The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers
    Showing posts with label Naelofar. Show all posts
    Showing posts with label Naelofar. Show all posts

    Friday, April 24, 2015

    Review: Chic and Basic

    Date: 24.04.2015
    Time: 6pm
    Venue: Ofis

    Hari ni datang ofis pakai tudung Naelofar lagi. Seperti kebiasaanlah, memang suka tudung ni. Tapi kite tak jual tudung ye, kite suka beli je. Lagipon memang senang nak dapat stok, officemate kite memang stokis tudung lopar ni. 

    Jadi kalau ada stok baru, kami antara customer yang akan dapat pilih dulu kaler feveret. hehe. Terfikir nak bagi review sikit pasal tudung chic and basic ni, sebab pakai tudung ni harini kan.

    Pernah dengar tak Naelofar Chic and Basic?? Kebanyakan ramai yang confuse dengan babes and basic tu kan? Chic ni kain chiffon, babes tu pulak kain cotton lycra tu. Siapa penggemar tudung chiffon mesti suka chic and basic ni.

    Hee...ini la dia, chic and basic..


    selfie sikit! haha

    Hahahaha...buruk benar kan? Orang tua selfie. Nak buat macam mane. Nak tayang tudung punya pasal. Takpe kalau orang nak mengkeji janji hati puas. hehehe

    Pendapat nik, chic ni kalau mula-mula pakai memang agak renyah sebab kene iron sepuas hati yang mungkin. Jadi, untuk permulaan mesti ramai yang frust sebab susah nak iron. Tapi sebenarnyakan, percayalah..sekali tuuu jee kite kene iron beriya tau. Lepas tu dah tak perlu iron pon takpe. Nik sendiri pon, ada 3 pasang tudung chic ni. Kali pertama je iron beriya macam hape. Lepas tu, basuh pon tak perlu iron dah. Rilek jee...

    Naelofar ni pandai sekarang tau, macam-macam patern tudung dah dia keluarkan. Pening hakak sebagai follower tegar ni. Huhuhu...Lately dia keluarkan pulak Foxy Lady dan Babes Pleated. Aiyoyoyo...

    Jom tengok gambar geng kami masa lunch hour tengahari tadi..

    Semua pakai Naelofar dari pelbagai patern





    Dari depan sekali, nik pakai chic and basic, belakang sikit tu mas bertudung hijau lumut tu. Tu namanya Foxy Lady. Tepi kanan sekali tuan empunya stokis nama Linda. Pakai Babes and Basic pleated. Atas sikit paling kiri tu kay, pakai babes and basic cotton lycra. Dan yang paling belakang sekali tu ratna..Pakai naelofar Denim.. semua cantek dan kemas. Dan yang paling penting..senang nak pakai.

    Saturday, April 11, 2015

    Review : Babes and Basic Naelofar

    Date: 11.04.2015
    Time: 2pm
    Venue: Home
    Selamat berhujung minggu semua! Hari sabtu kot...apa cerita? Tak keluar mana-mana ke? Hehehe kami ni, kalau waktu pagi mesti niat taknak keluar ke mana-mana. Tapi bila dah tengahari je..mula tak boleh duduk diam, gatal nak keluar. hahaha
    Malam ni encek husband ada TT kelab wish (Wish Anok Kelate - WAK). Selaku jawatan media 1 kat dalam kelab tu, encek husband memang active. Dan kebetulan malam ni pulak TT kat nilai..fuuuhh.. Jauh tu. Nasib baik cikenpox zariff dh ok. Tinggal dua tiga bijik je lagi yang keruping dia masih tak tanggal dari kulit. Hehe.. 
    Okeh, harini tergerak hati nak bagi review pasal tudung Naelofar Hijab. Kenapa tiba-tiba? hehe. Kebetulan pagi tadi kemas pakaian, gantung dan lipat mane patot. Baru perasan yang so far nik dah ada 14 koleksi tudung Naelofar. Hahaha. Menarik kan?
    Sebelum ni, nik memang tak pandai nak pakai shawl. Lagi-lagi kalau tudung takde owning. Nik tahu pakai tudung bentuk  petak bawal tu je. Bila ofismate nik dok cerita pasal Naelofar ni, eh teringin jugak nak try. Cuba amik satu kaler purple. Try..dan eh, macam senang dan not bad. Muka takde la bulat mane (takot nak try tudung canggih-canggih sebab muka nik bulat cam bola! haha)
    So ini tudung Naelofar Babes and Basic pertama yang nik beli. Best kain dia tebal, muka pon tak payah betolkan banyak kali. Menjadi elok je..dan terletak.. 

    Pakai kat ofia, mintak pendapat kawan-kawan. Semua cakap not bad. Haa..ok. Boleh la cuba kaler lain lagi. Best rupanya. hehe. So next tudung babes ni nik amik kaler hijau pulak.

     Kaler emerald green ni satu batch dengan purple tadi tu. Kain dia tebal dan senang nak bentuk kat muka. Memang berpuas hati. Tapi pada peringkat awal cuba tudung ni, jenuh jugak nik nak belit tu. Maklumlah tak biasa. Drastik sangat pulak tuh. haha

    Bila encek husband cakap, tudung ni sesuai ngan nik. Wah rasa best. Atlast ade jugak tudung glemer2 yang sesuai ngan muka bola saya ni haha. Lagi husband cakap, boleh amik lagi tudung ni. hehe..

    Then beli lagi..


    This time amik kaler Electric Blue pulak. Okey, kali ni Nik rasa kain dia lain sikit. Lebih lembut dan lebih ringan. Tak pasti sama ada ini dikira improvement or not. Kelebihan dia, senang nak belit sebab automatic jadi kecik. Tapi yang tak best nye, tang muka tu susah nak bentuk. Huhuhu


    Next amik lagi Frozen Blue ni. Tak pasti pula kaler sebenar diorang panggil kaler apa. Nik panggil frozen blue je. hehe. Kain ni pon sama, sedikit nipis compare dengan first batch yang nik beli tempoh hari. Kat muka tu, berpeluh ketiak nak bagi terletak macam kat atas tu tau. fuuuhhh.
    Suka dengan tagging Naelofar baru tu. Dia buat pakai plate besi pulak. So..nik beli lagi. Warna merah menyala..

    Ok, this time..memang menyayat hati sikit. Kain dia makin nipis! Kat muka tu memang tak boleh blah tahap tak boleh bentuk. Tahap melekat teros kat muka! Lagi sedih bila lepas basuh, kain jadi mengecut..Owh tidaaakk...huhuhu


    Ni satu lagi warna Mustard..Kuning lemak ketam kata orang tua-tua. hehe. Susah sangat nak dapat warna ni sebab ramai yang rembat. Tapi kali ni Nik dapt..happy sangat. Untuk review kain dia, hmm tudung warna ni pon sama macam warna merah tu jugak. Lembek dan nipis. Kat muka sangat susah nak bentuk sebab dah melekat kat muka.


    Ni satu lagi warna pink. Suka sangat dengan warna pink ni, beli satu batch dengan warna mustard tadi tu. Kain dia pon sama jugak. Apa yang nik buat, nik bukak sikit jahitan kat tekak tu bagi dia besar sikit. Baru dapat bentuk kat muka macam dalam gambar atas tu. hehe. Tapi apa yang nik suka pasal tudung batch latest ni, dia lebih ringan dan lembut. Tak panas. Suka..tapi tang muka tu tak suka!
    By the way, bagi pendapat peribadi nik la kan, diorang ni macam tak menjaga quality tudung tu sendiri. Tak pasti sama ada kain makin nipis tu sebenarnya memang derang purposely improved based on comment2 customer sebelum ni pon nik tak pasti. Mane la tau kot2 ramai customer dia orang complain yang tudung ni tebal sangat dan panas, so diorang keluarkan versi nipis sikit? who knows kan? Or may be ada customer yang complaint tudung ni besar sangat, that is why dia orang keluarkan versi baru? Ni sekadar pendapat sahaja. 
    Tudung-tudung warna lain tu nik tak dapat post dalam ni sebab tak snap gambar. Contohnya warna silver, krim, peach, purple lembut dan grey. Owh ya, nanti next time bila rajin sikit nak review pasal Naelofar printed version pulak ye. 
    See ya!

    Love;

    Thursday, April 2, 2015

    Mesin Jahit Pilihan - Singer 1139D

    Date: 02.04.2015
    Time: 6pm
    Venue: SINGER - Mydin Subang USJ

    Kesinambungan dari kisah "10 Years Project Plan" 

    Setelah berminggu-minggu survey mesin jahit paling sesuai untuk Nik, atlast...berjaya decide. Amik SINGER model 1139D berharga RM1800 kat MYDIN Mall Subang USJ.

    Okey, kisahnye macam ni..

    Masa survey, nik memang dah kecikkan skop survey brand SINGER sahaja. Sebab family nik memang pakai brand ni. Even MIL nik kat kampung tu pon pakai brand SINGER ni. Kira macam trusted brand turun temurun la. So, incase ade pape senang sikit nik nak refer diorang.

    Jadi, bila survey...nik plan nak amik model 4423 Heavy Duty / 6180 Brilliance. Memang either dua ketul ni. Beza yang paling ketara antara dua ketul ni adalah, 4423 ni mechanical sewing machine manakala 6180 ni computerised. So, bila dengar pendapat MIL, dia pernah beli mesin jahit fully computerised tau. Katanya pernah pakai sekejap pastu rosak...seketul mesin jahit tu rosak dan susah nk repair. Pendek kata, mesin jahit berkomputer ni agak fragile.

    Jadi, kami kecikkan scope lagi untuk amik 4423 Heavy Duty. Bila sampai kat kedai Singer tu, kakak kedai tu cakap..dari kite amik Heavy Duty, better up sikit amik 1139 ni. Sebab ni buatan German. Lain-lain model singer semuanya buatan cina.. Hmmm...ok.. make sense. Lagi satu, mesin ni banyak kelebihan dia. Tahan lasak sebab bukan plastik, badan dia dibuat dari besi dan aluminium. Lagi pulak mesin ni pon antara mesin laju macam mesin industri. Hmmm...yg paling kuatkan nik untuk pilih mesin ni, kakak tu jugak cakap yang mesin ni senang..

    Okey, berbalik kepada misi project 10 tahun tu kan. Nik sebenarnya bertekad untuk mulakan hobi menjahit pakaian sendiri dan anak-anak bermula tahun 2015. Dan by next 10 years, which is tahun 2025, nik target nak ada satu butik yg dah established. So, cadangan ni nik namakan "10Years Project Plan". 

    Bermula tahun ni tahun 2015...Nik nak mulakan dengan beli mesin jahit dulu. 

    Pastu bila dah ada mesin, baru nak start join class dan belajar menjahit dengan teknik yang betol.



    So..ini lah rupanya mesin singer 1139D.


    Features:

    • 84 Built-in Stitches
    • 4-Step Buttonholes
    • Dual Feed Transporter (DFT) : Feeds the material from the top and bottom to ensure perfect seams
    • Rotary Sewing Hook ensures low noise & perfect seams
    • Maximum Sewing Speed of up to 1000 spm, similar to professional sewing machines
    • Multi Layered Fabrics are fed evenly
    • Stitch Width 0 - 5mm
    • Adjustable Stitch Length 0-6mm
    • Automatic Needle Threader
    • Variable Speed Control ( 2 Speed Electronic Foot Controller)
    • Adjustable Thread Tension Control
    • Drop Feed for Free Motion Embroidery of darning
    • Free Arm for tubular clothes
    • Capable of Circular Stitch
    • Capable of Sewing Stretch Fabrics
    • 2 Horizontal Spool Spins
    • Special Accessory Tray
    • Hard Cover




    Ye...bunyi macam mustahil untuk mak2 yang bekerja ni. Tapi why not! Family nik memang mahir dalam menjahit. Rugi kalau tak belajar. MIL nik pon sama, expert dalam buat cadar dan telekung solat. Tempahan pakaian tu dia rasa dia tak berapa expert. 

    Lagi family nik sendiri, ayah saudara ade butik amik tempahan baju melayu. Isteri dia yang xpandai jahit pon dah expert buat pakaian wanita. Best kan? 2 orang lagi makcik nik pon amik upah menjahit pelbagai patern pakaian wanita. Cousin2 nik yang dok subang, nilai..langkawi..johor bharu, semua pon dh mula buka business menjahit tau! Haa...jadi, area KL ni...nik harap nik dapat concour...one day..who knows???