The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers
    Showing posts with label Parenthood. Show all posts
    Showing posts with label Parenthood. Show all posts

    Wednesday, February 12, 2014

    Perkembangan anak-anak saya

    Date : 11/02/2014
    Venue : Home and Adamson Hotel

    Hari ni saja nik nak cerita pasal anak-anak kitorang. Nak cerita pasal perkembangan dua2 anak nik. 

    Perkembangan Iman Nur Zahra:
    Alhamdulillah, si kakak Iman Nur Zahra sekarang dah berumur 2 tahun 3 bulan. Sepanjang zara masuk umur 2 tahun lagi, dia dah pandai buat macam-macam. Perkembangan normal untuk kanak-kanak berumur 2 tahun. Tapi mungkin ada masalah ketinggian sikit di mana zara ni tak tinggi sangat macam budak-budak lain. Katik sikit, macam mak dia agaknya....yang katik banyak! hehehe
    Saya suka Dora!

    So far, zara dah pandai baca ABC sampailah Z which is memang membanggakan nik. Zara pandai baca dan ingat ABC ni pon rasanya sebab dia banyak belajar dari tab. Ye, kami memang ada ajar dia, tapi faham-faham je la kan. Kami pon bukan ada banyak masa bersama dengan anak-anak kat rumah. Banyak habiskan masa siang di ofis je pon. Tapi malam kami selalu jugak test zara dengan tanya pelbagai soalan contohnya macam, tu haiwan apa, warna apa, huruf apa, shape apa..dan macam-macam la.
    Celah almari pon boleh...

    Yang paling membanggakan kami lagi, zara bukan sekadar ingat ABC sampai Z, dia jugak kenal setiap huruf dari A sampai la Z. Sumpah tak tipu! Kalau kitorang tanya dia randomly, ni huruf apa...tu huruf apa..Zara kenal. Alhamdulillah...kalo firdge magnet kat peti ais tu, ada tulisan2 kan. Kami selalu tanya..ni huruf apa kakak? Nanti dia akan cakapla...contohnya word AUSTRALIA kat fridge magnet tu..nnti dia sebut.."A...U..S..T..R..A..L..I..A"...Smua huruf betol. Kat parking pon sama, excited dia bagitau kitorang..mama..B! mama..C! kalau kat jalan raya lak, setiap plate kereta orang tu dia dok baca DBN..WWA..mana2 dia nampakla..Comel je kan? Alhamdulillah..

    Lagi satu SHAPE..dalam bhs melayu bentuk ye kawan2. hihi. Almost semua basic shape dia kenal. Contohnya, heart (love), triangle, rectangle, diamond, sphere, circle. Sweet kan? Seronok bila zara nampak apa2 object kat luar dan dia bagitau kitorang..mama..papa...diamond! Ye..dia memang suka apply apa yang dia tau kat benda di sekeliling.

    Kalau pasal haiwan2 lak..boleh kata amazing jugak. Sometimes, dia ada sebut haiwan2 dalam english which is yang kami sendiri pon xtau. Hahaha. lawak kan? Oke, contohnya..ular sawa..kalo korang ckp ngan ank ular sawa tu apa? mestila bagitau dia.."snake" betol tak? tapi zara tak cakap tu snake..dia ckp.."No...phyton!"...canggih! hehehe. Almost smua animal yang basic2 tu dia kenal la. Tanya je..insyaAllah dia kenal. Yang mana ada dlam dictionary dia la kan. Termasuk insects mcm dragonfly tu pon tau. Semua pon dia banyak blajar dalam game Animal Puzzle. 

    Transport? kenderaanla kan... A few jugakla yang dia tau. Contohnya macam aeroplane, car, lorry, motor, bicycle, train, helicopter. Pastu lately, nik ada dengar dia cakap nama transport yg pelik2 mcm space shuttle..hohoho! terkezut! Rupanya ada benda tu kat dalam game tab dia. Hehehe..
    Khusyuk..

    Ohh, satu benda penting jugak nak cerita. Pasal hobby. Kekeke. Kalau tiap kali nak cakap pasal hobby si kakak ni mesti nak gelak. Gigirl kot..agaknya sepesen je smua. Si zara tu, suka sangat menyanyi. Ya allah ya tuhanku! tak kira masa menyanyi je manjang. Makin menjadi jadi kalo dia nyanyi kat depan cermin mekap nik! perghhh! siap buat muka comel pulak senget2 kat depan cermin. Main masak2 lagi satu, smua barang dia nak angkut bawak main masak2. Kat dalam box dia tu rasanya dh penoh ngan set pinggan magkuk mainan yang mak nik belikan untuk dia. Tak cukup!! taak cukuuup...amik lagi kat dapur! hadoiyai...Lagi satu tengok kartun. 24 jam kalo boleh nak mengadap! sampaikan mak bapak dia nk tengok tv pon xleh tau! isshh..sabor jela. Antara feveret kartun dia buat masa ni, Dibo, Henry Hugglemonster, Maya the bee, Sofia the first, Hi5, Mickey Mouse Clubhouse, Pocoyo dan Hello Kitty..hameek. Banyak giler. Semua dia suka. Hah...kalo cakap pasal Hello Kitty pon satu lagi parah. Semua benda kalo boleh nak hello kitty. Baju, pinggan magkk, botol air, mainan, buku...aaarrgghh..semua!! Pantang gi mana2 nmpak hello kitty..melekat la kat situ jawabnya. Even nampak gmbr hello kitty kat bju budak lain pakai pon dia kecoh. Siap g cucuk2 perot budak tu tunjuk hello kitty kt situ. Lagu hello kitty?? tak yah cakap la...tiap masa nyanyi lagu tu..uwaaaa!
    Suka baca buku

    Lagi satu hobby kakak dari kecik sampai ke besar..membaca. Ha..ni nik suka. Memang dia suka baca buku.Kat mana2 dia jumpa buku ke, pamplet ke..yang menarik ada kartun2 mesti dia mentelaah..hah! ko mampu? mentelaah gitu...cer tengok la contoh kat atas tu. Kat lantai tepi almari camtu pon boleh baca buku tau. Lagipon tu bknnye buku, sebenarnya kertas dalam ape benda bli barang hape entah.keke. Comel kan?

    Tu la dia perangai si kakak...

    Perkembangan Iman Zariff
    Si adik pulak, baru berumur 4bulan 3minggu. Dah nak masuk 5 bulan which is kene amik lagi satu injection 5bulan. Nebes jugak tuh. Tiap kali nak inject mesti berdebar2. Sedih nak tengok baby kene inject la. Sakit kite..dia yang menanggung lagi sakit. Kesian kan? Weekend ni plan nak gi inject bontot zarif kat klinik umra. Klinik keluarga feveret kitorang sekeluarga. Hihi..Owh ye, dlu klinik ni takde la ramai sangat masa dok wat checkup preggy kat kakak. Sekarang ni..ya allah..ramai giler dah macam klinik gomen pon hado. Kalau gi lambat sikit mesti que panjang giler. Glemer la kot sekarang ek. Ramai.

    Suka isap hari

    Ok, back to cerita pasal perkembangan zariff ni kan. Apa yang nik boleh cakap yang si zariff ni.."Good Boy"..seriusly. He is...a good boy. Sejak dari hari pertama dia keluar sampaila sekarang dia maintan as a very very goood boy. Kenapa? Sebabnya zarif ni jarang sangat2 nangis. Memang jarang sangat! Sampaikan orang dok sekeliling dia boleh cakap, hari ni langsung tak dengar suara zariff. Hah! memang. Dia hanya nangis bila ngantuk sangat or nak susu. Even kalo kakak dia cubit, sampai kulit dia luka pon dia tak nangis. Cool kan anak jantan iollss! Ya allah..dia senyum je..pastu mata besar..melilau tengok kiri kanan. Mulut dia sekarang boleh tahan becok jugak tu. Menyembur sana sini pon satu hal. Orang tua2 cakap kalau anak suka sembur2 air liur, rambut kita gugur. Humpphh.memang betol kot. Kalau bgun tido, penoh rambut kat bantal. Adeih..

