The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers
    Showing posts with label beginner. Show all posts
    Showing posts with label beginner. Show all posts

    Tuesday, April 14, 2015

    Tips : Panduan memilih mesin jahit

    Date: 14.04.2014
    Time: 10am
    Venue: Bangsar South - KL

    Lately, sejak nik beli mesin jahit singer tu kan (pernah post pasal ni kat sini), ramai pulak member rapat nik tanya pelbagai soalan berkaitan dengan mesin jahit. Sebenarnya, nik pon bukan pandai mana nak beli mesin jahit. Ini pon pertama kali beli setelah berumur 30 tahun ni! uppss...dah tua dah saya hehe.

    Jadi, nik saja nak share dengan kawan-kawan yang sedang mencari mesin jahit dan juga beginner macam nik. Sepanjang ni survey, ramai yang nak beli brothers model NV30. Tapi dengar cerita sekarang ada model lagi baru, NV35 kot rasanya. Tapi nik tak berapa mahir bab mesin jahit ni. Pernah nik cerita pasal sebab pemilihan mesin singer di entry sebelum.

    Sebelum buat pilihan, beberapa minggu nik survey. Fikir, tanya orang dan paling banyak tanya mak mertua. Tukang jahit cadar dan tekelung sembahyang tegar. 

    1. Budget 

    Apa-apa pon, mesti bermula dengan bajet masing-masing. Lagi kalau kita ni beginner. Kalau boleh ambil yang biasa-biasa je dengan harga bawah RM1000 pn dah cukup. Tapi, kalau kita memang ada plan untuk pergi lebih jauh dengan mesin jahit ni, lebih baik pilih mesin jahit rm1500 - 2000. Dan, kalau plan untuk sepenuh masa menjahit dan buka butik siap lebih disarankan beli mesin jahit yang bukan portable tapi yang industri tu teros. Tepuk dada, tanyalah selera. Bagi nik, memang beginner tapi ada plan untuk pergi lebih jauh (ambil upah dan buka butik - beginner).

    2. Survey dan Review

    Sebelum pilih mana-mana mesin jahit, lebih baik kalau study dulu tentang mesin jahit tu. Kalau boleh survey apa kata orang ramai yang pernah pakai mesin tu. Cuba masuk blog-blog atau forum-forum yang banyak bercakap pasal aktiviti menjahit. Baca apa kata otai-otai tukang jahit tu. Kalau boleh tanya pendapat diorang pon lagi bagus. Selalunya, ramai tukang jahit moden ni share pengalaman mereka dengan mesin jahit kesayangan mereka tu. So...cubalah.

    3. Keperluan dan Fungsi mesin jahit

    Yang ni memang kene finalised betol-betol. Kene tau kenapa kita beli mesin jahit tu. Untuk kegunaan sendiri macam betolkan pakaian koyak ke? Atau nak cuba baju2 sendiri. Mungkin anda boleh ambil yang murah dan pilihan corak jahitan yang tak banyak. Psst..harga makin mahal sekiranya mesin tu boleh jahit macam-macam corak. Tapi, kalau awak rasa macam nak jahit 5 pasang baju sehari tu, eloklaa amik yang mahal sikit macam mesin industri yang siap dengan meja tu. Seriusly..hehe

    4. Rangka Mesin Jahit

    Ha..tips ni nik baru dapat masa pergi kedai singer hari tu. Masa nik tengah pening dah tengah berkira-kira untuk pilih mesin jahit mana. Salah satu ciri mesin jahit yang perlu dititik beratkan ialah material mesin jahit tu. Lebih elok kalau kite ambil mesin jahit yang dibuat dari besi berbanding plastik. Kebanyakan mesin jahit lagi kalau portable tu memang banyak dari plastik. So...plastik ni tak tahan lasak tau. Mesin jahit ni kena lah tahan lasak, baru boleh tahan lama. Betol tak?

