The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers

    Tuesday, July 10, 2012

    Family Vacation - Langkawi

    Date : 10.07.2012
    Time : 8.35pm
    Venue : Depan tv, ruang tamu, home sweet home Shah Alam

    Malam ni walaupon penat sangat-sangat tapi rasa macam rajin pulak nak menaip blog. Hari ni penat tu bukan penat apa, bukan penat sebab baru bali keje ke ape. Tapi sebenarnya beberapa hari ni nik dan keluarga pergi bercuti di langkawi. Rasa macam lama sangat tak bercuti macam ni, seronok pulak. Ye la, before ni selalu round-round satu malaysia. Tapi sejak pregnant yang dekat nak due hari tu, dah mula slow down dan akhirnya lepas bersalin tu memang langsung tak berjalan ke mana-mana. Kalau travel jauh-jauh pon sebab balik kampung (kota bharu..kira jauh la kan?).

    Meh nak cerita pasal family vacation ckt. Rombongan kami ni actually rombongan yang boleh dikatakan sangat besar jugak la. Ok, meh nak kira. Nik dengan hubby dan Zara (3org) + Kakak sulong hubby se-family (6org), abg ngah se-family (3org) + Pak Anjang dengan wife (just married) + Pak muda se-family (3org) + Ciksu dan Abah. So total semua 19orang. Fuyo0o0o.haha..ramai kan? Dah kata family vacation. Ni family vacation belah hubby dan fully sponsored by Abah. Terima kasih banyak2 paktok!

    Kami gerak dari KL-Langkawi hari Jumaat flight kol 9.15PM boarding kat LCCT. Actually family dah sampai KL pagi jumaat lagi. Semua orang berkumpul kat rumah nik kat shah alam. Disebabkan hari jumaat tu nik masih lagi keje, so nik la gerak paling lewat ke LCCT.
    
    Tempat kejadian : LCCT bersama keluarga
     Sampai kat Langkawi kira-kira jam 10.15PM dan terus ke Hotel. Kat langkawi, kami stayed kat Langkawi Sea View Hotel. Kat sini, kami sewa 2bijik transport (Nissan Urvan dan Toyota Unser). Maklumlaa..raamaaii..tak muatla sebijik..keke.
    Dah sampai kat hotel pon dekat kol 12malam. So malam tu kami memang tak nampak ape yang menarik pon lagi kt hotel tu. Sehinggalah bangun pagi esoknye..mmg btol2 seaview. Time breakfast pulak, nik try suapkan bubur nasi kt zara..hmm...selera btol Haruslah nik beli periok yg gojes utk msk bubur nasik lepas ni!
    Suapkan bubur nasi untuk zara

    Untuk hari pertama ni, lepas makan kenyang-kenyang..tempat pertama yang kami lawati ialah kat Beras Terbakar. Kami gerak dari hotel dengan berpandukan GPS..kami gagahi ke Beras terbakar ni. Sesampai kat sini..hujan la pulak..So haruslah kami shopping topi dulu untuk cik puan iman nur zahra kan! haha

    Topi baru (kaler haruslah seakan-akan topi bapak dia..anak bapak!)
    Orang cakap dulu-dulu kat sini memang banyak beras terbakar ni.Tapi masa kami datang tu, dah tinggal sikit je. Tu pon siap pagar lagi sebabnye beras yang banyak dulu tu dah orang amik bawak balik. Adoi..boleh pulak kan. hihi.

    Keluarga kecil kami

    Di perkarangan beras terbakar

    Rumah kecik tiang seribu
    Dalam pagar tu la ade beras terbakar. Kami bergambar kat tepi pagar tu je. Bolehla kan buat kenangan. Gambar kat atas tu pulak..ha..itula dia keluarga besar kami. Yang takde dalam gambar adalah paktok (tengah jalan kat kedai ) dengan Ngoh (selaku jurugambar ini).

    Gerai pakaian dan cenderahati di beras terbakar
    Oke..takde apa yang menarik pon kat sini kecuali gerai-gerai yang sangat banyak. Boleh la rembat beberapa helai baju langkawi wat kenangan dan yang pastinya malam ni kami nak pakai baju langkawi hoccay! hahaa.

    Ha..dah tu..lepas beras terbakar ni, kami plan nak gi Underwaterworld..hehe..best! taksabar! tapi..sementara dalam perjalanan tu..sempat pulak kami singgah di satu gerai jual minyak gamat ni. Sementara semua orang dok serbu minyak gamat..nik rilek je kat dalam urvan ni..sebab? si Zara la..tidoq pulaakk..
    Peach langkawi!

    Dah borong banyak-banyak...kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnye..Underwaterworld!

    No comments: