Date : 17 August 2012
Time : 6.08 pagi
Venue : Rumah tokma (papa), Kelantan
Hari ke 28 ramadhan..tinggal esok sehari je lagi nak puasa dan kami tiga beranak dah alhamdulillah dah sampai kg dengan selamat. Gerak dari shah alam semalam lebih kurang jam 4.30 pagi dan sampai kg dalam jam 1.30 tengahari. Perjalanan alhamdulillah, tak de jem terok macam kebiasaan musim cuti. Ni pon sebab kami cabut awal lagi. Sekolah start cuti hari khamis semalam. Kami pagi tu jugak gerak balik sebab memang nik ngan hubby dah jangka, kalau gerak hari ni memang terbaek la jem!
Bukit yang berkabus |
Kabus lagi.. |
Perjalanan semalam sangat lancar. Iman Nur Zahra pon tido je sepanjang jalan sejak dari shah alam lagi sehinggala sampai dekat-dekat area gua musang tu zara bangun tido. Kami sempat berhenti kat masjid gua musang (saje taknak stop kat rnr gua musang tu sebab penoh, nanti nak masuk toilet pon kene queue) untuk mandikan zara and bagi dia makan. Anyway hari ni dah masuk hari ke 3 zara taknak minum susu. Risau pulak jadiknye. Taktau nak kasi makan ape..pisang..biskut..cerelac..tu je le.
Masa on the way sambung perjalanan, jalan ujan renyai2 pulak dan trafic agak perlahan. Ade yang sampai kereta gerak dalam 10km/h je..tapi still bergerak kira ok la tu. Sampai kampung, singgah rumah nik dulu jumpa ma dan abah pastu terus gi rumah hubby. Plan hari pertama tu stay rumah hubby dulu. Nanti sehari before raya baru balik rumah nik (nak tolong ma buat kuih raya).
Kat rumah hubby, iman nur zahra kemain seronok..yela..ade kawan! Kawan dia muaz la, her cousin..kecik lagi baru umur 1y5m..sedang elok berkawan la tu. Hari ni jugak, zara pusing satu kawasan rumah, lepak2 dengan papa dia kt depan rumah tu..amik2 angin kampung..seronok!!!
No comments:
Post a Comment