    5. Berkomputer atau manual

    Tip ni nik dapat dari  MIL nik. Berguna sangat untuk nik kecikkan skop pemilihan mesin jahit tau. hehe. Berdasarkan pengalaman mak mertua nik kan, dia pernah beli mesin jahit berkomputer. Dengan harapan mesin ni lagi memudahkan dan menyenangkan dia yang memang sentiasa menjahit tu. Tapi tak sampai setahun, tiba-tiba mesin tu meragam. Bila hantar repair, katanya mesin tu dah rosak terok sebab rosak tang "otak" dia. Kat komputer box dia la kot. So teros tak boleh pakai. Kalau nak repair jugak boleh je tapi kos tinggi. Jadi apa yang dia buat, tutup mesin jahit tu letak tepi dinding dan buat hiasan kat situ hahaha. So nik pikir panjang part ni tau, at last nik amik yang manual dan bukan berkomputer.

    6. Spare Part yang mudah didapati

    Sepanjang menjahit mesti akan ada part yang rosakla, kalau tak pon hilang la..anak mainla, lupa letak mana la. Dan pelbagai jenis alasan lagi. Jadi..sila pastikan yang awak semua pilih mesin jahit jenama yang terkenal. Bukan apa, nanti spare part tu pon mudah nak cari..merata.. takde lah terkial-kial nak cari spare part. End up beli mesin baru. haaa...no no no~

    7. Bunyi mesin jahit

    Hahaha ni kelakar. Memang awak semua kene amik perhatian. Sila pastikan mesin jahit awak tu dapat menghasilkan bunyi yang merdu ye. Biasala, tukang jahit ni kan, mesti akan ada istilah stayback nye. Nak siapkan tempahan pelanggan, sampai tak tido malam la menjahit kan? Tapi, kalau boleh, biarlah kita je yang xtido malam..jangan sampai anak-anak tengah lena pon boleh terbangun dek alunan mesin jahit kita tuh! ahaha

    8.Jenis Jahitan

    Hmmm jenis jahitan ni pon boleh jadi tips jugakla. Kadang-kadang kita yang beginner ni impian tinggi menggunung. Nak start menjahit pon, dah pikir sampai nak jahit manek bunga sulam bagai ye dak? Yang ni, sila la tepok dada tanya selera. Orang kata, makin banyak jahitan yang mesin tu boleh buat lagi bagus. Hmm tak jugak sebenarnya. Setiap model tu mesti ade kelebihan dan kekurangan kat mana-mana. Consult betol-betol dengan dealer tu.

    9. Kedudukan Skoci

    Bagi yang tak tau, skoci ni adalah benda bulat yang letak benang kedua yang bila kita jahit, benang ni akan jadi benang bawah. Ni pon salah satu benda baru yang nik dapat dari MIL. MIL nik cakap, kalau nak beli mesin jahit, make suka pilih yang kedudukan skoci kat bawah yang bulatan dia menghadap kite. Bukan kedudukan skoci tu kat bawah tapak kasut mesin jahit tu. Sebab katanya, kalau skoci menghadap ke atas, dimana betol2 bawah tapak jarum tu, susah nak betolkan kalau benangnya terbelit. Bagus tips ni. Atleast boleh kecikkan lagi skop pemilihan mesin jahit tu kan?

    Oklah, buat masa ni, tu sajalah tip-tip yang terfikir di kepala nik. Nanti kalau ada lagi nik tambah ye. Di harap untuk sesiapa yang nak mula menjahit macam nik ni...jenguklah tips kat atas tu. Diharap berguna InsyaAllah.

    Love,
    Nikiey 

    Thursday, April 2, 2015

    Mesin Jahit Pilihan - Singer 1139D

    Date: 02.04.2015
    Time: 6pm
    Venue: SINGER - Mydin Subang USJ

    Kesinambungan dari kisah "10 Years Project Plan" 

    Setelah berminggu-minggu survey mesin jahit paling sesuai untuk Nik, atlast...berjaya decide. Amik SINGER model 1139D berharga RM1800 kat MYDIN Mall Subang USJ.

    Okey, kisahnye macam ni..

    Masa survey, nik memang dah kecikkan skop survey brand SINGER sahaja. Sebab family nik memang pakai brand ni. Even MIL nik kat kampung tu pon pakai brand SINGER ni. Kira macam trusted brand turun temurun la. So, incase ade pape senang sikit nik nak refer diorang.

    Jadi, bila survey...nik plan nak amik model 4423 Heavy Duty / 6180 Brilliance. Memang either dua ketul ni. Beza yang paling ketara antara dua ketul ni adalah, 4423 ni mechanical sewing machine manakala 6180 ni computerised. So, bila dengar pendapat MIL, dia pernah beli mesin jahit fully computerised tau. Katanya pernah pakai sekejap pastu rosak...seketul mesin jahit tu rosak dan susah nk repair. Pendek kata, mesin jahit berkomputer ni agak fragile.

    Jadi, kami kecikkan scope lagi untuk amik 4423 Heavy Duty. Bila sampai kat kedai Singer tu, kakak kedai tu cakap..dari kite amik Heavy Duty, better up sikit amik 1139 ni. Sebab ni buatan German. Lain-lain model singer semuanya buatan cina.. Hmmm...ok.. make sense. Lagi satu, mesin ni banyak kelebihan dia. Tahan lasak sebab bukan plastik, badan dia dibuat dari besi dan aluminium. Lagi pulak mesin ni pon antara mesin laju macam mesin industri. Hmmm...yg paling kuatkan nik untuk pilih mesin ni, kakak tu jugak cakap yang mesin ni senang..

    Okey, berbalik kepada misi project 10 tahun tu kan. Nik sebenarnya bertekad untuk mulakan hobi menjahit pakaian sendiri dan anak-anak bermula tahun 2015. Dan by next 10 years, which is tahun 2025, nik target nak ada satu butik yg dah established. So, cadangan ni nik namakan "10Years Project Plan". 

    Bermula tahun ni tahun 2015...Nik nak mulakan dengan beli mesin jahit dulu. 

    Pastu bila dah ada mesin, baru nak start join class dan belajar menjahit dengan teknik yang betol.



    So..ini lah rupanya mesin singer 1139D.


    Features:

    • 84 Built-in Stitches
    • 4-Step Buttonholes
    • Dual Feed Transporter (DFT) : Feeds the material from the top and bottom to ensure perfect seams
    • Rotary Sewing Hook ensures low noise & perfect seams
    • Maximum Sewing Speed of up to 1000 spm, similar to professional sewing machines
    • Multi Layered Fabrics are fed evenly
    • Stitch Width 0 - 5mm
    • Adjustable Stitch Length 0-6mm
    • Automatic Needle Threader
    • Variable Speed Control ( 2 Speed Electronic Foot Controller)
    • Adjustable Thread Tension Control
    • Drop Feed for Free Motion Embroidery of darning
    • Free Arm for tubular clothes
    • Capable of Circular Stitch
    • Capable of Sewing Stretch Fabrics
    • 2 Horizontal Spool Spins
    • Special Accessory Tray
    • Hard Cover




    Ye...bunyi macam mustahil untuk mak2 yang bekerja ni. Tapi why not! Family nik memang mahir dalam menjahit. Rugi kalau tak belajar. MIL nik pon sama, expert dalam buat cadar dan telekung solat. Tempahan pakaian tu dia rasa dia tak berapa expert. 

    Lagi family nik sendiri, ayah saudara ade butik amik tempahan baju melayu. Isteri dia yang xpandai jahit pon dah expert buat pakaian wanita. Best kan? 2 orang lagi makcik nik pon amik upah menjahit pelbagai patern pakaian wanita. Cousin2 nik yang dok subang, nilai..langkawi..johor bharu, semua pon dh mula buka business menjahit tau! Haa...jadi, area KL ni...nik harap nik dapat concour...one day..who knows???