Date : 28 August 2012
Time : Pagi ke malam
Venue : Home sweet Home
Masih mood raya walaupon hari ni dah 11th Syawal. Duit raya (uppss..mata duitan btol cakap pasal duit pulak..hihi) Iman Nur Zahra pon nik tak kira lagi..Ada berpuluh2 sampul yang tak tau berapa nilai kat dalamnya lagi. Tak kurang jugak yang takbersampul. Seronok dan teruja sangat tengok duit raya anak sendiri. Nik plan nak simpan dalam bank semua duit-duit raya zara. Dulu, masa dalam pantang, ramai jugak orang dok bagi duit utk zara, seingat nik almost 2k duit zara time pantang). Pastu, lepas pantang pon masih ramai lagi yang tak lokek untuk hulurkan duit untuk zara, hingga before raya hari tu duit zara bertambah almost 2k lagi..waahh! Alhamdulillah rezeki dia murah. Tapi tu duit dia, bukan duit mak bapak dia ok..simpan untuk masa depan. Nanti senang dia nak belajar, nak pakai duit banyak. hehe
Tak sampai dua minggu lagi anak dara nik nak masuk umur 10 bulan. Perkembangan zara buat masa ni, dah makin kurang merangkak. Zara banyak habiskan masa untuk berdiri..bergerak dari satu tempat ke satu tempat sambil pegang almari, sofa, dinding dan sebagainya. Yang tak tahannye, dah berlagak cuba lepas-lepas tangan sebelah pulak..sambil gerak-gerakkan tangan ala-ala melambai2 tu. hihi..comel btol!
Senyum simpol bila dapat lepas tangan sebelah macam ni |
Berusaha untuk mengakat kaki ke next step |
kusyuk betol..keke |
Sekarang panjat kat kabinet tv pulak |
Orang tua-tua kat kampung cakap, perkembangan baby macam ni di-bahasakan sebagai "susur bendul". Dari merangkak nak start belajar berjalan ni la susur bendul. Process ni lama jugak kot. Mungkin berbulan-bulan depend pada perkembangan bayi tu masing-masing. Semua baby tak sama..
Ada satu masa tu, nik nampak zara beriya-riya nak panjat bumbo seat dia. Ingatkan nak bersandar bidiri sambil tongkat tangan kat bumbo tu je, sekali masuk dalam tu rupanya! hehehe..lawak la..mungkin zara nak duduk dalam seat macam nik dan hubby selalu letak dia. Tapi tak tau cara kot..so..masuk camtu pon boleh la..muahaha
Mama..tengok ni..zara dah pandai duduk dalam bumbo sendiri.. |
Sejak zara dah pandai panjat-panjat ni..bukan setakat dinding, sofa atau kabinet je. Sekarang ni dah pandai naik tangga rumah nk ke tingkat atas dah pulak. Aduhai anak dara ku..
Sori..malas nak rotate picture ni..camni pon boleh la ek. |
Bersungguh-sungguh panjat tangga |
Nampaknya, sekarang ni rumah kami tu kene betol2 selamat. Make sure tangga tu dipagar untuk elakkan zara dari naik tangga. (Nanti kene cari pagar yang pasang kat tangga tu kot baru selamat)
No comments:
Post a Comment