Pada minggu ni, kami merancang untuk menjelajah sekitar Taiping. Dengan sedikit research pasal Taiping, kami bercadang untuk pergi ke Zoo Taiping dan Night Safari.
Bertolak dari utp dalam jam 12 tghri, kami terus ke Taiping. Setibanya di sana, alhamdulilah cuaca nya mendung dan redup namun bahang panas nya tetap terasa. Maklumla, sekarang ni dunia di landa kepanasan melampau.
Ok...ape yang menarik dalam zoo ni? Mula-mula masuk kt pintu masuk, kami guna tren untuk ronda seluruh zoo. Ni bertujuan untuk mendapatkan gambaran secara kasar dan cuba bayangkan keluasan taman ni dengan ape yg ade kt sini.
Kemudian baru kami mula berjalan untuk melihat haiwan-haiwan yang ade kt zoo ni secara dekat. Ternyata pengalaman kat zoo Taiping ni sangat berbeza dengan pengalaman menjelajah zoo negara Kuala Lumpur. Seperti yang dijangka Zoo Taiping sedikit besar berbanding zoo negara KL.
Selain itu, antara haiwan yang ternyata berjaya mencuri perhatian kami adalah :
Orang itu memang lucu, siap wat adegan lagi bila kite tengok dia..
Ungka Tangan Putih
Ungka tangan putih ni tengah bergayut kat atas batang pokok tu, perasan tak? Kami xamik banyak sangat gambar dia sebab kami lebih suka rakam semua gelagat dia. Sangat entertained. Dia sgt pandai bergayut dengan aksi yang mengagumkan. Kami fikir mungkin gimnas2 kite boleh belajar dari derang..mungkin? hehe
Badak Air
Masa kami sampai kat area badak air ni atau juga dikenali sebagai Hippo ni, dia tengah berenang2 kat dalam air tau. Badan dia langsung kami tak nampak, yang nampak nyer hanyalah lobang idungnya saja! hahaha..Sangat kelakar. Bila tuan dia datang bawak makanan, yg elok tgh main air tu terus naik ke tepi darat dan baru lah kami nampak badan dia sgt besar! Tak sangka badan besar macam tu bleh berenang macam ikan. hehe
Burung Unta
Burung Unta ni sangat baik. Mulanya nik takot2 dengan burung unta ni igtkan dia garang. Kebetulan masa kami datang kat sarang burung unta ni, ade sorang kakak tu seronok je dok layan si burung unta nik. Siap bagi satu plastik kacang rebus lagi. Dah la tu, bukan dia nak baling je terus kt burung unta, tp sengaja tarik perhatian burung unta ni suh amik kacang tu kat tangan dia. Seronok pulak kami jadi tukang tengok.haha
Setelah berehat kat pondok sambil perhatikan gelagat swan yg brenang2 kat tasik, kami teruskan perjalanan kami ke kandang Beruang pulak. Kat sini pon kami terhibur dengan gelagat beruang-beruang kat sini. Semua jinak belaka.
Perjalanan seterusnya pula ialah kt kandang badak sumbu. Ok, sini ade satu benda kelakar iaitu ade satu tagging kt board tu berbunyi "Badak Sumbu ini ditaja oleh Petronas". hik3..bagus betol petronas ni, taja haiwan paling besar terus! haha
Next is Seladang. Owh ye, seladang ni ade sejarah yang menarik kt Taiping ni. Mase zoo ni bukak, derang ade bela satu couple seladang ni. One day seladang tu beranak kat dalam zoo ni. So itu merupakan seladang pertama yang lahir kat zoo taiping ni. Untuk memperingati nya, derang namakan anak seladang tu dengan gelaran Zabu yang bermaksud zaman baru, alaf baru sebab lahir thun 2000. hee..comel~
Banyak pulak haiwan yang nk di ceritakan kat sini..nnti la sambung..hehehhe..
Ade mase nnti sy update..haha
Daaa~
Next is Seladang. Owh ye, seladang ni ade sejarah yang menarik kt Taiping ni. Mase zoo ni bukak, derang ade bela satu couple seladang ni. One day seladang tu beranak kat dalam zoo ni. So itu merupakan seladang pertama yang lahir kat zoo taiping ni. Untuk memperingati nya, derang namakan anak seladang tu dengan gelaran Zabu yang bermaksud zaman baru, alaf baru sebab lahir thun 2000. hee..comel~
Banyak pulak haiwan yang nk di ceritakan kat sini..nnti la sambung..hehehhe..
Ade mase nnti sy update..haha
Daaa~
No comments:
Post a Comment