The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers
    Showing posts with label Masak-Masak. Show all posts
    Showing posts with label Masak-Masak. Show all posts

    Sunday, March 23, 2014

    Kek Marble simple

    Date : 23.03.14
    Venue : Home sweet home

    Semalam hari sabtu kami tak ke mana-mana. Sebabnya tiba-tiba husband cakap tak nak keluar hari ni. Aik.. satu keajaiban telah berlaku! Selalunya weekend kami jarang dok rumah. So hari ni, pagi2 tadi husband cakap nak gi rumah pakcik kat selayang sebab cuti sekolah, assume semua orang ada kat rumah. Before bersiap kami kol pakcik dulu la. Nasib baik, memang derang takde kat rumah sebab gi main petanque kt Bentong.

    So, dok rumah lagi hari ni. Petang husband dengan activiti bersama jiran basuh kereta ramai2. haaha. So iollss ni kebosanan terasa nak buat kek marble. Memang orang cakap kek ni senang. Tapi bagi hakak yang dah lama tak baking ni agak lupa ingatan la sikit. Google cari maklumat, godek2 barang kat dapur then..oke! jom baking!

    Antara bahan yang nik pakai simple je (eh...dah macam blog jom memasak di dapur bersama chef nik pulak! hahaha):

    - Secawan mentega
    - 3 bijik telor gred A
    - 2 cawan gandum
    - satu sudu esen vanila
    - satu sudu kecik serbuk penaik
    - 3 sudu besar serbuk koko
    - Suhu 180 celcius selama sejam


    Putar gula dan marjerin

    Masukkan telor dan putar lagi

    Sekarang masukkan tepung dan teruskan memutar

    Buat 2 adunan, satu perisa koko satu lg perisa biasa

    Campurkan dia..

    Dan bakar selama sejam dengan suhu 180 celcius

    Tada....dah masak!

    Adunan ni nik buat dua kaler je, kaler kuning biasa tu dengan koko. Disebabkan zahra tu suka makan kek coklat, so adunan tu nik banyakkan perisa koko tu. So, kek tu akan jadi banyak kaler koko la compare ngan kaler normal kuning tu.

    Lagi satu, loyang yang nik ada kt dapur tu agak besar gabak. Untuk kek marble ni, adunan sikit je. So nak tak nak terpaksa pakai periuk kaca vision size sedang tu. Yang kedua besar. So agak ngam2 la.

    Bila dah masak, buleh la potong2 dan makan...

    Owh ye, bila potong kek ni ada rasa lebih manis sikit. So next time nik kene kurangkan gula. Pastu nk upgrade sikit kasi tambah susu cair nak suruh sedikit moist.


    Sementara tu, budak-budak comels tu tengah buat...

    Kakak dan papa tengah cuci kereta

    Adik pulak tengah main...
     
    Comel je...hehehehe

    Sunday, July 7, 2013

    Pulut Durian

    Date : 7.07.13
    Time : 11.12pm
    Venue : Home

    Pernah dengar pulut durian tak? Pernah makan? Sedap tak? hahaha. Bertubi-tubi pulak soalan ye. Nik memang suka sangat pulut durian. Buah durian apa tah lagi, memang meleleh la kalo dapat makan. Bukan saja nak provoke ke ape, cuma nak share ngan korang. Ala, entah kenapa nik rasa macam nak makan pulut duriang sangat-sangat pulak hari ni. Nak cari kat kedai, memang tak de rasanya orang jual pulut durian time bulan-bulan puasa macam tu kan.

    Nak tak nak, terpaksa la nik buat sendiri pulut durian tu. Dah tu, memang terasa nak makan pulut durian yang macam mak buat kat kampung tu. Kema husband nik memang tak berapa gemar dengan durian. Pulut durian lagi la..memang tak la...

    Nik mintak husband cari sebijik durian (rm19 sebijik..mahal benar), beli santan pekat tu. Buat sendiri. Alahhh, bukan susah pon sebenarnya. Kalau rajin benda tu mesti boleh jadi punya la. Nik panaskan santan letak sikit garam. Agak-agak panas sekali menggelegak tu, dah..tutup gas sebab kalau lama-lama nanti boleh masak santan tu jadi minyak pulak. Masak sikit pulut, taburkan gula merah sikit kat atas pulut. Taruk santan yang dimasak tadi. Pastu makanla dengan durian fresh tu. Memang sedap!

    Inilah rupanya pulut durian tu..kalau sape-sape suka durian memang tau nikmatnya. Tapi kalau tak gemar makan durian memang takleh nk buat apa la kan..






    Sekian...



    Monday, August 6, 2012

    Nutrisi cukup tak?

    Date : 6 August 2012
    Time : 10.20malam
    Venue : Home sweet Home

    Kalau dilihat pada fizikal anak nik tu, Zara..memang nampak berisi, chubby, montel, gemokk, semua ade la. Tapi kadang-kadang nik ada jugak terfikir yang adakah nik dah bagi dia makan makanan yang sepatotnye dengan umur dia sekarang. Adakah cukup nutrisi yang zara consume setiap hari. Adakah tumbesaran anak nik tu kurang normal berbanding dengan anak orang lain. Aduh..kalau difikir-fikir camni setiap hari boleh jadi gila kot. Yela, become a first mom is not as simple as i think before. Susah sangat-sangat, kita seharusnya nak pastikan yang kita dah bagi yang terbaik untuk anak kita. Betol kan?

    Dah besar da anak dara i...ouch!
     Hari ni, sementara ada masa free sempat nik menjelajah beberapa blog dan website yang bercerita pasal nutrisi dan pemakanan untuk bayi berumur seusia anak nik. Takotnya...nik rasa macam semuanya tak cukup. Sangat-sangat banyak kekurangan. Ramai pakar menggalakkan supaya bagi ayam, daging, telor dan macam-macam sumber protin dan zat besi untuk bayi. Serta, banyakkan sayur-sayuran dalam hidangannya. Tapi nik bagi apa je? Cerelac..aiyaakk! Sepatotnye cerelac ni hanya bagi kat baby yang baru-baru nak start solid food je kot. Macam bayi umur 6-7 bulan je. Tapi zara actually lagi 3 hari nak masuk 9bulan. Astaghfirullahalazim..

    Bubur nasi pertama untuk zara (promote periok vision rembat kt HIG langkawi itu hari..haha)
     Hasil carian google, nik jumpa satu artikel dari MOHE tentang garis panduan pemakanan bayi. Sangat detail dan mudah difahami. Rasa macam nak print je. Dalam ni ada cakap;

     "Bayi berumur 6 hingga 8 bulan mesti diberi makanan yang dipuri, dilecek atau makanan separa pepejal. Dalam lingkungan umur 9 hingga 11 bulan, bayi perlu diberi makanan yang dicincang atau dipotong kecil. Makanan jejari (finger food) seperti biskut lembut dan buah-buahan juga boleh diberi.  Pada umur 12 bulan, kanak-kanak  boleh makan makanan keluarga."
    Bubur nasi campur carrot yang hampir masak.
     Masalahnye sekarang, zara takde gigi pon lagi. Boleh ke kalau nak bagi makan makanan dicincang/dipotong kecil tu. Nanti takot tercekik pulak. Lagi satu info; Beri makanan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan tenaga.

    "Sebagai panduan, bayi yang berumur 6 - 8 bulan perlu diberi setengah cawan bubur nasi pekat pada setiap hidangan.  Ia harus ditingkatkan sehingga 1 cawan pada umur bayi 9 - 11 bulan.  Kanak-kanak yang berumur 1-3 tahun seharusnya diberi  setengah cawan nasi pada hidangan utama.  Selain itu, 1 - 2 camca teh minyak perlu ditambahkan dalam hidangan sehari pada setiap peringkat umur."
    Bubur nasi yang dah dicampur dengan ikan bilis blended is now ready to eat.
     Owh ye, lagi satu tentang kekerapan hidangan dalam sehari. Sekarang ni, zara hanya makan cerelac 2 kali sehari je. Pukul 12tengahari dan 6 petang. Tapi bila masuk umur 9 bulan nanti, zara dah kene makan dengan lebih kerap;

    6 – 8 bulan    : 2 - 3 kali sehari dengan 1 - 2 kali snek berkhasiat
    9 – 11 bulan   : 3 - 4 kali sehari dengan 1 - 2 kali snek berkhasiat
    1 – 3 tahun     : 4 - 5 kali sehari dengan 1 - 2 kali snek berkhasiat

     (Prinsip ini adalah berdasarkan teori anggaran jumlah pemberian makanan yang diperlukan, yang dikira daripada saranan keperluan tenaga dan andaian kapasiti gastrik ialah 30 g/kg berat badan/hari serta dengan makanan dengan ketumpatan minimanya 0.8 kkal/g (Dewey and Brown, 2003).

    Sedap tak bubur nasi mama buat? hehehehe
    Hari ni, nik betol-betol tekad nak masakkan bubur nasi terbaik untuk zara. Dulu-dulu pernah try masak bubur nasi yang hanya campur carrot je. Bila nk suap tu, nik bubuh la sikit ikan bilis goreng yang dah diblend. Tapi zara tak suka sangat kot. Tak selera nak makan. Makan pon sikit je, tak macam dia makan cerelac tu. Mungkin masin kot kalau nak bandingkan cerelac yang manis tu. Takpe, kali ni nik takkan berputus asa. Nak google resepi-resepi yang best untuk zara. Nik nak masak bubur nasi dengan penuh kasih sayang kat zara. Bak kata chef kt tv alhijrah tu.."Masak dari hati...masak with Imaaan" hehe

    Jumpa lagi... Daaaa~

    Saturday, August 4, 2012

    Popia nestume bergula

    Date : 4 August 2012
    Time : 4.45pm
    Venue : Home Sweet Home

    Happy Saturday u'ollss!! Masih tak terlambat lagi nak wish happy weekend k. Hari ni nik tak gi mane2 pon. Cuti2 ujung minggu ni, tambah2 pulak bulan ramadhan ni memang malas sangat2 nak keluar. Macam minggu lepas, nik keluar ngan hubby gi KLCC..giler pancit! Penat sangat-sangat. Dah rasa macam budak2 puasa pulak, tak sabar nak tunggu buka, dahaga yang hamat sangat. Tu pon sempat rushing balik rumah, singgah beli food untuk berbuka kat bazar ramadhan Seksyen 20 shah alam.

    Owh ye, cer tengok tajuk post hari ni..mcm chef in the house kan? tak buleh blaahh jee. haha..Hari ni, dah takde planning nak gi mane2..nik mula la start menyimpul popia simpul yang nik plan lame giler dah nak buat tapi tak terbuat tu. Dah 4 hari dah kulit popia tu dok dalam peti ais, hari2 keje memang tak nyempat nak buat. Hari ni pon, still malas2 nak buat. Yela..sebok melayan budak kecik sehinggala tengahari tadi masa zara tido. Sempat simpul satu bekas plastik aiskrim tu je pastu dah malas dah. Adoi..memang memerlukan kesabaran tinggi betol la buat benda ni.

    Meh nik cite camne nak buat popia nestume yang nik buat tu. Anyway it was soo simple dimple ok. Cuma leceh ckt je la bila part menyimpul tu. Ok..kepada makcik2 kt luar sana..mula2, nestume+gula+susu tepung ckt, blend semua ni pakai blender kering then letakkan kt tepi dlu. Untuk kulit pulak, pakai kulit popia yang besar tu (kalau perasan kulit popia ni depend pd brand, ade satu size tu bsr ckt). Kulit popia tu potong 32 bahagian. Then simpul la satu2 sampai habis. Takyah letak apa2 isi pon kat dalam kulit tu sebab kalau bubuh serunding ikan tu dah jadi popia simpul. Ok..lepas setel part simpul2 tu, panaskan minyak then goreng. Masa goreng ni, jangan tunggu dia kuning mcm kt bawah ni baru nak tos kan. Tengok agak2 nak kuning tu, angkat terus sebab nanti masa tengah tos mcm kt bwh ni, minyak yg masih melekat tu akan menguningkan kulit popia tu lg. Makin lama jadi makin kuning.

    Toskan sekejap untuk keringkan minyak

    close-up ckt..chewah..nampak x? nampak x??? hehehe
    Ok..dah agak2 kulit popia yang dah digoreng td tu kering dan suam2 kuku je..taburkan dan gaulkan la benda2 yang di blend tadi tu..tadaa...dah siap! bolehla masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan untuk raya nanti.. Senang kan?

    Popia simpul netume - takde inti ok..
    Ngam2 masuk popia ni dalam botol tiba2 dengar suara cik zara bangun tido! haha..pandai betul timing anak dara i tu kan? Haruslah melayan dia pulak sementara menunggu waktu berbuka. Owh ye..anyway..petang ni nik ade IFTAR a.k.a reunion kecil-kecilan dengan budak2 sek menengah dulu kat Flaming Steambot Seksyen 33 Shah Alam. Seronok! sebab dekat sangat dah dengan umah nik. Dah lame giler tak jumpa derang ni. Camne la agak2 nye kan? Ok..pape hal, nanti nik nak update pasal reunion ni pulak ek.

    Zara nanges camni..takde maknanya nak menyimpul lagi ha...kiki
    Owh ye..sebagai selingan...anak i'olss yang meraung tak hengat bila bangun tido..lapa~~ k la..daaa

    Sunday, May 24, 2009

    Oven Baru yg Best!

    Semalam fad beli sebuah oven yg sgt best! waaa...hepi2. Bleh la kami main masak2 dngan bahagianyer kt utp ni. Kami dh plan macam2 nk wt ngan oven tu. Yang paling best, kami nk wt sekut raya! hik3..tp kene la training dr awal. Malam ni fad try masak Chocolate Chips Biscuit!!! Xsempat nk tgk fad menguli bahan2 nyer td...aku just tgk fad bakar je.hik3..antara proces2 nyer camni la..Tgh keluarkan biskut dari oven, agak2 nyer dh msak kot,hik3Menyusun biskut supaya sejuk...sbb kami nk ltk dlm balang.waaa.hepi2Ini la dia rupnye biskut tu..best tau..tgk pn nmpk sedap kan..ape lg rs nyer...hehehe...first try dh success...fad ckp..lps ni nk try masak cup cake lak...yeaaaaa
    Biskut yg dh masak, dimasukkan ke dalam balang plastik utk simpana.hik3..Sukanyer dpt main msk2 ngan bahagia camni..kene la prektis awal2 kan..maklumla..nnti nk msk kt mertua lak..hahahahhaha....

    Friday, July 18, 2008

    Maggie Goreng Kari

    Maggie Goreng Kari???
    Haaa....tu la..kalo dgr name megi ni cam terpikir gak kan, camne bleh megi goreng nk tarok kari lak. Tp nik ade baca kt tenet (terjmpa resipi kt satu website) bg idea camne nk masak megi kari tp bkn berkuah cam biasa kite masak/mkn tu, tp goreng..

    mmm..nik pikir, cam best jgk kan kalo try.hik2...alang2 brg2 dh ade n so simple. Then nik try wt..hehehehe...kdg2 burink gak kan asyik mkn benda same jer..maklumla...nik ni mmg pemint setia megi sbnyer..hik2..boleh jer nk mkn megi everyday.no hal nyer lah~!

    Kalo tgk kt gmbr tu, tau x rumet nik ckp ape lps megi tu mask???
    "Nik...megi u nampk pucat la.."

    hhuhu...tu la psl, nmpk pucat kan? nik rasa kan, may b next time nik kene tmbh kicap n sos cket kot. Baru nmpk ok cket kan? hehehe..kalo xcuba manekan kite tahu..btol x? nnti korg kalo senang2 try la wt.best tau~!


    Bahan-bahan:
    - Satu plastik Maggie perisa kari
    - Sebijik telor
    - Sebijik tomato sederhana je size
    - Fish Cake (ikut suka byk mane korg suka)
    - Carrot ptong halus2 memanjang
    - Sebijik bwg putih (tumis)
    - Sebijik bwg merah (tumis)

    cara2:
    mula2 tumis bwg putih n bwg merah yg dipotong halus2 tu sampai masak, then masukkan fish cake yg ptong slice. goreng sampai kuning then masukkan perencah megi tu. kacau sampai masak. then masukkan air tunggu hingga mendidih. Pastu masukkan megi yg dipotong 4 bhgian hingga megi tu lembik (jgn sampai kembang lak). then masukkan telor, kacau sampai smua tu kering cam megi goreng,hehee..siap~!

    Monday, July 14, 2008

    Nasi Planta ngan telo dadar

    Hari ni nik xde g mane2 pon. Just stay dlm blik jer disebabkan cuaca yg xberapa ok..ujan rintik2 mmbuatkan nik mlas nk g postgraduate ofis. Ofis dimana nik byk mmghabiskan mase kt ctu. Bila tghri..terasa pulak perut ni dok berkeroncong lapa..So, hari ni nik plan nk msk nasi best cket. Ha...so..nik masak la..

    Nasi Planta~!



