The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers

    Monday, July 28, 2014

    Selamat Hari Raya 2014 !

    Date : 28.07.2014
    Time : 2.00pm
    Venue : Hometown @Kota Bharu Kelantan

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

    Maaf Zahir Dan Batin!

    Ayat standard setiap tahun, tapi maksudnye sangat mendalam. Apa yang penting, sekali lagi kita berjaya melepasi cabaran bulan puasa yang penuh keberkatan. Hari ni kita melalui hari raya yang penuh bahagia.

    Alhamdulillah, untung berkat kahwin dekat-dekat. Kami beraya di tempat yang sama. Mama dan papa dua2 pon kampung sama so anak-anak bolehla beraya ngan atok nenek dua2 belah setiap tahun! Kan???

    Raya pertama tahun ni memang seronok sangat berbanding tahun lepas. Sebab? Sebab utama ofkos la sebab tahun ni beraya berempat! Zariff ada tahun ni! Tahun lepas zariff dalam perot lagi, masa tu mama tengah sarat mengandungkan Iman Zariff. Takde mood nak beraya tuhan je tahu sebab penat. Nasib baik kakak Iman Nur Zahra ada, bolehla bawak kakak jalan2 beraya.

    Tahun ni, pagi raya kat rumah tokma papa. Pagi raya rutin biasa, beramai-ramai snap gambar raya buat kenangan. So inilah gambar raya keluarga. Tema Frozen Blue... 








    Okeh, itu kejadian kat rumah tokma papa. Lepas sessi bermaafan dan bergambar, satu keluarga gerak menuju ke rumah Tok Mat Adam (atok mama = ayah tokma mama) plak. Sinilah tempat mama satu keluarga besar berkumpul setiap tahun. Tempat mengutip duit raya.





    Kami sebenarnya takde la nak plan pakai baju biru sedondong kaler biru frozen tu satu family besar camni. Memang kebetulan Tokma dan Tokbah tahun ni biru, Ummi Ngah ngan walid sekeluarga pon biru, ciksu baju tak siap (patotnye kaler belacan), tapi beli turqoise. Match pulak ngan keluarga kami kaler biru frozen ni. hehehe

    Juadah
    Yang paling seronoknya, masa berkumpul ni, semua pakat amik gambar keluarga. Dalam masa nak adjust kedudukan, keluarga mana dulu ni la pelbagai kejadian lawak jenaka. Sakit perot la kot dibuatnye! Seronok sangat raya tahun ni. Memang meriah dan happening!




    Family Pak Muda

    Family Mokpah
    Family Maktih







    No comments: