The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers

    Sunday, March 14, 2010

    Tip shopping baju

    Hari ni, teringin pulak nk shoppe baju kt online shopping. Tp..tetiba pulak rasa xconfident dgn pilihan bju sendiri...Antara soalan2 yg sentiasa bermain difikiran,
              Sesuai ke ngan aku?
              Muat tak baju ni, kalo ikot saiz mcm muat, tp...bleh caye ke?
              Nampak gemuk xbaju ni ek..
              Pakai ke tidak baju ni? kang membazir pulak..
    Then, rasa nk wt research cket psl pilih bju ni...terjmpa lak post ni. Agak helpful..
     
    Apa yang bermain di fikiran anda sebelum membeli pakaian,kasut/ aksesori?

    Adakah anda hanya mementingkan jenama atau harga,ataupun potongannya yang sesuai dengan bentuk badan anda? Jika potongan yang bersesuaian dengan bentuk badan yang anda fikirkan,anda seorang yang berfesyen !!

    Bertubuh Rendah
    Perlu berhati2 dengan pakaian yang berjalur-jalur dan tali pingang yang terlalu kecil. Pakaian yang terdiri dari warna-warna kontra dan jalur vertikal dan menyerong boleh membuatkan anda kelihatan lebih langsing. Elakkan pakaian yang bermotif/ corak terlalu banyak. Pilihlah tops yang mempunyai garis pinggang yang lebih tinggi. Hindarilah warna yang terlalu terang,sebaiknya pilihlah warna beige,hitam atau pastel.Jika tidak mahu badan melebar,pilih pakaian yang mempunyai motif kecil. Untuk seluar,pilih yang berpotongan lurus atau wide leg.Skirt pula sebaiknya skirt mini atau maxi.Elakkan memakai kasut dengan tali-temali melingkari betis,anda boleh nampak lagi PENDEK!!

    Bertubuh Tinggi
    Boleh mengenakan tali pinggang lebar,elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat,skirt yang terlalu panjang atau pendek.
    Seluar panjang potongan hipster paling tepat.Jika pinggang berisi, lebih baik kenakan seluar panjang model 'full cut' (pinggang tinggi) dan hindari seluar berpotongan baggy atau yang mengecil di hujung. Untuk top,sebaiknya tops labuh yang melepasi pinggang. Elakkan tali pinggang yang terlalu ketat. Kasut bertumit tinggi melebihi 5 inci juga x digalakkan.

    Bertubuh Gempal
    Warna biru navy,hitam atau merah tua akan membuatkan anda lebih langsing. Untuk tampil 'slim n chic', jangan sesekali memilih baju longgar utk menyembunyikan lemak di badan. Baju berleher V boleh membuatkan anda nampak lebih kurus. Hindari skirt di bawah paras lutut atau skirt midi separas betis. Ia membuatkan anda seperti terpotong dan anda akan kelihatan lebih berisi dan pendek. Untuk pemiliha beg tangan, pilih aksesori berbentuk segiempat agar memberi efek lebih ringan. Kasut platform yang sangat tebal sgt tidak sesuai utk anda. Sebaiknya,pilih kasut bertumit ramping dan selesa.

    Bertubuh Besar di bahagian atas
    Perlu memilih jaket panjang tanpa span bahu untuk menyeimbangkan bahagian atas dan bawah badan. Elakkan blaus/kemeja berpotongan 'ruffles' atau 'detail' yang keterlaluan. Tops berpotongan silang boleh memberi ilusi yang lebih ramping. Jika ingin mengenakan aksesori, skarf boleh merampingkan tubuh bahagian atas. Pakai seluar atau skirt yang mempunyai lipatan atau kedutan supaya pandangan lebih tertumpu ke bahagian bawah badan. Kasut bertapak rata merupakan pilihan yang baik. SOURCE

    No comments: