The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers
    Showing posts with label Event. Show all posts
    Showing posts with label Event. Show all posts

    Monday, July 28, 2014

    Selamat Hari Raya 2014 !

    Date : 28.07.2014
    Time : 2.00pm
    Venue : Hometown @Kota Bharu Kelantan

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

    Maaf Zahir Dan Batin!

    Ayat standard setiap tahun, tapi maksudnye sangat mendalam. Apa yang penting, sekali lagi kita berjaya melepasi cabaran bulan puasa yang penuh keberkatan. Hari ni kita melalui hari raya yang penuh bahagia.

    Alhamdulillah, untung berkat kahwin dekat-dekat. Kami beraya di tempat yang sama. Mama dan papa dua2 pon kampung sama so anak-anak bolehla beraya ngan atok nenek dua2 belah setiap tahun! Kan???

    Raya pertama tahun ni memang seronok sangat berbanding tahun lepas. Sebab? Sebab utama ofkos la sebab tahun ni beraya berempat! Zariff ada tahun ni! Tahun lepas zariff dalam perot lagi, masa tu mama tengah sarat mengandungkan Iman Zariff. Takde mood nak beraya tuhan je tahu sebab penat. Nasib baik kakak Iman Nur Zahra ada, bolehla bawak kakak jalan2 beraya.

    Tahun ni, pagi raya kat rumah tokma papa. Pagi raya rutin biasa, beramai-ramai snap gambar raya buat kenangan. So inilah gambar raya keluarga. Tema Frozen Blue... 








    Okeh, itu kejadian kat rumah tokma papa. Lepas sessi bermaafan dan bergambar, satu keluarga gerak menuju ke rumah Tok Mat Adam (atok mama = ayah tokma mama) plak. Sinilah tempat mama satu keluarga besar berkumpul setiap tahun. Tempat mengutip duit raya.





    Kami sebenarnya takde la nak plan pakai baju biru sedondong kaler biru frozen tu satu family besar camni. Memang kebetulan Tokma dan Tokbah tahun ni biru, Ummi Ngah ngan walid sekeluarga pon biru, ciksu baju tak siap (patotnye kaler belacan), tapi beli turqoise. Match pulak ngan keluarga kami kaler biru frozen ni. hehehe

    Juadah
    Yang paling seronoknya, masa berkumpul ni, semua pakat amik gambar keluarga. Dalam masa nak adjust kedudukan, keluarga mana dulu ni la pelbagai kejadian lawak jenaka. Sakit perot la kot dibuatnye! Seronok sangat raya tahun ni. Memang meriah dan happening!




    Family Pak Muda

    Family Mokpah
    Family Maktih







    Friday, April 4, 2014

    Hot Air Balloon

    Date : 30/03/2014
    Time : 4.30pm to 6.00pm
    Venue : Putrajay Presint 2

    Weekend hari tu, cam biasa, kami panas bontot tak boleh dok rumah. Tiba-tiba teringat yang ada pertunjukan Hot Air Balloon kat Putrajaya. Oke, dalam bahasa melayu nya Pertunjukan Belon Udara Panas. Hee, betol ke idak entah ye.

    Sesampai kat Putrajaya tu, cuaca memang sangat panas dan hagak2 memang boleh terbakar kulit. Jadi kami dok melepak dulu kan kiosk2 makanan sebelah bangunan Perdana Menteri. Lupa apa nama tempat tu. Sebelum ni memang tak pernah makan pon sini. Lalu lalang je memang nampak ramai orang. Ingat macam mahal ke tak sedap ke.

    So hari ni kami try singgah. Oke la, tak mahal dan rasa pon takde la terok sangat. Oke la.. Kami try western food, amik chicken chop rm 9.90 je. Pastu makan jugak popia goreng ngan rojak pon rm4 hengget je. Air la..mahal sikit. Dalam rm2.20. Kira macam stended la kot ek.

    Area sini kan ade kolam air kecik, so si kakak memang suka la. Tapi yang bahaya nya, zara ni asyik nak masuk air tu je. Tau la panas, tapi tak hagak-hagak anak aku! Setiap masa nak makan pon tak senang. Memang kene berjaga-jaga takot zara masuk kolam tu. Pengsan!

    Sementara tunggu cuaca agak redup sikit sempatla kami selfie gambar keluarga. 

    Dah lama tak amik gambar kami ber-empat. Selalu mesti bertiga dan short sorang (selaku fotografer).

    Keluarga bahagia
    Yang ni gambar tak ready
    Berpeluh-paluh kot kakak zara, cuaca panas pastu dia pulak suka lari ke sana ke mari. Badan je chubby tapi active dan sihat. Alhamdulillah, anak-anak smua active. Membesar dengan sihat katanya! hihihi

    Zarif dan papanya
    Zarif ni masa kecik muka obvious sangat sama muka kakak dan mama. Tapi sejak dua menjak dia membesar ni, muka dah nampak lain sikit. Iras muka dah macam muka husband pon ada kan? Chubby tu memamg ye la. Tak dinafikan, tapi bentuk muka dah makin melonjong macam papa. Sekarang ni nik rasa zariff ni more tu papajunior!

    Slurrrppp kata zariff
    Gambar tanpa kakak memang banyak. Sebab budak dah besar, mana nak la dok menempek kat mama papa kan. Tak macam dulu lagi dah. Dah dapat kaki sendiri, mula lupa kami. Sadis. Ini lah kehidupan, masa kecik2 bertenggek je kat mak bapak, macam adik tu ha. Tapi bila besar buat hal sendiri. (Haku ni dah kenapa tetiba emosi terlbih)

    Macho dan serius
    Sejak zariff dah boleh duduk dalam babyseat, dunia kami dah makin cerah dan bahagia! haahaha. Legaaa... senang sikit la kami nak makan. Kalau tak, kene la dukung si kenit ni makan gilir-gilir. Macam masa kakak kecik dulu. Kalau pi kedai, memang kene angkut seat senang nak letak baby. Tu pon tak lama sebab panas. Baby tak selesa tak kene angin.

    Eh...zariff  dah makan?
     Zariff ni baru je start makan solid food last week. Itu pon beras putih cerelac tu je. Campur dengan susu badan. Taknak bagi dia rasa lain. Hari ni kami bagi fries lenyek2 yang ada dalam chicken chop tu. Alah, sikit je. Bukan bagi banyak takot tercekik.

    Gaya dah macam bapak dia. kekeke
    Ada gaya macam papa dia tak? Muka pon dah lebih kurang sama nik rasa. Sweet. Inilah hero-hero ku..

    Lepas makan, bila nampak cuaca agak redup sikit, jam dah dekat pukul 6. So kami gerak la ke presint 2. Tapi masih panas lagi sebenarnye. Hadoi. Kesian si kakak la sebab kene jalan sendiri. Kadang-kadang je bila dia penat dia mintak dokong. Adik pulak memang husband dokong. Nik sekarang dah tak mampu nak dokong adik. Berat dah cecah 8kilo lebih. 

    Masa kat area presint 2 ni, tunggu punya lama tapi satu belon pon tak nampak. Yang ada, 4 5 orang kakitangan derang kat tengah2 padang dok sebok amik gambar. Amik gambar apa entah. So kami ni cam orang bodoh lak dok tengok orang amik gambar. Dengar orang sebelah cakap, hot balloon tu nak dinaikkan kol 6.30 petang. Whaat!!! lagi setengah jam! Memang tak la kami tunggu! Anak-anak dah macam udang kene bakar dah. Merah padam! So...jom balik!

    Snap la sikit sebelum balik, sebagai bukti kami sampai kat sini.,
    Kesian tak tengok muka anak-anak? Especially si kakak tu. Kesian...

    So, jom balik..


    Zariff macam biasa..behave je dalam kereta. Lama-lama nanti dia tido je sendiri..

    Dah tu je..bye!

    Thursday, August 8, 2013

    Selamat Hari Raya 2013 !

    Date : 08.08.2013
    Time : 10.00 am
    Venue : Rumah Mertua - Kota Bharu


    Dengan ini kami sekeluarga 4 beranak ingin mengucapkan...

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

    Maaf Zahir dan Batin

    Semoga raya anda semua dipenuhi bunga-bunga kegembiraan macam kitorang ni! Hahahahahaa


    Selamat Hari Raya Aidilfitri !

    Anak dara kami yang start serabai...



    Ya Allah...tak senonoh dah semua orang











    Begitu susah payah nak amik gambar raya satu keluarga. Penuh dugaan dan cabaran. Iman Nur Zahra ni pon sekarang bukan main active! Memang langsung tak nak posing. Tau main saje! Nak amik gambar raya ni pon berchenta. Memang paksa dia suruh posing sampai nangis-nangis. Bertabah je laa..



    Saturday, July 6, 2013

    Wedding Offismate kat Sentul

    Date : 6.07.2013
    Time : 1.00pm
    Venue : Sentul

    Lama tak update blog, bila start update rasa malas pulak nk menulis. Jadi haku tempek je gambar-gambar kat sini kan senang. Picture kan can give a thousand words. hehehe

    Perot memboyot masih tidak menghalang untuk kitorang berjalan-jalan ke wedding tau. Eeleehh..ape la sangat kan. Tak yah nak manja-manja nanti anak jadi malas! uppss.hahaha

    Nik bersyukur sebenarnye, dua-dua pregnancy nik takda sebarang masalah. Semuanya ok. Dulu masa pregnant first memang agak alahan terok, muntah-muntah terok. Tapi tu pon masa 3bulan pertama je. Lepas 3bulan dah elok macam biasa. Pregnant kali ni nik memang agak gemukkss semacam je. Tapi tang perot tak berapa nak membesar mana. Pelik jugak. Orang cakap pregnant baby boy memang perot tak besar. Tapi xsure la betol ke idak. So minggu ni, kami p Sentul sebab ofismate kawen. Dah lama jugak tak join feveret event nik ni..wedding..haha..

    Jom layan..gemuk x?

    Semuanya ofismate...budak kecik tu je bukan yeee...
    Pengantin...sweet..

    Pengantin dan bekas pengantin. Perasan muka nik tu? sembab semacam kan? mekap pon langsung idak!

    Oke, malas nk menaip dah...setakat tu je...babai!


    Sunday, July 1, 2012

    Pesta Flora Putrajaya

    Date : 01.07.2012
    Time : lebih kurang kol 6.30 petang
    Venue : Presint 2, Putrajaya

    Nik suka bunga..suka sangat dengan bunga-bungaan. Kalau boleh, impian nik nak bina satu taman bunga yang ade beribu-ribu species bunga kt sebelah rumah! hahaha. hebat tak impian i?? Impian tinggal impian..hampir jadi kenyataan dalam imaginasi bila datang kat Pesta Flora kat putrajaya ni tau. 2minggu sebelum kejadian lagi, bila nik dengan pasal pesta bunga ni memang nik dh booking calendar hubby dah. Dah copp dah..jangan nak gi mane-mane sebab nik nak datang sini. Bagi orang yang tak suka bunga, pesta bunga ni apa la sangat kan? Tapi penggemar tegar bunga macam nik, pesta bunga ni adalah lagi best dari konsert rock ke...kpop ke..justin bieber ke! ahaha..kaan.

    Walaupon kami datang sini dah petang, dekat nak maghrib dah pon tapi orang memang sangatla ramai. Especially abang-abang dan kakak-kakak yang pegang camera besar gedabak tu. cameraman and camerawoman la ofkos derang ni kan. kami? bolehlaa...cukupla dengan nikon kecil kecilan ni ha..setakat nak snap gambar kami2 je pon..Especially gambar cik zara la (selaku model blog ini)!

    Gambar ni kami snap kat area pintu gerbang pesta bunga ni. Pintu gerbang tu cantek sangat dengan bunga carnesion kaler kuning. Tapi kami tak sempat nak amik gambar pintu gerbang tu sebab ramai sangat orang tengah posing kt situ. So..kami letak je cik zara kat atas bench ni dan..snap..snap. (pesta bunga ke pesta ape?)
    Zara si comel mama yang suka posing
    Gambar zara kat atas bench merah ni pulak lupa kat booth mane. Tapi yang pastinya, dalam kawasan ni, ade kerusi kaler merah, hijau, kuning dan biru. Kami pilih merah!

    Antara bunga-bungaan yang terdapat di pesta flora
    Kebanyakan gambar yang kami snap tu dengan bunga kertas kan sebabnye tema pesta flora tahun ni adalah Bunga Kertas. So..semua booth memang akan pertandingkan bunga kertas sebagai hiasan booth kebun bunga derang. Cute kan? Bunga kertas ni memang tahan lasak, senang nak tanam..mudah hidup..pandai berdikari..tahan panas..macam-macamla..Mak nik kat kampung tu pon memang suka tanam bunga kertas. Macam-macam warna la..bentuk takyah cakap la kan. Bunga kertas aiskrim la..nama tu nama ni.hehe.

    4 contoh booth taman bunga
    Ha...macam ni la contoh taman mini kebun bunga setiap booth peserta design tu. Yang nik dok cite kat atas tadi tu. Ni adalah di antaranya la..actually sangat-sangat banyak peserta yang join event ni. So memang sangat bnayak booth2 kebun bunga ni. Kami plan nak snap semua booth..tapi...tak larat! banyak sangat!

    Kasih ibu tidak terperi...
    Tapikan...mane gambar hubby??? adeih..terlupa pulak nak upload. Yela..dia kan cameraman of the day. Sebok pegang camera, mane la nak ade gambar dia sangat. Yang ade pon..ni je laa...

    Kami sekeluarga
    Ok daah...dah terlalu banyak rasanya nik uplod gambar ni ha. haahaha..tu nasib baik jugak combine. Kalo sekeping-sekeling mau berderet-deret. Memang bunga-bunga kat sana canteekk sangat. Suka. Ok..ni last gambar nk upload.hehe
    Antara lain yang menarik di sana..
    Eh...taakk..yang ni last..hehehee...(jangan marah)..ni antara bunga feveret iollss...cantek kan?
    Bunga-bungaan
    Daaahh...tu je...daa...jumpa di lain post ya! macihhh...

    Monday, April 16, 2012

    Family Potraits

    Hah..tajuk agak macam familiar kan? Sebabnya tajuk ni merupakan album title kat dalam Facebook nik. Hehehe. Memang nak cerita pasal family potraits pon.

    Memandangkan setelah 5 bulan bergelar seorang ibu...kepada sebuah family kecil yang hidup dalam serba sederhana..Walaupun dah beribu-ribu keping gambar kami sekeluarga telah kami snap.(dalam hardisk ni dah dekat 20G dh gambar baby bersama kami) tapi still rasa tak lengkap jugak selagi tak betol2 amik gambar baby. Untuk simpanan peribadi..untuk tatapan masa tua nanti, setelah baby zara dah besar. Makin dia membesar di depan mata..semakin nampak perubahan2 yang baby alami..Yes..thats the greatest ever!

    Dah lame dh contact2 photographer untuk fotoshoot tapi selalu je cancel. Ade-ade je yang membuatkan kami cancel. Contohnye macam last week, tetiba pulak zara demam..At last..akhirnya...sempat snap about 200++ keping gmbar. Owh ye..masih igt lagi tak post  Maternity Photoshoot ni? Ha...lebih kurang macam ni la nik nak..Akhirnya weekend ni..mission accomplished. Dan ni beberapa keping gambar buat tatapan readers, gmbr2 ni adalah gambar yang di-resize ms nak uplod kt facebook..

    her best moment on white carpet..soo lovely..

    with her favourite soft book..twinkle twinkle elmo
    with her bestfriend...Dibo the gift dragon..

    her close up face...sweet..

    si comel pujaan hati ku..

    on red couch
    funny pose...
    Lovely...


    and here we are...a happy family..

    All these nice jobs was done by SerinditPhoto at Bangsar..Thanks to you all..
    So..lepas ni..mungkin lambat pulak la kot nak buat fotoshoot lagi..mmm..tak tau la bila..tunggu zara dapat adik kot.muahahaha...