The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers

    Saturday, April 11, 2015

    Review : Babes and Basic Naelofar

    Date: 11.04.2015
    Time: 2pm
    Venue: Home
    Selamat berhujung minggu semua! Hari sabtu kot...apa cerita? Tak keluar mana-mana ke? Hehehe kami ni, kalau waktu pagi mesti niat taknak keluar ke mana-mana. Tapi bila dah tengahari je..mula tak boleh duduk diam, gatal nak keluar. hahaha
    Malam ni encek husband ada TT kelab wish (Wish Anok Kelate - WAK). Selaku jawatan media 1 kat dalam kelab tu, encek husband memang active. Dan kebetulan malam ni pulak TT kat nilai..fuuuhh.. Jauh tu. Nasib baik cikenpox zariff dh ok. Tinggal dua tiga bijik je lagi yang keruping dia masih tak tanggal dari kulit. Hehe.. 
    Okeh, harini tergerak hati nak bagi review pasal tudung Naelofar Hijab. Kenapa tiba-tiba? hehe. Kebetulan pagi tadi kemas pakaian, gantung dan lipat mane patot. Baru perasan yang so far nik dah ada 14 koleksi tudung Naelofar. Hahaha. Menarik kan?
    Sebelum ni, nik memang tak pandai nak pakai shawl. Lagi-lagi kalau tudung takde owning. Nik tahu pakai tudung bentuk  petak bawal tu je. Bila ofismate nik dok cerita pasal Naelofar ni, eh teringin jugak nak try. Cuba amik satu kaler purple. Try..dan eh, macam senang dan not bad. Muka takde la bulat mane (takot nak try tudung canggih-canggih sebab muka nik bulat cam bola! haha)
    So ini tudung Naelofar Babes and Basic pertama yang nik beli. Best kain dia tebal, muka pon tak payah betolkan banyak kali. Menjadi elok je..dan terletak.. 

    Pakai kat ofia, mintak pendapat kawan-kawan. Semua cakap not bad. Haa..ok. Boleh la cuba kaler lain lagi. Best rupanya. hehe. So next tudung babes ni nik amik kaler hijau pulak.

     Kaler emerald green ni satu batch dengan purple tadi tu. Kain dia tebal dan senang nak bentuk kat muka. Memang berpuas hati. Tapi pada peringkat awal cuba tudung ni, jenuh jugak nik nak belit tu. Maklumlah tak biasa. Drastik sangat pulak tuh. haha

    Bila encek husband cakap, tudung ni sesuai ngan nik. Wah rasa best. Atlast ade jugak tudung glemer2 yang sesuai ngan muka bola saya ni haha. Lagi husband cakap, boleh amik lagi tudung ni. hehe..

    Then beli lagi..


    This time amik kaler Electric Blue pulak. Okey, kali ni Nik rasa kain dia lain sikit. Lebih lembut dan lebih ringan. Tak pasti sama ada ini dikira improvement or not. Kelebihan dia, senang nak belit sebab automatic jadi kecik. Tapi yang tak best nye, tang muka tu susah nak bentuk. Huhuhu


    Next amik lagi Frozen Blue ni. Tak pasti pula kaler sebenar diorang panggil kaler apa. Nik panggil frozen blue je. hehe. Kain ni pon sama, sedikit nipis compare dengan first batch yang nik beli tempoh hari. Kat muka tu, berpeluh ketiak nak bagi terletak macam kat atas tu tau. fuuuhhh.
    Suka dengan tagging Naelofar baru tu. Dia buat pakai plate besi pulak. So..nik beli lagi. Warna merah menyala..

    Ok, this time..memang menyayat hati sikit. Kain dia makin nipis! Kat muka tu memang tak boleh blah tahap tak boleh bentuk. Tahap melekat teros kat muka! Lagi sedih bila lepas basuh, kain jadi mengecut..Owh tidaaakk...huhuhu


    Ni satu lagi warna Mustard..Kuning lemak ketam kata orang tua-tua. hehe. Susah sangat nak dapat warna ni sebab ramai yang rembat. Tapi kali ni Nik dapt..happy sangat. Untuk review kain dia, hmm tudung warna ni pon sama macam warna merah tu jugak. Lembek dan nipis. Kat muka sangat susah nak bentuk sebab dah melekat kat muka.


    Ni satu lagi warna pink. Suka sangat dengan warna pink ni, beli satu batch dengan warna mustard tadi tu. Kain dia pon sama jugak. Apa yang nik buat, nik bukak sikit jahitan kat tekak tu bagi dia besar sikit. Baru dapat bentuk kat muka macam dalam gambar atas tu. hehe. Tapi apa yang nik suka pasal tudung batch latest ni, dia lebih ringan dan lembut. Tak panas. Suka..tapi tang muka tu tak suka!
    By the way, bagi pendapat peribadi nik la kan, diorang ni macam tak menjaga quality tudung tu sendiri. Tak pasti sama ada kain makin nipis tu sebenarnya memang derang purposely improved based on comment2 customer sebelum ni pon nik tak pasti. Mane la tau kot2 ramai customer dia orang complain yang tudung ni tebal sangat dan panas, so diorang keluarkan versi nipis sikit? who knows kan? Or may be ada customer yang complaint tudung ni besar sangat, that is why dia orang keluarkan versi baru? Ni sekadar pendapat sahaja. 
    Tudung-tudung warna lain tu nik tak dapat post dalam ni sebab tak snap gambar. Contohnya warna silver, krim, peach, purple lembut dan grey. Owh ya, nanti next time bila rajin sikit nak review pasal Naelofar printed version pulak ye. 
    See ya!

    Love;

    1 comment:

    Aidamia_Aida said...

    salam sis...comel pakai babes n basc...tudung tu sis iron de guna spray pape x untuk bg bentuk kt muka??sbb sy pakai xjadi bentuk asyk jatuh je....