The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers
    Showing posts with label Pengalaman Bersalin. Show all posts
    Showing posts with label Pengalaman Bersalin. Show all posts

    Tuesday, September 17, 2013

    ImanZariff Day 2 - Bawak baby balik rumah

    Date : 17/09/2013
    Venue : Pusat Perubatan Annisa' KB

    Pagi ni nurse masuk bilik dan bagitau yang doctor pakar kanak-kanak nak datang melawat. Bagus hospital ni tau. Disebabkan doctor pakar kanak-kanak tu doctor lelaki, so nurse akan masuk dulu bilik kita, dan bagitau supaya tutup aurat leklok sebab doc nak masuk. Sweet...

    So bila kami dah ready, doctor masuk bilik kami. Handsome doc tu, chinese.. Doctor cakap, dia dah run a few test kat baby. Semuanya OK. Baby comel..kaler pink! Wah...berbunga riang la hakak bila doctor cakap macam tu. Agak2 nya doc memang cakap camtu kat smua orang kot. Hehehe..tapi nik tetap suka..kekekeke

    Kami tunggu nurse bawak masuk baby balik ke bilik tu lama jugak. Beberapa jam jugak la kot. Heran jugak, baby tak nanges nak nenen ke ek? hmmm..lagipon newborn baby ni kurang menyusu. Tido je lebey...

    Then, nurse datang bersama baby yang dah siap mandi..handsome anak mama...









    Muka baby agak lebam2 merah sikit kesan dari process keluar semalam kot. Tapi semua tu takda pape pon, kejap je. Nanti 2 3 hari jugak la nak hilang tu.

    Sempat snap time baby senyum dalam tido.

    Nangis nak susu

    Lepas nenen bleh sambung tido lg

    Sweet..

     Dalam jam 2.30 petang, nurse dah bagi greenlight untuk kami pulang ke rumah. Lega!
    Akhirnya..tak sabar dah ni nak bawak baby balik. Tak buley nak imagine camne reaksi baby bila sampai rumah nanti. hihihi

    Owh ye, nik pantang kat rumah mak nik. Bukan apa, dah biasa dok rumah sendiri kan, kalau dok rumah mertua pon nik takda masalah. Cuma yela, malu2 kucing la sikit kalo kat sana. ngeh2..hakak ni...almaklumla... Mengada2 tahap dewa! uppss.. baby jangan jadik camtu tau!

    Kami dah nak balik..
    Encek suami yang tak sabor nak balik


    Cer tengok si kakak tu, dalam seat depan tu..tido! Zara memang pantang masuk kereta, krohhhh...kroohh.. Tapi elok jugak tau. Sebabnya, kalo time takdo dalam kereta..sabor je la! macam2 benda dia nk explore! uwaaaaaaa.

    Nik pulak tengah busy mengendalikan newborn yang baru first time naik kereta tu. Nebes weh! almaklumla, baby masih kecik..kesian. Dah lama tak pegang baby kecik2. nebes!

    Monday, September 16, 2013

    ImanZariff Day 1 - Satu hari di Wad

    Date : 16/09/2013
    Time : 6.30am
    Venue : Pusat Perubatan Annisa' - KB

    Masih lagi cerita di hari pertama kelahiran Iman Zariff. Sejurus selepas baby keluar dari perot, nik memang dalam process menjahit2 yang kat bawah tu la kan. Lepas settle semua, misi bawak nik  masuk ward untuk berehat. 
    Nik dapat bilik no 1..bilik nama Kasik 1..cer tengok nama2 bilik dia..cinta..kasih..sayang...kerlass!

    Lebih kurang 5 minit kat dalam ward, tiba2 nurse datang bawak baby. Apa lagi, berbunga-bunga riang la nik!! Alhamdulillah..dapat tengok baby. Seronok sangat. Tiba2 je teringat masa lahirkan ImanNurZahra dlu. Nik tak dapat tengok baby lepas lahir tu. Kene tunggu 6jam sebab baby kene masuk ICU untuk special monitoring. Inz dlu terbelit tali pusat dan agak kelemasan jugak time dia keluar. Tu sebab la masuk ICU. Alhamdulillah zarif oke je. Nik dah memang terus boleh breastfeed. Perasaan sonok giler! Tak terkata. 

    First breastfeeding activity with Iman Zariff
    Dari awal2 pregnant lagi nik berdoa sangat2 kat tuhan supaya dapat fully breastfeed untuk 2nd baby ni. So alhamdulillah, awal2 lagi nik dah berjaya tak campur dengan FM.



    Lepas setle bagi susu baby, dalam jam 7pagi camtu nurse datang lagi sekali untuk amik baby dan masukkan kat tempat nusery (derang panggil nursery, sebenarnya tempat derang letak baby tu je) supaya kite buleh rehat. Nurse jugak cakap nak mandikan baby semua dulu la..Comel je..

    Time ni, nik ngan mak nik memang terbongkang tido. Penar semalaman berjuang untuk melahirkan seorang putera tu. En.Kema pulak lepas nik temankan nik masuk ward pagi td terus balik rumah. Mane tak rushing nya, si puteri sorang lagi dok rumah ngan ciksu. Risau jugak takot2 dia nangis ke apa. Zara memang gitu, tengah2 tido tak kira time mana2 sekalipon memang nk bertenggek kaki tu pangku kat badan kitorang. So, tiap kali kalo dia angkat kaki tengok mama papa takde mula la nk melalak kan. Haruslah encek husband cepat2 balik rumah bila kami kat sini dah stabil.

    Dalam jam 11.30 camtu, dapat panggilan dari tok umi yang dia nak datang. Ish, baby kart nursery, nnti kang kalo derang datang baby takde tak guna lak. So mak nik kol nurse mintak nak baby. Baby masuk blik kitorang dalam 15minit kemudian. Datang dengan siap mekap dah baby iolss...comel!


    I am Boy!!!
    Tu dia...details baby yang nurse tempek kat katil kaca dia..


    Tido lena je baby...
    Sepanjang di ward ni, baby memang tak banyak ragam. Banyak tido je. Memang jarang sangat nak dengar suara dia. Senang giler nak jaga baby ni. Ye la, baru hari pertama kan. Tak kenal dunia pon lagi, baru kenal spital ni. Mood baby pon masih mood dalam perot lagi.hehehe

    Dekat jam 12tghri, tokma ngan tok ummi pulak datang melawat sebagai tetamu pertama. Lepas paktok sampai, tiba masanya yang memang nik nanti2 kan. Zara..zara sampai dengan papa dan ciksu nabilah (adik ipar bongsu nik). Nik memang tak sabar nak tengok reaksi zara camne bila tengok mak dia dengan baby lain.

    Dan memang lawak giler bila zara tengok kami..maksudnye tengok nik dengan baby la kan. Dah la time dia sampai tu, nik tengah menenenkan baby. Memang terkejut berok la dia. Kalo dia tengok kami dok asing2 mungkin dia boleh terima kot. Tapi sebab tengok tgh nenen, tiba2 je suasan tu senyap...blur je. Time ni memang nik sendiri pon rasa sebak, dari rasa lawak dh tukar jadik sebak pulak. Si zara pulak tiba2 taknak dok dengan nik. Sedih kan....

    Takpela, bagi dia masa untuk dia terima kenyataan bahawa sekarang ni dia dh jadik kakak.hehehehe. Lama2, dah terlebih biasa ngan keadaan spital tu..ngan bakul2 baby pon dia nak masuk...hamek!


    Dok dalam ni pon best jugak ye..

    Ni baru hari pertama, kalo dok seminggu kat sini tak tau la macam mana gamaknye ye. kah kah kah..si bapak dia pon sama sengal, layan je anak dok wat camtu..


    Bermulanya makanan orang pantang...ikan bakar..
    Dalam jam 12.30 camtu, makanan tengahari pulak sampai. Perghhh..akhirnya, bermula lah hidupku makan ber-menu-kan makanan orang pantang. Hadapla..nasik camni selama 40 hari..ko mampu?!!! huuuu


    Masih tido...
    Sambil2 santap...jenguk2 la sikit wajah comel baby boy ku..adussss.. tersentuh hati. kiki. Comel giler anugerah allah nih. He is so perfect!! Thank You Allah!

    Hari ni kononnye nak balik je rumah, tapi doctor pesan suruh rehat dulu satu hari supaya badan betol2 sihat. Lagipon, kene tunggu baby wee n poo dulu baru buleh bawak baby balik rumah. Tengahari tu baby memang tak poo lagi. Dekat petang2 tu baru poo..lega..

    So malam tu, berkampung la kami kat ward tu beramai2. Ramai ke? Ramai jugak ler, kema, zara, ciksu, nik and baby. Penuh...Tapi yang herannya, encek husben tido je manjang. Macam dia pulak yang beranak. Hakak yang penat meneran dari malam tadi sampai sekarang masih tak ckup tido, dia lak yang penat..hemo jap!


    Lebih2 lak dia penat...encek suami
    Camni la keadaan ward tu..sardin! hehehe
    Malam tu, memang horror giler. Bukan sebab baby zariff yang nanges sampai tak boleh tido tapi zara!! hadoi. Tak tau kenapa..buang tebiat ke hape! tp memang sepanjang malam melalak macam hape. Kuat giler. Agaknye orang kat blik sebelah pon hangin ngan kitorang. Maap la ye..kami tak dapat nak elak. Puas dah pujuk ngan macam2 cara hinggakan encek husband pon dh naik hantu marah kat si kakak..sabor je le...Aku ni pon, nasib tak meroyan kat situ. Baby jugak dapat markah penoh! senyap je..


    Ok..maka...berakhirlah hari pertama pengalaman bersalin nik. Panjang giler cite. Sabar ye kawan2. Bye...

    Pengalaman Bersalin Iman Zariff

    Date : 16.09.13
    Time : 5.30 am
    Venue : Hospital Annisa' Kota Bharu


    Entry ni nik nak cerita detail tentang kelahiran Iman Zariff dari awal sampai akhir. Ok..jom tarik nafas panjang2...tahan..hembus perlahan2. 

    Meh kita mulakan.

    Bermula dari tarikh 15/09/2013, nik bangun tido pagi tu nik rasa macam agak berdebar-debar sebabnya hari tu nik dah masuk 6 hari overdue. Perasaan memang tak boleh nak gambarkan betapa berdebar dan takot. Memang satu sebabnya sebab overdue, tapi sebab tu takde la nak jadikan sebab sangat sebabnya masa nik lahirkan kakak Iman Nur Zahra dulu pon, memang nik lebih due 7 hari. Tapi debaran kali ni lain sikit sebab minggu lepas last checkup kat hospital Annisa, doc Ros dah bagi date 16/09/2013 untuk induce. Doc Ros cakap masa checkup on due date 09/09/2013, kalau tak bersalin jugak lepas tu datang on 16hb tu untuk induce. Doc suruh datang pagi2 untuk terus warded dan induce. 

    Dan hari ni dh masuk 15/09/2013 dan baby masih lagi tak nak keluar. Huhuhu. Risau yang amat sangat! Setiap hari nik memang doa sambil usap perot, cakap dengan baby supaya keluar dengan cara mudah2, lepas due date tu nik doa supaya baby cepat2 keluar pulak. Tapi takpe, orang tua2 cakap, baby yang keluar lambat dari perot ibunya ni bijak sebab dah cukup matang. InsyaAllah. Hilang sikit risau ye...hehehe

    Lepas makan tengahari, nik ajak papa keluar gi pasaraya Billion kat sebelah hotel Renaissance Kota Bharu. Saja jalan-jalan sambil beli susu dan diapers Zara yang dah nak habis. Kebetulan masa gi sana, ciksu nabilah ada kat hotel Renaissance tu dengan paktok. So kami pon turut sama la berborak kat lobi sambil makan kek.

    Dah dekat petang tu, hasben ajak makan malam kat hotel tu jugak sebab malas nak keluar cari kedai makan. Ok, nik ikotkan aje. Masa tengah makan2 tu, perut ni rasa mengeras semacam je. Hari tu pulak menu kat hotel seafood, memang menu feveret husben. Selalunya nik takde masalah dengan menu, tapi hari ni memang seriusly tak boleh nak makan. Tak lalu. Perut rasa keras yang amat sangat. Sampaikan nak berjalan pon rasa susah. Tulang pelvis pon rasa kejang semacam je.

    Lepas keluar dari hotel tu, pusing2 bandar kota bharu sikit barulah sampai rumah tokma belah husben dalam jam 10.30malam camtu. Malam ni, nik pesan dengan husben jangan keluar gi mana2 sebab memang rasa tak sedap hati.Tido malam tu memang nik rasa perot memulas2. Nik agak tu adalah early contraction. Kalau ikotkan pengalaman bersalin kt zara dlu, early contraction ni amik masa 2 3 hari jugak untuk pecah ketuban. Then, nik tido je dulu untuk menahan sakit.

    Dalam jam 12.45 camtu, dalam sedap tido tu nik terjaga, dan tiba2 ada bunyi "pop" dengan kuat..Terkejut punya pasal cepat2 bangun dari katil. Terus keluar air yang sangat banyak! Ye..air ketuban! Dengan terketar2 nik kol husben (dh pesan jgn keluar! adeih!), suruh balik sekarang. Ketuban dah pecah. Kene gi spital sekarang. Dalam hati..rasa lega sangat..akhirnya!!

    Husben pulak balik rumah kalut2 amik kunci kereta, bawak nik masuk kereta dan.....berdesuppp!! ke hospital. Otw tu siap ade roadblock lagi. Dengan confident husben rempuh...hamboi!

    Pengalaman di hospital (16/09/2013)

    Sampai di ER Hospital Annisa, nurse bawak nik masuk labor room untuk check bukaan. Dalam hati dah agak mesti dalam 1-2cm je nih. Sekali bila nurse cakap dah 4 cm, memang terkejut! Ye, bagi sesetengah orang 4cm je??? hahaha. tapi bagi nik..yeay!! 4cm! hehe
    Lepas check jantung baby semua oke, doc suruh masuk ward dlu tunggu bukaan bertambah. 

    Masuk ward lebih kurang jam 2.30pagi camtu. Kat dalam bilik pulak, ya allah..tuhan je tahu. Contraction tu memang makin kuat. Kuat sangat, nik ada baca kat internet, tips untuk menahan sakit contraction adalah dengan berjalan. Memang, memang nik berjalan dalam bilik tu. Pusing tempat sama berpuluh-puluh kali. Bila datang contraction, nik berhenti kejap, then sambung berjalan sehinggalah satu tahap yang memang langsung tak boleh berjalan.

    Husben nik tanya, nak paggilkan doctor ke tak.  Nik dengan confident cakap...takyah! Tapi mungkin husben dah tak tahan tengok nik sakit terok sangat kot nye, tiba2 je misi2 datang bilik. Check bukaan..dah 7 cm! Alhamdulillah..sekali lagi masuk labor room dalam jam 4.25am. Kat labor room ni memang sakit tu teramat sangat. Dan akhirnya, berkat doa semua orang di sekeliling nik, nik selamat melahirkan baby boy Iman Zariff pada jam 5.30am seberat 3.1kg.

    Dah..semua pn nangis bukan sedih tapi syukur dan terharu...

    Masih ade darah2 lagi..
    Alhamdulillah..semuanya semuanya selamat dan kelahiran baby berjalan dengan lancar..


    Bila baby keluar dari perot, nurse akan jemur baby kat bawah lampu kaler biru..
    Akan bersambung dalam next pose on the second day of newborn. :)




    Thursday, December 8, 2011

    Pengalaman Bersalin

    Setelah sekian lama niat nak update blog xtercapai, akhirnya hari ni terjumpa juge masa terluang. Huuu..Hari ni dah masuk hari ke 28 pantang. Means umur baby pon dh 28 hari.

    Hari ni, alang2 baby tgh lena tido tu nik nk citer ngan panjang lebar pasal pengalaman bersalin hari tu. Nik start cuti awal lagi, dalam minggu ke 38 pregnancy. Sebabnye ramai orang pesan, anak sulong ni kene beware ckt, kene standby 2minggu sebelum ngan 2minggu selepas duedate. Lagipon ayah mertua nik pon dh bising2 suruh balik takot2 terberanak kt ofis pulak kan.

    Kt kampung pulak, hari demi hari dok tunggu...tak jugak bersalin. Sehingga la lepas aidil adha tu nik dh start sakit2 perot time malam2 sampaila ke subuh. Mase 40minggu 8hari, nik sakit perot yg amat2 start dari kol 2 pagi smpai la kol 9pgi.

