The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers

    Monday, January 6, 2014

    Inhome snap vs hujan

    Date : 4/01/2014
    Venue : Home
    Tag: Zahra & Zarif

    Isnin..lemau...testing pon belum start lagi so buleh la belek2 gambar weekend hari tu.
    Nak cite time hari sabtu dulu. Punyalah nik bersiap pakai cantek2 (cantek la sangat kan?), semua anak beranak pakai kaler biru kononnye nak segonggongg lah ye. Sampai kan encek kema pon nik suruh pakai biru. Naik kete..kete pulak kaler biru hamek ko! kikiki. Ingat nak gi la beriadah kat mana-mana. Nak gi lepak2 kat pantai macam last week tu ke. Atau nak gi taman mane2 ke. Tapi hampeh!

    Kononnye encek kema cakap nak pusing2 carikan myvi second hand untuk paksu dia. Kami pon pusing la kan. Dari shah alam sampai ke cheras tuh ha..Bila dah petang2 tu, hujan pulak. Adoila..So hari ni kami habiskan masa dalam kereta je la gamaknye..

    Ingat hujan tu kejap je, tapi langit mendung semacam encek kema cakap memang takde harapan nak cerah. So..terpaksa la balik rumah. Anak2 dah lentok tidur je dalam kereta. Nak keluar memang langsung tak dapat lah. So activity hari ni dok dalam rumah..pastu dalam kereta. Tu saja...

    Pagi tadi ada la nik snap gambar anak2. Ni sebelum kami keluar pusing2 carik kereta:

    Mulanya adik sorang je dok main
    Pastu si kakak pulak datang menyebok kt ujung kepala adik tu. ishh..bahaya..bahaya
    End up, nik masukkan zarif kt dalam bumbo seat..lagi selamat!
    Dua2 nampak bertungkus lumus!
    Zariff dah mula bosan nampaknye..mane taknya, kakak memonopoli..kiki

    Okey..tu cite pagi tadi..ni pulak snappo petang lepas balik dari round2 trip. kiki.

    Nampak comel je dua2 pakai baju biru..

    Zarif yang tengah mengadu nasib
    Entah apa la agaknya kakak wt kat adik dia tu
    Cer tengok tuh...ada2 je.sian Zarif. (Kulit zara dh makin gelap sikit kesan p melben hari tu)
    Zoom muka zarif yg berumur 3bulan 3minggu

    Kejap je..dah nak masuk 4 bulan ye zarif.
    Sesungguhnya anak-anak adalah anugerah dari Allah yang tak ternilai buat kita. Jadi kita sebagai insan yang bertuah, harus menjaga anugerah Allah ini dengan penuh kasih sayang. Love you alls....mmuah!

    Alhamdulillah....

    No comments: