The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers
    Showing posts with label vacation. Show all posts
    Showing posts with label vacation. Show all posts

    Tuesday, August 14, 2012

    kerepek...kerepek...

    Date : 11th - 12th August 2012
    Time : Tengahari
    Venue : Rumah kakak ipar - Parit Raja, Batu Pahat

    Weekend ni nik dengan hubby dan Iman Nur Zahra menjelajah Parit Raja, kat Batu Pahat. Ni rumah kakak ipar nik a.k.a kakak sulong hubby. Tak, kakak ipar bukan kawin dengan orang parit raja, tapi diorang dah kira akan menetap kat sana kot sebab husband dia lecturer kat UTHM dan kakak ipar pulak mengajar di area parit raja tu juge. Sebenarnya, kami memang tak plan nak gi Batu Pahat pon. Tapi tu la, hubby nik memang suka wat keputusan mengejut2 ni. Pagi sabtu tu tiba-tiba je cakap "jom mama..kite gi batu pahat beli kerepek" hah..nik on je..

    Nak menyelenggara sorang budak kecik tu makan masa jugak jadinye gerak dari shah alam dalam jam 11.30 pagi camtu la dan sampai batu pahat dalam kol 2.30 petang. Ha ah, batu pahat tu dekat je. Kami exit Ayer Hitam sebab dekat sikit dengan rumah kakak ipar. Hari pertama kat batu pahat, kami takde gi mana sangat pon. Cuma lepas asar tu je kami keluar gi bandar batu pahat masuk kedai al-ikhsan, kakak ipar a.k.a kak ina nak carikan kasut raya untuk anak-anak. Sempatla beli 2 pasang puma kids untuk ajwad dengan aufa, along pulak dapat sandle satu.. Nik ngan hubby dah setel dah..so tengok2 cuci mata je la. hehe

    (Fathi Aufa)
    Haa..tu dia..beli kasut terus test ngan baju raya tu! smart kan? Puma kaler biru+merah+putih+kuning..cun!
    Hari kedua, ahad pon sama..takde merewang jauh-jauh pon. Masih kat area batu pahat cuma hari ahad tu kami gi kilang membuat kerepek. Kat sini memang seronok sangat-sangat. Dah nama kilang kerepek kan..mostly kerepek di packed dalam plastik besar sangat2 la. First time nik datang kilang kerepek, tak sangka maju camni sekali.

    Pintu pagar Salleh Food..

    Erk, macam promoter pulak i'ollss...hihi
    Masa on the way ke kilang kerepek kat senggarang ni, jalan rayanya di tepi-tepi sungai dan dipenuhi dengan tanaman pokok pisang dan ubi kayu je sepanjang jalan tu. Dalam perjalanan tu pon dah memang teruja, ape lagi kat dalam kilang. Berbekalkan pesanan kawan-kawan kak ina, kami straight je cari kedai Salleh Food Industries Sdn Bhd.

    Salleh Food Industries Sdn Bhd

    Suasana parking lot pon nak snap..tol x? haha
    Sampai je kat Salleh Food ni, memang parking penuh sangat. Dah nak raya kot kan, ramai datang nk beli kerepek buat raya la kot.

    Ready stok yang bakal masuk pasaran..hehhe
    Kami pon memang borong tak hengat jugak la. Amik banyak giler, sekali bila bayar RM104 je..wa..murah. OK, haruslah masuk sekali lagi..tambah lagi..hehehe

    Cilong yang tengah tunggu umi dan abi nya masih dalam process bayar kerepek.
    Anyway masa dalam kedai kerepek tu siap ade sign "no camera" lagi. Kami pulak memang bawak je camera, nak snap pon tkot-takot..takot kene sound, malu kot! So takde sangat la gambar suasana tengah bershopping kerepek tu. Ni pon sempat curi-curi je..

    kerepek tersusun
    khusyuk susun plastik hasil belian
    Hubby dan Zara tengah tunggu kat luar
    Dah setel, jom gerak...hehe
    Dari kilang kerepek ni, kami gerak ke bandar batu pahat lagi untuk cari jubah raya kak ina..tapi hampeh je sebab hujan lebat. Pergerakan limited then kami balik cam tu je..Nanti mungkin smbung cari kat kelantan pulak kot.

    Monday, August 8, 2011

    Beronggeng santai..

    Puasa-puasa macam ni, biasanya time weekend memang rasa mcm xmo g mane2 kan. Alasannye, penat ler, mls ler, panas, tak larat..dan mcm2. Tambah2 lak berbadan dua mcm 1 nih.. Lagi ler mls nk gerak kan. Tapi....haa...tapi sy xmcm tu. Pantang diajak je, mane2 pon mau ikot.hehehe..

