Date : 01.07.2012
Time : lebih kurang kol 6.30 petang
Venue : Presint 2, Putrajaya
Nik suka bunga..suka sangat dengan bunga-bungaan. Kalau boleh, impian nik nak bina satu taman bunga yang ade beribu-ribu species bunga kt sebelah rumah! hahaha. hebat tak impian i?? Impian tinggal impian..hampir jadi kenyataan dalam imaginasi bila datang kat Pesta Flora kat putrajaya ni tau. 2minggu sebelum kejadian lagi, bila nik dengan pasal pesta bunga ni memang nik dh booking calendar hubby dah. Dah copp dah..jangan nak gi mane-mane sebab nik nak datang sini. Bagi orang yang tak suka bunga, pesta bunga ni apa la sangat kan? Tapi penggemar tegar bunga macam nik, pesta bunga ni adalah lagi best dari konsert rock ke...kpop ke..justin bieber ke! ahaha..kaan.
Walaupon kami datang sini dah petang, dekat nak maghrib dah pon tapi orang memang sangatla ramai. Especially abang-abang dan kakak-kakak yang pegang camera besar gedabak tu. cameraman and camerawoman la ofkos derang ni kan. kami? bolehlaa...cukupla dengan nikon kecil kecilan ni ha..setakat nak snap gambar kami2 je pon..Especially gambar cik zara la (selaku model blog ini)!
Gambar ni kami snap kat area pintu gerbang pesta bunga ni. Pintu gerbang tu cantek sangat dengan bunga carnesion kaler kuning. Tapi kami tak sempat nak amik gambar pintu gerbang tu sebab ramai sangat orang tengah posing kt situ. So..kami letak je cik zara kat atas bench ni dan..snap..snap. (pesta bunga ke pesta ape?)
|
Zara si comel mama yang suka posing |
Gambar zara kat atas bench merah ni pulak lupa kat booth mane. Tapi yang pastinya, dalam kawasan ni, ade kerusi kaler merah, hijau, kuning dan biru. Kami pilih merah!
|
Antara bunga-bungaan yang terdapat di pesta flora |
Kebanyakan gambar yang kami snap tu dengan bunga kertas kan sebabnye tema pesta flora tahun ni adalah Bunga Kertas. So..semua booth memang akan pertandingkan bunga kertas sebagai hiasan booth kebun bunga derang. Cute kan? Bunga kertas ni memang tahan lasak, senang nak tanam..mudah hidup..pandai berdikari..tahan panas..macam-macamla..Mak nik kat kampung tu pon memang suka tanam bunga kertas. Macam-macam warna la..bentuk takyah cakap la kan. Bunga kertas aiskrim la..nama tu nama ni.hehe.
|
4 contoh booth taman bunga |
Ha...macam ni la contoh taman mini kebun bunga setiap booth peserta design tu. Yang nik dok cite kat atas tadi tu. Ni adalah di antaranya la..actually sangat-sangat banyak peserta yang join event ni. So memang sangat bnayak booth2 kebun bunga ni. Kami plan nak snap semua booth..tapi...tak larat! banyak sangat!
|
Kasih ibu tidak terperi... |
Tapikan...mane gambar hubby??? adeih..terlupa pulak nak upload. Yela..dia kan cameraman of the day. Sebok pegang camera, mane la nak ade gambar dia sangat. Yang ade pon..ni je laa...
|
Kami sekeluarga |
Ok daah...dah terlalu banyak rasanya nik uplod gambar ni ha. haahaha..tu nasib baik jugak combine. Kalo sekeping-sekeling mau berderet-deret. Memang bunga-bunga kat sana canteekk sangat. Suka. Ok..ni last gambar nk upload.hehe
|
Antara lain yang menarik di sana.. |
Eh...taakk..yang ni last..hehehee...(jangan marah)..ni antara bunga feveret iollss...cantek kan?
|
Bunga-bungaan |
Daaahh...tu je...daa...jumpa di lain post ya! macihhh...
No comments:
Post a Comment