The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers

    Sunday, March 22, 2015

    10 Years Project Plan (2015-2025)

    Date: 22.03.2015
    Time: 2.40pm
    Venue: Home - Shah Alam
    Hahahaha, lama senyap tak update blog, tiba-tiba harini nah, gempak pulak tajuk post ya! Jadi, selama ni bukan diam saja ye...diam-diam ubi berisi. hehehe
    Dah lama menaruh harapan untuk setup atau mulakan perniagaan. Tapi dah bertahun-tahun fikir tak juga jumpa nak meniaga apa. At last ni, suatu hari nik termenung, fikir dalam-dalam...agak-agak apa yang betol-betol nik minat, dan rasa boleh buat. hmmm....
    Baking?
    Ya....pernah ada minat nak baking. Memang siap beli oven, barang-barang baking, mixer, shaper dan segala kelengkapan. Kalau setakat nak baking kek tu, barang semua ready. Kalau juga kata nak buat biskut, semua peralatan dah ada. Pernah buat juga, tiap kali nak raya (sekali setahun jelaaa). Tapi banyak dugaan. Suka...tapi xdela passion..so, baking ni maybe untuk business or pergi jauh tu tak rasanya. Sekadar keperluan untuk keluarga sahaja. Then...baking is NO.
    Online Shop?
    Hehehe..macam menarik kan? Lagi2 nik memang suka mengadap pc, update apa benda yang patot. Network pon ramai. Tapi, aduhai...banyak nye kedai online ni. Dah tak tau nak meniaga barang apa dah wei. Lagipon, meniaga online ni nak kene ada modal yang besar. Kalau tak nanti nak tayang apa??? Oh mai....so, online shop also NO.
    Butik??
    Hmmm butik ni macam menarik jugak. Tapi butik apa ye??? Butik pakaian la kot. Nik memang suka handle pakaian..suka belek kain..bila fikir lagi mendalam, yeahhh...family nik boleh dikatakan 80% menjahit. Tak kira di mana jua mereka berada, semua pon menjahit. Dulu-dulu, mak nik pernah beli mesin jahit, walaupon umur baru setahun jagung tapi disebabkan minat, nik jahit macam-macam dengan mesin jahit mak tu. So, fikir secara mendalam..buka butik jahit pakaian memang nik suka! Terfikir pula, mak mertua nik. Salute dia tau. Dulu kerja makan gaji kt jabatan RISDA. Dalam masa keje, dia juga jahit macam-macam dan jual kat member ofis. Bila dah pencen sekarang, focus dia 100% pada menjahit. Pernah MIL nik cakap menyesal, menyesal sebab tak cari butik jahit baju awal2 masa muda so that dia boleh spend masa kt sana bila pencen. So, ikhtibar dari situ. Before masuk 40, (lagi cepat lagi bagus), nik bercita-cita untuk membuka sebuah butik. Paling specific lagi, butik BATIK.
    Sekarang ni ye, nik berkerja makan gaji. Jadi, nik ambil keputusan untuk bina impian untuk mempunyai sebijik butik kt shah alam ni, dalam masa 10 tahun. Bermula dengan tahun ni. Jadi, tahun ni...KENE mula beli sebijik mesin jahit yang bagus untuk jangka masa panjang. Walaupon untuk beginner, tapi...tahan lasak.
    Jadi, seminggu ni dalam kepala Nampak mesin jahit je. Selagi tak beli, selagi itu hati tak tenang tau! hahaha. Survey punya survey..memandangkan MIL nik pakai Singer, keluarga nik pon semua singer...nik nk singer jugak.
    Dan dalam kepala ni...pening..tak tau model mane huhu..
    Ya Allah..
    Permudahkanlahhh segalanya...
    Amin Ya Robbal Alamin...
    

    No comments: