The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers

    Friday, May 23, 2014

    Training + Shopping

    Date : 20.05.2014
    Time : 5.30pm - 8.30pm
    Venue : Sunway Pyramid.

    Sebelum mula cerita pasal Shopping, nak cerita pasal training yang nik join dua hari ni. Bukanlah rajin sangat nak join2 training bagai ni sebenarnya. Tapi disebabkan company policy atau requirement, kat semua staff yang mewajibkan minimum dua training setahun. So hakak terpaksalah jugak join. 

    Untuk tahun ni, ni kira training kedua lah selepas 'Creative Thinking, Problem Solving and Decision Making' bulan April hari tu. Alhamdulillah dah fullfilled requirement! hehehe.

    Terpaksa..terpaksa jugak, tu yang negative. Jangan diikut ye! Yang positivenya, terlalu la banyak. Training ni memang bagus sangat. Pasal business writing. Bukan business writing yang tulis nak jual barang tu! Bukan!! Ni more to cara-cara nak tulis email dengan baik, pendek, tapi orang paham. Tak tulis berjela-jela tapi langsung orang tak faham. Dua hari je training tapi rasa macam banyak sangat benda yang perlu belajar. Baru sedar yang selama ni dok reply email (sehari lebih seratus email kot!) tu, banyak silap rupanya! Malu je.. Belajar dari kesilapan ye kawan-kawan!

    So inilah rakan-rakan training semalam:





     Haa...canggih, dapat tambah lagi satu koleksi certificates ye kawan-kawan. Hehehe. Training habis jam 5pm. Tapi kol 4.45 tu encek husband nk terpacak...ha..terpacak hoccay! kat depan ofis. Siap bawak babies lagi. Hmmm..rupanya, nak menyinggah kat Sunway Pyramid. Lama tak bershopping katanya.

    Dari ofis, berdesupppp kami ke Sunway Pyramid. Tepat 5.20 sampai and siap parking uols! hehehe. Time masuk parking ni, kakak zara tido. Masa tengah nak parking, boleh dia tetiba bangun pastu cakap..'hah...dalam lion la!' Depan sunway tu kan ade kepala singa. Tau pulak dia kami masuk dalam lion tu. Agaknya dah ingat dah kot ek suasana dalam lion tu camne.

    Actually, kami ke sini pon berhajat besar nih. Hajatnye nak beli sport shoes. Iolls ni teringin nak masuk Zumba kat clas depan ofis. Pusing, masuk Puma bagai sekali tengok harga dekat 3ratus sepasang. Hmm..ujung2 bulan ni terasa la jugak kedekut. So tak payah beli! Nak cari murah-murah je. Encek Kema punya hangin bila nik takmo beli kasut tu. Nik cakap nak cari murah-murah je. Dalam RM50 hengget..ada tak? Pastu dia cakap.."huh..kalo setakat nak kasut 50hengget baik gi bundle je tadi, takyah datang sini'. Hangin pulak dia. Pastu blaah camtu je keluar kedai. Hahaha. Suami..suami..anda lawak la.











    At last, kami makan-makan je kat mcD, pusing-pusing kat area mainan kejap pastu balik. Tapi tak sampai rumah lagi sebab jam baru 8.30. hehehe. Singgah pulak kat giant! beli 'air mimi' kakak zara. Air mimi tu air solivite or vitagen kaler purple. Comel je. Kat giant, kononnye nak berjimat (ujung bulan kan) diulang lagi ye. Tapi total lost beli itu ini RM160 jugak. Hmmm..berhantu betol la giant ke, tesco or AEON Big ni. Tiap kali masuk tak pernah kurang seratus. Mesti lebih.. Berhantu betol shopping mall ni kan?




     

    No comments: