The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers

    Monday, September 16, 2013

    ImanZariff Day 1 - Satu hari di Wad

    Date : 16/09/2013
    Time : 6.30am
    Venue : Pusat Perubatan Annisa' - KB

    Masih lagi cerita di hari pertama kelahiran Iman Zariff. Sejurus selepas baby keluar dari perot, nik memang dalam process menjahit2 yang kat bawah tu la kan. Lepas settle semua, misi bawak nik  masuk ward untuk berehat. 
    Nik dapat bilik no 1..bilik nama Kasik 1..cer tengok nama2 bilik dia..cinta..kasih..sayang...kerlass!

    Lebih kurang 5 minit kat dalam ward, tiba2 nurse datang bawak baby. Apa lagi, berbunga-bunga riang la nik!! Alhamdulillah..dapat tengok baby. Seronok sangat. Tiba2 je teringat masa lahirkan ImanNurZahra dlu. Nik tak dapat tengok baby lepas lahir tu. Kene tunggu 6jam sebab baby kene masuk ICU untuk special monitoring. Inz dlu terbelit tali pusat dan agak kelemasan jugak time dia keluar. Tu sebab la masuk ICU. Alhamdulillah zarif oke je. Nik dah memang terus boleh breastfeed. Perasaan sonok giler! Tak terkata. 

    First breastfeeding activity with Iman Zariff
    Dari awal2 pregnant lagi nik berdoa sangat2 kat tuhan supaya dapat fully breastfeed untuk 2nd baby ni. So alhamdulillah, awal2 lagi nik dah berjaya tak campur dengan FM.



    Lepas setle bagi susu baby, dalam jam 7pagi camtu nurse datang lagi sekali untuk amik baby dan masukkan kat tempat nusery (derang panggil nursery, sebenarnya tempat derang letak baby tu je) supaya kite buleh rehat. Nurse jugak cakap nak mandikan baby semua dulu la..Comel je..

    Time ni, nik ngan mak nik memang terbongkang tido. Penar semalaman berjuang untuk melahirkan seorang putera tu. En.Kema pulak lepas nik temankan nik masuk ward pagi td terus balik rumah. Mane tak rushing nya, si puteri sorang lagi dok rumah ngan ciksu. Risau jugak takot2 dia nangis ke apa. Zara memang gitu, tengah2 tido tak kira time mana2 sekalipon memang nk bertenggek kaki tu pangku kat badan kitorang. So, tiap kali kalo dia angkat kaki tengok mama papa takde mula la nk melalak kan. Haruslah encek husband cepat2 balik rumah bila kami kat sini dah stabil.

    Dalam jam 11.30 camtu, dapat panggilan dari tok umi yang dia nak datang. Ish, baby kart nursery, nnti kang kalo derang datang baby takde tak guna lak. So mak nik kol nurse mintak nak baby. Baby masuk blik kitorang dalam 15minit kemudian. Datang dengan siap mekap dah baby iolss...comel!


    I am Boy!!!
    Tu dia...details baby yang nurse tempek kat katil kaca dia..


    Tido lena je baby...
    Sepanjang di ward ni, baby memang tak banyak ragam. Banyak tido je. Memang jarang sangat nak dengar suara dia. Senang giler nak jaga baby ni. Ye la, baru hari pertama kan. Tak kenal dunia pon lagi, baru kenal spital ni. Mood baby pon masih mood dalam perot lagi.hehehe

    Dekat jam 12tghri, tokma ngan tok ummi pulak datang melawat sebagai tetamu pertama. Lepas paktok sampai, tiba masanya yang memang nik nanti2 kan. Zara..zara sampai dengan papa dan ciksu nabilah (adik ipar bongsu nik). Nik memang tak sabar nak tengok reaksi zara camne bila tengok mak dia dengan baby lain.

    Dan memang lawak giler bila zara tengok kami..maksudnye tengok nik dengan baby la kan. Dah la time dia sampai tu, nik tengah menenenkan baby. Memang terkejut berok la dia. Kalo dia tengok kami dok asing2 mungkin dia boleh terima kot. Tapi sebab tengok tgh nenen, tiba2 je suasan tu senyap...blur je. Time ni memang nik sendiri pon rasa sebak, dari rasa lawak dh tukar jadik sebak pulak. Si zara pulak tiba2 taknak dok dengan nik. Sedih kan....

    Takpela, bagi dia masa untuk dia terima kenyataan bahawa sekarang ni dia dh jadik kakak.hehehehe. Lama2, dah terlebih biasa ngan keadaan spital tu..ngan bakul2 baby pon dia nak masuk...hamek!


    Dok dalam ni pon best jugak ye..

    Ni baru hari pertama, kalo dok seminggu kat sini tak tau la macam mana gamaknye ye. kah kah kah..si bapak dia pon sama sengal, layan je anak dok wat camtu..


    Bermulanya makanan orang pantang...ikan bakar..
    Dalam jam 12.30 camtu, makanan tengahari pulak sampai. Perghhh..akhirnya, bermula lah hidupku makan ber-menu-kan makanan orang pantang. Hadapla..nasik camni selama 40 hari..ko mampu?!!! huuuu


    Masih tido...
    Sambil2 santap...jenguk2 la sikit wajah comel baby boy ku..adussss.. tersentuh hati. kiki. Comel giler anugerah allah nih. He is so perfect!! Thank You Allah!

    Hari ni kononnye nak balik je rumah, tapi doctor pesan suruh rehat dulu satu hari supaya badan betol2 sihat. Lagipon, kene tunggu baby wee n poo dulu baru buleh bawak baby balik rumah. Tengahari tu baby memang tak poo lagi. Dekat petang2 tu baru poo..lega..

    So malam tu, berkampung la kami kat ward tu beramai2. Ramai ke? Ramai jugak ler, kema, zara, ciksu, nik and baby. Penuh...Tapi yang herannya, encek husben tido je manjang. Macam dia pulak yang beranak. Hakak yang penat meneran dari malam tadi sampai sekarang masih tak ckup tido, dia lak yang penat..hemo jap!


    Lebih2 lak dia penat...encek suami
    Camni la keadaan ward tu..sardin! hehehe
    Malam tu, memang horror giler. Bukan sebab baby zariff yang nanges sampai tak boleh tido tapi zara!! hadoi. Tak tau kenapa..buang tebiat ke hape! tp memang sepanjang malam melalak macam hape. Kuat giler. Agaknye orang kat blik sebelah pon hangin ngan kitorang. Maap la ye..kami tak dapat nak elak. Puas dah pujuk ngan macam2 cara hinggakan encek husband pon dh naik hantu marah kat si kakak..sabor je le...Aku ni pon, nasib tak meroyan kat situ. Baby jugak dapat markah penoh! senyap je..


    Ok..maka...berakhirlah hari pertama pengalaman bersalin nik. Panjang giler cite. Sabar ye kawan2. Bye...

    No comments: