The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers

    Monday, December 30, 2013

    Pistol Bubble yang berlampu

    Date : 28/12/2013
    Time : 6.30 PM
    Venue : Padang bola shah alam

    Hari sabtu biasanya memang liat nak keluar gi mana-mana sebab hari ni selalunya banyak benda nak buat. Contohnye mengemas rumah, basuh baju-baju yang dah seminggu dalam washing machine, lipat-lipat semua kain yang bersepah kat dalam bakul dan macam2 kerja rumah tu.
    Tapi bila dah menjelang petang, otak mula dah beku dan badan pon penat. So terpaksa jugaklah keluar amik angin luar. "Terpaksa" okeh!

    Seharian dok menguruskan hal anak-anak ni sekejap je dah petang..Sebagai selingan, nak jugakla tunjuk gambar si kenit ni ha...dah mula pandai main benda2 tergantung..bawak barang mainan masuk mulut..

    Iman Zariff yang dah mula suka benda2 bergantung
    Menyenget muka nak masuk jari dalam mulut punya pasal
    Kebetulan pulak baju sama tema dengan FP Rocker..hehe

    Tengok jam dah pkul 6lbih dah. Kalau nak gi jauh2 pon memang tak sempat sampai rasanya dah gelap. So pusing2 ronda2 area shah alam je la. Berhenti melepak kat taman depan muzium ke apa ntah kat situ. Lupa..(walaupon dh berzaman dok area shah alam ni dan berkurun dah dok lalu jalan tu, tapi masih tak buley ingat) Maklumlah, urat2 putus time bersalin hari tu masih lagi tak bersambung. Hahahaha

    Bila sampai kt taman tu, memang seronok la sebab ramai budak2 yang baru2 pandai jalan tu dak main kat situ. Kebanyakan pulak bawak bola sendiri, mainan sendiri. Kitorang? tengok saja je lah sebab tak bawak pape pon. Manelah tau kan! Dah ade pulak kakak tu jual pistol buble kat situ. Si Zara tu memang tergedik2 la nak kan! Bola tu dia tak berminat pulak (kakak tu pon jual bola jugak). Oke la...beli la satu pistul bubble tu.

    Tembak punya  tembak...habislah 2 botol air sabun tu hah. So boleh la balik rumah.kikiki. Lagipon hari dh nak gelap. Bila sampai rumah, ingatkan zara dah tak main la dengan pistol tu sebab dah takde air sabun, tapi rupanya dok menembak lagi. kah kah kah. Lawak betol. Buleh pulak tu dia dok tala muncung pistol tu kat mulut dia. Lawak...ingatkan kenapa la si zara tu buat camtu, rupanya bila tembak keluar angin kot muncung pistol tu..hehehe. patotla sonok je.

    Tak habis kat situ, di bawaknye pulak pistol tu kat dalam bilik. Main kat atas katil pulak. Kemaruk betol. kiki. Dah nak tido kan, nik tutupla lampu. Dah bernyala2 pulak pistol tu. Sudaahh..takmo tido pulak...sebab nak main pistol lampu2. ahhahhaa.

    At last..tido jugakla lepas dipaksa2 ngan bapak dia..hehe...anak...anak..

    Dengan tekun sekali menembak putih kapas tu..kikiki
    Sekian...




    Thursday, December 26, 2013

    Produksi susu merudum

    Date : 26/12/2013
    Time : 11.00am
    Venue : Ofis - Bangsar South

    Setelah seminggu lebih nik bercuti, makan angin ber-holiday, hari ni baru mama masuk keje. Perasaan memang lemau la sebab nak catch-up banyak benda yang tertinggal.
    Itu pon nasib baik team-mate nik tu cekap menguruskan hal-hal dalam ofis. hehehe.

    Tapi, walau happy2 pon, still nik sedih sebenarnye. 
    Sebab?? sebab production susu memang sangat2 merudum. Contohnye macam pagi tadi, nik berusaha menge-pump susu untuk bekalan zarif hari ni, tapi hasil dapat cenonet je. 2 oz sahaja!!!

    Ya Allah, memang menggugat jiwa raga betol. Rasa nebes yang amat. Nik risau takot2 tak dapat nak supply susu secukupnya untuk zarif.
    Itu pon nasib baik stok susu yang nik usaha mengepump selama ni masih banyak dan masih cukup.
    So sementara nik tengah berusaha untuk mem-banyakkan balik production supaya semeriah macam dulu, zarif minumla susu dalam stok tu dulu ye.

    Pagi tadi, nik mintak tolong cikngoh (mommy muaz) bawak zarif gi klinik untuk checkup dan inject 3bulan. Sedih sangat bila dapat tau berat zarif hanya 6.2kg. Kesian zarif!

    Dah makin besar dah ank mama..
    Dah la tu, dah 3 4 hari zarif cirit birit. Tapi satu je nik puji sangat2 sikap zarif ni. Zarif tak banyak nangis, walaupon dengan keadaan suhu badan tak menentu dan cirit, zarif maintain good2 saja. Senyum je manjang.. comel je.

    Si kakak zara pulak, alhamdulillah takde dah demam2 ke ape ke. Cuma running nose tu still berleluasa. Lubang hidung tu tersumbat je manjang. Penuh dengan mukus2 likat.kikiki.
    Nik memang standby letak wet tissue di merata-rata sudut area rumah tu supaya senang kakak amik je time dia rasa meleleh tahap terok sangat tu.

    Kulit kakak pon dh memang sun burnt sangat-sangat hasil dari berholiday kat melbourne last week. Kesian kakak. Dah lain dah dia nik tengok. Dah tak berapa nk gebu mana dah pon. Hopefully sun burnt tu cepat2 la hilang.

    Minum susu banyak..mama suka!
    Nik? tak yah cakap la. Dah legam agaknye muka ni. Hari masuk ofis pon ramai tegur nampak gelap. Bukan nampak gelap la kan..dah memang gelap gulita. Memang tak bersemangat pon nk mekap2. Buruk je muka nampak..eee...Cepatla2 cerah skt. baru rasa meriah! ahhaha (kulit cerah ke masalahnya? haha)

    Husben memang agak magic jgk. Sebabnye, langsung nik xnampak sun burnt kt kulit dia tu. Degil jugak kulit encek kema ni ye. kiki. Tapi nampak mcm selim molim sikit. Ramai jugak tegur encek kema nampak selim. Bangga!! hahaha


    Owh ye, petang ni mama pump dan hanya dapat 7.5oz saje. Takpela. Rezeki zarif banyak tu je hari ni..nanti nik akan berusaha lebih kuat lg ye..



    Lena tido..

    Oke la..next time sambung lagi update. Cite time kat melben tu nanti pon nik xhapdet jgk lg.nanti2 la..hehehe. Sekarang ni nk check2 email jap. Daaa..

    Saturday, December 14, 2013

    Dari LCCT to Melbourne

    Date : 14.12.13
    Venue: LCCT Kuala Lumpur

    Setelah sekian lama kami sekeluarga menantikan saat kami nak bertolak ke Australia dan akhirnya hari ni, kami bersiap sedia untuk berlepas. 

    Cerita ni agak panjang, nik akan berusaha untuk post sebanyak mungkin tentang pengalaman kami sekeluarga kat Melbourne.

    Date : 13.12.13
    Hari ni Jumaat, lepas balik dari kerja nik dan hubby Encek Kema setelkan semua barang2 Zariff sebab barang Kami dan Zahra dah siap packed. Barang Zariff? Ye..kami ke melbourne tanpa Zariff. Kami bercadang untuk hantar Zariff ke rumah kakak ipar (Kakak En Kema) kat Batu Pahat.
    Disebabkan Zariff ni masih menyusu badan sepenuhnya, so pengendalian untuk bawak stok susu Zariff cukup untuk 9 hari adalah sangat mencabar. Nik masukkan stok susu Zariff dalam kotak tahan sejuk, tabur dengan ais then tutup rapat2 dengan kain tebal. Sesampai kat Batu pahat, susu masih lagi dalam keadaan beku tanpa sikit pon cair.

    Date 14.12.13
    Tengahari lepas lunch kami bergerak dari Batu Pahat ke LCCT. Perasaan memang excited sebab nak gi holiday, tapi MasyaAllah, sayu yang amat pulak melanda sebab nak tinggal Zariff. 9 hari kot! Sedih sangat...sayu sangat...pilu...huhuhu.
    Kami tak bawak Zariff sama sebab memikirkan demi untuk kebaikan dia. Zariff baru nak masuk 3bulan. It was too early for him to travel 8hours in flight. Then nak hadap cuaca panas terik kat sana lagi. Kesian Zariff. It is oke, i promise to bring him there someday. huuu

    Sampai di LCCT lebih kurang kol 6lebih. Flite kol 9malam nanti so lama lagi la kot kami dok melepak kat sini. Sementara tunggu ma, abah dan angah sampai, kami makan dulu kat mcD.

    Kakak Iman Nur Zahra

    Kakak dan Mama

    Dalam jam 9malam...kami berlepas ke Melbourne Australia...


    Tuesday, December 10, 2013

    Family Vacation

    10/12/2013
    Time : 8.00am
    Venue: Ofis

    Selamat pagi dan 1 Malaysia!!! Hakak berjiwa patriotik sikit pagi ni ye uoolllss.. sebab? hari ni datang awal..so terasa macam diri ini bergitu berdisiplin! hehehehe

    Datang awal...ofkos la belek-belek email personal dulu, baru la belek email company kan? korang? sama tak? owh..ye..korang baik sikit dari nik kot. Masuk ofis terus buat keje ye... hehehehe. Maaple, personal is more important than anything hoccay!

    Dalam dok belek-belek email gmail tu, hah! terjumpa email yang dinanti-nanti sejak pagi semalam lagi. iaitu email dari ETA..Apa tu? ETA is "Electronic Travel Authority" aka Visa Electronic gitu. Tak yah nak bawak kertas bagai tuh. Electronic dah semuanya ye. Bawak je passport, bila nak check in nanti dia scan terus keluar details pasal visa kita kat situ.

    Owh ye..lupa lak nak cite..kami anak beranak nak gi Aussie..ala..makan angin la. Lama tak pi makan angin jauh-jauh ni kan. Dah tu kat mesia ni semua tempat pon ujan, apa kata kita keluar dari Malaysia..hehe (ayat macam poyo gilerss) Actually kami plan dah lama nak gi Aussie ni, sementara adik nik ada kat Melbourne, baik kita gi sana cepat. Nanti bila dah balik Malaysia..takde dah la tourist guide free...ye tak?

    Kami bertolak dari KL 14dec kol 10.30 malam dan balik semula ke KL dari Adelaide 22dec 11pagi. Insyaallah...

    So..ini lah rupanya ETA approved by Australia Government tu..

    Ni Nik and husband punya..


    Ni Iman Nur Zahra punya..



    So..apa2 hal, nanti nik cite panjang bila balik nanti ok.