    So, pendekkan cite, hari sabtu kelmarin..lepas je sahur sy ngan husband gerak ke Gambang, kuantan. Subuh? of course la kt rnr gombak tu. Tak nyempat2 nak tunggu sbuh ye? hehehe. Sbnyer dtg sini bukannye tujuan utama nk makan angin ke ape. Sbnyer ktorang dtg nk amik brg2 dri kontena kakak husband sy. Itu yg sampai ke sini. Jauh bbenor ye.

    Kontena tu dijangka smpai kt Gambang tu dlm kul 9 pg. So, kitorang gerak slow2, so smpai ngam2 kol 9.15..Lepas angkut2 smua brg2 kotak2 masuk dlm lori ready utk htr ke kota bharu tu dlm kol 1tghri. Memang sgt panas..tp sebab pose..bertahan la kan. Ehh..tak2..sy tak angkut brg2 tu. Husband ngan beberapa konco2 nye je. hee

    Lepas tu? xde la kitorang nk blik shah alam terus kan. Dah alang2 sampai sini, lepak2 ler dlu kt Teluk Cempedak:


    Teluk Cempedak

    Survenior (bli magnet peti ais tu je, sy mmg suka kumpul benda ni.hihi)

    sementara menunggu waktu berbuka yg mmg kitorang dh booked kt Tanjung Lumpur, org ckp ikan bakar kt Restoran Ana ikan bakar petai tu sedap...restoran dia ade 2 cawangan kt sini, satu btol2 kt tepi laut n satu lg kt tepi jalan besar ckt. Besar, luas and simple je decoration nye tp ok la sbb siap ngan surau smua..

    Restoran Ana Ikan Bakar Petai


    Ikan Bakar petai

    Air gelas besar (memang besar gabaakk!!)

    Lepas berbuka..solat mghrib kt kdai mkn tu..then, kami terus gerak balik shah alam. Lbih kurang kol 11mlm smpi..penat tak hengaatt hokey! hihi

    Esoknye lak, hari ahad tu (smlm), bgun pg2 bersiap2 terus plan nk gi PPUM, nk melawat kawan husband sy yg kene mercun kt Stadium bukit jalil..Pernah dgr tak cite ni? ade kt berita tv3. Yg psl sorang laki terkene mercun mase tgk game malaysia vs Singapore baru2 ni..ha..tu la..dia tu bestfriend husband sy..kesian sgt2. Rosak sebelah mata..sbb mercun tu kene btol2 kt mata kri dia. huhu..Semoga Allah sembuhkan beliau, Jazimin Jalaludin..amin..

    Friday, May 7, 2010

    Mee Udang Banjir Kuala Sepetang

    Masa jalan-jalan di Taiping perak, kami teringat ade satu tempat namanya Kuala Sepetang yang terletak tak jauh dari bandar taiping. Terus menuju ke situ, ternyata tempat tu sangat glemer ngan mee udang banjir kuala sepetang. 
    Iklan kat information board

    Ade lagi satu tempat yang buleh kata best jugak iaitu kat Matang. Orang cakap rasa mee banjir kat kuala sepetang ngan matang ni lebih kurang sama je.
    Mee udang Mak Jah

    Kadang-kadang kalau salah pilih kedai tu, mungkin rasa mee udang banjir tu takde la sesedap mane kan. Tapi kalau jmpa tempat yang betul dan kena...memang best la.
    KueTiaw goreng udang

    Tapi yang uniknya, udang kat sini besar-besar dan sangat fresh..ok...highlight sikit kt situ..SANGAT FRESH. hehe.
    Mee udang biasa

    Tapi, untuk datang sini memang la jauh, kene guna highway, ade tol la cket exit ke Changkat Jering. Ada je jalan kampung yg tak perlu guna tol..tp kami xtau~ haha
    Meja makan kedai mee udang mak jah

    Tapikan, kalo sape-sape yang tinggal kat area tronoh ni, jangan risau. Ada je satu kedai kat bandar Tronoh tu yang nama kedai tu "Mee Udang Banjir Selera Matang". Kat kedai pakcik ni memang best habis sgt2. Tak payah nak pergi jauh-jauh. Untuk kenal tempat asal usul mee banjir ni, boleh la gi ke kuala sepetang or matang tu. Dua bandar ni dekat2 je.
    Suasana dalam kedai makan - kedai sgt menarik dengan xde dinding, penuh rekaan kelasik dan kampung.

    Parking space dia luas, so jgn risau untuk park ur car k.


    Bye~

    Wednesday, May 5, 2010

    Zoo Taiping & Night Safari

    Pada minggu ni, kami merancang untuk menjelajah sekitar Taiping. Dengan sedikit research pasal Taiping, kami bercadang untuk pergi ke Zoo Taiping dan Night Safari. 

    Bertolak dari utp dalam jam 12 tghri, kami terus ke Taiping. Setibanya di sana, alhamdulilah cuaca nya mendung dan redup namun bahang panas nya tetap terasa. Maklumla, sekarang ni dunia di landa kepanasan melampau.

    Ok...ape yang menarik dalam zoo ni? Mula-mula masuk kt pintu masuk, kami guna tren untuk ronda seluruh zoo. Ni bertujuan untuk mendapatkan gambaran secara kasar dan cuba bayangkan keluasan taman ni dengan ape yg ade kt sini.

    Kemudian baru kami mula berjalan untuk melihat haiwan-haiwan yang ade kt zoo ni secara dekat. Ternyata pengalaman kat zoo Taiping ni sangat berbeza dengan pengalaman menjelajah zoo negara Kuala Lumpur. Seperti yang dijangka Zoo Taiping sedikit besar berbanding zoo negara KL. 

    Selain itu, antara haiwan yang ternyata berjaya mencuri perhatian kami adalah :


    Orang itu memang lucu, siap wat adegan lagi bila kite tengok dia..
     Ungka Tangan Putih

    Ungka tangan putih ni tengah bergayut kat atas batang pokok tu, perasan tak? Kami xamik banyak sangat gambar dia sebab kami lebih suka rakam semua gelagat dia. Sangat entertained. Dia sgt pandai bergayut dengan aksi yang mengagumkan. Kami fikir mungkin gimnas2 kite boleh belajar dari derang..mungkin? hehe

    Badak Air

    Masa kami sampai kat area badak air ni atau juga dikenali sebagai Hippo ni, dia tengah berenang2 kat dalam air tau. Badan dia langsung kami tak nampak, yang nampak nyer hanyalah lobang idungnya saja! hahaha..Sangat kelakar. Bila tuan dia datang bawak makanan, yg elok tgh main air tu terus naik ke tepi darat dan baru lah kami nampak badan dia sgt besar! Tak sangka badan besar macam tu bleh berenang macam ikan. hehe

    Burung Unta

    Burung Unta ni sangat baik. Mulanya nik takot2 dengan burung unta ni igtkan dia garang. Kebetulan masa kami datang kat sarang burung unta ni, ade sorang kakak tu seronok je dok layan si burung unta nik. Siap bagi satu plastik kacang rebus lagi. Dah la tu, bukan dia nak baling je terus kt burung unta, tp sengaja tarik perhatian burung unta ni suh amik kacang tu kat tangan dia. Seronok pulak kami jadi tukang tengok.haha


    Setelah berehat kat pondok sambil perhatikan gelagat swan yg brenang2 kat tasik, kami teruskan perjalanan kami ke kandang Beruang pulak. Kat sini pon kami terhibur dengan gelagat beruang-beruang kat sini. Semua jinak belaka.
    Perjalanan seterusnya pula ialah kt kandang badak sumbu. Ok, sini ade satu benda kelakar iaitu ade satu tagging kt board tu berbunyi "Badak Sumbu ini ditaja oleh Petronas". hik3..bagus betol petronas ni, taja haiwan paling besar terus! haha

    Next is Seladang. Owh ye, seladang ni ade sejarah yang menarik kt Taiping ni. Mase zoo ni bukak, derang ade bela satu couple seladang ni. One day seladang tu beranak kat dalam zoo ni. So itu merupakan seladang pertama yang lahir kat zoo taiping ni. Untuk memperingati nya, derang namakan anak seladang tu dengan gelaran Zabu yang bermaksud zaman baru, alaf baru sebab lahir thun 2000. hee..comel~


    Banyak pulak haiwan yang nk di ceritakan kat sini..nnti la sambung..hehehhe..
    Ade mase nnti sy update..haha

    Daaa~

    Saturday, May 1, 2010

    Marina Wing Waterfront

    Semalam kami (Saya, Doyah dan Nije) gi jalan-jalan ke lumut. Lumut ni kalo tak silap saya la, tmpat paling ujung la kot kt perak ni. Kat area2 laut. So kat sini terdapat pelbagai tempat menarik seperti pulau pangkor dan juga lumut waterfront. Di waterfront ni, terdapat satu tmpt yg comel untuk peminat2 camera digital iaitu Marina Wing. 

     Bersama Doyah

    Antara tempat-tempat yang boleh kite amik gambar semestinya kt bot-bot yg cute mute tu kan. Tapi waktu kami datang ni dh sangat gelap, xsempat pulak nk godek2 kat kapal2 tu.

    Kapal-kapal yang menarik.

    Kat belakang tu ade banyak kapal kan? sepatotnye kami bergambar kt kapal2 tu tp xsempat la.

    Kami bertiga je la..

    Ni tempat mula-mula masuk marina wing ni.

    Saya dan kapal-kapal..

    Kami pon tak pasti apekah ini, sbb menarik..kami bertenggek aje..hehe


    Owh ye, lupa nk cerita. Doyah datang dari KL lagi ni tau dan nije pulak dari Labuan. Saje derang datang utp (nk settlekan hal ckt). Lame pulak xjumpa kwn2..rindu pulak rasanya...

    Kawan-kawan..kalo mau datang perak roger2 tau..akan ku usaha kan untuk ketemu kamu semua!!! daaa~

    Sunday, April 4, 2010

    Genting Highlands

    Last Wednesday (31 March) kami bergerak ke puncak gunung yg merupakan puncak gunung keriangan. Hehe suka suki je nk panggil nama macam tu kan? Ok..nak cerita sikit, nik gi sana bersama 6 orang lagi. Semuanya family and friends la. (parents xjoint..xmo ikot..huhu)


    Antara yang gi genting : Nik, akmal (my bf), angah (adik nik), zamani (husband angah), Zakuan (adik ipar angah), Alias (jiran sebelah rumah) dan paling kecik Aiman (Anak sedara belah hubby angah). Kami gerak ngan 2 biji kete (kete nik ngan kete hubby angah). Tp kami xdrive sampai ke puncak, just parked kt stesen keta kabel tu je.

    Berada selama 2 hari 1 malam merupakan pengalaman yg sgt seronok. Sempat main2 kt indoor dan juga outdoor. Kami stay kat First World Hotel dengan booking 3 bilik. Keadaan bilik di hotel ni ok sgt2 untuk standard room. Facilities yg diperlukan tu cukupla..

    Hari pertama kami pusing-pusing kat dlm first world plaza tu je. 
     Pasangan bahagia
     Bersama angah

    Breakfast pon sgt best. Pilihan makanan yg banyak. Boleh dikatakan smua makanan ade la kan..Dari jenis roti2, malay food, chinese food and also western. Kalo nk goreng2 tu, memang ade service untuk goreng2 on the spot. suka...hehe
    Breakfast

    Untuk hari ke dua ni..terpaksa la kami check out dah..huhu..Berat pulak rasanya..hehe.
    Menuju ke luar hotel. Masa untuk gi outdoor theme park lak.hehehe.
    Having fun together...

    Saturday, March 13, 2010

    Picnic, BBQ @ Teluk Batik

    Jumaat bknyer holiday, dan juga bukan juga weekend. Namun kami tetap juga ber-picnic..Tp kenapa pilih hari jumaat?
    - Mungkin tiada istilah weekend bg kami sbb smua hari dalam seminggu adalah weekend bg kami.haha
    - Mungkin terlalu busan hingga keluar picnic
    - Mungkin nk release tension, so..kami ber-picnic? (ini mcm xmungkin kan?)
    - Atau mungkin nk membuang masa2 yg ada dgn activity2 yg merapatkn silaturrahim? (mcm baik je bunyiknyer)

    Namun, walau ape2 pon reason...kami seronok.

     Me, Kak Eja, Kak Ina and Dee..

    Orang kuat disebalik asap2 bbq~

    Menunggu masa untuk makan bersama cik Zati..

    Hasilnya..ayam madu berempah yg sgt mabelesss!

    bersama sosej bakar yg hampir rentung~

    Makan dengan lahapnya...lapaaaa sangaaaattt...
    Ouh ye...xlupa juga kpd tetamu2 yg xdiundang..hehe

    Sbnyer, tempat yg kami nk gi bkn kt telok batik, tp kt Telok Senangin. Tapi ternyata, cuaca sgt mencemburui kami smua..ujaaann je sepanjang hari..Adoila..Tetiba je kami tukar plan time odw menuju ke Telok senangin tu. Plan still kene teruskan, ujan pon ujan ler..

    Tp, alhamdulilah, tiba je kt telok batik ujan dh reda..bleh la nk bakar2..hehe
     P/S: Kepada kwn2, tak sangka yg kita mampu berkemas dgn sekelip mata! sau pencapaian yg sgt menakjubkan!!!