The countdowns

    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Fourth Birthday tickers
    Lilypie Second Birthday tickers

    Monday, August 6, 2012

    Nutrisi cukup tak?

    Date : 6 August 2012
    Time : 10.20malam
    Venue : Home sweet Home

    Kalau dilihat pada fizikal anak nik tu, Zara..memang nampak berisi, chubby, montel, gemokk, semua ade la. Tapi kadang-kadang nik ada jugak terfikir yang adakah nik dah bagi dia makan makanan yang sepatotnye dengan umur dia sekarang. Adakah cukup nutrisi yang zara consume setiap hari. Adakah tumbesaran anak nik tu kurang normal berbanding dengan anak orang lain. Aduh..kalau difikir-fikir camni setiap hari boleh jadi gila kot. Yela, become a first mom is not as simple as i think before. Susah sangat-sangat, kita seharusnya nak pastikan yang kita dah bagi yang terbaik untuk anak kita. Betol kan?

    Dah besar da anak dara i...ouch!
     Hari ni, sementara ada masa free sempat nik menjelajah beberapa blog dan website yang bercerita pasal nutrisi dan pemakanan untuk bayi berumur seusia anak nik. Takotnya...nik rasa macam semuanya tak cukup. Sangat-sangat banyak kekurangan. Ramai pakar menggalakkan supaya bagi ayam, daging, telor dan macam-macam sumber protin dan zat besi untuk bayi. Serta, banyakkan sayur-sayuran dalam hidangannya. Tapi nik bagi apa je? Cerelac..aiyaakk! Sepatotnye cerelac ni hanya bagi kat baby yang baru-baru nak start solid food je kot. Macam bayi umur 6-7 bulan je. Tapi zara actually lagi 3 hari nak masuk 9bulan. Astaghfirullahalazim..

    Bubur nasi pertama untuk zara (promote periok vision rembat kt HIG langkawi itu hari..haha)
     Hasil carian google, nik jumpa satu artikel dari MOHE tentang garis panduan pemakanan bayi. Sangat detail dan mudah difahami. Rasa macam nak print je. Dalam ni ada cakap;

     "Bayi berumur 6 hingga 8 bulan mesti diberi makanan yang dipuri, dilecek atau makanan separa pepejal. Dalam lingkungan umur 9 hingga 11 bulan, bayi perlu diberi makanan yang dicincang atau dipotong kecil. Makanan jejari (finger food) seperti biskut lembut dan buah-buahan juga boleh diberi.  Pada umur 12 bulan, kanak-kanak  boleh makan makanan keluarga."
    Bubur nasi campur carrot yang hampir masak.
     Masalahnye sekarang, zara takde gigi pon lagi. Boleh ke kalau nak bagi makan makanan dicincang/dipotong kecil tu. Nanti takot tercekik pulak. Lagi satu info; Beri makanan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan tenaga.

    "Sebagai panduan, bayi yang berumur 6 - 8 bulan perlu diberi setengah cawan bubur nasi pekat pada setiap hidangan.  Ia harus ditingkatkan sehingga 1 cawan pada umur bayi 9 - 11 bulan.  Kanak-kanak yang berumur 1-3 tahun seharusnya diberi  setengah cawan nasi pada hidangan utama.  Selain itu, 1 - 2 camca teh minyak perlu ditambahkan dalam hidangan sehari pada setiap peringkat umur."
    Bubur nasi yang dah dicampur dengan ikan bilis blended is now ready to eat.
     Owh ye, lagi satu tentang kekerapan hidangan dalam sehari. Sekarang ni, zara hanya makan cerelac 2 kali sehari je. Pukul 12tengahari dan 6 petang. Tapi bila masuk umur 9 bulan nanti, zara dah kene makan dengan lebih kerap;

    6 – 8 bulan    : 2 - 3 kali sehari dengan 1 - 2 kali snek berkhasiat
    9 – 11 bulan   : 3 - 4 kali sehari dengan 1 - 2 kali snek berkhasiat
    1 – 3 tahun     : 4 - 5 kali sehari dengan 1 - 2 kali snek berkhasiat

     (Prinsip ini adalah berdasarkan teori anggaran jumlah pemberian makanan yang diperlukan, yang dikira daripada saranan keperluan tenaga dan andaian kapasiti gastrik ialah 30 g/kg berat badan/hari serta dengan makanan dengan ketumpatan minimanya 0.8 kkal/g (Dewey and Brown, 2003).

    Sedap tak bubur nasi mama buat? hehehehe
    Hari ni, nik betol-betol tekad nak masakkan bubur nasi terbaik untuk zara. Dulu-dulu pernah try masak bubur nasi yang hanya campur carrot je. Bila nk suap tu, nik bubuh la sikit ikan bilis goreng yang dah diblend. Tapi zara tak suka sangat kot. Tak selera nak makan. Makan pon sikit je, tak macam dia makan cerelac tu. Mungkin masin kot kalau nak bandingkan cerelac yang manis tu. Takpe, kali ni nik takkan berputus asa. Nak google resepi-resepi yang best untuk zara. Nik nak masak bubur nasi dengan penuh kasih sayang kat zara. Bak kata chef kt tv alhijrah tu.."Masak dari hati...masak with Imaaan" hehe

    Jumpa lagi... Daaaa~

    No comments: