The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers

    Sunday, August 5, 2012

    Tolong mama buat kuih raya

    Date : 5 August 2012
    Time : 8.00mlm
    Venue : Home sweet Home

    Malam ni sambung lagi aktiviti menyimpul kulit popia sebagai bekal tambahan kuih raya. Nik buat untuk 3 peket tu je, tak taula dapat banyak mana. Malam ni, nik tak menyimpul sorang-sorang tau. Tapi ade pembantu tak bergaji. Sape? Seharusnya la Zara! Tapi tu la, bantula sangat. Pantang nampak nik pegang barang, meluru datan sambil merangkak dengan lajunya..sama-sama nak buat kuih.

    Mama...zara nak tolong!
    Mulanya akmal dah pesan kat nik, tak yah la buat benda tu depan tv..nanti kang tiba2 ade assistance. Hah..memang betol la. Lastly, nik bagi je semua popia yang dah simpul tu kat zara..nah  mainla semua. Sambung next time. Hari ni kasi can kat zara main ngan kulit popia tu. hihi

    Zara dah try..sedap katanya...
    Masa zara mula-mula datang, nik masih lagi wat slumber. Ingatkan nak tengok-tengok saje. Tak sangka pulak..paaap! tangan dalam bekas plastik kuning tu..paaangg terbalik. Tumpah semua popia yang nik dah simpul-simpul tu. Laju sangat-sangat..memang langsung tak sempat nak tahan.

    Dah kosong...
    Alang-alang popia tu dah kat lantai..pasrah je la. Bagi la semua kat zara. Naaahh..zara main je la ek. Mama taknak buatla popia malam ni. Yang kat lantai tu semua zara punya k..hehehe

    No comments: