The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers
    Showing posts with label Family. Show all posts
    Showing posts with label Family. Show all posts

    Monday, July 28, 2014

    Selamat Hari Raya 2014 !

    Date : 28.07.2014
    Time : 2.00pm
    Venue : Hometown @Kota Bharu Kelantan

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

    Maaf Zahir Dan Batin!

    Ayat standard setiap tahun, tapi maksudnye sangat mendalam. Apa yang penting, sekali lagi kita berjaya melepasi cabaran bulan puasa yang penuh keberkatan. Hari ni kita melalui hari raya yang penuh bahagia.

    Alhamdulillah, untung berkat kahwin dekat-dekat. Kami beraya di tempat yang sama. Mama dan papa dua2 pon kampung sama so anak-anak bolehla beraya ngan atok nenek dua2 belah setiap tahun! Kan???

    Raya pertama tahun ni memang seronok sangat berbanding tahun lepas. Sebab? Sebab utama ofkos la sebab tahun ni beraya berempat! Zariff ada tahun ni! Tahun lepas zariff dalam perot lagi, masa tu mama tengah sarat mengandungkan Iman Zariff. Takde mood nak beraya tuhan je tahu sebab penat. Nasib baik kakak Iman Nur Zahra ada, bolehla bawak kakak jalan2 beraya.

    Tahun ni, pagi raya kat rumah tokma papa. Pagi raya rutin biasa, beramai-ramai snap gambar raya buat kenangan. So inilah gambar raya keluarga. Tema Frozen Blue... 








    Okeh, itu kejadian kat rumah tokma papa. Lepas sessi bermaafan dan bergambar, satu keluarga gerak menuju ke rumah Tok Mat Adam (atok mama = ayah tokma mama) plak. Sinilah tempat mama satu keluarga besar berkumpul setiap tahun. Tempat mengutip duit raya.





    Kami sebenarnya takde la nak plan pakai baju biru sedondong kaler biru frozen tu satu family besar camni. Memang kebetulan Tokma dan Tokbah tahun ni biru, Ummi Ngah ngan walid sekeluarga pon biru, ciksu baju tak siap (patotnye kaler belacan), tapi beli turqoise. Match pulak ngan keluarga kami kaler biru frozen ni. hehehe

    Juadah
    Yang paling seronoknya, masa berkumpul ni, semua pakat amik gambar keluarga. Dalam masa nak adjust kedudukan, keluarga mana dulu ni la pelbagai kejadian lawak jenaka. Sakit perot la kot dibuatnye! Seronok sangat raya tahun ni. Memang meriah dan happening!




    Family Pak Muda

    Family Mokpah
    Family Maktih







    Wednesday, November 6, 2013

    Berbasikal dengan ciksu

    Date : 6/11/2013
    Time : 5.30pm
    Venue : Parit Raja, Batu Pahat, Johor

    Seperti biasa, pantang ada cuti panjang sikit kami memang akan datang ke Parit Raja ni. Memang boleh dikatakan tiap kali datang johor, kami sampai kat sini je la. Tak pernah nak pergi mana2. Malas sebenarnya, bukan apa. Tak tau la, asal datang rumah maklong je rasa macam nak dok menepek je kat dalam rumah, malas nak keluar. Even nak gi BP Mall pon malas tau. hahaha.

    Iman Zarif yang banyak masa dihabiskan dengan tido.

    Setiap hari tu bukan kami buat apa pon. Dok borak2, tengok tv, main ngan anak2 buah belah husband. Tu je. Tapi seronok. pejam celik pejam celik, dah pon gelap. Petang2 pulak selalunya nik suka memerhatikan gelagat anak2 buah main basikal kat depan rumah tu. Zara pon turut sama la. Dia memang suka sangat main ngan kazen2 dia tu. Zarif? no no...tak boleh main lagi. Jadi pemerhati tegar saja lah.
    Mula-mula bukak mata..

    pastu sambung tido balik..

    Kebetulan trip ke batu pahat kali ni kami bawak sekali ciksu nabilah. Seronok la semua orang ade ciksu yang melayan semua kerenah tu. Termasuklah zara yang nak naik basikal. Ciksu la yang susah payah dokong bawak zara round2 pusing2 basikal. Kalo ikotkan papa dia? memang tak lah! ahahahaha

    canggih ciksu...bawak kakak zara naik basikal pakai harnes! hahaha
    Layankan aje la ciksu ye. Dah nama pon budak2. hahahahaha. Harnes merah yang ciksu pegang tu, nik beli sejak zara kecik lagi. Murah je, memang tak sampai RM50 pon. Lupa exact price tp memang murah. Beli kat kedai2 baby camtu. Tapi memang harnes tu kuat giler. Masuk budak besar cam zara tu pon boleh tahan lagi. Sekarang ni nik pakai harnes tu untuk dokong zarif pulak. Walaupon murah tapi memang berbaloi-baloi kan? Ada satu jenis harnes tu, dia mengeras kat belakang baby. Memang bagus untuk support baby yang masih tak boleh duduk tegak. Tapi masalahnye, harness tu boleh pakai sekejap je, tak lama sebab bila bb tu makin besar, dia dh tak nak duduk dalam harnes tu. Baby macam kita jugakla, nak tengok luar, nak tengok semua apa yang kita tengok. Kalo harnes camni (merah kt atas tu), kite buleh terbalikkan muka baby mengadap ke depan. So senang la, baby tak merengek!

    Walaupon penat melayan kerenah anak saudara, maintain senyum lagi tu.
    Ha..mengadap depan2 cam ni la. So baby boleh tengok apa yang kita tengok. Baby tak bosan, dia tak nangis la. Kakak zara yang besar gabak tu pon muat lagi.hamekkk..hahahaha

    Suasan depan rumah maklong
    Macam tu la keadaan depan rumah maklong. Ujung jalan tu end lot. So budak2 main kat depan tu pon memang tak bahaya. Tak risau pasal kereta2 yang lalu lalang, memang tak de kereta. Kereta orang rumah tu je la. hihi. Owh, kereta biru tu? itula encek wish kesayangan husband nik. Suka sangat benda kaler biru, sampaikan kereta pon nak kaler ala2 sparkling blue gitu. kikiki

    Maklong baru sampai rumah
    Ha...encek stream kaler kelabu tu pulak kesayangan maklong. Kaler ni baru nik suka. hahaha. Hari ni maklong ade jaga budak2 exam upsr kalo tak silap. Hahaha..sori la hakakkk lopaaa..dari pagi, sampai kol 6petang baru balik. Penat jugak jadi seorang tenaga pengajar ni ye. Nampak macam rilek, tapi adakalanya busy mengalahkan Manager! hehehe

    Anak-anak sedara husband ku
    Tu dia si kenit2 sekalian. Semuanya 5 beradik. Yang sulung baju belang2 kat ujung tu, kami panggil along, yang no 2, gigirl tinggi lampai tu.kami paggil iffah, no 3 ajwad pakai bju kaler putih tu. no 4, bju kaler kuning, aufa namanya. Bongsu...si kenit comel dalam walker tu..Fatimah Azzahra..kami paggil mah2. hihihi


    Ibu dan 2 anak
    Dan..ini lah dia si penulis blog yang baru habis pantang tapi tak selim2 tu..hahahaha

    Dah..tu je..hingga berjumpa lagi di lain update ye uollss..

    bye!


    Tuesday, November 20, 2012

    Happy Birthday INZ!!!


    Date : 16.11.2012
    Time : 3.30 PM
    Venue : Rumah tokma

    Setelah beberapa hari lepas birthday zara, hari ni baru nik sempat nak kumpul dan upload kesemua gambar birthday. Biasala, balik kampung..amik masa nak unpack semua2 barang. Tambahan pulak nik bukan selalu ade masa free kat rumah. Malam-malam balik rumah dah malas tahap gaban dah. Memang balik rumah, guling-guling je kejenye..sambil menenen puteri kesayangan ni ha. hehehe..comel kan?

    Ok..jom layan gambar birthday celebration zara hari tu..takde la wt besar-besaran pon...sekadar paggil keluarga terdekat je..

    Birthday backdrop design by ciksu
    Zara dan ciksu bersama kek pororo

    Zara bersama farhan dan isey
    cucuk...patah telinga...

    kek pororo feveret gugurl...

    2nd birthday kek for the event

    very the....anak mama...keke

    nyanyian...

    zara..jom potong kek!

    potong kek
    Uppsss...tercabut sekor pororo

    suasana....

    zara tukang sebok kt tepi tu..

    potong kek dan juga posing..hehe

    cikngoh yang jd tukang bagi2 kek

    zara rasa kek..sedap tak?
    mama dan auntie syikin - borak2

    thanks ciksu..for the big surprise!!

    Jom pecahkan belon tuuu...
    Thanks to uncle gman n auntie syikin sekeluarga!

    the crowd

    anak dan ibu
    Owh ye, nik jugak nak cerita apa yang berubah tentang zara bila menjelang umur setahun ni. Kikiki..Memang lawak ok.

    Pertama sekali, kalau dulu zara bangun tido pagi-pagi mesti dengan gelak ketawa atau bunyi-bunyian comel. Tapi sekarang berubah kepada...mentuyikkk (nangis). Hahaha..lawak kan? makin besar makin mengada anak dara i ni tau. Bangun pagi mesti nangis, entah mimpi ngeri ke apa malam2 nik pon tak tau. Orang tua-tua cakap sebab dia dah makin aktif. Makin banyak main so tido pon termimpi macam-macam. Tu bangun nangis camtu...tapi i ok jee...lap u darling!

    Kedua...malam-malam dah tak kerap bangun nenen lagi dah! biasanya kol 3pagi mesti merengek nak susu, bangun kejut nik. Sekarang ni, terbalik..kte lak bangun kol 3pagi..tengok zara...pastu fikir "aik..tak bangun nenen ke?" pastu sambung tido..waaahh! anak dara i dah besar uollsss!

    Ketiga...mulut becok hoccay!!! ok..dulu zara memang dah banyak bunyi..tapi sekarang ni..makin..makin..makin..makin banyaaaakkkk sangat bunyi!! lawak sangat. Semua bunyi dia dengar dia nak ikot. Kalau orang bercakap dia pon sebok nk borak tapi word tak jelas..random je dengarnye..so sweet!! semua arahan boleh dikatakan dia faham. Contohnye papa dia nampak remote astro kat sebelah zara, then papa dia cakap "baby..amik remote tu bg papa"...dengan lajunye...dia amik remote..hulur kat papa!! zara paham...rasa nk meleleh air mata tgk tau! lapp u so much darling!

    Keempat...hadddooiiii...dah setahun dah...gigi satu pon tak tumbuh lagi! miahahaahaha...gusi dah lama bengkak tapi gigi masih jugak malu2 nak keluar. Tapi..walaupon takde gigi...makan kalah orang gigi penuh tau! biskut ke..ayam goreng ke..kerepek ubi pon hentam! miahaha...thats so like mama! kekeke

    Kelima...hmmm...masih takleh jalan lagi.tapi takpe! zara dah lama dok cruising2 cuma tak berani nk melangkah je. Anyway zara dah boleh berdiri sndiri tanpa pegang apa2. memanjat pon boleh..tak padan ngan gugurl..hehe

    Keenam...menari? menyanyi? her favourite!!! kalau balik kampung..zara ni dah jadi bahan hiburan lak. Mane taknye..sambil2 dok merangkak tu boleh dia berhenti..then goyang2 kan kepala sambil mulut..potpetpotpet..nyanyi lagi pororo kot! miahahahaha...memang comel sangat!!!

    Owh my goodness...so much things to say here. Terlalu banyak sangat pasal zara yang nik rasa nak cerita. Memang takkan habis..she is sooo lovely little girl..penawar..pengubat..penyembuh..semuanyalaaa!!

    Mama dan papa love you darling!!! mmmuaaahhh!!

    Saturday, August 18, 2012

    Balik Kampung

    Date : 17 August 2012
    Time : 6.08 pagi
    Venue : Rumah tokma (papa), Kelantan

    Hari ke 28 ramadhan..tinggal esok sehari  je lagi nak puasa dan kami tiga beranak dah alhamdulillah dah sampai kg dengan selamat. Gerak dari shah alam semalam lebih kurang jam 4.30 pagi dan sampai kg dalam jam 1.30 tengahari. Perjalanan alhamdulillah, tak de jem terok macam kebiasaan musim cuti. Ni pon sebab kami cabut awal lagi. Sekolah start cuti hari khamis semalam. Kami pagi tu jugak gerak balik sebab memang nik ngan hubby dah jangka, kalau gerak hari ni memang terbaek la jem!

    Bukit yang berkabus
    Kabus lagi..
    Perjalanan semalam sangat lancar. Iman Nur Zahra pon tido je sepanjang jalan sejak dari shah alam lagi sehinggala sampai dekat-dekat area gua musang tu zara bangun tido. Kami sempat berhenti kat masjid gua musang (saje taknak stop kat rnr gua musang tu sebab penoh, nanti nak masuk toilet pon kene queue) untuk mandikan zara and bagi dia makan. Anyway hari ni dah masuk hari ke 3 zara taknak minum susu. Risau pulak jadiknye. Taktau nak kasi makan ape..pisang..biskut..cerelac..tu je le.


    Masa on the way sambung perjalanan, jalan ujan renyai2 pulak dan trafic agak perlahan. Ade yang sampai kereta gerak dalam 10km/h je..tapi still bergerak kira ok la tu. Sampai kampung, singgah rumah nik dulu jumpa ma dan abah pastu terus gi rumah hubby. Plan hari pertama tu stay rumah hubby dulu. Nanti sehari before raya baru balik rumah nik (nak tolong ma buat kuih raya).

    Kat rumah hubby, iman nur zahra kemain seronok..yela..ade kawan! Kawan dia muaz la, her cousin..kecik lagi baru umur 1y5m..sedang elok berkawan la tu. Hari ni jugak, zara pusing satu kawasan rumah, lepak2 dengan papa dia kt depan rumah tu..amik2 angin kampung..seronok!!!