The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers

    Wednesday, February 12, 2014

    Perkembangan anak-anak saya

    Date : 11/02/2014
    Venue : Home and Adamson Hotel

    Hari ni saja nik nak cerita pasal anak-anak kitorang. Nak cerita pasal perkembangan dua2 anak nik. 

    Perkembangan Iman Nur Zahra:
    Alhamdulillah, si kakak Iman Nur Zahra sekarang dah berumur 2 tahun 3 bulan. Sepanjang zara masuk umur 2 tahun lagi, dia dah pandai buat macam-macam. Perkembangan normal untuk kanak-kanak berumur 2 tahun. Tapi mungkin ada masalah ketinggian sikit di mana zara ni tak tinggi sangat macam budak-budak lain. Katik sikit, macam mak dia agaknya....yang katik banyak! hehehe
    Saya suka Dora!

    So far, zara dah pandai baca ABC sampailah Z which is memang membanggakan nik. Zara pandai baca dan ingat ABC ni pon rasanya sebab dia banyak belajar dari tab. Ye, kami memang ada ajar dia, tapi faham-faham je la kan. Kami pon bukan ada banyak masa bersama dengan anak-anak kat rumah. Banyak habiskan masa siang di ofis je pon. Tapi malam kami selalu jugak test zara dengan tanya pelbagai soalan contohnya macam, tu haiwan apa, warna apa, huruf apa, shape apa..dan macam-macam la.
    Celah almari pon boleh...

    Yang paling membanggakan kami lagi, zara bukan sekadar ingat ABC sampai Z, dia jugak kenal setiap huruf dari A sampai la Z. Sumpah tak tipu! Kalau kitorang tanya dia randomly, ni huruf apa...tu huruf apa..Zara kenal. Alhamdulillah...kalo firdge magnet kat peti ais tu, ada tulisan2 kan. Kami selalu tanya..ni huruf apa kakak? Nanti dia akan cakapla...contohnya word AUSTRALIA kat fridge magnet tu..nnti dia sebut.."A...U..S..T..R..A..L..I..A"...Smua huruf betol. Kat parking pon sama, excited dia bagitau kitorang..mama..B! mama..C! kalau kat jalan raya lak, setiap plate kereta orang tu dia dok baca DBN..WWA..mana2 dia nampakla..Comel je kan? Alhamdulillah..

    Lagi satu SHAPE..dalam bhs melayu bentuk ye kawan2. hihi. Almost semua basic shape dia kenal. Contohnya, heart (love), triangle, rectangle, diamond, sphere, circle. Sweet kan? Seronok bila zara nampak apa2 object kat luar dan dia bagitau kitorang..mama..papa...diamond! Ye..dia memang suka apply apa yang dia tau kat benda di sekeliling.

    Kalau pasal haiwan2 lak..boleh kata amazing jugak. Sometimes, dia ada sebut haiwan2 dalam english which is yang kami sendiri pon xtau. Hahaha. lawak kan? Oke, contohnya..ular sawa..kalo korang ckp ngan ank ular sawa tu apa? mestila bagitau dia.."snake" betol tak? tapi zara tak cakap tu snake..dia ckp.."No...phyton!"...canggih! hehehe. Almost smua animal yang basic2 tu dia kenal la. Tanya je..insyaAllah dia kenal. Yang mana ada dlam dictionary dia la kan. Termasuk insects mcm dragonfly tu pon tau. Semua pon dia banyak blajar dalam game Animal Puzzle. 

    Transport? kenderaanla kan... A few jugakla yang dia tau. Contohnya macam aeroplane, car, lorry, motor, bicycle, train, helicopter. Pastu lately, nik ada dengar dia cakap nama transport yg pelik2 mcm space shuttle..hohoho! terkezut! Rupanya ada benda tu kat dalam game tab dia. Hehehe..
    Khusyuk..

    Ohh, satu benda penting jugak nak cerita. Pasal hobby. Kekeke. Kalau tiap kali nak cakap pasal hobby si kakak ni mesti nak gelak. Gigirl kot..agaknya sepesen je smua. Si zara tu, suka sangat menyanyi. Ya allah ya tuhanku! tak kira masa menyanyi je manjang. Makin menjadi jadi kalo dia nyanyi kat depan cermin mekap nik! perghhh! siap buat muka comel pulak senget2 kat depan cermin. Main masak2 lagi satu, smua barang dia nak angkut bawak main masak2. Kat dalam box dia tu rasanya dh penoh ngan set pinggan magkuk mainan yang mak nik belikan untuk dia. Tak cukup!! taak cukuuup...amik lagi kat dapur! hadoiyai...Lagi satu tengok kartun. 24 jam kalo boleh nak mengadap! sampaikan mak bapak dia nk tengok tv pon xleh tau! isshh..sabor jela. Antara feveret kartun dia buat masa ni, Dibo, Henry Hugglemonster, Maya the bee, Sofia the first, Hi5, Mickey Mouse Clubhouse, Pocoyo dan Hello Kitty..hameek. Banyak giler. Semua dia suka. Hah...kalo cakap pasal Hello Kitty pon satu lagi parah. Semua benda kalo boleh nak hello kitty. Baju, pinggan magkk, botol air, mainan, buku...aaarrgghh..semua!! Pantang gi mana2 nmpak hello kitty..melekat la kat situ jawabnya. Even nampak gmbr hello kitty kat bju budak lain pakai pon dia kecoh. Siap g cucuk2 perot budak tu tunjuk hello kitty kt situ. Lagu hello kitty?? tak yah cakap la...tiap masa nyanyi lagu tu..uwaaaa!
    Suka baca buku

    Lagi satu hobby kakak dari kecik sampai ke besar..membaca. Ha..ni nik suka. Memang dia suka baca buku.Kat mana2 dia jumpa buku ke, pamplet ke..yang menarik ada kartun2 mesti dia mentelaah..hah! ko mampu? mentelaah gitu...cer tengok la contoh kat atas tu. Kat lantai tepi almari camtu pon boleh baca buku tau. Lagipon tu bknnye buku, sebenarnya kertas dalam ape benda bli barang hape entah.keke. Comel kan?

    Tu la dia perangai si kakak...

    Perkembangan Iman Zariff
    Si adik pulak, baru berumur 4bulan 3minggu. Dah nak masuk 5 bulan which is kene amik lagi satu injection 5bulan. Nebes jugak tuh. Tiap kali nak inject mesti berdebar2. Sedih nak tengok baby kene inject la. Sakit kite..dia yang menanggung lagi sakit. Kesian kan? Weekend ni plan nak gi inject bontot zarif kat klinik umra. Klinik keluarga feveret kitorang sekeluarga. Hihi..Owh ye, dlu klinik ni takde la ramai sangat masa dok wat checkup preggy kat kakak. Sekarang ni..ya allah..ramai giler dah macam klinik gomen pon hado. Kalau gi lambat sikit mesti que panjang giler. Glemer la kot sekarang ek. Ramai.

    Suka isap hari

    Ok, back to cerita pasal perkembangan zariff ni kan. Apa yang nik boleh cakap yang si zariff ni.."Good Boy"..seriusly. He is...a good boy. Sejak dari hari pertama dia keluar sampaila sekarang dia maintan as a very very goood boy. Kenapa? Sebabnya zarif ni jarang sangat2 nangis. Memang jarang sangat! Sampaikan orang dok sekeliling dia boleh cakap, hari ni langsung tak dengar suara zariff. Hah! memang. Dia hanya nangis bila ngantuk sangat or nak susu. Even kalo kakak dia cubit, sampai kulit dia luka pon dia tak nangis. Cool kan anak jantan iollss! Ya allah..dia senyum je..pastu mata besar..melilau tengok kiri kanan. Mulut dia sekarang boleh tahan becok jugak tu. Menyembur sana sini pon satu hal. Orang tua2 cakap kalau anak suka sembur2 air liur, rambut kita gugur. Humpphh.memang betol kot. Kalau bgun tido, penoh rambut kat bantal. Adeih..

    Hobi..mengayuh basikal

    Perkembangan fizikal? Alhamdulillah. Chubby bam bam macam kakak dia zaman kecik. Seronok betol bila tengok anak kita membesar dengan sihat. Buat masa ni zariff masih lagi seratus peratus menyusu badan. Hari2 minum susu yang dipump. Orang ramai cakap kalau baby minum susu badan ni tak chubby, tak bam bam. Tapi alhamdulillah dua2 ank nik  menyusu badan, dan dua2 pon bambam. hehehe. Susu berkualiti la katanya..hihi. So in term of tumbesaran memang memberangsangkan lah. Even gambar kat atas tu pon zariff pakai size 9months yg nik bli online. Ingatkan baju tu besar sikit la buleh pakai lama, tapi rupanya ngam2 je. So next online shopping tu nik bli size 12months.

    Belajar meniarap
    Dari segi skill baru pulak, ni lemah sikit nak cerita. kekeke. Si zariff ni masih lagi tak nak meniarap tau. Lawak betol la zariff...Hari2 balik keje, masa kat katis before ready nak tido tu mesti nik training (training tu xtahan.haha) ngan zarif. Training meniarap. kekeke. Ada sorang anak member nik, anak Fad namanya iedris. Lahir awal 3hari dari zariff. Dan iedris tu dah lama dah meniarap. Hahaha. Hadoila zarif. Tiap kali nik balikkan badan dia supaya meniarap..semnit pertama tu okela, masuk minit kedua tu, hah! lemas! keke. Ala..sebenarnya takde pape pon kan. Setiap baby tu perkembangan dia lain. Tak sama. Dulu, kakak zara tu lagi la. 2bulan 3minggu dah boleh meniarap. Punyala cepat, tapi merangkak? masuk 8bulan bru bleh. Then setahun sebulan baru bleh berjalan. So..not to worry.
    Dah sepet mata..kene tindih ngan pipi

    Perghh..rasa dh panjang sangat dah ni. Lain kali je la sambung cerita. Penat kot menaip.

    Bye uuoolllsss...mmmuaah!









    No comments: