Masa jalan-jalan di Taiping perak, kami teringat ade satu tempat namanya Kuala Sepetang yang terletak tak jauh dari bandar taiping. Terus menuju ke situ, ternyata tempat tu sangat glemer ngan mee udang banjir kuala sepetang.
Iklan kat information board
Ade lagi satu tempat yang buleh kata best jugak iaitu kat Matang. Orang cakap rasa mee banjir kat kuala sepetang ngan matang ni lebih kurang sama je.
Mee udang Mak Jah
Kadang-kadang kalau salah pilih kedai tu, mungkin rasa mee udang banjir tu takde la sesedap mane kan. Tapi kalau jmpa tempat yang betul dan kena...memang best la.
KueTiaw goreng udang
Tapi yang uniknya, udang kat sini besar-besar dan sangat fresh..ok...highlight sikit kt situ..SANGAT FRESH. hehe.
Mee udang biasa
Tapi, untuk datang sini memang la jauh, kene guna highway, ade tol la cket exit ke Changkat Jering. Ada je jalan kampung yg tak perlu guna tol..tp kami xtau~ haha
Meja makan kedai mee udang mak jah
Tapikan, kalo sape-sape yang tinggal kat area tronoh ni, jangan risau. Ada je satu kedai kat bandar Tronoh tu yang nama kedai tu "Mee Udang Banjir Selera Matang". Kat kedai pakcik ni memang best habis sgt2. Tak payah nak pergi jauh-jauh. Untuk kenal tempat asal usul mee banjir ni, boleh la gi ke kuala sepetang or matang tu. Dua bandar ni dekat2 je.
Suasana dalam kedai makan - kedai sgt menarik dengan xde dinding, penuh rekaan kelasik dan kampung.
Parking space dia luas, so jgn risau untuk park ur car k.
Bye~
No comments:
Post a Comment