    Day 1: 9th November 2011
    2.39am - first contraction.
    8.30am - Pecah ketuban Darah
    Bangun tido, terus masuk toilet nk buang air kecil, tetiba xsempat smpai toilet ketuban nik pecah. Tapi bukan ketuban air tau, ketuban darah...meleleh2 darah kluar. Orang ckp kalo pecah ketuban darah ni sakit. Nik igtkan sakit camne sgtla kan..rupye mmg sakit sgt2.huuu. Terus gi spital, naik ambulance ngan mak nik. Husband lak ikot blakang ambulance ngan kete sekali ngan brang2.

    9.35am - Husband bwk gi klinik desa lepas kol misi in charge.
    9.45am - Naik ambulance ke hospital
    10.34am - Masuk Labor, check jalan, check jantung baby dan check contraction.
    13.15 pm - warded kt Ward 24.
    Nik kene warded disebabkan jalan baru 1cm, huhu..lame gler nk terbukak jalan.
    13.50pm-Check jantung baby selama 20minit.
    19.05pm - Check contraction
    Hari pertama mula2 masuk ward, contraction agak jarang, selang 30minit sekali. jadi xdela rasa sakit lame sgt. Malam pertama kt ward tu siap buleh makan burger quarter pounder mcD lagi. hehe.

    Day 2: 10th November 2011
    2.32am - contraction start setiap 5 minit.
    3.42am - dah tak tahan sgt, panggil misi report contraction. Misi cepat2 check jalan..tp sedey sgt..baru 2 cm.huu
    7.00am - contraction makin terok. Time ni doctor datang melawat, nik report kt doctor yg contraction terok giler. Pastu doctor ckp, nik nampak sakit giler dh..suh p check jalan pulak. tgk2 baru 3cm..ngeee...geram btol..lmbt bebenor nk terbukak jalan.
    1.00pm - Time melawat. mak, husband ngan adek2 ipar masuk melawat.
    1.15pm - Doctor panngil untuk check jalan lagi skali. Berita baek...dah 5cm! terus doctor suh masuk labor room.
    1.30pm - Gerak masuk labor room. Family smua tunggu kt luar je.
    2.30pm - Induce. Lepas induce, agak2 rasa sakit tu makin kuat, mintak nurse panggilkan husband nik masuk. Risau pulak takot2 terbersalin tanpa suami disisi...awww...i tak relaa...hihi
    Ni gambar dalam labor room tu. Walaupon sakit yg hamat...tp sempaat aje i posing u'olss..hihi..owh ye. Yang pakai hape benda tu yg tutup mulut tu laki i ler tu..dh macam doctor pakai bedah dh nik tgk.haha

    6.15pm - Start push.
    7.25pm - Alhamdulillah baby perempuanku seberat 3.3kg selamat dilahirkan.
    Ni la gambar baby Iman Nur Zahra beberapa minit selepas dilahirkan. Gambar ni diambil dalam labor room lagi sejurus selepas dilahirkan. Muka ala2 tembam bebenor time ni sbbnye baby baru kluar dari berenang2 dlm air kan. So muka sedikit sembab dan kembongg...

    Bila dah siap2 barut bagai, masuk ward 24 balik sekali ngan nik, haa...ini la rupa baby iman nur zahra. Terharu bila dapat tengok baby yg kte kandung 10bulan tu lahir dengan sihat sempurna. Alhamdulillah dan Terima Kasih Allah.

    Day 3: 12th November 2011
    Hari ni penyusuan ibu untuk baby iman nur zahra bermula dengan jayanye. Walaupun susu tak de sangat lagi pon, tp misi suh bg jugak. Takmo kasik susu FM or air suam langsung sebabnye susu ibu time ni adalah yg terbaek. Kaler kuning cair tp penuh dengan antibodi baik untuk kesihatan bayi.
    Tak tahan...walopon sakit beranak tu tak berapa nk ilang lg, boleh je i berposing,hihi. Tengokla muka nik, pucat macam takde darah. Ye la kan, mase bersalin kan banyak darah keluar. Baby memang macam ni kot ek, jarang bukak mata lepas lahir tu. Nanges pon mata pejam. Susah betol nk tengok biji mata baby.ngee...sonok nye dapat baby! haha.

    Alhamdulillah..lepas doctor check baby dh poo..takde sebarang masalah..mama dia pon sihat xde sebarang masalah, dengan segera kami boleh balik..yahuuu..Owh ye..Gojes tak i?? ofkos la gojess..dh jadi mak budak la katakan.hahaha