    Hobi..mengayuh basikal

    Perkembangan fizikal? Alhamdulillah. Chubby bam bam macam kakak dia zaman kecik. Seronok betol bila tengok anak kita membesar dengan sihat. Buat masa ni zariff masih lagi seratus peratus menyusu badan. Hari2 minum susu yang dipump. Orang ramai cakap kalau baby minum susu badan ni tak chubby, tak bam bam. Tapi alhamdulillah dua2 ank nik  menyusu badan, dan dua2 pon bambam. hehehe. Susu berkualiti la katanya..hihi. So in term of tumbesaran memang memberangsangkan lah. Even gambar kat atas tu pon zariff pakai size 9months yg nik bli online. Ingatkan baju tu besar sikit la buleh pakai lama, tapi rupanya ngam2 je. So next online shopping tu nik bli size 12months.

    Belajar meniarap
    Dari segi skill baru pulak, ni lemah sikit nak cerita. kekeke. Si zariff ni masih lagi tak nak meniarap tau. Lawak betol la zariff...Hari2 balik keje, masa kat katis before ready nak tido tu mesti nik training (training tu xtahan.haha) ngan zarif. Training meniarap. kekeke. Ada sorang anak member nik, anak Fad namanya iedris. Lahir awal 3hari dari zariff. Dan iedris tu dah lama dah meniarap. Hahaha. Hadoila zarif. Tiap kali nik balikkan badan dia supaya meniarap..semnit pertama tu okela, masuk minit kedua tu, hah! lemas! keke. Ala..sebenarnya takde pape pon kan. Setiap baby tu perkembangan dia lain. Tak sama. Dulu, kakak zara tu lagi la. 2bulan 3minggu dah boleh meniarap. Punyala cepat, tapi merangkak? masuk 8bulan bru bleh. Then setahun sebulan baru bleh berjalan. So..not to worry.
    Dah sepet mata..kene tindih ngan pipi

    Perghh..rasa dh panjang sangat dah ni. Lain kali je la sambung cerita. Penat kot menaip.

    Bye uuoolllsss...mmmuaah!









    Tuesday, November 20, 2012

    Happy Birthday INZ!!!


    Date : 16.11.2012
    Time : 3.30 PM
    Venue : Rumah tokma

    Setelah beberapa hari lepas birthday zara, hari ni baru nik sempat nak kumpul dan upload kesemua gambar birthday. Biasala, balik kampung..amik masa nak unpack semua2 barang. Tambahan pulak nik bukan selalu ade masa free kat rumah. Malam-malam balik rumah dah malas tahap gaban dah. Memang balik rumah, guling-guling je kejenye..sambil menenen puteri kesayangan ni ha. hehehe..comel kan?

    Ok..jom layan gambar birthday celebration zara hari tu..takde la wt besar-besaran pon...sekadar paggil keluarga terdekat je..

    Birthday backdrop design by ciksu
    Zara dan ciksu bersama kek pororo

    Zara bersama farhan dan isey
    cucuk...patah telinga...

    kek pororo feveret gugurl...

    2nd birthday kek for the event

    very the....anak mama...keke

    nyanyian...

    zara..jom potong kek!

    potong kek
    Uppsss...tercabut sekor pororo

    suasana....

    zara tukang sebok kt tepi tu..

    potong kek dan juga posing..hehe

    cikngoh yang jd tukang bagi2 kek

    zara rasa kek..sedap tak?
    mama dan auntie syikin - borak2

    thanks ciksu..for the big surprise!!

    Jom pecahkan belon tuuu...
    Thanks to uncle gman n auntie syikin sekeluarga!

    the crowd

    anak dan ibu
    Owh ye, nik jugak nak cerita apa yang berubah tentang zara bila menjelang umur setahun ni. Kikiki..Memang lawak ok.

    Pertama sekali, kalau dulu zara bangun tido pagi-pagi mesti dengan gelak ketawa atau bunyi-bunyian comel. Tapi sekarang berubah kepada...mentuyikkk (nangis). Hahaha..lawak kan? makin besar makin mengada anak dara i ni tau. Bangun pagi mesti nangis, entah mimpi ngeri ke apa malam2 nik pon tak tau. Orang tua-tua cakap sebab dia dah makin aktif. Makin banyak main so tido pon termimpi macam-macam. Tu bangun nangis camtu...tapi i ok jee...lap u darling!

    Kedua...malam-malam dah tak kerap bangun nenen lagi dah! biasanya kol 3pagi mesti merengek nak susu, bangun kejut nik. Sekarang ni, terbalik..kte lak bangun kol 3pagi..tengok zara...pastu fikir "aik..tak bangun nenen ke?" pastu sambung tido..waaahh! anak dara i dah besar uollsss!

    Ketiga...mulut becok hoccay!!! ok..dulu zara memang dah banyak bunyi..tapi sekarang ni..makin..makin..makin..makin banyaaaakkkk sangat bunyi!! lawak sangat. Semua bunyi dia dengar dia nak ikot. Kalau orang bercakap dia pon sebok nk borak tapi word tak jelas..random je dengarnye..so sweet!! semua arahan boleh dikatakan dia faham. Contohnye papa dia nampak remote astro kat sebelah zara, then papa dia cakap "baby..amik remote tu bg papa"...dengan lajunye...dia amik remote..hulur kat papa!! zara paham...rasa nk meleleh air mata tgk tau! lapp u so much darling!

    Keempat...hadddooiiii...dah setahun dah...gigi satu pon tak tumbuh lagi! miahahaahaha...gusi dah lama bengkak tapi gigi masih jugak malu2 nak keluar. Tapi..walaupon takde gigi...makan kalah orang gigi penuh tau! biskut ke..ayam goreng ke..kerepek ubi pon hentam! miahaha...thats so like mama! kekeke

    Kelima...hmmm...masih takleh jalan lagi.tapi takpe! zara dah lama dok cruising2 cuma tak berani nk melangkah je. Anyway zara dah boleh berdiri sndiri tanpa pegang apa2. memanjat pon boleh..tak padan ngan gugurl..hehe

    Keenam...menari? menyanyi? her favourite!!! kalau balik kampung..zara ni dah jadi bahan hiburan lak. Mane taknye..sambil2 dok merangkak tu boleh dia berhenti..then goyang2 kan kepala sambil mulut..potpetpotpet..nyanyi lagi pororo kot! miahahahaha...memang comel sangat!!!

    Owh my goodness...so much things to say here. Terlalu banyak sangat pasal zara yang nik rasa nak cerita. Memang takkan habis..she is sooo lovely little girl..penawar..pengubat..penyembuh..semuanyalaaa!!

    Mama dan papa love you darling!!! mmmuaaahhh!!

    Friday, August 10, 2012

    Happy 9 months burfday!

    Date : 10 August 2012
    Time : 6.35 pagi
    Venue : Home sweet Home

    My daughter is now 9months! Hahaha..anak sorang, teruja la sikit. Setiap 10hb pon memang teruja. Tunggu anak 5 6 orang nanti gamaknye macam ni jugak ke? InsyaAllah. Sekarang ni pon tengah planning jugak untuk anak ke-2. Baru cik iman nur zahra masuk umur 9 bulan dah fikir untuk bagi adik kan. Ade rezeki..jangan ditolak. Takde nak wat camne, usaha je la.hihihi

    Pagi ni dah 20 hari kte puasa dan hari ni hari ke 21 ramadhan. Kami bangun sahur macam biasa kol 5.00 pagi on time. Setel makan-makan, semayang subuh, on laptop..ehek ehek..budak kecik tu bangun tido. Best je timing bangun. Goodgirl!! Token to you inz! Terfikir yang hari ni zara masuk 9bulan, nik cepat-cepat snap gambar dia baru bangun tido tu then upload kat sini. Owh ye, tak lupa jugak terus timbang berat zara. Sekarang berat zara masih tak naik dengan meriahnya. Bulan ni berat zara 8.7kg je. Naik dalam 100gram je dari last month. Betol cakap orang tua-tua, bila dia besar berat baby takkan naik banyak sebab dia makin active main dari active makan (macam dia kecik-kecik dulu) hehehe.

    Bangun tido terus gigit yasin mama..
    Serabai betol rambut anak dara i kan? kata baru bangun tido..hehe
    Dah bosan dah, nak main benda lain pulakss..
    Telatah inz yang takkan nik bosan!
    Bangun awal pulak cek mek inz tu pagi ni. Macam tau-tau je mama dia nak bercerita pasal burfday yg ke 0.9..hehe..Owh ye kan, dah lama lagi nak menyambut burfday yang ke 1. Haruslah plan dari sekarang! (Sekali lagi mama inz menunjukkan sikap teruja nya..upss)

    Anyway..tu je wat masa ni. Nik nak mandi, nak bersiap dan drive gi keje dengan senyum lebar! Happy 0.9th burfday Iman Nur Zahra!!! Mama and papa love you soo much...infinity..

    Daaa~~

    Wednesday, August 8, 2012

    Unpredictable

    Date : 8 August 2012
    Time : 3.00 petang
    Venue : Home sweet Home

    Hari ni takde idea nak tulis apa. Tapi still nak jugak post. Otak beku kt dalam ofis, keje pending banyak pulak tu. Nak buat takboleh disebabkan ade beberapa limitation. So, belek-belek gambar anak sendiri. Teliti satu-satu..dan terfikir..yang anak perempuan nik membesar diluar jangkaan nik dan hubby. Progress zara memang lambat sikit kalau nak compare dengan orang lain macam yang nik pernah cerita seblum ni la. Kami fikir, zara ni mungkin dah tak merangkat kot. Tapi alih-alih...rata satu rumah dah dia jelajah, merangkak dengan expert nya. (Ni la budak kecik tu...)
    Gaya menonton tv yang sungguh santai
    Kalau dulu, tengok pada ke-chubby-an Zara tu memang langsung tak terfikir yang zara boleh bangun berdiri sendiri sebelum umur setahun. Nik ngan hubby selalu fikir yang anak kami ni lambat kot nak bangun-bangun panjat-panjat macam anak orang lain. Berat..susah kot. Lagipon dia gayat..(camtula kami fikir kononye)
    Suka main dengan bumbo seat
    Kalau dulu, tengok pada size tapak kaki zara tu kecik je. Macam-macam orang cakap kalo tengok size kaki dia. Ada yang cakap lambat berjalan la. Ada yang cakap setahun lebih tu baru boleh bangun la. Banyak lagi la. Tapi sekarang, sangant tidak sangka..masuk zara 8bulan je tiba-tiba tanpa disuruh dia bangun sendiri. Nik memang langsung tak paksa dia bangun sebab tau, sampai masa dia akan bangun sendiri. Tak sangka..sekarang, dah masuk sebulan zara pandai merangkak dan memanjat.

    Tertonggek-tonggek nak berdiri..menongkat kt bumbo seat
    Sekarang ni, pantang pandang tempat lain je..alih alih dah berdiri. Merangkak.. bangun.. duduk.. merangkak.. bangun.. duduk. hehe.tu je la dia tau. Sunggoh tak sangka! Itu dari segi progress bergerak la. Kalau dari segi mulut pulak, haa...ini kami rasa tersangat cepat! Mulut pot pet pot pet tak hengat! Menjerit..kuat gilerss hoccay! Nak gelak pon ade. Kalau gi mana-mana..mulut tak dok diam. Semua orang dia tegur.Aiyaaakk! Kadang-kadang tu, dia menjerit sambil menggerak-gerakkan badan ala-ala dia menari tengok fevourite song tu. Kelakar sangat. Nik ngan hubby rasa, may be dia menyanyi kot..tu yang happy semacam tu..cuma takde nada je.hahaha

    Rambut dah cucuk mata..nak raya nanti mama potong k

    Moral of the story, jangan sekali-kali underestimate you child k. Anak-anak ni, akan membesar dengan cepat tanpa diduga, dan di luar jangkaan kita. Jadi, jangan sekai-kali putus asa untuk train anak-anak. Sabar je...hihi.

    Monday, August 6, 2012

    Nutrisi cukup tak?

    Date : 6 August 2012
    Time : 10.20malam
    Venue : Home sweet Home

    Kalau dilihat pada fizikal anak nik tu, Zara..memang nampak berisi, chubby, montel, gemokk, semua ade la. Tapi kadang-kadang nik ada jugak terfikir yang adakah nik dah bagi dia makan makanan yang sepatotnye dengan umur dia sekarang. Adakah cukup nutrisi yang zara consume setiap hari. Adakah tumbesaran anak nik tu kurang normal berbanding dengan anak orang lain. Aduh..kalau difikir-fikir camni setiap hari boleh jadi gila kot. Yela, become a first mom is not as simple as i think before. Susah sangat-sangat, kita seharusnya nak pastikan yang kita dah bagi yang terbaik untuk anak kita. Betol kan?

    Dah besar da anak dara i...ouch!
     Hari ni, sementara ada masa free sempat nik menjelajah beberapa blog dan website yang bercerita pasal nutrisi dan pemakanan untuk bayi berumur seusia anak nik. Takotnya...nik rasa macam semuanya tak cukup. Sangat-sangat banyak kekurangan. Ramai pakar menggalakkan supaya bagi ayam, daging, telor dan macam-macam sumber protin dan zat besi untuk bayi. Serta, banyakkan sayur-sayuran dalam hidangannya. Tapi nik bagi apa je? Cerelac..aiyaakk! Sepatotnye cerelac ni hanya bagi kat baby yang baru-baru nak start solid food je kot. Macam bayi umur 6-7 bulan je. Tapi zara actually lagi 3 hari nak masuk 9bulan. Astaghfirullahalazim..

    Bubur nasi pertama untuk zara (promote periok vision rembat kt HIG langkawi itu hari..haha)
     Hasil carian google, nik jumpa satu artikel dari MOHE tentang garis panduan pemakanan bayi. Sangat detail dan mudah difahami. Rasa macam nak print je. Dalam ni ada cakap;

     "Bayi berumur 6 hingga 8 bulan mesti diberi makanan yang dipuri, dilecek atau makanan separa pepejal. Dalam lingkungan umur 9 hingga 11 bulan, bayi perlu diberi makanan yang dicincang atau dipotong kecil. Makanan jejari (finger food) seperti biskut lembut dan buah-buahan juga boleh diberi.  Pada umur 12 bulan, kanak-kanak  boleh makan makanan keluarga."
    Bubur nasi campur carrot yang hampir masak.
     Masalahnye sekarang, zara takde gigi pon lagi. Boleh ke kalau nak bagi makan makanan dicincang/dipotong kecil tu. Nanti takot tercekik pulak. Lagi satu info; Beri makanan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan tenaga.

    "Sebagai panduan, bayi yang berumur 6 - 8 bulan perlu diberi setengah cawan bubur nasi pekat pada setiap hidangan.  Ia harus ditingkatkan sehingga 1 cawan pada umur bayi 9 - 11 bulan.  Kanak-kanak yang berumur 1-3 tahun seharusnya diberi  setengah cawan nasi pada hidangan utama.  Selain itu, 1 - 2 camca teh minyak perlu ditambahkan dalam hidangan sehari pada setiap peringkat umur."
    Bubur nasi yang dah dicampur dengan ikan bilis blended is now ready to eat.
     Owh ye, lagi satu tentang kekerapan hidangan dalam sehari. Sekarang ni, zara hanya makan cerelac 2 kali sehari je. Pukul 12tengahari dan 6 petang. Tapi bila masuk umur 9 bulan nanti, zara dah kene makan dengan lebih kerap;

    6 – 8 bulan    : 2 - 3 kali sehari dengan 1 - 2 kali snek berkhasiat
    9 – 11 bulan   : 3 - 4 kali sehari dengan 1 - 2 kali snek berkhasiat
    1 – 3 tahun     : 4 - 5 kali sehari dengan 1 - 2 kali snek berkhasiat

     (Prinsip ini adalah berdasarkan teori anggaran jumlah pemberian makanan yang diperlukan, yang dikira daripada saranan keperluan tenaga dan andaian kapasiti gastrik ialah 30 g/kg berat badan/hari serta dengan makanan dengan ketumpatan minimanya 0.8 kkal/g (Dewey and Brown, 2003).

    Sedap tak bubur nasi mama buat? hehehehe
    Hari ni, nik betol-betol tekad nak masakkan bubur nasi terbaik untuk zara. Dulu-dulu pernah try masak bubur nasi yang hanya campur carrot je. Bila nk suap tu, nik bubuh la sikit ikan bilis goreng yang dah diblend. Tapi zara tak suka sangat kot. Tak selera nak makan. Makan pon sikit je, tak macam dia makan cerelac tu. Mungkin masin kot kalau nak bandingkan cerelac yang manis tu. Takpe, kali ni nik takkan berputus asa. Nak google resepi-resepi yang best untuk zara. Nik nak masak bubur nasi dengan penuh kasih sayang kat zara. Bak kata chef kt tv alhijrah tu.."Masak dari hati...masak with Imaaan" hehe

    Jumpa lagi... Daaaa~