    Hahahhaha..bagi korg may b senang n simple jer nk masak nasik planta kan..tp bg nik,tkut jugok...tkut xjd n hangus ke or xsedap.hahaha...tp xpe..blum try xthu lg jd ke x kan? Fad ckp, nasik planta nik cam nasi goreng~!!! hahahhaha....nik pon bru perasan~! may be nik tarok byk sgt sayur campur kot.hik3. xpe2 fad, nxt time kene lbihkan plantan n kurgkan syur cmpur.hahahaha...saborr jerr lerr....
    So this is my first time masak nasik planta.hik3...
    nik try jer..kot2 jadik, bleh masak lg sekali..hahahha....Anyway...cam biasa je nk masak nasik ni (maklumla..bru pndai masak nasik,..hik3).
    cuma beza nya...nasi planta ni kene tmbh planta n cket sayur campur n garam.tu jer! senang je kan? tp masalah jgk..bila
    nik masak nasi ni, at 1st tu mmg mencbr. sbd mase nasi tu tgh kering, aku masukkan planta satu sudu n sedikit garam n campur sayur campur. Then...tetiba nasi nik tu jd lembik~! uwaaaaaaaaaaaaa....tkut...
    Panik xtau nk wtpe...sabar...sabar...then at last dpt idea, ttp dlu rice cooker. then kacau2 bru on blik switch..tunggu dia kering cket sambil gaul2 nasik tu ngan penoh sabar.hahah...lat last jdik la jugak.
    Pasal lauk lak, memandangkn nik ni 'terror' sagt masak lauk..hahahha...nik goreng je la telo dadar. Tp yg peliknyer...nik goreng sebijik telo yg saiz nyer stended je xbsr sgt, n then masuk kan seulas bwg merah n seulas bwg putih jugk sebijik cili ijau yg pedas tu, pastu kacau then goreng. Tp...nik terkjut sgt2,, tau nape?? telo dadar tu jd besar gile~! sampai kan mase nik nk mkn nik terpaksa ptong 2..mkn half jer telo tu...half lg simpan utk diner ptg nnti lak..hahahah..klakar kan?? smpai skrg nik tertnye2...nape telo aku tu jd kembg n besar sgt2 ek..huhuhu...pelik la...

    So...skrg ni...dh siap terhidang...itulah msakn nik wt utk mkn tghri hari ni..hahaha..xdela best sgt, tp bg aku yg sesorg budak bru blaja msak ni, aklu rasa teramatla bangga sbb mkn mskan sendiri.hahaahha...nk pikir resipi lain lak utk esok.hik3..best2..

    Sunday, July 13, 2008

    My 1st cooking experience~!


    Sardin Masak kicap

    Inilah masakan pertama aku wt sepanjang aku blajar kt utp ni. Acually aku mmg xtau masak, bkn xnak blajar tp disebbkan xde supporter dan jugak xde peluang nk blajar masak. Tp..camne aku start masak? camni citernyer...hehe
    Alkisahnyer, aku tinggal sorg2 kt utp sbb rumet balik indonesia. Pastu, masa tu bdak2 undergrade lak tgh cuti sem jd smua cafe tutup. Aku lak mcm kebuluran dh xthu nk mkn ape. Hari2 aku mkn megi jer itu pon naseb baik gak kopetro (Koperasi Utp) bukak bleh jgk aku bli megi.huhu...then, mata aku lak bermasalh, aku blik kg, umah aku kt klantan. Then, tiba masa aku nk dtg blik utp bf aku bg idea sruh bwk brg2 mskn.Nasib baik la boyfren aku sruh beli brg2 masak utk mkn kt utp...just for backup kot2 cafe ttp lg..aku bwk la smua brg yg sepattnyer tu..toaster, rice cooker, perencah2 ns goreng (mcm2 perisa..haha),Tumix, serbok ikan bilis, perisa ayam pon ade.. pendek kate smua brg2 kt dapur ade dlm blik aku cam miyak msk, bwng, kicap, sos...smua la..hahaha

    Satu hari aku start pose ganti,,hik3..jd aku pkir la menu utk dmsk ptg ni. So..aku start mencri kt tenet, terjumpa la satu cara masak sardin feveret aku. Senang jer nk masak n bhan2 yg dperlukan pon smua dh ade. So..dengan penuh tekad kesabaran n semangat yg gigih, aku mulakan usaha ku utk msak. tut tut...jd la mcm ni...


    Ummm...nampak sedap kan???

    Nak tahu bahan2 nyer? camni..(aku pon amik kt www.myrecipi.com jer)

    Bahan2
    1. Satu tin sardin (brand xkisah la ape2 pon)2. Seulas bawang merah (dihiris halus)3. 2 ulas bawang putih (dihiris halus)4. Sebijik bawang besar (dihiris kasar)5. 1/4 cawan sayur campur6. Sebiji buah tomato (dipotong 6)7. 2 sudu besar sos cili8. 2 sudu besar sos tomato9. 2 sudu besar kicap manis.
    Haa..itu jer bhan2 nyer...senang je kan? hehehhe