bags..


    Hari tu mase survey kt kedai baby manjaku kt sblah Tesco KB, satu kotak ni berharga rm30..ade 30keping. Yang nik beli ni pulak, satu kotak ade 25keping je..tp rm12.90 je sekotak !! then..nik order 4kotak dapat percuma sekotak...OK tak?? OK tak ?? 

    Dah la tu, brand ni plastik dia ade zip tau. Tak payah susah2 nk ikat pakai getah bagai tu..untuk extra keselamatan, plastic bag ni siap double zip lg...BPA free ok! very the selamat untuk baby! hehehee (cheewaahh..promote lg)

    Nak simpan dalam botol byk2, nnti tak muat space peti ais kan. Simpan stock dlm plastic camni kan senaang...Hee...semangat giler nk breastfeed baby nih..Hopefully bila dh bersalin nnti susu byk...amin2!!

    Tuesday, November 1, 2011

    Breastfeed preparation

    Baru siap shopping!!! online shopping je yg larat...jalan2 udah xlrat lagi maa..hihi.. Saje nk cite, busan..tambah2 lak terlebih masa kt umah ni kan. So..saje je nk borak2 kt blog ni ha. Sehari suntuk hari ni dok mencarik Milk Storage Bag. Akhirnye berhasil..Bukan xde..berlambak je kt kedai..kt online pon..tp saje carik yg murah la ofkos!!

    Selalu dengar orang ckp kalau kite keje memang xde masa nk breastfeed baby. Alhamdulillah, kt ofis, nik kenal sorang ofismate ni memang fully breastfeed baby...nama dia kak ita.. Semangat je tengok, during lunch hour memang kitorang hbskan masa untuk borak2 pasal breastfeed kt surau smbil temankan dia perah susu.

    Macam terharu je. Semenjak mula2 dapat tau pregnant, memang sy dh berazam giler2 nk breastfeed baby. Pastu ape lgi, ms carik barang2 untuk preparation bersalin tu, memang sy byk jugak ler melabur untuk breastfeeding products tu...Macam breastpump...breastmilk bottle storage..cooler bag...ice bag bagai tu la..termasukla jugak milk and food warmer..senang nk panaskan susu lepas thawed dri peti ais. Hmm..smua brang2 breastfeed tu nik beli brand Philips AVENT tu je.....huuu

    Lepas dok belek2 smua brg2 tu mlm td..baru terpkir yg nik xbli lg milk storage tu.ye la..org ckp, masa dlm pantang ni susu memang sgt byk..sgt la rugi kalo xperah time ni. Lagipon time tu baby pon minum susu ckt je. Untuk elakkan masalah bengkak susu la bagai tu...kene la perah kan. (ikot nasihat org2 lame..chewaah).

    Hmm...carik punya carik storage jenis ape yg the best...so..nik pilih ler plastik bag yg ade zip tu untuk isi susu. Nak beli botol byk2..kang ade mslh BPA la ape la kan. nk beli yg BPA smua...botal la kepala...haha..So, nik order je Plastik bag BPA free tu..haa....BPA free ngkooo...hahaha...Alhamdulillah..selamat order..lagi 2 3 hari sampai la kot.yeaahuu!!!